TUN V.T SAMBANTHAN 1
• Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957
• Terdapat ramai tokoh yang memberi sumbangan
kepada negara kita untuk mencapai kemerdekaan.
• Kita akan mengetahui tentang salah seorang
daripada tokoh kemerdekaan iaitu Tun V.T
Sambanthan dalam buku ini.
• Nama : Haykashh A/L Kanniyappan
• Kelas : 4 Nermai
• Sekolah : SJK(T) TAMAN TUN
AMINAH, JOHOR.
• Tahun : 2021
2
• Nama sebenar Tun V.T. Sambanthan ialah Tun
Veerasamy Thirugnana Sambanthan dan beliau
dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput,
Perak.
• Beliau merupakan anak kepada Andiappan
Veerasamy dan Sengammal
• Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera
dari Universiti Annamalai di India Utara dalam
jurusan ekonomi.
• Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai,
Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang
dari yang menandatangani Perjanjian
Kemerdekaan.
• Beliau meninggal dunia pada tahun 1979,
akibat penyakit jantung.
3
4
• Beliau dipilih menjadi presiden MIC pada Mei 1955
• Tun V.T. Sambanthan juga diterima oleh kepimpinan
Melayu kerana beliau bersuara dengan tidak begitu
lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih
cenderung untuk menyuarakan mengenai hak
mengenai budaya dan bahasa.
• Beliau juga bertanggungjawab mentranformasikan
parti dari sebuah parti yang aktif dan organasi
berasaskan politik kepada parti yang konservatif,
bercirikan tradisional, mengangkat kebudayaan,
agama dan Bahasa.
5
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
• Setelah Tun V.T Sambanthan mengambil alih pengurusan di estet daripada ayahnya, beliau telah
menganjurkan kelas mengajar bahasa Inggeris untuk pekerja-pekerja di estetnya.
• Dalam tahun yang sama juga beliau dilantik sebagai pengerusi MIC Perak. Peristiwa yang
melonjakkan nama menjadi pemimpin utama politik MIC ialah ketika kunjungan oleh Vijaya Lakshmi
Pandit, adik perempuan Perdana Menteri India, Pandit Jawaharlal Nehru. Sambanthan telah lama
berkawan dengan Vijaya Lakshmi ketika beliau terlibat dengan Kongres Nasional India sewaktu
belajar di Universiti Annamalai.
• Pada 14 Ogos 1954, Tun V.T Sambanthan telah menubuhkan sebuah sekolah Tamil yang bernama
Mathama Gandhi Kala Salai di estet beliau.
• Nama Tun Sambanthan diabadikan pada stesen LRT Tun Samanthan dan Wisma Tun Sambanthan
yang terletak di Kuala Lumpur bagi mengenang jasa beliau.
• Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada
Jalan Tun Sambanthan sejak 1982.
6
• Penglibatan awal Sambanthan dalam politik bermula dengan niatnya untuk 7
membangun dan menyatukan kaum India. Atas dasar itu beliau
menganjurkan Majlis India Bersatu Perak pada tahun 1953.
• Tun.V.T.Sambanthan telah mengadakan perkhidmatan bas kepada kanak-
kanak estet supaya mereka dapat melanjutkan persekolahan di bandar
• Tun Sambanthan telah mengasaskan sebuah akhbar mingguan yang diberi
nama Malai Naadu.
• Beliau juga melaksanakan pemindahan Tabung Imigrasi Orang India Selatan
kepada satu tabung pendidikan, banyak pelajar telah mendapatkan
manfaatnya
• Tun Sambanthan telah menubuhkan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah
Kebangsaan atau The National Land Finance Cooperative Society (NFLCS)
bersama dengan K.R Somasundram pada tahun 1960.
• NFLCS telah berjaya membeli 18 estet yang mempunyai jumlah luas kawasan
30,000 ekar yang ditanam dengan pokok getah, koko, kelapa sawit, buah
kelapa dan teh. Bilangan ahlinya pula meningkat kepada 85,000 orang. Atas
usaha beliau dalam menggerakkan koperasi, beliau telah digelar sebagai
Bapa Koperasi.
• Melaui aktiviti sosioekonomi yang dijalankan, beliau telah menonjolkan ciri-
ciri kepimpinan yang sesuai dengan aspirasi orang India di Malaysia. Atas jasa
dan sumbangan Tun Sambanthan, beliau telah dianugerahkan pingat
kebesaran P.M.S pada Ogos 1959 dan S.S.M pada Jun 1967. Beliau juga
dikurniakan Doktor Kehormat Dalam Undang-Undang (Hononary Doctor of
Law ) oleh Universiti Malaya pada Julai 1971.
• Beliau meninggalkan dunia pada 18 Mei
1979 ketika berumur 59 tahun. Pada
upacara pengebumian beliau, hampir
15,000 orang telah hadir untuk
memberikan penghormatan terakhir,
termasuk Tunku Abdul Rahman, sahabat
karibnya dan Tun Tan Siew
8