The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 BMMB1144 Alia, Farisha & Maydaline

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alianabilla2008, 2023-07-03 23:41:08

Tugasan 2 BMMB1144 penghasilan produk

Tugasan 2 BMMB1144 Alia, Farisha & Maydaline

TUGASAN 2 PENGHASILAN PRODUK BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA NUR FARISHA BINTI FAIZAL MAYDALINE JERRY ALIA NABILLA BINTI MOHAMMAD IZAM


TEKS UCAPAN PERASMIAN OLEH: YANG BERUSAHA ENCIK JAMALUDDIN BIN JUSOH MAJLIS PERASMIAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023 TARIKH: 4 JULAI 2023 MASA: 8:00 PAGI SEKOLAH KEBANGSAAN DELIMA JALAN DURI, MIRI


Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang dihormati Tuan Johan bin Jebat Fariq, Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Puspa Kesum Binti Khalid Jo, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Rokiah Binti Ismail Alford, Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru kanan, para guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.Terima kasih pelajar yang memimpin bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi yang indah ini berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menyempurnakan dan memeriahkan lagi majlis perasmian Dekad Bahasa. Semoga menerusi pelaksanaan majlis ini, matlamat kita untuk memperkasakan bahasa kebangsaan melalui program dan aktiviti yang melibatkan penyertaan semua murid dapat digapai, sesuai dengan tema Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. Tujuan utama program ini adalah untuk membugarkan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah. Program Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) yang dahulu dikenali sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan bulan yang diisytiharkan oleh kerajaan sebagai bulan khusus bagi setiap lapisan masyarakat untuk menganjurkan pelbagai kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru-guru yang membimbing serta semua pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelaksanaan Program Dekad Bahasa Kebangsaan ini. Murid-murid yang dikasihi sekalian, Meniti era millenium yang sejajar dengan kemajuan teknologi, kegramatisan mahupun kesantunan berbahasa sering dipandang enteng oleh segelintir masyarakat sehingga meruntuhkan aspek kesantunan dalam berbahasa. Sebagai contoh, penggunaan kata-kata yang kesat mencerminkan kesantunan diri individu tersebut seperti perkataan “bodoh” dan “gila”. Kalimat tersebut acap kali diucapkan dalam kalangan guru mahupun pelajar. Guru seharusnya menunjukkan sahsiah dan keperibadian yang unggul kepada murid. Dalam masa yang sama, sering meniti dari bibir ke bibir para pendidik berkaitan pengaplikasian bahasa rojak dan bahasa singkatan dalam penulisan bahasa Melayu. Gejala ini kian merebak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Bertitik tolak daripada pengaplikasian bahasa Inggeris dan bahasa singkatan seperti perkataan yang dieja “yg” dalam penulisan mata pelajaran Bahasa Melayu akan mencemarkan martabat bahasa Melayu. Sekiranya perkara ini diamalkan dalam kehidupan seharian, perkara ini akan menjejaskan reputasi peperiksaan murid bahkan pihak sekolah juga bakal menerima impak yang sama. Hal ini demikian kerana kemahiran menulis karangan dengan penggunaan bahasa yang betul kian musnah. Sehubungan dengan itu, murid tidak digalakkan untuk menggunakan bahasa terbalik dalam penulisan karangan, misalnya, “murah sangat harga buku latihan tersebut” kerana tidak semua individu mampu memahami maksud tersirat ayat tersebut malah penggunaan bahasa terbalik tidak sesuai untuk digunakan dalam penulisan.


Sidang hadirin yang dihormati, Sekolah merupakan tampuk permulaan pembelajaran bahasa Melayu. Oleh itu, kita selaku pendidik hendaklah melaksanakan 1001 usaha untuk memartabatkan semula bahasa ibunda kita dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang bulan dekad bahasa ini. Menerusi penganjuran dekad bahasa ini, saya berharap agar semua anak-anak yang saya kasihi ini melibatkan diri masing-masing dalam setiap pertandingan seperti berpidato, mendeklamasikan sajak, pertandingan karya kreatif dan seloka. Izharnya, bakat terpendam murid dapat dicungkil kerana belakang parang jika diasah lagikan tajam mampu memberi input baharu kepada murid berkaitan pengaplikasian kesantunan berbahasa.Istilah budaya berasal dari bahasa latin iaitu "colere" yang membawa maksud kehidupan manusia yang sentiasa memelihara dan melakukan pelbagai tindakan, Negara kita terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum, budaya dan latar belakang. Perbezaan ini telah menimbulkan isu komunikasi silang budaya dalam kalangan masyarakat kini. Walau bagaimanapun, kita haruslah bijak dalam menangani isu ini. Justeru itu, kemahiran komunikasi silang budaya amat signifikan agar mempermudahkan kita untuk bergaul dan berkomunikasi. Misalnya, ketika berbual dengan rakan yang mempunyai latar belakang yang berbeza, kita seharusnya tidak menyentuh isu sensitif yang melibatkan isu keagamaan dan kebudayaan. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah saling menghormati antara satu sama lain. Murid-murid yang saya kasihi sekalian, Tidak dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak anak mereka. Peranan yang signifikan ini hendaklah diterapkan sejak lahir lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dalam konteks ini, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk sikap sopan dan beradab. Pepatah melayu juga pernah mengatakan bahawa anak-anak itu diibaratkan seperti sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.Oleh itu, ibu bapa bertanggungjawab dalam membentuk anak-anak untuk menjadi seseorang yang berkeperibadian tinggi. Dalam hal ini, ibu bapa dicadangkan untuk mendidik serta membimbing anak cara berkomunikasi dengan lebih berdisiplin. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan bahasa anak anak dipengaruhi oleh penggunaan bahasa yang sering dituturkan oleh ibu bapa. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah sentiasa bertegas dalam mendisiplinkan anak anak mereka dengan menggunakan bahasa yang sopan dan beradab. Dalam meniti arus kemodenan ini, media massa merupakan ejen penyampai yang paling efektif. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa pada masa ini kian meluas dalam kalangan masyarakat kerana semua maklumat dapat diperoleh di hujung jari. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa dalam media sosial mampu mempengaruhi tahap pemikiran seseorang mengenai kepentingan menggunakan bahasa yang sopan dan beradab apabila berinteraksi. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak media massa ialah penerbit harus menyiarkan rancangan atau slot khas yang menunjukkan nilai-nilai kesantunan berbahasa. Dalam pada itu, penerbit juga harus mengawal penyiaran filem-filem lucah dan pengunaan bahasa yang tidak sopan.


Hadirin dan hadirat sekalian, Isu kesantunan berbahasa ini bukan sahaja mempengaruhi aspek bahasa dan budaya masyarakat, malah turut mempengaruhi aspek sosial masyarakat. Secara holisitiknya, isu sosial ini lebih tertumpu kepada pengaruh yang diperoleh melalui penggunaan media sosial. Hal ini dikatakan demikian kerana media sosial ini merupakan suatu inovasi baharu yang mampu mengubah pola hidup masyarakat. Kendatipun begitu, segelintir pengguna media sosial telah mengabaikan aspek kesantunan berbahasa dalam komunikasi mereka. Tambahan pula, kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan sebagainya telah menggugat keluhuran aspek kesantunan berbahasa pada era globalisasi ini. Misalnya, penggunaan kata-kata sapaan yang kasar dan kurang sopan acap kali digunakan sehingga menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna media sosial. Dalam pada itu, generasi muda khususnya pelajar sekolah yang turut melibatkan diri dalam jaringan sosial yang terdapat pada masa ini kelihatan semakin taksub dalam menggunakan media sosial sehingga mengabaikan aspek kesantunan berbahasa dalam komunikasi seharian mereka. Penyataan ini telah dikukuhkan lagi apabila Dr. Mohamed selaku Timbalan Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) turut menyatakan kebimbangannya terhadap penggunaan media sosial ataupun gajet secara berlebihan dalam kehidupan remaja kerana hal tersebut mampu mencetuskan pelbagai permasalahan dalam kehidupan mereka. Buktinya, generasi kini sering mengabaikan aspek kesopanan ketika menyapa seseorang individu dengan menggunakan kata gelaran yang tidak sesuai mengikut konteks umur pendengar. Sebagai contoh, individu yang berstatus murid menyapa golongan yang berstatus tinggi seperti guru di sekolah dengan gelaran ’oi’, dan ’wei’. Implikasinya adalah penggunaan kata-kata tersebut mampu meranapkan kesopanan dan kesantunan bahasa ibunda kita. Oleh sebab itu, pihak kerajaan wajarlah menggembleng tenaga bersama-sama dengan komuniti sejagat dalam menangani isu ini. Misalnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menganjurkan lebih banyak ceramah-ceramah ataupun kempenkempen kesedaran tentang kepentingan aspek kesantunan berbahasa di setiap institusi pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menjalankan usaha tersebut, nilai kesedaran yang mendalam terhadap aspek kesantunan berbahasa ini dapat diterbitkan dalam diri masyarakat, sekali gus menyokong dasar kerajaan untuk memartabatkan aspek kesantunan berbahasa dalam meniti era modenisasi ini. Berikutnya, pihak kerajaan juga hendaklah menguatkuasakan undang-undang negara agar isu ini dapat dibanteras dengan segera. Sebagai contoh, pihak polis Kelantan telah mengambil inisiatif untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas pelajar sekolah yang berkelakuan biadab dengan melontarkan kata-kata kesat kepada guru. Hal ini merupakan suatu langkah yang proaktif dalam menangani isu ini hingga ke akar umbi.


Warga pendidikan yang budiman, Sebelum saya merasmikan Program Dekad Bahasa Kebangsaan ini, moleklah jika saya menyampaikan serangkap pantun penutup bicara terlebih dahulu. Terbang tinggi si anak dara, Singgah sebentar ke kota Busa, Marilah menyahut seruan negara, Bangkitlah insan semarakkan bahasa. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahhirahmannirrahim, Saya merasmikan Program Dekad Bahasa Kebangsaan peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan Delima Jalan Duri pada tahun ini. Andai kata tersilap bicara, keampunan jua saya pohonkan. Sekian, wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum w.b.t, dan salam Malaysia Madani. (1272 Patah perkataan)


Click to View FlipBook Version