The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puterashah262, 2023-12-06 07:08:08

AUTOMATIC CAT FEEDER MPU

AUTOMATIC CAT FEEDER MPU

MPU 23052 SAINS KEJURUTERAAN ISLAM TAJUK : AUTOMATIC CAT FEEDER STUDENT: MUHAMMAD AMIRUL BIN MAT KAMARUDIN (04DET21F1126) MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAT ZAU (04DET21F1101) MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHD JAILAINI (04DET21F1151) MUHAMMAD FARHUL HADI BIN OTHMAN (04DET21F1142) CLASS: DET5C PROJECT SUPERVISOR : ENCIK WAN NASSIR BIN WAN TIH


PENGENALAN Cat feeder automatic ini adalah salah satu projek yang digunakan untuk memberi makan kepada haiwan peliharaan secara automatic seperti kucing. Ia juga membantu pemilik haiwan peliharaan ini untuk menyediakan makanan kepada haiwan peliharaan mereka semasa mereka berada di tempat kerja mahupun diluar rumah dalam jangkaan masa yang Panjang. Alat ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik haiwan peliharaan tidak dapat memberi makanan mengikut keperluan haiwan peliharaan. Feeder automatic ini adalah alat bekas makanan yang mampu untuk memastikan pemilik haiwan peliharaan boleh meninggalkan haiwan peliharaan mereka tanpa berulang kali memberi makanan kepada haiwan peliharaan mereka.


RINGKASAN PROJEK Automatic Cat Feeder ini merupakan satu projek untuk mengatasi masalah tidak dapat memberi makan kepada haiwan peliharaan semasa ketiadaan di rumah Penciptaan Automatic Cat Feeder ini dapat memudahkan pemilik haiwan untuk memberi makanan dan memastikan haiwan peliharaan mendapat makanan yang secukupnya.


OBJEKTIF PROJEK Membina satu sistem dispenser automatik dengan menggunakan arduino untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengguna ketika meninggalkan haiwan peliharaan mereka di rumah. Menghasilkan automatic Cat Feeder menggunakan arduino bagi membantu pemilik memberi makanan tepat pada masanya kepada haiwan peliharaan mereka


GAMBAR RAJAH PRODUK


VIDEO AUTOMATIC CAT FEEDER https://gemoo.com/tools/uploadvideo/share/590993846736797696?codeId=DGVOQjoZ1BZqA&card=590993 842437636096


PRINSIP SYARIAH INOVASI Automatic Cat Feeder merupakan satu sistem dispenser automatik dengan menggunakan arduino untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengguna ketika meninggalkan haiwan peliharaan mereka di rumah. Menghasilkan automatic Cat Feeder menggunakan arduino bagi membantu pemilik memberi makanan tepat pada masanya kepada haiwan peliharaan mereka Ia juga memudahkan pengguna pemilik haiwan kerana Automatic Cat Feeder secara automatic


PERANAN SYARIAH INOVASI Pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam. Justeru, keutamaan wajib diberi berdasarkan keadaan di tempatnya, sekiranya memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran. Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan


PELAKSANAAN SYARIAH INOVASI Memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap yang terpuji dan Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk sekalipun terhadap haiwan. Ini adalah sifat ihsan yang diterapkan di dalam agama Islam. Nabi SAW menceritakan berkenaan dengan kebaikan yang dilakukan oleh seorang pelacur sehingga diampunkan dosanya hanya dengan memberi minum seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: َع لِ َسانَ ُه َ ْدل َ َق ْد أ ٍ ِبِئْر ُي ِطي ُف ب ٍ بًا فِي يَ ْو ٍم َحار ْ ْت َكل َ ا َرأ ًّ ًة بَِغي َ ن ا ْمَرأ َّ َ َ ُه أ َفَنَز َع ْت ل َعطَشِ ْ ِم َن ال ََا َ ُُوقِ ََا َف ُغ َِِر ل ِ ب Maksudnya: Sesungguhnya soerang pelacur wanita melihat seekor anjing mundarmandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya Riwayat Muslim (2245)


PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA INOVASI Menyakinkan bahawa rezeki datangnya daripada Allah S.W.T. kita berussha ke tahap yang sepatutnya, namun rezeki dan hasilnya datang daripada Allah swt. Ikhlas dan niat yang baik untuk memberikan yang terbaik kepada kepentingan haiwan peliharaan. Bersifat Ihsan. Keihsanan di sini merujuk kepada keyakinan bahawa Allah swt akan memantau kerja manusia. Bukan bos melihat kerja kita tetapi Allah swt yang melihatnya. Itqan (ketekunan dan kompetensi) dalam melakukan sesuatu hendaklah berasaskan kerja yang berkualiti itu sebagai satu ibadat. Berikan yang terbaik dan pasti terbaiklah pulangannya.


KAEDAH FIQH INOVASI Kaedah fiqah telah menetapkan formula teras atau asas untuk diguna pakai sebagai rujukan sebelum memulakan sesuatu penyelidikan. Setiap persoalan baharu yang timbul dalam kajian sains, teknologi dan kejuruteraan boleh dirujuk kepada al-Quran dan hadis serta kaedah fiqah bagi menentukan sesuatu hukumnya yang timbul. Hal ini menunjukkan bahawa kaedah fiqah adalah sebagai garis panduan kepada para saintis dan teknokrat dalam melaksanakan uji kaji mereka. Justeru, segala ciptaan dan inovasi yang dihasilkan sebenarnya menjurus kepada kaedah fiqah. Kaedah fiqah telah membantu saintis, teknokrat dan jurutera untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu dalam operasi mereka. Isu-isu dalam sains teknologi dan kejuruteraan mampu ditangani melalui panduan kaedah ini supaya perasi dalam penyelidikan dan inovasi mendapat keberkatan Allah SWT.Justeru,dengan adanya kaedah fiqah ini,para saintis dan golongan teknorat akan dapat mengatasi masalah kesulitan manusia dan membantu menyelesaikan masalah fiqah yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.


KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Automatic Cat Feeder menggunakan ESP32 telah Berjaya dihasilkan dengan jayanya . Automatic Cat Feeder ini Berjaya mengurangi masalah pemilik pemelihara haiwan tidak memberi makanan dan membantu pemilik haiwan peliharaan daripada pembaziran makanan kucing. Projek Automatic Cat Feeder menggunakan ESP32 ini telah berjaya mencapai objektif untuk membina satu sistem dispenser automatik bagi mengatasi masalah yang dihadapi pengguna ketika meninggalkan haiwan peliharaan mereka di rumah.


SENARAI RUJUKAN https://dem2s2dis2017.blogspot.com/2018/02/bab-5kaedah-fiqah-dalamsains-teknologi.html https://circuitdigest.com/microcontroller-projects/automatic-pet-feederusing-arduino https://www.instructables.com/Automatic-Arduino-Powered-Pet-Feeder/ https://ustazadnandua2012.blogspot.com/2016/03/etika-islam-dalamsains-teknologi-dan.html


PENAMBAHBAIKAN Projek Automatic Cat Feeder ini menggunakan bateri untuk penambahbaikan saya ingin menggunakan solar supaya pemilik haiwan peliharaan tidak perlu menukar bateri apabila habis. Seterusnya ,penambahbaikan menggunakan IOT iaitu pemilik boleh mengawal Automatic Cat Feeder dengan menggunakan telefon untuk memberi makanan.


SEKIAN DARI KAMI, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version