The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SILIBIN KALI KE 20

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lindasksilibin, 2021-10-08 07:57:44

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SILIBIN KALI KE 20

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK SILIBIN KALI KE 20

Penjelasan :

1. Guru Besar menyokong penuh cadangan ini bagi mengelak berlaku
pembaziran makanan jika pengusaha kantin mengambil tempahan awal
dengan menu yang dirancang beserta nilai / harga yang ditetapkan. Pengusaha
kantin akan bincang kaedah pelaksanaan dengan pihak sekolah. Mungkin
pihak kantin akan berada dalam whatsapp kelas dan perlu sentiasa memantau
tempahan yang dibuat oleh ibu bapa sehari awal. Namun begitu, pengusaha
kantin tetap akan terus menyedia dan menjual makanan seperti biasa (secara

asas).

2. Buku catatan ini telah lama diwujudkan cuma perlu diseragamkan di masa
akan datang. Pelaksanaan penggunaan buku catatan ini akan terus
dilaksanakan jika usul ini diluluskan. AJK PIBG, Pn. Sharifah Salida
memaklumkan buku catatan ini telah dimanfaatkan bukan sahaja untuk catatan
kerja rumah, jadual waktu kelas, malahan surat-surat pemakluman sekolah
boleh dilekatkan di dalam buku ini.

Nama : ASMADI MUHAMED
No. Kad Pengenalan :800515-08-6217
Nama Anak : ANISSAH ASMADI
Kelas : 5 BESTARI

1. Letak kon untuk halang kereta daripada ‘parking’ di kawasan ( rujuk gambar -
bulatan merah )
2. Motor sahaja boleh ‘parking’ di dalam bulatan merah.

3. Pakcik jaga akan dapat melihat dengan lebih jelas.
4. Melarang kereta untuk ‘parking’ di sekitarbulatan pink.

5. Kereta yang sudah melalui bulatan pink, anak tak nampak / anak belum
keluar, sila pusing sekali lagi.

6. Anda dan anak anda lebih sihat jika berjalan jauh sikit ( kecuali sakit/ tua
sangat/ OKU)

7. Tahniah pada ibu bapa / penjaga yang parking jauh sikit demi melancarkan
trafik di hadapan sekolah.

Penjelasan :

1. Guru Besar amat bersetuju dengan cadangan ini, demi keselamatan semua,
sekolah akan menyediakan petak khas ini ( di kiri dan kanan pagar sekolah )
berserta kon untuk ibu bapa yang bermotorsikal.

SEKIAN, TERIMA KASIH

54


Click to View FlipBook Version