MONYET DAN KURA-KURA A K I M J A B R I
Dalam sebuah hutan tinggal dua ekor sahabat baik iaitu Monyet dan Kura – Kura. Pada suatu hari, mereka bersiar–siar di dalam sebuah ladang buah–buahan dan ternampak sebatang pokok rambutan yang berbuah lebat. Kura-Kura teringin nak makan buah rambutan tetapi dia tak pandai memanjat. Lalu dia menyuruh Monyet mengambil buah rambutan untuknya. Monyet pun memanjat pokok rambutan tersebut.
Sesampai Monyet di dahan pokok yang lebat buahnya, dia pun berubah fikiran, “Aku nak makan isinya dan kulit serta biji akan ku diberikan pada Kura-Kura” kata hati kecil Monyet. Monyet pun makan sepuas-puasnya buah rambutan dan mencampakkan kulit rambutan ke bawah pokok. KuraKura berasa sedih dipermainkan oleh kawan baiknya sendiri. Kura-Kura mendapat satu akal dengan mengumpul kulit rambutan dan memasukkan tanah ke dalam kulit rambutan lalu dicantum semula. Apabila Si Monyet turun dari atas pokok dan pura-pura bertanyakan buah rambutan yang diambilnya.
Kura-Kura menunjukkan selonggok buah rambutan yang kumpulnya tadi kepada Monyet. Tanpa berlengah lagi Monyet terus membuka kulit rambutan sambil makan isinya. Monyet termuntah apabila makan rambutan yang dilongokkan oleh Kura-Kura. Kura-Kura cepat berlalu dari situ sambil menyindir Monyet dengan sebuah lagu dalam bahasa Kura-Kura. “ .....heyheyhey....reeerudeey, taahieee reeerudeyyy, kinah reeerudeey debay.. ” Monyet begitu marah lalu terus mengejar Kura-Kura tetapi tidak berjaya kerana Kura-Kura sempat menyembunyikan dirinya.