MILI PERGI SEKOLAH
Norliyana Afiqah
Hari ini hari pertama
Mili ke sekolah. Mili
berasa gementar hendak
ke sekolah.
Bagaimana
hari pertama di
sekolah nanti?
Mili pergi ke sekolah
menaiki bas sekolah.
Mili berjumpa dengan
ramai rakan baharu di
sekolah.
Guru juga melayan Mili
dengan baik sekali.
Mili berasa amat
seronok semasa
berada di sekolah.
Kawan-kawan, jom ke
sekolah!