KISAH OPET SI ANAK MONYET BY: VERONICA YAK IPGKTAR
Di dalam sebuah hutan yang kecil,tinggal sekeluarga monyet yang hidup aman dan damai.Anak monyet yang paling bongsu bernama Opet.
Opet seekor monyet yang sangat ceria.Sepanjang hari Opet sentiasa gembira.Pada waktu lapang Opet suka berhayun dan bergayut pada pokok yang menjalar panjang.
Buah kegemaran Opet adalah buah pisang.Opet sangat suka makan buah pisang kerana buah pisang adalah manis dan lembut.Opet sangat takut jika buah pisangnya diambil oleh adik beradiknya yang lain.Semasa tidur pun Opet masih memegang buah pisangnya dengan erat.