The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WEBook - PERPUSTAKAAN MAYA KANAK-KANAK, 2023-10-18 04:28:17

DODDY SI GAJAH YANG JAHAT

nur hafiza binti rustan


Di sebuah hutan terpencil, hidupnya


sekumpulan haiwan dengan aman damai.



Terdapat seekor gajah yang bernama Doddy.



Doddy memiliki tubuh yang besar dan kekar.


Namun begitu, Doddy sangat di benci oleh



haiwan-haiwan yang lain disebabkan oleh



sikapnya yang suka membuli.








Pada suatu hari, Doddy ternampak sekumpulan



monyet sedang menikmati buah rambutan di



sebatang pohon. Tanpa membuang masa, Doddy



terus merampas rambutan itu dari monyet-monyet



kemudian menghalau mereka. Setelah itu, Doddy



memakan rambutan dengan lahap sehingga habis.



Setelah itu, Dodyy pun pergi ke tebing sungai untuk




minum air.





Apabila sampai di tebing sungai, Doddy



terserempak dengan seekor ibu itik



bersama anak-anak itik. Doddy berteriak



lalu berkata "Siapa yang menghalang




jalanku, akanku pijak!". Mak itik



bergegas membawa anaknya jauh dari



Doddy.


Setelah selesai minum air,Doddy



bersiar-siar di dalam hutan dengan




perasaan gembira. Tanpa disedari,


Doddy terjatuh kedalam lubang yang




dalam. Doddy menjerit kesakitan



"Aduhhhh". Doddy berusaha untuk



keluar tetapi usahanya sia-sia.Doddy



menjerit meminta tolong.



















Sang kancil terdengar suara



jeritan. Sang kancil bergegas



mencari arah suara tersebut.Sang



kancil terkejut apabila



menjumpai Doddy yang



menangis meminta bantuan.



Sang kancil bergegas meminta




bantuan daripada haiwan-haiwan


lain.


Sang kancil mengumpulkan kesemua haiwan



untuk membantu Doddy. Namun kebanyakan



haiwan tidak mahu membantu Doddy serta



mentertawakannya. Sang kancil berasa kasihan



dengan Doddy. Sang kancil memujuk haiwan lain



berkali-kali sehingga mereka bersetuju untuk



membantu Doddy.














Berkat kerjasama dengan Sang kancil dan



haiwan-haiwan lain, Doddy berjaya



dikeluarkan dengan selamat. Doddy



meminta maaf kepada semua haiwan




diatas perbuatannya dahulu.. Semenjak



kejadian itu, Doddy dan haiwan lain



menjadi sahabat.


Click to View FlipBook Version