vero
Nama saya Diana.Saya tinggal bersama dengan ibu bapa
saya di sebuah rumah besar di tengah bandar.Saya
merupakan seorang anak tunggal.Saya selalu merasa
bosan dan sunyi di rumah yang besar kerana ibu bapa
saya selalu bekerja.Jika ada masa lapang,saya suka
mengajak ibu bapa saya bersiar-siar ke pasar.
Pada suatu hari yang cerah,saya mengajak ibu bapa
saya bersiar-siar ke taman.Saya berasa sangat
gembira.Kami berjalan melihat pemandangan yang indah
sambil makan aiskrim.Setelah selesai makan
aiskrim,kami singgah bermain layang-layang di
taman.Setelah selesai bermain layang-layang,ibu
mengajak saya untuk membeli makanan di sebuah gerai
seberang taman.Ayah menunggu saya dan ibu di kereta.
Dalam perjalanan menuju ke gerai,saya tiba-tiba ternampak
seekor kucing yang sangat comel di tepi jalan.Kucing itu
bewarna jingga.Kucing itu terlihat kurus dan kelaparan.Saya
berasa sedih melihat keadaan kucing itu.Saya meminta izin
ibu untuk memeliharanya.Ibu juga kasihan dengan kucing itu
membenarkan saya membawanya pulang.Saya sangat
gembira kerana akhirnya saya mempunyai kawan untuk
bermain ketika sendiri di rumah.
a a
M u i r k a t a :
t
Sayangilah haiwan seperti
menyayangi keluarga sendiri