The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by WEBook - PERPUSTAKAAN MAYA KANAK-KANAK, 2023-10-18 04:29:52

Didi Rama-Rama Cantik

Didi Rama-Rama Cantik

DIDI RAMA-RAMA CANTIK ROHA TAMIT


Didi tinggal dalam sebuah rumah yang sangat nipis, dan berkilat. Rumah Didi cantik berbentuk bulat tetapi sangat kecil dan sempit. Didi ada ramai jiran. Mereka juga hidup seperti Didi. Hidup Didi sangat seronok bersama kawan-kawan. Namun Didi dan kawan-kawannya hanya tinggal di sini selama lima hingga sepuluh hari saja.


Didi dan kawan-kawannya sudah berubah menjadi beluncas dan mempunyai badan yang panjang. Didi dan kawan-kawannya suka makan daun-daun. Tiga minggu kemudian badan Didi mula ditumbuhi bulu-bulu dan telah berubah menjadi lebih dewasa. Didi perlu berehat dan tinggal di rumah baru yang bernama kepompong selama dua hingga tiga minggu.


Tiba-tiba Didi terkejut apabila melihat kaki dan kepak di badannya mula terbentuk. Didi sangat gembira kerana sudah menjadi seekor rama-rama dewasa yang sangat cantik.


Click to View FlipBook Version