Nama PENULIS: Jessie J.S.
Pada suatu hari, Ali
sedang mengayuh
basikal di dalam
hutan. Tiba-tiba, Ali
terdengar suara
meminta
pertolongan. Suara
tersebut terdengar
dari kawasan tasik.
Ali pun bergegas mencari
suara tersebut. Ali terkejut
apabila mengetahui
bahawa suara tersebut
datangnya daripada suara
seekor Ikan Emas yang
terdampar di kawasan
tasik. Ikan Emas itu
meminta tolong kepada Ali
untuk meletakkannya di
dalam air.
Ali pun meletakkan ikan emas
tersebut di dalam tasik. Ikan
Emas tersebut mengucapkan
terima kasih kepada Ali kerana
menolongnya. Ikan Emas,
tersebut memberikan buah-
buahan kepada Ali sebagai
tanda terima kasih. Ali sangat
gembira kerana dapat
membantu Ikan Emas tersebut.