The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PENGURUSAN ASRAMA AMal Johor 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-88014493, 2024-03-08 09:41:49

BUKU PENGURUSAN ASRAMA

BUKU PENGURUSAN ASRAMA AMal Johor 2024

PANDUAN DAN PENGURUSAN ASRAMA BUKU 2024/2025 ASRAMA MALAYSIA JOHOR


Nama : …………………………………………………………………………………………………................................ Tingkatan : ……………... Dorm : ……………………………… No. katil : ………………….......... Nama guru tingkatan : ………………………………………………………………………………................. Tarikh lahir : ………………………………… Tempat lahir : ……………………………………........... Agama : …………………………………… No. kad pengenalan : ……………………………………………………………………………….. No. surat beranak : ……………………………………………………………………………….... Alamat rumah : ……………………………………………………………………………….................... ……………………………………………………………………………………………………………...................................... Nama Ibubapa / Penjaga : ………………………………………………………………..... Alamat pejabat Ibubapa / Penjaga : ……………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………...................................... No. telefon (R) : …………………….No. telefon (P) : ……………… H/P : …………………....... PROFIL MURID


Kami sehala Ke puncak yang sama Satu tujuan Kami sehaluan (Chorus) Curam serta landai Kami tempuh bersama Sukar serta senang Meneguhi azam kita Riang bergembira Tak dapat digambarkan Sekolah kami jaya Kami berpisah Bila tiba masa Kenang sentiasa Mulanya bersama (Ulang chorus) Kami berdiri Dan bersatu hati Menabur bakti Kepada pertiwi (Ulang chorus) LAGU SEKOLAH


Asrama Malaysia Bermulanya disini Lahirlah anak Malaysia Yang penuh harmoni Dengan pelbagai Bangsa didalamnya Sebumbung menuju ke puncak jaya Di bawah payung Misi perpaduan Visi mencapai kejayaan Asrama Malaysia Disiniku belajar erti hidup Saling hormat-menghormati Berdikari Mensyukuri Menyayangi Menghayati Ucapan terima kasih Asrama Malaysia LAGU ASRAMA MALAYSIA


Pengetua Nama : Sharifah Junaidah binti Syed A Rahman No. Telefon : 019-7294600 Pen. Kanan HEM Nama : Nurul Huda binti Johdi No. Telefon : 018-7748046 JAWATANKUASA KEPIMPINAN ASRAMA


Ketua Warden Nama : Nursuhadah binti Mohamad Ramdzan No. Telefon : 012-7913902 Penyelaras Tingkatan : 5 Warden 2 Nama : NurFarzana binti Jamaludin No. Telefon : 013-5096384 Penyelaras Tingkatan : 4 Warden 3 Nama : Noor Aznita binti Hashim No. Telefon : 019-7047784 Penyelaras Tingkatan : 3


Warden 4 Penyelia Warden 4 Nama : Fatanah Rashidah binti Ab Llah No. Telefon : 018-2990347 Penyelaras Tingkatan : 2 Nama : Majida Noora binti Ismail No. Telefon : 013-7419125 Penyelaras Tingkatan : 1 Nama : Norhayanti Binti Yahya No. Telefon : 019-7136896 Penyelaras : Murid Sabah


Jawatankuasa Tertinggi Asrama Ketua Asrama Penolong Ketua Asrama Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari Penolong Bendahari EXCO ASRAMA Barisan Exco Asrama Ketua Exco Disiplin Penolong Exco Disiplin 1 Penolong Exco Disiplin 2 Ketua Exco Keceriaan dan Kebersihan Penolong Exco Keceriaan dan Kebersihan 1 Penolong Exco Keceriaan dan Kebersihan 2


Ketua Exco Pengangkutan Penolong Exco Pengangkutan 1 Penolong Exco Pengangkutan 2 Ketua Exco Makanan Penolong Exco Makanan 1 Penolong Exco Makanan 2 Ketua Exco Sosial dan Kebajikan Penolong Exco Sosial dan Kebajikan 1 Penolong Exco Sosial dan Kebajikan 2 Ketua Exco Kebudayaan Penolong Exco Kebudayaan 1 Penolong Exco Kebudayaan 2 Barisan Exco Asrama


Ketua Exco Multimedia Penolong Exco Multimedia 1 Penolong Exco Multimedia 2 Ketua Exco Makanan Penolong Exco Makanan 1 Penolong Exco Makanan 2 Ketua Exco Agama dan Moral Penolong Exco Agama dan Moral 1 Penolong Exco Agama dan Moral 2 Ketua Exco Akademik Penolong Exco Akademik 1 Penolong Akademik 2 Barisan Exco Asrama


PERATURAN ASRAMA Hari Persekolahan Biasa


Hari Jumaat


Hari Sabtu


Pemakaian Murid Murid tidak dibenarkan sama sekali membawa atau memakai pakaian yang ketat, pendek dan mencolok mata. Seluar jeans adalah dilarang sama sekali. 1. Tudung dan baju lengan panjang wajib dipakai bila-bila masa apabila keluar dari dorm bagi yang muslim. 2. Tidak dibenarkan memakai pakaian tidur sama ada seluar ataupun baju tidur pada waktu bukan yang sepatutnya. 3. Pakaian outing rasmi asrama (baju korporat, tudung hitam dan kasut / sandal) mestilah dipakai apabila ke bandar / outing, balik ke rumah, pulang semula ke asrama atau menghadiri aktiviti-aktiviti asrama atau sekolah seperti diarahkan. 4. Ketika bersukan atau beriadah hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap dan bertudung. 5. 6. Pakaian dibasuh mestilah dijemur di ampaian dengan kemas. Pakaian yang dijemur tidak boleh dibiarkan lama di ampaian. Pakaian yang telah kering dan jatuh hendaklah diambil. 7.


Dormitari Pemeriksaan dorm akan dibuat pada bila-bila pada setiap hari (selain pemeriksaan mingguan yang telah ditetapkan) oleh AJK asrama atau warden. 1. 2. Katil dan locker mestilah dalam keadaan teratur dan kemas. Locker mestilah dikunci apabila asramawati tidak berada dalam dorm untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecurian. 3. 4. Katil hendaklah dikemas sebelum 6.30 pagi pada setiap hari. Cadar dan sarung bantal berwarna merah jambu serta selimut asrama mestilah dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan tidak berkedut. 5. Setiap asramawati bertanggungjawab ke atas peralatan asrama yang diserahkan kepadanya iaitu katil, bantal, tilam dan locker serta tidak boleh ditukar milik. Sebarang kerosakan adalah tanggungjawab asramawati berkenaan dan mesti dibayar ganti rugi. 6. Semua pakaian hendaklah dilipat dan disimpan dengan teratur dalam locker serta sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas (pemeriksan asrama termasuk kekemasan locker). 7. Pakaian kotor dan basah tidak dibenarkan disimpan di dalam locker atau digantung pada katil atau mana-mana bahagian dalam dorm. 8. Tuala mandi hendaklah disidai di tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan digantung atau disidai di katil, locker, tingkap atau koridor bangunan asrama. Pakaian basah atau lembap hendaklah disidai di ampaian yang disediakan. 9.


Dormitari Tidak dibenarkan berada di dalam dorm pada waktu persekolahan sedang berjalan mulai jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang, waktu kelas pesediaan, solat berjemaah, aktiviti kokurikulum dan waktu riadah. Asramawati yang sakit hendaklah berada di bilik rawatan / bilik rehat. 1. Dilarang membuang sampah di merata tempat, termasuk di kaki lima belakang dorm. Kesemua ahli dorm bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan. Tong sampah yang penuh hendaklah dikosongkan, buang sampah di tempat pembuangan sampah. 2. Dilarang menampal sebarang risalah / gambar dan seumpamanya sesuka hati di dalam atau di luar locker, di dinding atau di mana sahaja sekitar kawasan asrama. 3. 4. Dilarang juga memasang sebarang paku atau tali tanpa kebenaran warden. Dilarang menyimpan buku di dalam locker pakaian. Simpan dan susun dengan kemas di bilik belajar. 5. Tidak dibenarkan tidur di atas katil asramawati lain, sama ada bersendirian atau berdua. 6. Dilarang menerima / membawa tetamu pada bila-bila masa ke blok asrama tanpa kebenaran warden. Pelawat hanya dibenarkan berada di dewan makan atau wakaf sahaja. 7.


Bilik Air / Bilik Mandi / Bilik Cuci 1. Pastikan paip air ditutup dengan sempurna selepas digunakan. Pam / jirus tandas selepas digunakan. Kebersihan bilik mandi dan tandas adalah tanggungjawab semua penghuni asrama. 2. Pastikan tuala wanita, kotak sabun, berus gigi, pakaian dalam dan barangbarang lain tidak dimasukkan ke lubang tandas sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Sekiranya tandas tersumbat maka penghuni asrama bertanggungjawab untuk kos membaik pulih. 3. Alatan mandi dan membasuh pakaian seperti baldi dan gayung hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan dan sentiasa tersusun kemas. 4. 5. Dilarang merendam pakaian atau kasut di sinki, bilik mandi dan tandas. Dilarang membasuh baju atau mandi pada waktu solat berjemaah, kelas persediaan, waktu makan atau riadah. 6. Dilarang membasuh bekas makanan, pinggan, mangkuk dan lain-lain yang mengandungi sisa makanan di dalam sinki. 7. 8. Dilarang membuang sampah dalam bilik air khususnya dalam sinki. Pakaian semasa mandi / membasuh di dalam bilik air hendaklah mengikut had-had menutup aurat. 9. 10. Lampu-lampu di bilik mandi dan tandas hendaklah ditutup pada jam 6.30 pagi.


Kelas Persediaan / Prep Asramawati perlu menghadiri kelas-kelas persediaan pada waktu yang telah ditetapkan. 1. AJK akademik perlu mencatatkan nama asramawati yang tidak berada di bilik prep dalam buku laporan exco asrama. 2. Tidak dibenarkan membuat bising, mengganggu ketenteraman orang lain, merayau-rayau atau keluar tanpa sebab pada waktu prep. 3. 4. Tidak dibenarkan membawa atau makan makanan berat di dalam bilik prep. Setelah selesai belajar pastikan semua lampu, kipas, tingkat dan pintu bilik prep ditutup. 5. Asramawati dikehendak memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat semasa berada dalam kelas persediaan. 6. Asramawati dilarang membuat bising atau melakukan mana-mana perbuatan yang boleh menganggu rakan-rakan lain yang sedang belajar. 7. Menyusun buku dengan kemas di rak yang disediakan. Hanya buku yang digunakan sahaja boleh berada di atas meja sewaktu prep berjalan. 8. Meja perlu dikosongkan tanpa sebarang buku dan lain-lain alatan apabila prep tamat. 9.


Bilik Sembahyang / Solat Semua penghuni asrama yang beragama Islam diwajibkan solat berjemaah di surau (Subuh, Maghrib dan Isyak) pada hari persekolahan dan kelima-lima waktu pada hujung minggu. 1. 2. Asramawati dilarang solat di dorm atau bilik belajar. Ketika waktu solat berjemaah Subuh, Maghrib dan Isyak asramawati yang uzur perlu berada dibilik yang dikhaskan bersama dengan asramawati bukan muslim. 3. Bilik solat dikhaskan untuk tujuan beribadat serta perkara yang berkaitan dengannya sahaja. 4. Al-Quran, surah Yaasin, kitab, buku, sejadah dan telekung hendaklah disusun dengan kemas di rak atau almari yang disediakan. 5. Semua asramawati dilarang bercakap-cakap, bergurau, ketawa, menyanyi atau bersiul terutamanya di dalam surau. 6. 7. Dilarang membawa masuk sebarang makanan atau minuman ke dalam surau. 8. Kipas, lampu dan pintu mesti ditutup selepas digunakan. 9. Selipar mesti disusun dengan kemas dan teratur di koridor. Bilik ini diurus oleh exco agama yang bertanggungjawab memastikan penggunaan bilik ini, kebersihan dan keceriaannya serta aktiviti berjalan dengan baik 10.


Waktu Makan dan Tatatertib 1. Waktu makan dan minum hendaklah mengikut jadual yang ditetapkan. Semua asramawati hendaklah menanggalkan kasut atau selipar dan menyusunnya di luar pintu dewan makan dengan kemas. 2. Asramawati hendaklah berbaris semasa mengambil makanan serta mengamalkan tatatertib makan yang terpuji dengan membaca doa sebelum dan selepas makan. 3. Alatan makanan yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang ditentukan. 4. Sisa makanan dilarang ditinggalkan di atas meja atau dijatuhkan di bawah meja. 5. Makanan dan peralatan tidak dibenarkan dibawa keluar dari dewan makan kecuali untuk asramawati sakit dan warden dibenarkan. 6. Asramawati yang memerlukan makanan lebih awal atau lewat dan waktu makan yang ditetapkan kerana sesuatu aktiviti, dikehendaki memberitahu warden atau penyelia selewat-lewatnya 12 jam sebelum waktu makan berkenaan. 7. Bagi asramawati yang hendak berpuasa sunat dan rombongan, yang memerlukan makanan untuk bekalan boleh memberitahu warden atau penyelia 2 hari sebelumnya untuk pengurusan makanan. 8. 9. Dapur atau tempat memasak adalah kawasan larangan bagi asramawati.


Kawasan Larangan 1. Kawasan luar pagar asrama kecuali pergerakan pergi dan balik ke sekolah. 2. Pejabat asrama, bilik warden atau rumah warden kecuali atas urusan. Dorm pada waktu persekolahan, kelas persediaan, waktu kokurikulum, riadah, solat berjemaah dan lain-lain aktiviti atau program yang diatur oleh pihak asrama atau sekolah. 3. 4. Bilik rawatan kecuali ketika sakit. 5. Kawasan dapur dan ruang memasak di dewan makan. 6. Pondok pengawal Radio / CD hanya dibenarkan untuk aktiviti sekolah dibawah pengawasan guru / warden sahaja. 1. Asramawati tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau mana-mana alat elektronik 2. Menonton televisyen hanya pada waktu yang ditetapkan sahaja dan tidak bercanggah dengan aktiviti sekolah / asrama. 3. 4. Waktu yang dibenarkan adalah: 5.Jumaat : 2.00 - 4.30 petang 9.00 - 11.00 malam 6. Sabtu : 2.00 - 4.00 petang Radio, Television dan Alat Elektronik


Penerimaan Pelawat 1. Pelawat hanya dibenarkan untuk datang pada hari dan masa yang berikut: 2.Jumaat : 11.00 pagi hingga 6.00 petang 3.Sabtu dan Cuti Umum : 10.00 pagi hingga 6.00 petang 4. Tempat perjumpaan, di dewan makan asrama, astaka dan wakaf. Ibu bapa tidak dibenarkan menemui asramawati melalui pagar sisi dan hanya dibenarkan mengikut pagar utama sahaja. 5. Asramawati tidak dibenarkan membawa pelawat ke dorm dan tempat-tempat larangan. 6. Pelawat yang ada membawa kad kebenaran sahaja dibenarkan melawat. Kad perlu ditunjukkan kepada pengawal keselamatan terlebih dahulu, kemudian rekod nama dalam buku pelawat yang disediakan. 7. Pelawat tidak dibenarkan membawa asramawati keluar dari asrama kecuali atas sebab-sebab tertentu setelah mendapat kebenaran dari pentadbir / warden sekolah terlebih dahulu. 8. Pelawat hanya boleh membawa asramawati pulang ke rumah mengikut takwim yang disediakan oleh pihak asrama tetapi jika berlaku kecemasan pelawat mesti mendapatkan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan HEM / Warden. 9. Pelawat hendaklah memakai pakaian menepati etika pakaian yang telah ditetapkan. Pengawal keselamatan berhak menahan pelawat yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. 10.


Outing dan Minggu Pulang Bermalam Pihak asrama / sekolah akan mengeluarkan jadual outing dan minggu balik bermalam. 1. Kebenaran outing dan balik bermalam hanya dibenarkan setelah dijemput oleh ibu bapa / penjaga atau saudara mara yang dinamakan secara bertulis oleh ibu bapa / penjaga sahaja. 2. Asramawati tidak dibenarkan outing bersama keluarga kawan atau bermalam di rumah kawan tanpa kebenaran bertulis ibu bapa / penjaga. 3. Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan HEM dengan mengisi borang ‘Permohonan balik bukan pada minggu balik asrama’ yang boleh diambil dari pejabat asrama sekiranya mahu membawa asramawati keluar. Hanya atas urusan yang munasabah atau kecemasan sahaja akan dipertimbangkan. Borang permohonan yang telah ditandatangani itu hendaklah diserahkan kepada warden setelah mendapat kebenaran dari Pengetua / Penolong Kanan HEM. 4. Kad outing hendaklah ditandatangani oleh warden bertugas sebagai tanda memberi kebenaran outing / balik. Rekod nama dalam buku pergerakan asramawati di pondok pengawal dan tinggalkan kad outing di pondok pengawal apabila keluar. 5. Asramawati yang tidak balik semula ke asrama pada masa / hari yang telah ditetapkan kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, ibubapa / penjaga hendaklah menghubungi warden serta merta. Sekiranya asramawati sakit, perlulah mengemukakakan surat akuan doktor atau surat penjelasan daripada ibu bapa / penjaga yang ditulis sendiri oleh ibu bapa / penjaga. Boleh dihantar secara softcopy. 6.


Outing dan Minggu Pulang Bermalam Pakaian outing mestilah lengkap (baju korporat, bersepatu hitam dan bertudung hitam). Sekiranya terdapat sebarang masalah, asramawati perlu memaklumkan kepada warden untuk kebenaran memakai pakaian lain selain yang ditetapkan. 1. 2. Masa keluar dan balik (sebelum pukul 6.00 petang) mestilah dipatuhi. Apabila telah pulang semula ke asrama, asramawati hendaklah mengambil kad outing dan melapor diri di buku keluar masuk serta serahkan kad kepada warden. Asramawati yang lewat juga perlu berjumpa warden untuk diambil tindakan selanjutnya. 3. Asramawati tidak dibenarkan untuk mengambil kad asramawati yang lain untuk dihantar kepada warden apabila pulang ke asrama. 4. Kesalahan Tatatertib 1. Semua peraturan sekolah juga diguna pakai di asrama. Asramawati yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan disiplin dan direkodkan. 2. 3. Jika kesalahan yang dilakukan oleh asramawati secara


KOD, KELAS DAN TAHAP SALAH LAKU RUJUKAN: SISTEM TADBIR URUS DISIPLIN MURID (STUDM)


Asrama Malaysia Johor (AMal) Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga : Tandatangan Murid ................................................................................ ....................................................................... Nama Nama: Tarikh: Tarikh: Saya : ……………………………………………………………… K/P : …………………………… (Nama* Ibu / bapa / penjaga) Sebagai * Ibu / Bapa / Penjaga kepada : ………………………………………………………….. No. K/P : ………………………………… Tingkatan : ………… dengan ini memberi jaminan kepada pihak sekolah seperti berikut : Bahawa saya : 1. Akan menjelaskan segala yuran / bayaran yang dikenakan kepada anak / anak jagaan saya termasuk hutang piutang jika ada. 2. Akan menggantikan segala kerosakan dan kehilangan harta benda asrama jika perkara ini dilakukan oleh anak / anak jagaan saya semasa berada di asrama sekolah ini. 3. Faham dan bersetuju yang anak / anak jagaan saya mesti mematuhi segala undangundang dan peraturan asrama juga peraturan disiplin murid asrama yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa. 4. Bersetuju anak / anak jagaan saya patut menerima sebarang tindakan atau apa-apa hukuman yang setimpal dengan kesalahan atau kesalahan-kesalahan disiplin asrama, walaupun jika terpaksa dikenakan hukuman buang asrama / buang sekolah demi untuk menjaga keutuhan dan imej asrama, sekolah, agama, bangsa dan negara. 5. Bersetuju mewakilkan kepada Pengetua / Guru Besar untuk menandatangani bagi pihak diri saya, surat keizinan yang diperlukan oleh doktor hospital kerajaan, untuk menggunakan ubat bius dan melakukan pembedahan ke atas anak / jagaan saya apabila berlaku kecemasan yang memerlukan tindakan serta merta. 6. Mengizinkan anak / jagaan saya mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan dan lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau sebarang pertubuhan yang disertainya. 7. Bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan air kencing ( urine test ) yang dijalankan di sekolah / asrama apabila diperlukan. *Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian, KPM | Muka surat 539 SURAT JAMINAN IBUBAPA


Asrama Malaysia Johor (AMal) Bahawasanya saya, 1.Berjanji akan mematuhi segala peraturan asrama. Sanggup menerima dan mengizinkan sebarang hukuman yang berkaitan sekiranya saya melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak asrama. 2. 3.Bersedia untuk dikeluarkan asrama bila-bila masa sekiranya : Keputusan ujian / peperiksaan tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan. Tahap disiplin dan kelakuan saya tidak memuaskan atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak pengurusan asrama. Persetujuan ini dibuat atas kerelaan hati saya tanpa desakan atau paksaan manamana pihak. Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga : Tandatangan Murid : ............................................................................. .......................................................... Nama Nama: Tarikh: Dihadapan saksi : ................................................................... Nama : NAMA MURID : …………………………………………………………... DORM : ………………... NO K.P / S. BERANAK : ……………………………………TARIKH LAHIR : …………………….. ALAMAT SURAT MENYURAT : ……………………………………………………………………... ……………………………………………………………………...................................................................... NO.TEL : …………………………………… *Buku Panduan Pengurusan Asrama Harian, KPM | Muka surat 540 AKU JANJI MURID


MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI 07 - 224 3050 [email protected] Jalan Bendahara, 80100, Johor Bahru. Johor https://t.me/AMalJohor_HEBAT asrama_malaysia_johor Asrama Malaysia Johor SIGS Official


Click to View FlipBook Version