The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-88014493, 2022-06-21 02:20:06

ebook Asrama Malaysia Johor

SMK (P) Sultan Ibrahim

Asrama Malaysia Johor

SMK (P) Sultan Ibrahim

" PRODUCING CAPABLE , VERSATILE LEADERS "

SEJARAH ASRAMA MALAYSIA JOHOR
SMK (P) SULTAN IBRAHIM

Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim
mempunyai dua blok asrama yang dikenali sebagai Asrama Puteri 1
dan Asrama Puteri 2. Kedua-dua blok asrama ini terletak di Jalan
Abdul Rahman Andak dan dipisahkan oleh Jalan Panglima.

Asrama Puteri 1 pada asalnya merupakan sebuah hospital
yang telah dibina sejak zaman penjajahan Inggeris pada tahun 1939.
la mula digunakan sebagai asrama sekolah pada tahun 1956 dan
boleh menampung seramai 60 orang murid sahaja. Seiring dengan
peningkatan jumlah murid dan permintaan untuk tinggal di asrama,
pihak Kementerian Pendidikan telah membina sebuah lagi asrama
dua tingkat pada tahun 1972.

Asrama baharu telah dinamakan sebagai Asrama Puteri 2.
Asrama Puteri 2 boleh menampung seramai 120 orang murid. Pada
tahun 1994, Asrama Puteri 1 yang telah lama usianya itu telah
dicadangkan untuk digantikan dengan bangunan baharu. Oleh itu,
pada 1 Jun 1994 seramai 44 penghuni Asrama Puteri 1 menumpang
sementara di Asrama Puteri 2. Bangunan baharu Asrama Puteri 1
yang terdiri daripada satu blok tiga tingkat dan satu blok dewan
makan ini telah disiapkan pada penghujung tahun 1995, dan mula
diduduki pada 27 Februari 1996. Bangunan ini dapat menampung
seramai 100 orang murid.

Asrama ini kemudiannya telah dinaik taraf menjadi Asrama 1
Malaysia (A1M) pada tahun 2010. Namun, pada tahun 2013 asrama
ini telah dijelmakan semula dengan nama Asrama Malaysia (AMal).
Asrama ini terdiri daripada murid pelbagai kaum dalam satu asrama
berdasarkan konsep 1 Malaysia.





PROGRAM SEPANJANG TAHUN DI
ASRAMA

PROGRAM
PERTUKARAN
PELAJAR (ONLINE)

PROGRAM
ROBOTIK

PROMOSI ASRAMA
MALAYSIA TAHUN

2020

PROGRAM KEM
KEPIMPINAN

ASRAMA MALAYSIA
TAHUN 2021

ROBOTIK
SMK (P) SULTAN IBRAHIM

BENGKEL ROBOTIK BENGKEL &
PERTANDINGAN M

BLOCK

BENGKEL ROBOTIK AMal FIRST LEGO LEAGUE
MALAYSIA

KEJAYAAN ASRAMA MALAYSIA JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM

Asrama Malaysia Johor telah melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek akademik
dan kokurikulum. Antara kejayaan yang telah dicapai oleh murid Asrama Malaysia
Johor ialah

Naib Johan Pertandingan e-Syarahan
Asrama Harian 2021

Johan Pertandingan Video Kreatif Asrama kategori
menengah Karnival Hal Ehwal Murid Negeri Johor

2020

Anugerah The Most Creative Team
Pertandingan e-Robotik Murid Asrama Malaysia

(AMal) 2020

Gracious Professionalism Award 2019

WASMB World Championship 2018

KEJAYAAN ASRAMA MALAYSIA JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM

Johan Video Promosi Asrama Malaysia 2020

Johan Kombo Festival Seni Ganggayu 2019

Naib Johan Pertandingan 4K Dorm Asrama Harian
2021
Anugerah The Best Presenter Pertandingan
e-Robotik Murid Asrama Malaysia (AMal)

Anugerah Persembahan Terbaik Koir Peringkat
Negeri 2019

asrama_malaysia_johor

Asrama Malaysia Johor SIGS Official

Jalan Abdul Rahman Andak, Yahya
Awal, 80000 Johor Bahru, Johor

Phone: 07-224 3050


Click to View FlipBook Version