The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgumike0203, 2020-02-16 07:06:32

BUKU PROGRAM KEM KEPIMPINAN PENGAWAS MUDA

SKNP

“ONE FOR ALL,
ALL FOR SUCCESS”
PENGLIBATAN :
PENGAWAS,
KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH SERTA
PENGAWAS PUSAT SUMBER
TARIKH : TEMPAT:
19 – 21 FEBRUARI 2020 DEWAN SRI PELAGUS
ANJURAN:
UNIT HAL EHWAL MURID BERSAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Satu program yang memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, program ini khususnya dirancang untuk meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan pelajar. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dan pihak-pihak luar dalam memantapkan lagi profesionalisme mereka. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari semsa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.
RASIONAL
Pengawas Sekolah, Ketua dan Penolong Ketua adalah pelajar yang terpillih yang diberikan tanggungjawab membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Untuk menyahut cabaran ini dan menepati citarasa wawasan Negara, diharapkan modul ini dapat melahirkan pemimpin sebagai wadah pemangkin mengikut acuan visi organisasi sekolah.


TEMA
“ONE FOR ALL, ALL FOR SUCCESS”
OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk;
üMembentuk semangat bekerjasama di dalam
sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi dan
visi organisasi.
ü Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan
komunikasi yang berkesan.
ü Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri
bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
ü Menyemarakkan komitmen murid ke tahap tertinggi dalam diri mereka melalui pelbagai aktiviti yang disediakan supaya tugas dan amanah pada murid terlaksana sepenuhnya.


PENASIHAT
ENCIK HARRISON DOM AK LANGI
( GURU BESAR )
PENGERUSI 1
ENCIK ANTHONY AK GEORGE
( PK HAL EHWAL MURID )
PENGERUSI 2
ENCIK WARRANT AK RUBI
( PK PENTADBIRAN )
PENGERUSI 3
ENCIK JEMAT AK BENET
( PK KOKURIKULUM )
PENYELARAS
PUAN NUR ANITA BINTI HASNAN
( GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING )
Persiapan Tempat (Backdrop) & Pengacara Majlis
En. Bonny anak Saging
Urusetia Pendaftaran, AJK Hamper
Pn. Nur Anita binti Hasnan
Perhubungan Luar
Pn . Nur Anita binti Hasnan (PPS)
Rakaman & Fotografi Keselamatan, Kebajikan,Kebersihan En. Ekmal Andsaler bin Mohd Iskandar Andrew
Kem komander ( Ketua Warden)
Pn. Nur Afiqah binti Tahir En. Alvin Julai anak Tommy
Ketua Fasilitator & Fasilitator
Pn. Nur Afiqah binti Tahir (K) En. Alvin Julai anak Tommy
Cik Wahida binti Mohd Hamdi Pn. Mahaziqah Farhah binti Mahmud
Riadah & Senaman pagi
En Awg Hafiz b Awg Ahmad (GS) En. Syazwan bin Mohd Sanosi
PA sistem, Siaraya, Peralatan & Bahan
En David ak Dungat
Sijil Peserta &A JK
Pn. Alpha anak Walter (Sijil Peserta) Cik Poyang anak Bungkong (Sijil AJK)
Pamplet / Buku Program
En. Macliffton Tembak Sinau Pn. Shielyn ak Kayan
Makanan dan Sajian
Pn. Margaret anak Sanabong En Benedick Buyong anak Unggam Pn Rot anak Tok
Unit HEM
En Anthony ak George
(Unit Pengawas &Ketua Kelas)
Pn Nur Anita binti Hasnan(Unit B&K) En. Alvin Julai anak Tommy ( Unit PSS )


TARIKH & TEMPAT
Tarikh : 19 Februari hingga 21 Februari 2020 Tempat : Dewan Sri Pelagus
KANDUNGAN PROGRAM
Di dalam Kem Kepimpinan ini telah ditetapkan kandungan program seperti berikut;
Ceramah Kepimpinan
Menerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan murid tahu tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seorang pemimpin.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri murid dengan menceritakan idea mereka dan berkongsi dengan rakan-rakan. LDK juga membantu untuk menerapkan semangat kerjasama antara satu sama lain dengan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Muhasabah Diri
Membantu murid merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka. Kelebihan yang ada dalam diri akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk terus berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri perlu diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.


TARIKH : 19 FEBRUARI 2020 HARI : RABU
MASA
PERKARA
CATATAN
2.30 – 03.00 petang
Pendaftaran Peserta Taklimat ringkas
Penyelaras Kem
03.00 – 04.15 petang
Suai Kenal Kumpulan
4 kumpulan Ice Breaking (Kotak Puaka/ Music Chair) Nyanyian Lagu semangat.
*Sebarang aktiviti yang bersesuaian
- Ketua Fasilitator : Pn. Nur Afiqah binti Tahir ( Ketua Warden)
- Fasilitator
1. En Alvin Julai anak Tommy
2. Cik Wahida binti Mohd
Hamdi
3. Pn. Mahaziqah Farhah binti
Mahmud
04.15 – 5.00 petang
Riadah Sukaneka
-En Awg Hafiz Awg Ahmad - En Syazwan Mohd Sanosi
05.00 – 05.30 petang
Persiapan diri
05.30-06.00 petang
Makan malam
07.00 – 08.30 malam
-Pembentangan Kumpulan
( *Muhasabah Diri)
Dewan Sri Pelagus


TARIKH : 20 FEBRUARI 2020 HARI : KHAMIS
MASA
PERKARA
CATATAN
8.30 – 9.30 pagi
Majlis Perasmian Watikah Pelantikan
- Semua pentadbir
- Semua guru
- Semua AKP
9.30 – 10.00 pagi
Makan pagi
- Dewan Makan
10.00 pagi – 12.00 t/hari
Modul 1
Kawad kaki Disiplin Diri dan Komitmen sebagai Pengawas Sekolah
LDK 1
- Penyelaras
- PPS : Sarjan Hazwan bin Rosli
12.30 t/hari
Makan tengah hari
02.30 – 04.30 petang
Modul 2 – Peraturan Murid dan Masalah Disiplin Murid LDK 2 – Kejelekitan Kumpulan Dan Mind Setting -Muhasabah Diri/ Refleksi Kendiri
- PK HEM
- Fasilitator
04.30 - 05.00 petang
Riadah (Zumba/ Senamrobik)
- Ajk Riadah
- En. Awg Hafiz
- En. Macliffton
05.00-06.30 petang
Persiapan diri
07.00 – 08.30 malam
Modul 3 – Personaliti Pemimpin
LDK 3 – Potensi Diri, Keyakinan Diri, Budaya Ilmu, Motivasi
- PK HEM
- Fasilitator
- Kem Komanden
08.30 malam
Minum malam
- Kem Komanden
- Warden
09.00 malam
Aktiviti Burung Hantu (keyakinan diri)
- Warden (K) : En Alvin Julai
- Semua guru lelaki


TARIKH : 21 FEBRUARI 2020 HARI : JUMAAT
MASA
PERKARA
CATATAN
08.00 pagi
Majlis Penangguhan Kem Pengawas Muda
- Ucapan PK HEM
- Ucapan Guru Besar
- Semua pentadbir
- Semua guru dan
AKP
Penyampaian hadiah untuk kumpulan
Sesi bergambar
Semua guru dan AKP
Bersurai
Amatlah diharapkan agar Kem Kepimpinan Pengawas Muda 2020 ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baharu peserta Kem Kepimpinan dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin di Sk Nanga Pelagus. Menyedari pentingnya keterampilan dan keunggulan pemimpin umumnya, serta membentuk sahsiah diri yang mantap dalam kalangan pelajar Sk Nanga Pelagus. Sayugianya Kem ini akan memudahkan dan membantu para peserta dalam menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif kepada semua peserta sebagai bekalan dalam melengkapkan diri untuk menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.


TERIMA KASIH
teacher mts


Click to View FlipBook Version