The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ijat dan Apip
Nama: NUR SYAMIMI RAIHAH BINTI SUHAIMI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamimirai, 2024-02-24 11:55:52

Ijat dan Apip

Ijat dan Apip
Nama: NUR SYAMIMI RAIHAH BINTI SUHAIMI

A Syamimi Raihah @ C


Di satu tempat yang jauh dari ibu kota, terdapat sebuah hutan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan. Bunyi burung berkicauan dengan riang memenuhi kawasan hutan. Di bawah sana, terlihat dua sahabat karib yang sedang bersiar-siar menikmati keindahan alam sambil menyanyi dengan riang.


Suatu pagi yang ceria, hutan hijau langit biru, Kita berjalan bersama, senangnya hati. Ijatlincah melompat,riang gembira bersuka ria, Apip melompat ceria, langkah yang ringan. Ijat dan Apip sahabat baik, Suka bermain, suka bersiar, Siang malam selalu bersama, Dalam hutan yang indah, Sepanjang hari, bersama-sama.


Lagu dinyanyikan penuh ceria. Badan berbulu coklat keemasan itu menari dengan riang sambil memegang tangan rakannya yang berbulu putih mulus itu. Inilah permulaan kisah dua sahabat, Ijat si monyet yang berani bersama Apip si arnab comel.


Di hutan tersebut, haiwan-haiwan akan bekerjasama untuk mengumpul makanan sebelum tibanya musim kemarau. Antara makanan yang mereka kumpul ada seperti pisang,rambutan, ubi, jambu dan sebagainya.


Begitu juga dengan Ijat dan Apip. Mereka akan mencari dan mengumpul bekalan makanan bersama-sama. Makanan yang dikumpul akan disimpan rapi di sebuah pondok kecil yang menjadi tempat tinggal mereka. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan makanan mereka diambil haiwan lain.


Pada suatu hari, Apip mendapat jemputan untuk ke rumah saudaranya yang baru sahaja berpindah ke hutan tersebut. Apip berasa sangat teruja untuk berjumpa dengan saudaranya itu. Dia memberitahu berita gembira ini kepada sahabatnya,Ijat.


"Ijat, aku akan ke rumah saudaraku esok! Dia baru sahajaberpindahkesini, "kataApipdengangembira. Ijat tersenyum manis. "Wah! Seronoknya kau Apip. Kaunakakutemankan?"tanyaIjatkepadaApip. "Tak mengapa Ijat. Nanti siapa pula yang akan jaga bekalanmakanankita?"soalApip. Ijat berfikir sebelum mengangguk setuju. "Betul juga kata kau. Kalau begitu, aku jaga pondok saja, " kata Ijat.


Keesokan harinya, Apip melakukan persiapan sebelum memulakan perjalanan. Apip membawa sedikit bekalan makanan lalu diletakkan di dalam beg galasnya. Dia berasa sangat teruja. Tambahan pula, ini merupakan satu pengalaman baru untuk Apip meneroka hutan tanpa Ijat di sampingnya. Ijat sempat berpesan kepada Apip supaya berhati-hati di sepanjang perjalanan.


Apip memulakan langkahnya dengan hati yang girang. Sedang asyik berjalan, tiba-tiba Apip terdengarsatubunyiyangkuat. BANG! "Alamak, itu bunyi tembakan!" Pantas Apip berlari untuk menyembunyikan diri. Dia ternampak sebatangpokok yangtumbangyang boleh dijadikan tempat untuk dia bersembunyi. Langkah dilajukan ke situ. Tangannya menggigil ketakutan.


BANG!BANG! Bunyi tembakan bergema lagi. "Tolongla jangan jumpa aku.."rintih Apip perlahan, mengharapkan dirinya tidakdijumpai oleh pemburu hutan itu.Dia berasa sangat takut kerana Ijat tiada di sisinya. Selalunya, Ijatlah yang akan melindunginya ketikamerekadalambahaya.


Pada waktu yang sama, Ijat yang berada di pondok kediaman mereka mula risau. Bunyi tembakan tadi menyebabkan keadaan semua haiwan menjadi huru-hara. Semuanya bersembunyi ditempat yang selamat. "Aduh, macam mana sekarang ni? Sudah la Apip berada di luar sana berseorangan. Kalau apa-apa jadi pada dia macam mana?" katanya dengan penuh kerisauan. Tanpa berfikir lebih panjang,Ijat bertekad untuk mencari Apip.


"Tak boleh jadi ni, aku kena cari Apip. Dia memerlukan pertolongan aku sekarang!" Beg silang beserta pelbagai alat mempertahankan diri digapai. Dengan langkah yang berani, dia memulakan perjalanan untuk mencari sahabatnya.


Tidak lama berjalan, dia terlihat dua orang pemburu hutan yang sedang mencari mangsa sambil membawa senapang. Ijat lekas menyembunyikan diri di atas pokok. Dia semakin cemas. Matanya meninjau dari atas mencari keberadaan Apip. "Mana Apip ni?" Secara tiba-tiba, matanya terlihat sesuatu yang bewarna putih di sebalik pokok yang tumbang. Ijat bergayut dari dahan ke dahan untuk melihat dengan lebih dekat.


"Apip!" jeritnya perlahan. Apip yang mendengar namanya diseru menoleh ke atas. Matanya terus berkaca, gembira melihat kehadiran sahabatnya yang berada di atas dahan pokok itu. "Ijat,tolong aku! Aku takut!" "Kejap, aku turunkan tali ni, kau ikat di beg ya? Aku akan tarik kau ke atas ni, " tali yang di bawa diturunkan. Nasib menyebelahi mereka ketika itu kerana pemburu itu berada agak jauh dari kedudukan mereka sekarang.


Apip menggapai tali itu lalu mengikat ke begnya dengan kuat. Dia menggalas kemas begnya itu. Badannya yang kecil memudahkan Ijat untuk menariknyakeatas. "Aku nak tarik ni. Kau pegang kuat-kuat ya!"jeritIjat perlahan. Tali ditarik dengan mudah. Sesampainya Apip ke atas, dia terus memeluk sahabatnya itu. Syukur kerana selamat daripada menjadi mangsa pemburu.


"Terima kasih Ijat!" peluknya sambil menangis terharu. Ijat tersenyum sebelum berkata, "Jom. Kita kena halang pemburu-pemburu itu daripada mencerobohi tempat ini!"


Mereka kembali ke pondok mereka. Ijat mengumpulkan kesemua haiwan yang ada di kawasan itu. Mereka berbincang tentang cara untuk menghalau pemburu-pemburu itu dari hutan ini. "Macam mana kita nak halau mereka? Mereka ada senjata sedangkan kita tidak mempunyai apa-apa, " kata SiBurung dengan nada risau.


Ijat selaku haiwan yang paling berani di situ memberikan idea. "Apa kata, kita buat perangkap?" "Perangkap? Macam mana?" soal Si Tupai. Ijat tersenyum lalu memberitahu cadangannya kepada rakan-rakannya yang lain. Selesai perbincangan, mereka bergerak ke kawasan di mana pemburu tadi berada. Kesemuanya menyalurkan semangat yang tinggi untuk menghalau pemburu itu dari hutan ini.


Sampai saja di kawasan pemburu tadi berada, mereka mengambil posisi masing-masing. Kumpulan monyet di ketuai oleh Ijat, manakala kumpulan burung dan tupai diketuai oleh Si Gagak. Kelihatan pemburu-pemburu itu tadi sedang berehat. Mereka bersedia untuk menyerang. " Dalam kiraan 1, 2, 3. serang!" jerit Ijat memberi arahan. Kumpulan monyet membaling kayu, manakala kumpulan tupai dan burung melontarkan batu kepada pemburu-pemburu tersebut.


Pemburu-pemburu tadi terkejut lalu segera berlari menyelamatkan diri. Mereka masuk ke dalam kereta lantas terus bergerak pergi dari situ dengan pantas. Ijat dan haiwan yang lain bersorak gembira kerana telah berjaya menghalau pemburupemburu tersebut. "Kita berjaya!" sorak mereka gembira. Ijat berasa bangga dengan kejayaan mereka. Akhirnya, mereka bebas dari pemburupemburu itu.


Keesokan harinya, Apip pergi ke rumah saudaranya bersama-sama Ijat. Kali ini, dia berasa lebih selamat dengan kehadiran sahabatnya itu. Lagi pula, mana mungkin pemburu-pemburu semalam berani untuk menjejakkan kaki ke hutan itu lagi. "Terima kasih Ijat. Disebabkan keberanian kau, kita semua selamat daripada ancaman pemburu hutan ini, " Apip berkata lalu memeluk sahabatnya erat.


Ijat hanya tersenyum simpul. "Sama-sama. Tetapi semua ini tidak akan berhasil tanpa bantuan rakan-rakan kita." Mereka meneruskan perjalanan dengan senang hati ke rumah saudara Apip.


TAMAT


Click to View FlipBook Version