The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alif Asyr, 2022-11-27 11:52:55

E FOLIO PEP

E FOLIO PEP

SEJARAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA
DAN PERADABAN





ALIF ASYRAAF BIN HASHIM (23DLH 22F1016)


MUHAMMAD AIMAN FIDA’IY BIN MAT GANTI
(23DLH22F1030)


AFIQ SYAHID BIN MOHD HAIZOLLIZAM
(23DLH22F1039)


NUR IRFAN DANIEL BIN NORZAINI
(23DLH22F1044)




DISEMAK OLEH : DR NORHAYATI FATMI BIN
TALIB

ISI KANDUNGAN

1) Penghargaan (m/s 1 )

2)Pngenalan (m/s 2 )

3) Cadangan Ke Atas Pembentukan Malaysia (m/s 3 )

4) Faktor – Faktor Pembentukan Malaysia (m/s 4 )
i)Faktor Politik (m/s 4 )
ii)Faktor Ekonomi (m/s 5 )
iii)Faktor Sosial (m/s 5 )

5) Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia (m/s 6 )
i)Reaksi Dalam Negeri (m/s 6-7 )
ii)Reaksi Luar Negeri (m/s 8 )

6) Langkah – Langkah Pembentukan Malaysia (m/s 9)
i)Siri Lawatan (m/s 9 )
ii)Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia JSKM (m/s9)
iii)Referandum Singapura ( m/s 10)
iv)Suruhanjaya Cobbold (m/s 10 )

7) Kesan Pembentukan Malaysia (m/s 11 )
i)Sabah mencapai kemerdekaan lebih awal (m/s11)
ii)Hak masyarakat pribumi lebih terbela perkongsian
ekonomi antara wilayah (m/s 12)

8) Rumusan (m/s 13)

9) Rujukan (m/s 14)

|

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan
penghargaan kepada pensyarah kursus Penghayatan Etika
dan Peradaban saya, Puan Norhayati Fatmi Binti Talib di
atas bimbingan,tunjuk ajar dan saranan yang bernas serta
kesudian beliau meluangkan masa mengadakan sesi
perbincangan sepanjang E-Folio ini dijalankan. Jasa dan
sumbangan yang dicurahkan selama ini akan dihargai dan
dikenang buat selama-lamanya.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu-bapa saya
yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan
moral kepada saya untuk menyiapkan E-Folio ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan
sekursus saya serta semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan E-
Folio ini. Jasa kalian akan saya kenang sehingga ke akhir
hayat

1

PENGENALAN

Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 0gos 1957.
Selepas kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman telah memberi
cadangan kepada British untuk menyatukan Sabah, Sarawak dan
Brunei untuk menjadi Malaysia. Kerajaan British menolak cadangan
tersebut kerana cadangan tersebut tidak melibatkan Singapura.
Pada masa yang sama, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura
bercadang untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu tetapi
ditolak Tunku Abdul Rahman.

Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman memberi ucapan
beserta cadangan penggabungan Sabah dan Sarawak, Singapura
dan Brunei ke Persatuan Tanah Melayu di Hotel Adelphi, Singapura.
Cadangan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi. JPPM memberikan
masa untuk Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan kerana
Sabah dan Sarawak menentang cadangan tersebut.

Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima cadangan tersebut lalu
menyusun satu memorandum untuk dihantar kepada Suruhanjaya
Cobbold. Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya meninjau
pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan mengsyorkan
perlembagaan baru. Pada Ogos 1962, Jawantankuasa Antara
Kerajan (JAK) ditubuhkan merangka Perlembagaan Malaysia. JAK
mengeluarkan laporan pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima
dan dilaporkan. Laporan ini ditandatangani di London pada 9 Julai
1963. Pada 16 September 1963, telah rasmi Sabah dan Sarawak dan
Singapura bersatu menjadi Malaysia..

2

CADANGAN KE ARAH
PEMBENTUKAN
MALAYSIA

1887-lord brassey mencadangkan negeri-negeri Melayu,
Negeri Selat, Sabah dan Sarawak digabungkan.

1948-Malcom Mac Donald iaitu Gabenor Jeneral Asia Tenggara
mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu disatukan.

1956- Dato Onn Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dinamakan Malaysia kerana beliau yakin
satu hari nanti British akan menggabungkan Sarawak, Sabah,
Brunei, Singapura dengan Tanah Melayu.

1955-Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan
penubuhan Malaysia.

1959- Lee kuah Yew mendesak British berunding dengan
Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Tanah Melayu
dengan Singapura sahaja.

27 Mei 1961-Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan Gagasan
Malaysia. Persetujuan ini dinyatakan dalam majlis makan
tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel
Adelpi, Singapura.

3

FAKTOR – FAKTOR
PEMBENTUKAN
MALAYSIA




Faktor politik




Faktor politik bermula daripada Lee Kuan Yew yang ingin bergabung
dengan Malaysia, kerana pengaruh barisan sosialis yang memenangi
Pilihanraya Hong Lim di Singapura. Perkembangan barisan sosialis akan
melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu parti tindakan rakyat
atau people's action party (PAP).Keadaan ini membimbangkan kerana
menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan
kepada Singapura.Ancaman Komunis juga merupakan salah satu faktor
pembentukan Malaysia.

Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam
membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960.
Ancaman Komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh
Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan
Sarawak sebagai negara Komunis. penyertaan Singapura. Sarawak dan
Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh
bagi menghadapi ancaman Komunis.

Hal ini kerana, penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan
Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri
berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri. Penubuhan
Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil
yang belum membangun. British berharap pembentukan Malaysia dapat
menghalang penyebaran pengaruh Komunis di Singapura dan wilayah-
wilayah Borneo.

4

Faktor Ekonomi

Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih
luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri
pertanian.Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat
memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di
negeri-negeri ini.Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah,
Sarawak dan Sabah dengan kayu balak, manakala Brunei kaya
dengan minyak.

Faktor Sosial

Pembentukan Malaysia dapat menyeimbangkan kaum dengan
menggabungkan Persekutuan.Tanah Melayu dengan Singapura akan
menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum di negara
kita.Singapura mempunyai bilangan orang cina yang lebih ramai
manakala Sabah,Sarawak dan Brunei mempunyai bilangan bumiputera
yang lebih ramai. Penyertaan negerinegeri tersebut dalam Malaysia
dapat mengimbangi kaum di kalangan negara anggota .

Pembentukan Malaysia juga mewujudkan kesepadatan dan semangat
setia kawan di kalangan anggotanya.

5

REAKSI TERHADAP
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Dalam Negeri

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Kebanyakan parti politik menyokong idea ini. Parti Islam Se-Tanah
Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara in dirunding terlebih
dahul dengan penduduk Tanah Melayu.Pada masa yang sama ,UMNO
menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa
memasukkan Singapura.

SINGAPURA

Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang
pengaruh parti berhaluan kiri.Barisan Sosialis menentang idea ini dan
mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk
baru.Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David
Marshall. Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa
kerajaan.Singapura mendapatkan pandangan rakyat berdasarkan
Referendum di adakan pada 1 Sept 1962.Pengundi Singapura memilih
penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan.

SARAWAK DAN SABAH

Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia. Ramai ingin
kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka tidak yakin untuk
membentuk pemerintahan sendiri.Hal ini disebabkan selama ini peluang
mereka dIm pemerintahan amat terhad.Mereka juga bimbang ekonomi
Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat.Semua parti politik di
Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih
dahulu.

6

SARAWAK

Parti SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah
Melayu.Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia.Parti
SUPP terus menentang pembentukan Malaysia.Pada Oktober 1962 , 5
buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN CA bergabung
membentuk Perikatan Sarawak.Mereka berjuang ke arah menyokong
Sarawak menyertai Malaysia. Mereka juga berusaha menyekat pengaruh
SUPP.

SABAH

Parti UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti
Demokratik membentuk Perikatan.Semua parti di Sabah menyokong
penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.Parti Perikatan Sabah
mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai
Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia.Pada
masa yang sama tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak.
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan
tersebut dalam Perlembagaan Malaysia.Tuntutan ini menjadi asas
pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru dan melindungi
kepentingan penduduk sarawak dan Sabah.Terdapat perbezaan hak
kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri Semenanjung
Tanah Melayu.Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan. Antara
perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :
• Ketua Negeri.
• Bahasa Kebangsaan
• Agama Islam
• Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
• Kerakyatan
• Peruntukan Kewangan

7

REAKSI TERHADAP
PEMBENTUKAN MALAYSIA

Reaksi Luar Negeri

REAKSI BRUNEI

Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.Manakala,Parti
Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang. Mereka ingin
menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri
daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. Sementara itu,PRB menganggap
Malaysia satu bentuk neokolonialisme. A.M Azhari melancarkan
pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan
Filipina.Pemberontakan ini juga dilancarkan pada 1962 dan dipatahkan oleh
tentera British.A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap.Beliau
akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.

REAKSI FILIPINA

Presiden Macapagal iaitu presiden Filipina,telah membuat pengumuman
rasmi menuntut hak terhadap Sabah.Malah,Filipina mendakwa Sabah masih
merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.Tuntutan ini
berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam
dengan Baron Von Overbeck.Overbeck kemudiannya menjualkan haknya
kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg
memperoleh Piagam Diraja daripada British.
Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo
(SBUB).Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.Pada tahun
1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.Pajakan ini
telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail
Kiram pada 22 Januari 1958. Pada Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia
melalui MAPHILINO (Malaysia, Filipina dan Indonesia).

8

LANGKAH PEMBENTUKAN
MALAYSIA

Pada 16 Oktober 1961 - Usul pembentukan Malaysia dibentangkan di
Dewan Rakyat dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan.Pelbagai cara
yang dilakukan merealisasikan pembentukan Malaysia.

Siri Lawatan

Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak dan Brunei untuk meninjau
dan bertemy dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan
pembentukan Malaysia pada Julai 1961.Ogos 1962 - Pemimpin Sarawak
dan Sabah (Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah,
Donald Stephens dan Dati Mustapha) mengadakan lawatan ke
Persekutuan Tanah Melayu untuk meninjau kemajuan persekutuan
tersebut.Tidak lama kemudian Lawatan Tunku Abdul Rahman ke
Sarawak dan Sabah menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan
ahli politik diTanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar
tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia
(JSKM)

JKSM Ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel
di Singapura iaitu pada tahun 23Julai 1961.Tujuan penubuhan ialah
Meyakinkan Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia dan
Menyediakan ruang perbincangan bagi mendapat kata sepakat terhadap
pembentukan Malaysia.JKSM juga memupuk aktiviti penghebahan dan
mempercepatkan pembentukan Malaysia.Ahli JSKM adalah wakil
pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
• Donald Stephens - Pengerusi JSKM
• Dalam mesyuarat - JSKM menyokong rancangan Malaysia.
Peranan JSKM adalah memberi kefahaman kepada pemimpin tempatan
dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia.

9

Referendum Singapura

Rundingan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura diadakan pada
Ogos 1962 hingga September 1962.Hasil rundingan Persekutuan Tanah
Melayu tersebut telah menyebabkan Singapura bersetuju menyertai
Malaysia. Awal bulan September 1962 , satu referendum diadakan di
Singapura menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai
Malaysia.Keputusan referendum tersebut ialah rakyat Singapura
bersetuju untuk bergabung membentuk Malaysia seperti syarat yang
ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah
Melayu.Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai
Malaysia.Manakala Rundingan London pula diadakan pada November
1961.Rundingan ini berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan
di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British.

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Anggota
Suruhanjaya Cobbold ialah Lord Cobbold sebagai pengerusi dan Ahli-
ahlinya ialah Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Muhammad
Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee. Suruhanjaya ini melawat 35 pusat
lawatan (20 pusat lawatan di Sarawak dan 15 pusat lawatan di Sabah).

Pada Jun 1962 Suruhaniaya Cobbold menyerahkan laporan kepada
kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara laporan tersebut
termasuklah Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong
pembentukan Malaysia. Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan
yang baharu. Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas kepada
Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan oleh
Keraiaan Persekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan
Negeri berkenaan.

10

KESAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada tahun 1963, Persekutuan Malaysia telah berjaya dibentuk
melalui penyertaan bersama Malaya, Singapura, Sarawak dan juga
Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Negeri Sabah. Pelbagai usaha
telah dilakukan secara bersama oleh para pemimpin tempatan
sehinggalah idea Pembentukan Malaysia ini berjaya direalisasikan.

Kesan pembentukan Malaysia terhadap
Sabah

Terdapat beberapa hikmah atau kesan pembentukan Malaysia ini,
terutamanya terhadap Negeri Sabah yang mungkin tidak begitu disedari.
Antara hikmah-hikmah penyertaan Sabah semasa pembentukan
Persekutuan Malaysia ialah Sabah mencapai kemerdekaan lebih
awal.Sebelum penjajahan pihak Jepun semasa Perang Dunia Kedua,
Sabah ditadbir secara terus oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British atau singkatannya SBUB. Selepas berakhirnya Perang Dunia
Kedua, Borneo Utara (Sabah) pada ketika itu telah diambil alih
pentadbirannya oleh Pentadbiran Tentera British dan ditukarkan
statusnya kepada sebuah Jajahan Mahkota British. Pentadbiran Tentera
British ini terus menguasai Borneo Utara sehingga tahun 1963. Pada
tahun 1962, iaitu setahun sebelumnya, satu suruhanjaya iaitu
Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk bagi meninjau pendapat rakyat
Sabah mengenai penyertaan Sabah ke dalam pembentukan Persekutuan
Malaysia. Majoriti rakyat pada ketika itu telah bersetuju dengan
cadangan tersebut dan ini telah membuka ruang kepada mereka untuk
mendapatkan kemerdekaan. Disebabkan oleh rundingan pembentukan
Malaysia ini, pihak British telah bersetuju untuk melepaskan dan
memberikan kemerdekaan yang lebih awal kepada Sabah untuk
membentuk kerajaan sendiri. Dengan kata lain, pembentukan Malaysia
telah mempercepatkan kemerdekaan Sabah daripada penguasaan
British.

11

Hak masyarakat pribumi lebih terbela
perkongsian ekonomi antara wilayah

Sebelum penyertaan Sabah ke dalam pembentukan Persekutuan
Malaysia, penduduk pribumi di Negeri Sabah tidak mempunyai jaminan
hak mereka sepertimana orang Melayu di Semenanjung Malaysia.
Sebelum kemerdekaan dicapai, kebanyakan sektor ekonomi di Sabah
dikawal dan dimiliki oleh warga asing. Rakyat pribumi Sabah pada ketika
itu hanya bergantung kepada sektor domestik seperti pertanian sahaja.
Melalui penyertaan Sabah ke dalam Malaysia, hak penduduk pribumi ini
dapat dibela dengan lebih baik. Selain itu, penyertaan ke dalam
Persekutuan Malaysia telah dapat membangunkan infrastruktur negeri
kearah yang lebih baik dan lengkap. Banyak jalan darat telah
diwujudkan berbanding penggunaan jalan sungai dan udara ketika
sebelum kemerdekaan dicapai. Tahap pendidikan, pengisian jawatan
dalam kerajaan negeri serta penguasaan ekonomi juga akan lebih
diberikan tumpuan kepada warga pribumi tempatan berbanding warga
asing semasa pentadbiran British.

12

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pembentukan Malaysia merupakan
sesuatu yang agak mustahil terutama apabila melihat reaksi
penentangan yang datang dari dalam negeri dan luar negeri.
Namun, menerusi diplomasi masalah tersebut dapat diatasi.
Pembentukan Malaysia telah berjaya menggabungkan
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Kerajaan British juga sanggup bekerjasama dan bertolak ansur
demi mencapai Kesejahteraan bersama. Di samping itu,
kerjasama yang diberikan oleh rakyat negeri-negeri anggota
adalah untuk memastikan kedaulatan negeri terjamin.
Perjanjian Malaysia 1963 yang telah ditandatangani di London
pada 9 Julai 1963 turut mengambil kira kepentingan semua
negeri anggota untuk mengekalkan kesejahteraan dan
perpaduan.

13

RUJUKAN

1) https://www.scribd.com/document/373286349/Kesan-
Pembentukan-Malaysia

2) https://solidaritas.my/bagaimana-malaysia-dibentuk-
bahagian-i/

3) https://www.google.com/search?
q=langkah+langkah+pembentukan+malaysia&sxsrf=ALiCzsZASf
vozHpcvEQrPltZFjOuQXEUzw%3A1669563658394&source

4)https://www.google.com/search?
q=reaksi+terhadap+pembentukan+malaysia&sxsrf=ALiCzsbzSu
mZdzCIrBBUQL0K9SZel9dU2w%3A1669563822728&source=hp
&ei=roWDY5GLKYO64-
EPxKi_oAg&iflsig=AJiK0e8AAAAAY4OTvmb11lIEJnr8t60dEej67r
Q7Na0-
&oq=reaksi+&gs_lcp=Cgdnd3Mtd2l6EAEYADIECAAQQzIFCAAQk
QIyBQgAEIAEMgUIABCABDIFCAAQgAQyBQgAEIAEMgUIABCABD
IICAAQgAQQywE6BwgjEOoCECc6BAgjECc6CgguEMcBEK8BECc6
CwguEIAEELEDEIMBOgsIABCABBCxAxCDAToICC4QsQMQgwE6
BwgAELEDEEM6CAgAEIAEELEDOgcIABCABBAKOgUIABCGA1DE
BliwEmClH2gBcAB4AIAB7wOIAYINkgEJMC40LjIuMC4xmAEAoA
EBsAEK&sclient=gws-wiz

5)https://kdmrsmuslim.com/2020/09/kesan-pembentukan-
malaysia-ini-4-perkara-yang-negeri-sabah-peroleh/

14

Thank You

FOR
EVERYTHING


Click to View FlipBook Version