The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fairisya969, 2022-07-12 22:50:07

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 2022

MINIT MESYUARAT KURIKULUM 1 2022

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

TARIKH : 30 MAC 2022 (RABU)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK WAWASAN, SMK DERMA
PENGERUSI : PUAN FAUZIAH BT ABDUL HAMID

KEHADIRAN : Pengerusi
1 Puan Fauziah bt Abdul Hamid Timbalan Pengerusi
2 Puan Rhuzaimah bt Ramli Naib Pengerusi II
3 Encik Mohd Afandy bin Ibrahim Naib Pengerusi III
4 Puan Hazriyana bt Hashim GK Sains dan Matematik / Pengerusi Pintar 4
5 Encik Lee Kean Yap GK Kemanusiaan / Pengerusi Pintar 1
6 Encik Md Nasir bin Md Isa GK Teknik dan Vokasional / KP GKT / Pengerusi Pintar 2
7 Encik Mohd Shaiful Azwan bin Ariffin SU Kurikulum / PBS
8 Puan Norizah bt Ahmad Pen. SU Kurikulum / KP Reka Bentuk dan Teknologi
9 Puan Farah Diyana bt Zolkafli Kaunselor
10 Puan Noraziyanti bt Rahim Kaunselor
11 Cik Nurzatun bt Ali Guru Media
12 Puan A’tikaf bt Saad Guru ICT
13 Puan Nazliah bt Mohamad Isa Setiausaha Pentaksiran dan Penilaian
14 Puan Roslela bt Hamzah Setiausaha SPM
15 Puan Razila bt Abni Setiausaha PT3
16 Puan Siti Khadijah bt Ahmad KP Bahasa Inggeris
17 Puan Saniah bt Abd Rani KP Bahasa Cina / SU Pintar 4
18 Cik Chao Kah Eng KP Bahasa Jepun
19 Puan Atiyah bt Ariffin KP Sejarah
20 Puan Zaiton bt Md Zain KP Geografi
21 Cik Haslina bt Che Hussin KP Pendidikan Islam
22 Puan Noraini bt Romli KP Fizik
23 Encik Rodzil bin Mat KP Biologi
24 Puan Monaliza bt Othman KP Matematik
25 Puan Masnita bt Omar KP Matematik Tambahan
26 Puan Chan Lay Kim KP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
27 Puan Adzliyana bt Zulkaple KP Pendidikan Seni Visual
28 Puan Rahmah bt Md Hashim KP Perniagaan
29 Encik Muhamad Adi Emran bin Abdullah KP Asas Sains Komputer
30 Encik Syahril b Ariff KP Sains Komputer
31 Puan Norliala bt Romli KP Pendidkan Jasmani dan Kesihatan
32 Puan Mardziah bt Mohamad KP Prinsip Perakaunan
33 Puan Siti Fatihah bt Mahmud Setiausaha Pintar 1
34 Puan Nuurnaimah bt Ismail Setiausaha Pintar 2
35 Cik Saw Kim Lian Setiausaha Pintar 5
36 Puan Afizah bt Azallan

1

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

TIDAK HADIR: PK Hal Ehwal Murid
KP Pendidikan Moral
1. Puan Adilah bt Muhammad Nor KP Sains
2. Puan Shera bt Abdul Razak KP Kimia
3. Puan Nur Edzianie bt Sharif KP Muzik
4. Puan Siti Faridah bt Matt
5. Encik Johari bin Din
6. Puan Nur Aqilah bt Ahmad

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mesyuarat iaitu Puan Fauziah bt Abdul Hamid memulakan mesyuarat dengan
membaca surah al-Fatihah.

1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran guru-guru dalam mesyuarat kurikulum kali pertama bagi sesi
2022 dan mengucapkan terima kasih kepada semua Guru Kanan, Ketua Panitia dan Guru Media
kerana memberikan komitmen untuk hadir ke mesyuarat kali ini.

1.3 Sebelum memulakan mesyuarat, Pengetua memaklumkan bahawa Penolong Kanan HEM, Puan
Adilah kini sedang berkursus MTQL di Institut Aminuddin Baki.

1.4 Selain itu ada pertambahan di dalam agenda mesyuarat iaitu 3.6 Pengurusan Kewangan.
1.5 En Muhammad Adi Emran dilantik sebagai pegawai aset sekolah bagi menggantikan En Shaiful

Azwan.
1.6 Pengetua mengharapkan selepas mesyuarat ini semua objektif tercapai seterusnya dapat

melonjakkan kecemerlangan SMK Derma pada tahun 2022/2023.
1.7 Dalam mesyuarat kali ini, pengetua menegaskan tentang peranan guru yang terkandung di

dalam MySG.
1.8 Pengetua memaklumkan tugas utama guru adalah melaksanakan PdP, menilai dan membuat

pentaksiran, pengurusan Kokurikulum, membantu pengurusan HEM, dan membangunkan
profesionalisme untuk diri sendiri (Portfolio Berjawatan).
1.9 Selain tugas utama terdapat juga tugas sampingan guru. Tugas sampingan ialah tugas yang
menyokong tugas utama seperti Ketua Panitia (Portfolio Tanpa Jawatan).
1.10 Terdapat 4 kumpulan portfolio berjawatan iaitu:

i. Pengajaran dan Pentadbiran (Guru)
ii. Pengajaran dan Pembelajaran (Guru)
iii. Pengurusan dan Pentadbiran (Kaunselor)
iv. Pengurusan dan Pentadbiran. (AKP)

1.11 Terdapat juga tugas adhoc (tugas tambahan) seperti menjaga makan murid semasa program
diadakan, menjaga sistem siaraya untuk majlis dan sebagainya.

1.12 Ketua Panitia perlu memanjangkan kepada ahli-ahli panitia tetang tugas-tugas ini seperti yang
terkandung di dalam manual MySG.

1.13 Ketua Panitia perlu melihat di dalam SKPMg2 untuk merencanakan hala tuju panitia.
1.14 Dialog Prestasi Pentaksiran Akhir Tahun sesi 2021/2022 akan dilaksanakan dan tarikh akan

dimaklumkan kemudian.

2

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

1.15 Pengetua mengucapkan terima kasih kepada Puan Norizah kerana telah menyerahkan laporan
PBD 2021.

1.16 Pengetua menyatakan bahawa PBD adalah sangat penting dan apabila perbandingan dibuat
antara laporan PBD dan laporan Pentaksiran Akhir Tahun ia tidak selari. Oleh yang demikian,
guru-guru perlu melihat semula PBD yang telah dibuat oleh guru-guru.

1.17 Pengetua memaklumkan En Shaiful Azwan dilantik sebagai setiausaha TS25
1.18 Helaian Model Grow yang diedarkan dibangunkan oleh pengetua sendiri.

TINDAKAN: MAKLUMAN

2.0 PENGURUSAN DAN HALA TUJU KURIKULUM 2021

2.1 Takwim Takwim di dalam Buku Pengurusan dibuat secara umum sahaja kerana dikhuatiri
2.1.1 terdapat banyak perubahan pada masa akan datang.

TINDAKAN: MAKLUMAN

2.2 Jadual Waktu
2.2.1 Jadual waktu aktiviti Kokurikulum dan pulang sekolah adalah seperti berikut:

HARI WAKTU TINGKATAN
Isnin 2.40 pm Semua
Selasa 2.40 pm Semua
7.40 am – 9.00 am Semua
Rabu 2.00 pm Semua
3.00 pm – 5.00 pm Semua
Khamis 2.00 pm
2.40 pm Tingkatan 1, 2 dan 3
Jumaat 12.10 pm Tingkatan 4 dan 5

Semua

2.2.2 Jadual bagi mata pelajaran RBT, Sejarah dan Pendidikan Islam digabungkan. Kelas
gabungan mengikut mata pelajaran adalah seperti berikut:

MATA PELAJARAN KELAS
1. RBT • 1 D dan 1 E / 1 R dan 1 A
• 2 D dan 2 E / 2 R dan 2 A
2. Pendidikan Islam • 5 D dan 5 E
3. Sejarah • Tingkatan 1 (berjalan serentak selepas perhimpunan)
• Tingkatan 4 (berjalan serentak selepas rehat)
• Tingkatan 5 (berjalan serentak)

3

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

2.2.3 Jadual Guru Ganti akan dibuat oleh Guru Kanan mengikut giliran.
TINDAKAN: MAKLUMAN

2.3 Pakej
2.3.1 Kelas Tingkatan 4 Progresif berubah dari segi pemilihan pakej daripada tahun sebelum
di mana terkini pelajar di kelas itu boleh memilih sama ada mata pelajaran Prinsip Akaun
atau Pendidikan Seni Visual.
2.3.2 Ujian Dianogstik akan dibuat untuk pelajar Tingkatan 1 dan pemilihan pakej RBT/ASK
adalah berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik dan PBD.
TINDAKAN: MAKLUMAN

2.4 Rekod e-RPH, DSKP dan RPT
2.4.1 Pn Rhuzaimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Nazliah kerana banyak
membantu guru-guru dalam urusan e-RPH.
2.4.2 RPT perlu dimasukkan ke dalam fail dan diserahkan kepada Guru Kanan pada atau
sebelum 15/4/2022.
TINDAKAN: SEMUA GURU

2.5 Pencerapan
2.5.1 Jadual pencerapan boleh dirujuk pada muka surat 71 dalam Buku Pengurusan.

2.6 Semakan Buku dan Kontrak Latihan
2.6.1 Jadual semakan buku nota boleh rujuk di muka surat 76 dalam Buku Pengurusan.
Semakan ini akan bermula pada bulan Mei. Arahan ini untuk semua mata pelajaran dan
semua buku.
TINDAKAN: MAKLUMAN

2.7 Program Kecemerlangan Sekolah (PINTAR 2022)
2.7.1 PINTAR dan Panitia perlu berkolabrasi untuk tingkatkan kecemerlangan sekolah.
2.7.2 JIka mahu mengadakan program kecemerlangan, kertas kerja perlu disediakan dan
laporan perlu dibuat selepas program.
TINDAKAN: MAKLUMAN

2.8 Program Khas (DLP, HIP, MBMMBI, CEFR)
2.8.1 DLP, HIP dan CEFR termasuk dalam program kecemerlangan sekolah.
TINDAKAN: MAKLUMAN

3.0 PROGRAM PANITIA (FAIL, MINIT MESYUARAT, ANGGARAN PERBELANJAAN DAN PLC)

3.1 Fail Ketua Panitia perlu mengemaskini fail panitia secara berkala.
3.1.1 Ketua Panitia kena rancang agenda yang akan dibincangkan semasa mesyuarat
3.1.2 Panitia. Mesyuarat panitia perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun dan mengikut
keperluan.

4

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

3.2 Minit Mesyuarat
3.2.1 Minit mesyuarat perlu dimasukkan di dalam fail panitia bersama surat panggilan dan
borang kehadiran.

3.3 Anggaran Perbelanjaan
3.3.1 Kewangan panitia adalah 70% sahaja dan Ketua Panitia perlu membuat agihan yang
sepatutnya.
3.3.2 Pengetua telah mengedarkan anggaran perbelanjaan untuk setiap panitia. Ketua Panitia
perlu berbincang dengan ahli dari segi perbelanjaannya.

3.4 PLC Pengetua memaklumkan bahawa guru-guru perlu membudayakan Komuniti
3.4.1 Pembelajaran Profesional (PLC) dalam kalangan ahli panitia.
Jika guru ada mengadakan PLC, guru perlu mengisi satu borang dan masukkannya di
3.4.2 dalam fail yang disediakan.
Cara untuk mengisi PLC di dalam SPLKM boleh rujuk dengan Cikgu Zatun.
3.4.3
TINDAKAN: SEMUA PANITIA

4.0 PENGURUSAN PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN (PBD, SEGAK, PAJSK DAN PSIKOMETRIK)

4.1. PBD

4.1.1 Pengetua berasa sangat risau dengan pelajar Tingkatan 1 2021 apabila melihat laporan
PBD yang diperoleh. Jumlah pelajar yang memperoleh TP3 sangat tinggi dalam
kebanyakan subjek. Guru-guru boleh melihat laporan PBD di dalam Data Guru.

4.1.2 Pada tahun ini Kementerian Pelajaran Malaysia akan memantau pelaksanaan PBD
secara berkala.

4.1.3 Guru-guru perlu menguruskan Fail PBD yang telah diberikan dan diserahkan semula
kepada Cikgu Norizah.

4.1.4 Semua rekod transit PBD perlu dimasukkan ke dalam fail.
4.1.5 Penolong Kanan Pentadbiran menekankan kepada guru bahawa integriti dan

akauntabiliti semasa melaksanakan PBD perlu ditekankan.
4.1.6 Dialog Prestasi untuk PBD akan dilaksanakan sebanyak empat kali setahun.
4.1.7 Pengetua menyentuh tentang ‘catchup plan’ iaitu program yang dijalankan untuk murid

yang tidak menguasai PBD. Ahli panitia perlu berbincang tentang program yang sesuai
seperti Kelas ‘Stayback’.
4.1.8 Jika guru ada melaksanakan catch up plan, ia perlu di catat di dalam e-rph. Sekiranya
ada pemantauan guru mempunyai eviden.
4.1.9 ‘Catchup plan’ yang paling mudah adalah membuat ulangkaji dengan murid tentang
tajuk yang mereka capai TP3.
4.1.10 Guru boleh membuat pengajaran terbeza mengikut kumpulan cemerlang dan lemah
dengan memberi bahan berbeza.
4.1.11 Semua panitia perlu membuat ‘catchup plan’.

TINDAKAN: SEMUA GURU

5

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

5.0 PENGURUSAN PSS

5.1 Puan Atikaf telah menyimpan semua buku-buku perpustakaan di bangunan Blok C kerana Jabatan
Kerja Raya (JKR) akan menggantikan bumbung baru di Blok A. Bengkel RBT juga perlu dikemas
kerana JKR akan membuat pendawaian elektrik di semua bengkel RBT.

5.2 Selepas Hari Raya Aidilfitri kerja-kerja penggantian bumbung dan pendawaian elektrik akan
dilakukan oleh pihak JKR.

5.3 Pengetua mengharapkan ada pelajar mendapat Anugerah NILAM. Guru media perlu
memfokuskan kepada program NILAM.
TINDAKAN: GURU MEDIA DAN GURU RBT

6.0 PENGURUSAN KEWANGAN

6.1 Guru-guru boleh merujuk dan bertanya kepada Puan Siti Roshadah berkaitan pengurusan
kewangan.

6.2 Guru perlu mengikut prosedur pembelian.
6.3 Pembelian barang tidak melebihi rm200 di dalam satu resit boleh menggunakan duit ‘petty cash’.

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Guru-guru Tingkatan 1, 2 dan 3 perlu bertungkus lumus untuk mengukuhkan asas murid-murid
sebelum mereka naik ke Tingkatan 4 dan 5.

7.2 Tarikh Percubaan SPM dan PT3 ditanda mengikut jangkaan sahaja dan bukan tetap.
7.3 Aktiviti yang telah dirancang untuk bulan April ialah Dialog Prestasi mengikut PINTAR dan

diadakan pada waktu pagi seperti jadual berikut:

PINTAR TARIKH
PINTAR 2 7/4/2022
PINTAR 3 8/4/2022
PINTAR 4 11/4/2022
PINTAR 5 12/4/2022

Pada hari tersebut ia diambil kira sebagai perhimpunan PINTAR yang pertama. Setiausaha
PINTAR perlu meminta laporan Pentaksiran Akhir Tahun 2021 daripada Pn Roslela untuk di
tayangkan semasa perhimpunan.
7.4 Guru perlu mengenal pasti pelajar yang sangat lemah selepas Dialog Prestasi untuk pihak
pengurusan mengadakan perjumpaan bersama dengan ibu bapa.
7.5 Kelas Stayback atau Kelas Petang akan dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri kepada pelajar
yang lemah.
7.6 Taklimat Bersama Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 1 akan diadakan pada Hari Jumaat ini iaitu 1/4/2022

7.7 Pada hari Jumaat (1/4/2022) akan diadakan gotong royong. Guru-guru boleh melaksanakan kelas
secara offline pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

6

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

7.8 SMK Derma bukan lagi Sekolah Kluster tetapi kini dikenali sebagai Sekolah KRK (Kelas
Rancangan Khas);

7.9 SKPMg2 - Template Standard 4 penilaian kendiri hantar kepada PKP sebelum 20 April 2022.
7.10 Pihak pengurusan sedang mengisi nama-nama guru dalam e-prestasi.
7.11 Mesyuarat bidang akan dimaklumkan kemudian.
7.12 Majlis Apresiasi akan diadakan pada 2 April 2022. Pada hari itu, makanan murid dan guru dipek

dan diletakkan di tepi ‘ballroom’.
7.13 Pegawai PIC ialah En Hafizuddin bin Ahmad Dahalan . Dalam sebulan akan ada pemantauan

sebanyak tiga kali daripada pukul 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Beliau akan pantau semua dan
memberi markah PBPPP.

TINDAKAN: MAKLUMAN

7.14 Cenderahati Program Penyayang akan diberikan kepada 30 orang pelajar yang terawal tiba di
ketiga-tiga pagar sekolah.
TINDAKAN: KAUNSELOR

Pengetua mengakhiri mesyuarat dengan membaca surah al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………………… ..………………………………….
(FARAH DIYANA BINTI ZOLKAFLI) (FAUZIAH BT ABDUL HAMID)
Penolong Setiausaha Kurikulum, Pengetua,
SMK Derma. SMK Derma.

7

MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2022

MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT KURIKULUM
KALI PERTAMA 2022

TARIKH : 30 MAC 2022 (RABU)
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK WAWASAN, SMK DERMA
PENGERUSI : PUAN FAUZIAH BT ABDUL HAMID

M/S PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS

4 2.4 REKOD RPT Semua Guru Semua guru telah mengambil

RPT perlu dimasukkan ke dalam fail dan tindakan.

serah fail kepada Guru Kanan pada atau

sebelum 15/4/2022

6 5.2 PENGURUSAN PSS Guru Media dan Guru Perpustakaan telah

Selepas Hari Raya Aidilfitri kerja-kerja RBT dikosongkan dan Bengkel

penggantian bumbung dan pendawaian RBT telah dikemas. Kerja-

elektrik akan dilakukan oleh pihak JKR. kerja pendawaian dan

Perpustakaan perlu dikosongkan dan penggantian bumbung

Bengkel RBT perlu dikemas. sedang giat dijalankan.

7 7.14 HAL-HAL LAIN Kaunselor Telah dilaksanakan

Cebderahati Program Penyayang akan

diberikan kepada 30 orang pelajar yang

terawal tiba di ketiga-tiga pagar sekolah.

8


Click to View FlipBook Version