The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NORA NAZLIYAH BINTI ABD RAZAK
AB180062
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (KATERING) DENGAN KEPUJIAN.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noranazliyah23, 2022-07-06 22:02:37

LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR

NORA NAZLIYAH BINTI ABD RAZAK
AB180062
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (KATERING) DENGAN KEPUJIAN.

Keywords: Laporan akhir

UNIVESITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
FAKULTI PEDDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

http://www.uthm.edu.my

LAPORAN AKHIR LATIHAN MENGAJAR 1&2

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KATERING) DEGAN KEPUJIAN

\ Nama NORA NAZLIYAH BINTI ABD RAZAK

No. MyKad 980830-01-6674 No. Matrik AB180062

No. Tel 011-11234642 Emel [email protected]

Program IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN VOKASIONAL (KATERING)

Pengajian DENGAN KEPUJIAN

Akademik IJAZAH SARJANA MUDA

Tertinggi

Alamat Tetap NO 17, JALAN SRI INDAH 2, TAMAN SRI INDAH, 86400 PARIT RAJA,

BATU PAHAT, JOHOR

Nama dan SMK SENGGARANG, JALAN PT JABAR, KAMPUNG BHARU,

alamat tempat 83200 BATU PAHAT, JOHOR

latihan

Nama PN. MAZLINA BINTI SALIMON

Pembimbing No. Tel: 01112136881

Nama penyelia: DR. ZARINA BINTA YASAK

No. Tel: 0197555290

SENARAI SEMAK LAPORAN AKHIR

Bil Perkara Semakan
()

1. Jadual Waktu Individu dan Kelas dan senarai
kursus/subjek yang diajar

2. Senarai semak oleh pembimbing
UTHM/FPTV/LM-Ver.1/07

3. Laporan Jurnal Refleksi Akhir
Laporan Institusi/Kokurikulum/Pengurusan dan
Sahsiah
 UTHM/FPTV/LM-Ver.1/04
 UTHM/FPTV/LM-Ver.1/05

4.  UTHM/FPTV/LM-Ver.1/06
** sertakan borang-borang yang telah disahkan oleh pembimbing/

penyelaras kokurikulum/Pengarah/Pengetua

5. LAMPIRAN

LAMPIRAN adalah terdiri daripada dokumen yang boleh menyokong
Laporan Akhir LM seperti rekod kehadiran (terperinci), penglibatan
dalam kokurikulum/aktiviti lain (Bukti berkaitan seperti : salinan
surat lantikan/sijil, kertas kerja, kertas program, gamabar
penglibatan dan lain–lain yang sesuai.

Perhatian :

NORTANAZLIYAH Tandatangan Penyelia FPTV

Nama : Nora Nazliyah binti Abd Razak Nama :
Tarikh : 06/07/2022
Tarikh :

Cop rasmi

JADUAL WAKTU DAN
SENARAI SUBJEK YANG

DIAJAR

JADUAL MENGAJAR

KURSUS/ SUBJEK YANG DIAJAR
1. HT-012-2_2012
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN.

SENARAI TOPIK YANG SEMPAT DIAJAR.

Bil. Perkara Subjek Tempoh
1. 1.0 APPETIZER PRODUCTION 1 Minggu

2.  Kaedah memasak pembuka HT-012-2_2012 1 Minggu
3. selera salad 1 Minggu
4. 1 Minggu
5.  Penyediaan jenis jenis pembuka 1 Minggu
6. selera salad 1 Minggu

 Penyediaan jenis jenis pembuka
selera Hors D’oeuvre

2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Kenalpasti peralatan dan HT-012-2_2012
perkakasan sarapan

 Kenalpasti bahan masakan
sarapan

2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Penyediaan hidangan sarapan HT-012-2_2012
tempatan

 Penyediaan hidangan sarapan
antarabangsa

2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Breakfast production HT-012-2_2012
 Pengenalansarapan antarabangsa

2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Kenalpasti perkakasan dan HT-012-2_2012
peralatan sarapan

 Penyediaan sarapan tempatan
2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Pengiraan kos HT-012-2_2012

 Penyediaan hdiangan sarapan

antarabangsa

7. 1.0 APPETIZER PRODUCTION
 Pengurusan bengkel
 Latihan Amali
HT-012-2_2012 1 Minggu

- Mayonnaise

-Devilled eggs

8. 1.0 APPETIZER PRODUCTION

 Latihan Amali

- Basic venaigrette

- Herbed venaigrette HT-012-2_2012 1 Minggu

- Lemon venaigrette

- Nicoise salad

- Pasta Salad

9. 1.0 APPETIZER PRODUCTION

 Latihan Amali HT-012-2_2012 1 Minggu

- Waldorf Salad

- Kerabu Mangga

10. 1.0 APPETIZER PRODUCTION

 Latihan Amali HT-012-2_2012 1 Minggu
- Chicken Terrine
- Brucheta
- Fish Teriyaki
- Ayam Grill Serai

11. 2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Latihan Amali HT-012-2_2012 1 Minggu

- Nasi Himpit

- Rendang Daging

12. 2.0 BREAKFAST PRODUCTION

 Latihan Amali HT-012-2_2012 1 Minggu
- French Toast
-Lontong
- Sambal Tumis

SENARAI TOPIK YANG TIDAK SEMPAT DIAJAR

Bil. Perkara Kursus Ulasan
1. 3.0 DESSERT PRODUCTION

 Pengenalan dessert tempatan HT-012-2_2012
 Pengenalan dessert antarabangsa
 Resipi standard dessert
 Peralatan dessert
 Bahan Masakan Dessert
 Penyediaan hidangan dessert

tempatan

Akan diajar

pada pdpc

seterusnya,

2. 4.0 CATERING SETUP ACTIVITY

 Pengenalan tempat dan ruang

perkhidmatan katering

 Pesanan pelanggan

 Pengenalan perkhidmatan

katering

 Asas stewarding HT-012-2_2012

 Pemilihan perkakasan penyajian

 Pemilihan peralatan penyajian

 Susun atur perkhidmatan buffet

 Perlaksanaan prosedur

perkhidmatan katering

 Perlaksanaan garis panduan

katering



ANALISIS MASALAH KEDATANGAN PELAJAR KE SEKOLAH
Nora Nazliyah binti Abd Razak, Mazlina binti Salimon, Ts Dr Zurina binti Yasak
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,

Smk Senggarang, Batu Pahat, Johor
[email protected], [email protected],

[email protected]
(Nota Nora Nazliyah bt Abd Razak, Mazlina bt Salimon, Ts Dr Zurina bt Yasak)

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk menangani permasalahan ketidakhadiran pelajar
sekolah menengah kebangsaan senggarang dan mencadangkan tindakan yang boleh
diambil oleh pihak guru dan pentadbir sekolah bagi mengatasi sikap tersebut. Di SMK
senggarang, kehadiran pelajar ke sekolah merupakan elemen yang paling penting bagi
memastikan pelajar mendapatkan pembelajaran dan pengajaran yang sempurna.
Kegagalan pelajar untuk hadir ke sekolah selama 3 kali berturut akan menjadikan
pelajar mendaoat surat amaran yang pertama, dan seterusnya. Kajian ini adalah
berdasarkan penelitian dokumen dokumen sekolah seperti rekod kehadiran dan
peratus kehadiran pelajar. Kajian ini adalah terdiri daripada kelas pelajar tingkatan 4
dan 5 yang peratus kehadirannya agak kurang memuaskan. Ketidakhadiran ke sekolah
merupakan satu trend bagi pelajar sekolah apabila selepas cuti umum dua hari iaitu
hari jumaat sabtu bagi sekolah di Johor.

1.0 Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang merupakan sebuah sekolah yang
cemerlang. Setiap guru yang mempunyai jiwa keibuan dan kebapaan yang
menjadikan ukhuwah sebagai guru tidak ada jaraknya. Selain daripada itu, dari segi
pembelajaran dan pengajaran, sangat berbeza daripada sekolah yang pernah
dikunjungi. Pelajar yang mendengar kata guru, hormat kepada guru tidak kira sama

ada melayu mahupun cina. Selain daripada itu, guru di sekolah ini juga sangat
memberi kerjasama dan tunjuk ajar kepada guru yang sedang menjalankan latihan.
Pengurusan sekolah yang terbaik, sangat agresif dalam pengurusan sekolah. Tegas
tetapi dengan kasih sayang yang dapat dirasakan. Seterusnya, tugasan yang diberikan
kepada kami banyak memberi manfaat kepada kami yang hendak mengenal cara
pekerjaan di bidang persekolahan. Sepertinya adalah dalam acara sukan,
pendokumentasian, paparan papan kenyataan untuk pelajar, penilitian, kawalan
pelajar dan sebagainya. Dapat dilihat bahawa semua aktiviti dan program yang
dijalankan memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada semua guru di sekolah
itu sendiri. Oleh yang demikian, hal tersebut sangat memberi kesan kepada diri saya
sendiri yang sedang belajar menimba ilmu untuk menjadi seorang pendidik. Yang
sangat memberi contoh yang baik adalah Tuan Pengetua, Encik Jafri bin Tasri dan
Guru Pembimbing, Puan Mazlina binti Salimon yang telah banyak memberi inspirasi
kepada saya untuk menjadi seorang pendidik kelak. Tegas tetapi dengan kasih sayang.

2.0 Bisikan hati/Latar belakang masalah

Saya mengajar di kelas 5 Aqil, di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu
Pahat, Johor. Apabila saya diterima untuk menjalani latihan di sekolah ini, saya amat
berbangga dan bersemangat untuk berkongsi ilmu kepada para pelajar yang akan
menjadi murid di dalam kelas saya. Saya diminta untuk mengajar tajuk appetizer dan
breakfast. Dalam tempoh yang diberikan, saya berkesempatan untuk mengajar pelajar
saya secara atas talian. Sangat mendukacitakan, kehadiran pelajar di dalam kelas
secara atas talian tidak memberangsangkan. Pelajar yang sama pada setiap kelas yang
dijalankan. Tidak pernah juga mencapai kedatangan penuh pada setiap kelas. Apabila
tamat pembelajaran secara atas talian, kami memulakan pembelajaran secara
bersemuka di sekolah. Menganalisis cara penyampaian pengajaran ataupun
pengurusan pelajar yang menjadi punca ketidakhadiran pelajar. Seterusnya membuat
keputusan untuk menambah baik penyampaian pengajaran untuk menarik minat
pelajar untuk hadir ke sekolah.

Sehubungan dengan itu, masalah ketidakhadiran ke sekolah berkurang
bermula daripada pembelajaran secara terbuka dijalankan. Guru guru memberi
semangat berterusan kepada murid untuk hadir ke sekolah. Berdasarkan maklumat

yang didapati dari sumber sumber yang diperoleh, ketidakhadiran peajar ke sekolah
berpunca daripada masalah dari rumah. Ada beberapa pelajar mempunyai masalah
kelewatan masa untuk ke sekolah atau hal keluarga yang lain.Hal ini berpunca
daripada sikap pelajar sendiri yang melepak hingga lewat malam sehingga lewat
terbangun untuk ke sekolah. Sedemikian dengan itu, pelajar kelas saya juga
mengalami masalah yang sama. Oleh itu, saya cuba mencari penyelesaian untuk
perhalusi masalah ini dengan bertanyakan pendapat dengan guru disiplin, guru kelas
yang sudah tentu mempunyai hubungan yang rapat bersama pelajar untuk
membolehkan saya membantu mereka dalam penyelesaian masalah ini.

3.0 Menganalisis dan menilai

Menurut Azizi bin Yahaya (2007), disiplin ditekankan pada pelajar suapaya mereka
sentiasa menghormati peraturan-peraturan sekolah dan mendisiplinkan diri dalam
semua hal. Untuk menyelesaikan masalah ketidakhadiran yang dihadapi di sekolah ini,
guru perlu menganalisis pelajar yang kerap tidak hadir ataupun datang lewat.
Berdasarkan saranan yang diberikan, saya mengenalpasti beberapa punca masalah
dari pelajar pelajar yang kerap tidak hadir. Antaranya ialah, pelajar kurang berminat
untuk ke sekolah. Guru dan pihak pentadbir boleh membuat aktiviti yang menarik
minat pelajar untuk ke sekolah. Seterusnya adalah, sesetengah pelajar tingkatan 4 dan
tingkatan 5 sudahpun bekerja. Mengkaitkan dengan pembelajaran secara atas talian
yang dibuat semasa PKP yang lepas, para pelajar ramai telah mencuba untuk bekerja
sambil belajar dan asbab daripada itu, pelajar sudah berasa seronok untuk terus
bekerja dan tidak berminat untuk meneruskan persekolahan.

Masalah yang dikenalpasti sudahpun mempunyai langkah untuk emmujuk
pelajar kembali ke sekolah. Guru mengambil inisiatif untuk berbincang bersama
pelajar dan ibu bapa untuk bertanya pendapat mereka tentang masa depan pelajar
yang bermasalah ini. Selain daripada itu, Pihak sekolah juga boleh membuat aktiviti
atau program yang menarik minat pelajar seperti program sukan, program jualan dan
lain lain. Setiap pelajar pasti ingin meluahkan apa yang mereka ingin kepada
seseorang seperti guru yang prihatin atau sebagainya. Oleh itu, langkah untuk menarik

minat pelajar untuk bercerita adalah guru boleh menjadi rakan kepada pelajar untuk
pelajar terus menceritakan apa masalah yang dihadapi untuk ke sekolah.

4.0 Kesedaran baru

Hasil dari analisis yang dilakukan, saya merasakan bahawa seorang guru perlu
mempunyai rasa prihatin kepada pelajar. Seperti yang pernah saya pelajari di dalam
kelas Bimbingan dan Kaunseling dahulu, seperti yang difahamkan semua guru boleh
memberi bimbingan kepada pelajar. Sama ada bersemuka mahupun atas talian. Di
dalam setiap bimbingan mempunyai kaunseling didalamnya yang boleh memberi
impak kepada pelajar. Pendapat saya juga, bimbingan boleh diberikan melalui apa jua
cara dan dimana pun pelajar berada. Sebagai contoh di dalam kelas, sebelum mulanya
kelas, saya boleh memberi bimbingan kepada pelajar seperti nasihat dan menceritakan
pengalaman yang pernah saya lalui mengenai masalah ketidakhadiran ke sekolah.

Kesedaran baru yang saya dapati adalah, setiap murid mempunyai masalah
yang tersendiri. Sebagai seorang guru, saya perlu menjadi seorang guru yang prihatin
kepada semua pelajar. Cuba berada di tempat pelajar yang berada dalam masalah.
Mendengar setiap luahan pelajar boleh menjadikan pelajar seronok dan ingin hadir ke
sekolah kerana mempunyai seorang guru yang penyayang. Sebagai seorang guru juga
perlu mempunyai sifat yang mengganggap semua pelajar adalah anak. Masalah yang
anak lalui perlulah ibu bapa selesaikan. Dari situlah timbulnya kebahagiaan dan
sekolah penuh dengan pelajar yang sangat ingin hadir ke sekolah untuk menimbu ilmu.

5.0 Cadangan dan tindakan

Untuk menggalakkan pelajar pelajar hadir ke sekolah dan sekolah mencapai 100%
kehadiran, saya mencadangkan dan menggalakkan tindakan yang tersebut:

a. Menjemput ibu bapa pelajar ke sekolah untuk perbincangan ketidakhadiran
pelajar walaupun surat amaran telah dihantar.

b. Soal selidik dan temubual pelajar bersama guru kaunseling (memberi motivasi).

c. Jemputan para pelajar ke kem motivasi tentang disiplin diri.
d. Lawatan ke rumah ibu bapa dan melihat keadaan pelajar yang tidak hadir ke

sekolah dan memberi motivasi.

Cadangan cadangan yang dicadangkan adalah berdasarkan analisis yang telah dibuat
dan penilaian tentang kemampuan guru guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Senggarang. Cadangan ini juga perlu dikaji dengan teliti sebelum dilaksanakan. Saya
juga ada membaca jurnal yang berkaitan untuk memastikan cadangan yang diajukan
merupakan cadangan dan tindakan yang paling sesuai. Menurut Nyika dan Mery
(2004) menjelaskan bahawa pelajar perlu berada di sekolah untuk lulus dan
meningkat pemerolehan peluang dalam kehidupan mereka. Oleh itu, dengan cadangan
dan tindakan yang ajukan diharapkan agar pelajar Sekolah menengah kebangsaan
Senggarang dapat menghadirkan diri ke sekolah dan sekolah mencapai KPI yang
ditetapkan untuk setiap satu pelajar dapat menimba ilmu untuk masa hadapan yang
cemerlang.

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kehadiran pelajar merupakan satu elemen yang penting bagi
memastikan pencapaian pelajar terus cemerlang. Guru guru memainkan peranan yang
tinggi untuk mempengaruhi pelajar untuk hadir ke sekolah. Cadangan dan tindakan
yang diusulkan juga boleh dilakukan agar pelajar pelajar sedar akan kesalahan yang
dilakukan. Hal ini kerana cadangan dan tindakan yang diusulkan mungkin akan
menambahbaik sikap pelajar berkaitan dengan kedatangan. Seorang guru juga perlu
menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang professional yang akan
menyelesaikan masalah denga baik dan tangkas. Semoga masalah yang dihadapi di
sekolah ini dapat diselesaikan dengan kerjasama semua pihak.

7.0 Rujukan

Kajian Tindakan : Meningkatkan Kehadiran Awal Murid Ke Sekolah Melalui
Program “Cup” Saya Dulu. (2016, February 19). GURU KAUNSELING
NURHAIZA CHE MAT. https://www.nurhaizachemat.com/2016/02/kajian-tindakan-
meningkatkan-kehadiran.html?m=1

Bnk, A. (2018, October 9). KT KEHADIRAN 2018 LATEST.
https://www.academia.edu/37556907/KT_KEHADIRAN_2018_LATEST. Retrieved
July3,2022, from
https://www.academia.edu/37556907/KT_KEHADIRAN_2018_LATEST

Ngatijan, N. (2018). UPAYA MENINGKATKAN DISIPLIN GURU DALAM
KEHADIRAN DI SEKOLAH MELALUI PENERAPAN REWARD AND
PUNISHMENT DI SD NEGERI GEBANGSARI 01. Jurnal Ilmiah Pendidikan Dasar,
5(2), 96. https://doi.org/10.30659/pendas.5.2.96-104

Sam Hun, R., Radzi, N. M., & Zaharin Yusoff, M. A. (2020). Sistem kehadiran
pelajar mudah alih. ANP Journal Of Social Sciences And Humanities, 1(1), 11–18.
https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.3.2020

Buntat, Y.,& Masrom, Z. (2012). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan
Guru-guru Sekolah Kabangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor. Satu Tinjauan.
Jurnal Teknologi https://doi.org/10.11113/jt.v38.515

LAPORAN INSTITUSI









LAMPIRAN








Click to View FlipBook Version