EDUP3093
FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
NAMA PENSYARAH :
1) DR. AIZUL FARIED BIN MANSOR
2) EN. oh sin keong
NAMA AHLI KUMPULAN : 11E
1) MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN MOHD ROKEMEH
2) NUR FATIN NABILA BINTI ARIFFIN
3) NUR HATIEKA BINTI GAPUR
MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN NUR FATIN NABILA BINTI ARIFFIN NUR HATIEKA BINTI GAPUR
MOHD ROKEMEH
PENYATA RAZAK 1956
Merupakan cadangan yang dikemukakan oleh satu Jawatankuasa yang
dilantik oleh kerajaan.
Dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Tun Abdul Razak
Hussein.
Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan.
Memberi penekanan kepada usaha membentuk perpaduan antara kaum
dan penghasilan tenaga kerja.
TUJUAN PENYATA RAZAK :
Menjadikan Memenuhi Melahirkan
bahasa Melayu keperluan negara perpaduan antara
sebagai bahasa yang merdeka dan kaum sebagai satu
mengembangkan
kebangsaan sistem pendidikan rumpun bangsa
Tanah Melayu
Mewujudkan masyarakat Merapatkan jurang
yang berdisiplin, terlatih, perbezaan antara
bertoleransi, liberal dan kaum di Tanah Melayu
progresif Menyediakan
kemudahan pelajaran
Mewujudkan satu sistem
pengurusan pendidikan yang mencukupi
yang lebih cekap dan
berkesan
Kebaikan Penyata Razak
Kementerian Pelajaran Sebuah sekolah Peluang pelajaran
diwujudkan dan ini telah diwujudkan, iaitu sekolah diperluaskan hingga ke
peringkat pengajian tinggi
merintis ke arah menengah kebangsaan dan aliran persekolahan
tertubuhnya satu sistem yang menggunakan dipelbagaikan ke aliran
pentadbiran pendidikan kurikulum serta teknik, akademik dan
kokurikulum yang
yang berpusat seragam vokasional
Semua calon sekolah Jemaah Nazir telah Bahasa Melayu yang diwajibkan
menengah menduduki ditubuhkan untuk di semua sekolah rendah dan
peperiksaan awam yang tujuan pemantauan menengah telah melahirkan
sama, iaitu peperiksaan keberkesanan, mutu beberapa buah institusi seperti -
Sijil Rendah Pelajaran dan pelajaran dan sistem
Sijil Persekutuan Tanah pendidikan sekolah Institusi Bahasa di Lembah
Pantai, Kuala Lumpur yang
Melayu berperanan melatih guru -
guru bahasa Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka
berfungsi untuk
meningkatkan perkembangan
dan pengajian bahasa Melayu
KELEMAHAN
PENYATA RAZAK
Mengekalkan sistem pendidikan vernakular seperti
SJK. Hal ini akan mengakibatkan perpaduan dan
keharmonian kita rapuh.
Isu pengktiran UEC dan kes pelaksanaan tulisan Jawi
dalam buku teks tahun 4 di SJK(C) dan SJK(T) adalah bukti
penentangan konsisten kelompok ini terhadap
Perlembagaan Persekutuan yang jelas menyatakan bahawa
“bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu”.
APAKAH KAITAN LAPORAN PENYATA RAZAK
TERHADAP FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN ?
1) Pendidikan satu usaha berterusan
Penyata Razak memperkenalkan sistem sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah
jenis kebangsaan,sekolah menengah bawah dan atas,sekolah vokasional dan teknik yang
telah diguna pakai sehingga ke hari ini seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
Pendidikan seperti ini diteruskan kerana siste
mnya sangat sistematik dan ditambah baik
dari semasa ke semasa dan seterusnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan
yang bersesuaian dengan aspirasi menyatu padukan penduduk berbilang bangsa
Pendidikan formal di sekolah menggunakan isi sukatan pelajaran yang sama dan
berpusat serta bersifat kebangsaan di semua peringkat sekolah seperti SRP,SMA dan
prauniversiti (STPM).
2)Memperkembangkan lagi potensi individu
Menerusi Penyata Razak, potensi individu dapat dikembangkan kerana
dengan adanya sistem peperiksaan berpusat yang telah beroperasi bermula
pada tahun 1957.
Sistem peperiksaan berpusat ini dapat meningkatkan prestasi pembelajaran
terhadap diri pelajar.
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah menyediakan laporan keputusan pada
setiap tahun untuk mengetahui kualiti keberkesanan peperiksaan serta untuk
menambah baik dari semasa ke semasa.
Oleh itu, kebolehan seseorang individu dapat dilihat secara menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
3) MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
Dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis kerana Penyata
Razak menekankan kepentingan perpaduan antara kaum.
Program Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ini dapat membentuk
insan yang seimbang dari pelbagai sudut kerana tidak bersikap
sterotaip dalam melaksanakan tugasan.
Program PTV ini lebih kepada kemahiran secara tidak langsung pelajar
dapat menambah ilmu pengetahuan yang lebih optimun.
4) Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Pelajar dapat memperkembang dan menguasai kemahiran serta bidang
ilmu tertentu merangkumi aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek seperti
kewujudan mata pelajaran Teknik dan Vokasional.
Mata pelajaran Teknik dan Vokasional telah diperkenalkan untuk mencungkil
dan mengasah bakat pelajar dalam bidang kemahiran tertentu seperti
pelajaran kulinari dan pelajaran elektrik.
Kelas Peralihan telah diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk mempelajari bahasa Inggeris secara intensif sebelum menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah jenis kebangsaan.
5) melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan
Penyata Razak ini menerapkan ilmu pengetahuan yang lebih beraneka terhadap
para pelajar.
Pembelajaran ini juga tidak tertumpu kepada teori namun pelajar juga akan
membuat amali berdasarkan silibus kemahiran seperti pertanian, pertukangan,
perindustrian dan sebagainya.
PTV ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman
sebenar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Secara tidak langsung, dapat memudahkan para pelajar untuk bekerja kerana
sudah ada pengalaman.
6)Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Dengan adanya Penyata Razak, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
diperkenalkan bagi membentuk rakyat yang berakhlak mulia . Misalnya, pelajar
akan lebih berdisiplin ketika menjawab peperiksaan dan amalan meniru dapat
dielakkan.
Sistem keseragaman sukatan pelajaran seperti yang dinyatakan dalam
Penyata Razak dapat membantu guru - guru menerapkan unsur - unsur jati diri
dan nilai perpaduan secara berpusat kerana semua sekolah di bawah kerajaan
menggunakan silibus yang sama.
Pemimpin dapat menggunakan pendidikan sekolah sebagai alat kawalan sosial
yang positif dengan menerapkan nilai murni dan merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara (FPK) dengan berkesan.
7) RAKYAT YANG BERTANGGUNGJAWAB
Kemahiran yang diajar ini dapat membentuk kualiti pelajar yang
bertanggungjawab membuat sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.
Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan
harus dilaksanakan dengan baik.
Menjalankan tugas dengan amanah, cekap dan sistematik.
Peperiksaan berpusat berdasarkan Penyata Razak ini juga dapat mendidik
pelajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap dir sendiri dan tidak bersikap
lepas tangan.
8)Rakyat yang berketerampilan
Dengan adanya Penyata Razak, rakyat yang berketerampilan dapat
dibentuk menerusi Kurikulum Kebangsaan atau sukatan pelajaran yang
sama.
Guru-guru mempunyai panduan untuk memantau perkembangan
pelajar.
Menerusi sukatan pelajaran yang tersusun dan bersifat sentrik, maka,
para guru boleh bertukar pendapat, membuat program bersama, serta
membuat penyelidikan untuk pembangunan kurikulum di Malaysia.
RUMUSAN
rumusan muhammad adam hakimi bin mohd rokemeh
Berdasarkan penelitian dan analisis saya mengenai kesan perkembangan Penyata Razak 1956 terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah kemudahan pendidikan telah diberikan kepada semua
lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang keluarga apabila tertubuhnya beberapa jenis
peringkat persekolahan seperti SRK,SRJK,Sekolah Menengah dan Prauniversiti(STPM). Sebagai contoh,
Sekolah Rendah Kebangsaan telah ditubuhkan dengan menggabungkan pelajar yang terdiri daripada
pelbagai suku kaum,bangsa dan agama di bawah satu institusi pendidikan yang sama tanpa ada unsur
diskriminasi atau krisis perkauman. Ini secara tidak langsung sejajar dengan objektif dan matlamat
kerajaan untuk menyatu padukan rakyat Malaysia bagi mewujudkan sebuah negara yang aman dan
harmoni.Tambahan lagi,bahasa Melayu telah dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.Ini bermakna
bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar utama di semua peringkat pendidikan sama ada di
sekolah rendah,sekolah jenis kebangsaan,sekolah menengah atau IPTA. Di samping itu,dengan
diperkenalkan sistem peperiksaan secara berpusat,Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) telah digunakan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah adalah untuk menilai
pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Selain itu,bagi memenuhi aspek kemahiran tertentu dan
pembangunan sumber manusia,sekolah teknik dan vokasional telah diwujudkan bagi mengasah dan
mencungkil bakat pelajar dalam bidang kemahiran supaya pelajar tersebut berupaya mencapai
kesejahteraan diri perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam mengharungi liku-
liku kehidupan dengan aman dan damai.
Rumusan Nur Fatin Nabila binti Ariffin
Rumusan yang saya perolehi berdasarkan laporan Penyata Razak 1956 memberi impak
terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah dari sudut aliran pembelajarannya
yang bukan sahaja berasaskan teori namun Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) juga
telah diperkenalkan. Pada mulanya, PTV ini tidak dipandang megah dan hebat kerana
masyarakat lain beranggapan PTV ini tidak dapat melahirkan generasi yang berpendidikan
hebat. Namun, apabila laporan Penyata Razak ini dikaji semula oleh Jawatankuasa
Kabinet, PTV ini sangat penting dalam melahirkan generasi yang seimbang dan harmonis.
Hal ini kerana, PTV dapat memberi kemahiran yang baharu terhadap pelajar secara tidak
langsung dapat memberi pendedahan terhadap pelajar dalam bidang pekerjaan di luar
sana. PTV ini telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malyasia (KPM)
yang dinamakan Kolej Vokasional dan juga mempunyai Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
setaraf dengan sekolah menengah lain yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Malahan, peperiksaan berpusat juga digunakan untuk melihat perkembangan prestasi
pelajar bukan sahaja untuk peperiksaan namun ilmu yang ada boleh digunakan untuk
masa akan datang. Tuntasnya, laporan Penyata Razak ini menjadi paksi dalam
pembentukan akta pendidikan 1996 dan FPK.
Rumusan Nur HATIEKA BINTI GAPUR
Berdasarkan analisis yang telah saya buat berkaitan kesan Penyata Razak terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), dapat saya katakan bahawa Penyata Razak
telah menunjukkan bahawa pendidikan perlulah dirancang dan dilihat secara
menyeluruh dari pelbagai aspek khususnya sosioekonomi masyarakat, budaya,
sejarah dan latar belakang masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
pendemokrasian pendidikan dapat dilakukan secara adil menerusi Penyata Razak
dalam pendidikan. Pada masa yang sama, hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan generasi yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek dapat dihasilkan menerusi pendidikan seperti ini. Tambahan pula, sukatan
pelajaran yang seragam amat penting agar para pendidik dapat berkolaborasi
dalam memantapkan lagi pendidikan negara. Menerusi pendekatan pembelajaran
yang berstruktur dan berfokus, guru dapat bertukar fikiran, membuat projek bersama,
dan membuat penyelidikan terhadap pembangunan kurikulum di Malaysia.
SUMBER RUJUKAN
Choong Lean Keow (2009).Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Chew Fong Peng & Zahari Ishak (2008).Tahap Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Mahasiswa
IPTA dan IPTS Dalam Sistem Pendidikan
Negara.GoogleScholar.https://ijps.um.edu.my/index.php/JPM/article/view/9709/6851
Hasan, M. A. (2019, August 27). Penyata Razak kian malap, kita dibakar api perkauman. Malaysiakini.
https://www.malaysiakini.com/news/489594
Mohd Sopah, Abdul Ghani, Buang & Kayar. (2022). Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Local Publications.
PENYATA RAZAK 1956. (n.d.). BBC News. https://dokumen.tips/documents/penyata-razak-1956-55c61470b8155.html?page=1
Zulaikha, S. (n.d.). BBC News. https://www.academia.edu/31234084/PENYATA_RAZAK
SEKIAN TERIMA KASIH