The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1144 NUR FATIN NABILA BINTI ARIFFIN TUGASAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by billaberryss, 2022-04-11 19:55:00

BMMB 1144 NUR FATIN NABILA BINTI ARIFFIN TUGASAN 2

BMMB 1144 NUR FATIN NABILA BINTI ARIFFIN TUGASAN 2

BMMB1144
KESANTUNAN BERBAHASA



TAJUK : PENGGUNAAN BAHASA KURANG SANTUN DI

MEDIA SOSIAL

NAMA PENSYARAH : EN. ABDUL RAHIM BIN OTHMAN

BUTIRAN PELAJAR

NAMA : NUR FATIN NABILA BINTI ARIFFIN
KELAS : F2E
NO. K/P : 031224-08-0532
NO. ANGKA GILIRAN : 2021252310117

ISI KANDUNGAN

1) KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
2) BUKTI BAHASA YANG KURANG SANTUN
3) JUSTIFIKASI BAGI SETIAP BUKTI
4)CADANGAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BAHASA YANG KURANG
SANTUN
5) RUMUSAN
6) SUMBER RUJUKAN

BUKTI-BUKTI BAHASA KURANG
SANTUN DI MEDIA SOSIAL.

BUKTI PERTAMA

Tular di media sosial
pensyarah menghina B40

https://www.youtube.com/wat
ch?v=kSSr3epAVuE

JUSTIFIKASI

Baru-baru ini tular video di media sosial berkaitan pensyarah menghina B40 kerana
tiada laptop dengan menggunakan laras bahasa yang kurang santun dan tidak
sewajarnya. Justeru, sebagai pensyarah yang baik serta berwawasan perlulah
mempunyai pemikiran yang terbuka dalam membantu siswa siswi yang tidak
berkemampuan kerana tidak semestinya siswa siswi itu datang dari keluarga yang
senang. Hal ini mencemarkan imej pensyarah-pensyarah yang lain kerana
masyarakat akan memandang serong disebabkan pensyarah tidak mempunyai budi
bahasa yang sopan ketika mengajar. Bukan itu sahaja sebenarnya, percakapan yang
dilontarkan mencerminkan personaliti diri kita. Seharusnya, sebagai pensyarah yang
berilmu perlulah menuturkan perkataan-perkataan yang elok agar dapat menjadi
suri teladan terhadap siswa siswi yang lain. Di samping itu, jangan disebabkan
pangkat, gelaran serta ilmu yang tinggi menyebakan kita terlalu mendonggak ke
langit tanpa mengetahui bahawa Allah swt yang memberi segala rezeki itu malah
pada bila-bila masa sahaja Allah swt boleh menarik semula nikmat itu.

BUKTI KEDUA

Seorang wanita memaki hamun
pekerja 7Eleven sambil membuat

siaran langsung di Tiktok

https://vt.tiktok.com/ZSdMBUm4Q/

JUSTIFIKASI

Tular di media sosial iaitu Tiktok yang begitu hangat berkaitan Kak Long
membuat hal di 7 Eleven dengan memaki hamun pekerja di situ menggunakan
bahasa yang kesat disebabkan pekerja itu mengatakan bahawa anaknya
mencuri barang di situ. Perkara ini menambahkan kecaman masyarakat apabila
beliau melakukan siaran langsung di Facebook ketika mengeluarkan kata-kata
yang kesat kepada pekerja itu. Penggunaan bahasa yang kurang santun di
media sosial jelas dapat dilihat dengan kelakuan wanita ini. Beliau
menggunakan kata-kata yang sangat kesat seperti bodoh, anjing, bangsat dan
sebagainya. Dengan tindakkan beliau melakukan siaran langsung di facebook
sangatlah tidak wajar kerana ramai pengguna facebook yang terdiri daripada
pelbagai peringkat umur. Apabila ada kanak-kanak dibawah umur melihatnya
maka pemikiran mereka akan teracun dengan bahasa yang tidak ada maksim
budi bahasa dan tidak beradab.

JUSTIFIKASI

Bukan itu sahaja, penggunaan bahasa anak wanita itu sangatlah tidak sopan
kerana turut memaki pekerja 7Eleven yang lebih berusia darinya. Penggunaan
bahasa kesat oleh anak wanita disebabkan penggunaan bahasa harian ibu
bapanya yang tidak sopan. Malahan, di ruang komen juga dipenuhi dengan laras
bahasa yang tidak sopan kerana segenap lapisan masyarakat memberikan
komen-komen yang negatif terhadap wanita tersebut. Bahasa yang digunakan
di ruang komen juga sama seperti bahasa yang digunakan oleh wanita tersebut.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kesantunan berbahasa di media sosial
lebih lagi ketika melakukan siaran langsung kerana pelbagai peringkat usia
boleh melihatnya.

BUKTI KETIGA

Sidang parlimen mengeluarkan
bahasa-bahasa yang kesat ketika
berbincang berkaitan isu politik.

https://www.youtube.com/watch?
v=9J94WNOzZR8

JUSTIFIKASI

Video ketiga itu merujuk kepada sidang parlimen yang begitu kencang dalam
membahaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan sehingga mengeluarkan
perkataan yang kesat seperti 'kepala hotak'. Percakapan ini sepatutnya tidak
dilontarkan oleh ahli-ahli kerajaan kerana seolah-olah mencemarkan imej kerajaan.
Malahan, percakapan ini akan menjadi kebiasaan kepada masyarakat kerana ahli-ahli
kerajaan sambil lewa menuturkan perkataan yang tidak sopan itu tanpa memikirkan
apa yang akan terjadi sekiranya menutur perkataan sedemikian. Sebagai, ahli kerajaan
yang berwawasan sepatutnya perlulah menutur dengan bahasa yang kaya budi bahasa
malahan tidak sepatutnya bertengkar di dalam dewan parlimen seperti itu. Hal ini
mencerminkan bahawa kerajaan kita tidak begitu mantap dalam menguruskan sistem
pentadbiran. Di samping itu, ahli-ahli kerajaan ini menuturkan dengan nada yang tinggi
malahan secara tidak langsung akan menyebabkan orang lain terasa hati. Justeru,
sebagai pentadbir negara seharusnya mencorak peribadi yang unggul supaya
masyarakat dapat mengikut rentak yang baik.

BUKTI KEEMPAT

Ruangan komen di aplikasi Facobook
menunjukkan komen yang begitu

menyentuh sensitiviti kaum dan tidak
beradab

Aplikasi Facebook

Gambar pada halaman sebelah menunjukkan komen yang begitu menyentuh
sensitiviti kaum Melayu kerana seolah-olah mengejek serta menghina kaum Melayu
dengan menyatakan perkataan seperti 'anjing' yang menyamakan kaum Melayu
dengan haiwan seperti itu. Komen yang seperti itu tidak wajar sama sekali kerana akan
merosakkan semangat perpaduan di antara kaum yang lain. Hal ini kerana, akan
mewujudkan pergaduhan, perbalahan dan perselisihan faham di antara kaum yang lain.
Sebagai wargenegara yang begitu bertolenrasi seharusnya perkataan sedemikian tidak
wujud dalam kalangan masyarakat di Malaysia kerana perkataan yang digunakan itu
begitu kurang sopan serta tiada kesantunan bahasa. Jadinya, sebagai masyarakat
perlulah menjaga percakapan serta jangan melepaskan amarah pada aplikasi media
sosial seperti itu kerana akan mencetuskan pelbagai konflik.

BUKTI KELIMA

Kecaman buat Maryam di
media sosial kerana baru
bertukar kepada agama
Islam dan asalnya dulunya
orang Korea. Maryam dikritik
kerana berkelakuan seperti
budak tidak siuman.

JUSTIFIKASI

Kecaman demi kecaman yang dihentam oleh masyarakat terhadap Maryam.
Di samping itu, Maryam merupakan wanita mualaf yang baru berjinak-jinak
untuk istiqomah mendalami agama Islam. Namun begitu, Maryam dikritik
serta dihina amat dahsyat oleh pengguna di media sosial kerana sikapnya
tidak selaras dengan agama Islam serta tidak menutup auratnya dengan
sempurna. Justeru, bukan cara seperti itu untuk kita menegur dengan bahasa
yang kurang sopan terhadap orang yang baharu memeluk agama Islam.
Seharusnya, kita menegur dengan cara yang baik bukannya menghentam
Maryam malah kecaman ini akan membuat wanita mualaf itu terasa hati serta
jauh hatinya untuk mendalami Islam kerana segelintir masyarakat yang
mengkritik begitu sahaja. Kita sepatutnya memberi dorongan serta menasihati
dengana cara yang baik, bukannya menegur dengan cara yang kasar.

JUSTIFIKASI

Bahasa yang tidak santun ini bukan sahaja dari perspektif penggunaan kata-
kata yang kesat malahan ayat yang mempunyai unsur sindiran juga
diketegorikan sebagai bahasa yang tidak sopan kerana mampu membuat
seseorang itu terasa hati. Penggunaan bahasa "sekejap bertudung, sekejap free
hair" juga merupakan bahasa yang tidak sopan kerana sebagai masyarakat
kita tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan perkara sedemikian.
Malahan, sindiran yang dilontarkan di media sosial ini juga boleh
menyebabkan wanita mualaf itu merasai hijrahnya tidak dihargai oleh
masyarakat setempat. Selain itu, jika dilihat secara teliti masyarakat memberi
komen dengan menggunakan bahasa rojak di mana mencampur adukkan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hal ini akan merosakkan nilai sesuatu
bahasa itu disebabkan masyarakat yang tidak mampu menghargai betapa
pentingnya nilai bahasa itu.

Langkah-langkah mengatasi
masalah bahasa yang kurang

santun ini.

PERANAN IBU BAPA Ibu bapa menjadi suri teladan.

Ibu bapa memastikan dan
memantau pergaulan anak-
anak mereka terjamin.

Ibu bapa memerhati tindak
tanduk anak-anak agar tidak
jauh terpesong .

Ibu bapa memberi didikan agama
dan moral dengan secukupnya
serta memberi nasihat dengan
penuh berhikmah.

PIHAK KERAJAAN

1 2

Melaksanakan Membuat kolaboratif
program kesedaran dengan komuniti
supaya dapat
setiap bulan agar mengenal pasti di
program itu tampak mana wujudnya

berkesan dalam pertuturan yang tidak
segenap lapisan sopan ini

masyarakat.

PIHAK INSTITUSI SEKOLAH

Memantau para pelajar dari segi tingkah laku mereka, malahan peradaban mereka
terutama sekali dari segi pertuturan yang diucapkan semasa mereka berada di dalam

dan luar

Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi
maklumat dan komunikasi

Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa
untuk diterapkan terhadap mereka.

rumusan

Rumusan keseluruhan daripada tugasan ini ialah kita perlulah
menjaga laras bahasa yang penuh dengan maksim budi bahasa agar
dapat menjaga hati pihak lain. Hal ini kerana, kesantunan berbahasa
amat penting diamalkan dalam segenap lapisan masyarakat dalam
melestarikan budi bahasa yang mampan dari pelbagai sudut.
Justeru, pelbagai pihak seharusnya ambil cakna serta mencari jalan
penyelesaian dalam mengatasi masalah ini agar dapat melahirkan
generasi yang penuh budi bahasa. Perkataan yang dilontarkan
mencerminkan keperibadian kita sebagai individu yang berakhlak
serta berbudi bahasa. Justeru, percakapan perlu dijaga demi
menjaga ukhwah dalam lapisan masyarakat.

SUMBER RUJUKAN

Mohd Faizul et al., (2014). Kesantunan berbahasa dalam teknologi
maklumat. BBC News.
https://www.slideshare.net/HanaFitrah/kesantunan-bahasa-
dalam-teknologi-maklumat-dan-komunikasi

Mat Hassan et al., (2020). Amalan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi formal dan tidak formal. BBC

News.https://www.researchgate.net/publication/348556959_Amalan_Kesantunan_Berbahas
a_dalam_Komunikasi_Formal_dan_Tidak_Formal_dalam_Kalangan_Pelajar_Universiti

Nur Sahira. (2018). Kajian Kesantunan Berbahasa. BBC News.
https://www.academia.edu/19474966/Kajian_kesantunan_berbahasa

SEKIAN TERIMA KASIH

Hujan turun indah pelangi,
Awan berarak menutup pintu,
Dihujung waktu berakhir mewangi,
Semoga kita berjumpa di lain waktu.


Click to View FlipBook Version