SINERGI 2015
KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1
Malaysia.
Setinggi-tinggi ucapan terma kasih saya tujukan kepada pihak sekolah kerana
memberikan ruang kesempatan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua
kata dalam Majalah Sekolah bagi Tahun 2015. Sekalung ucapan tahniah saya
rakamkan buat warga sekolah, khususnya Sidang Redaksi Majalah Sekolah
SINERGI yang telah berjaya menerbitkan Majalah Sekolah bagi Tahun 2015.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala komitmen dan sumbangan
warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penerbitan majalah ini amatlah
dihargai dan disanjung tinggi.
Pendidikan di Malaysia pada masa ini sedang mengalami satu perubahan yang amat drastik seiring dengan
kemajuan pendidikan di peringkat global. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, merupakan
pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif dan holistik dalam membina modal insan yang mampan
dan berdaya saing
Dalam mencapai aspirasi murid yang unggul, proses membina ilmu perlulah seiring dengan usaha
menyempurnakan akhlak setiap modal insan. Amalan dengan memberi sapaan dan laluan juga menitikberat
tentang kebersihan merupakan elemen yang perlu dipraktiskan oleh setiap anak didik sejak di bangku
sekolah rendah lagi. Nilai-nilai murni yang sejagat ini perlu diberi fokus utama agar generasi yang dididik
pada hari ini akan menjadi insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai sahsiah terpuji.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah dan murid-murid untuk terus
berusaha mencipta kejayaan. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan berusaha gigih untuk
memastikan pendidikan di Malaysia berada di puncak kegemilangan.
Sekian, terima kasih.
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF i
SINERGI 2015
KATA ALUAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU
PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tahniah kepada anak-anak pelajar generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi sebagai satu
pasukan dalam menghasilkan majalah SINERGI yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan
semua. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititikberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium
rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SMK
Raja Tun Uda.
Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah ilmu menjadi
prasyarat kepada pembentukan mana-mana tamadun yang pernah terbina di dunia. Menyedari hakikat
pentingnya ilmu pengetahuan sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan, maka kerajaan telah
menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara (NKRA)
bertujuan untuk memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan.
Generasi muda negara kita pada hari ini perlu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan
nilai murni serta mampu bersaing di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran. Sekolah merupakan
tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan berketerampilan. Dalam usaha untuk
menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan, setiap pendidik tidak dapat lari daripada menghadapi
pelbagai kemelut dan cabaran dalam dunia pendidikan. Oleh itu, para pendidik menggariskan sasaran
khusus yang dapat diukur melalui Indeks Prestasi Utama (KPI).
Saya percaya para pendidik telah pun bangkit dengan memperkemas segala prosedur, sumber dan
tenaga dalam organisasi bagi mencapai sasaran KPI dalam tempoh yang telah ditetapkan. Akhir kata,
semoga usaha murni semua pihak dapat merealisasikan hasrat meningkatkan mutu pendidikan
negara.
Sekian, terima kasih.
____________________
(TN. SHAARI BIN OSMAN)
PENGARAH PENDIDIKAN PULAU PINANG
ii
SINERGI 2015
KATA ALUAN KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA
Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia-Nya
diberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam ruangan ini. Syabas dan tahniah juga saya
rakamkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen yang
jitu bagi menjayakan penerbitan majalah SINERGI edisi tahun 2015.
Penerbitan majalah sekolah merupakan aktiviti yang diusahakan oleh
pelajar dengan bimbingan daripada guru-guru dengan tujuan untuk
mendokumentasikan seluruh kegiatan sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah merupakan satu
dokumen yang berharga pada masa mendatang untuk melihat dan mengungkap kembali kemajuan-
kemajuan serta perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah.
Integrasi ilmu yang bertunjangkan keagamaan dan keperluan hakiki semasa perlu
diperkasa dan diperkukuh bagi menjamin jati diri pelajar terus unggul bagi menghadapi arus
globalisasi perdana yang kian mencabar. Bagi menjayakan matlamat tersebut, semua pihak
perlu bekerjasama sebagai satu pasukan bagi merealisasikan visi dan misi kecemerlangan dan
keterbilangan.
Saya percaya kejayaan sekolah ini bukan hanya bergantung kepada pihak tertentu sahaja
sebaliknya kerjasama semua pihak amat penting bagi merealisasikan impian dan harapan
menjadikan sekolah ini cemerlang dan berupaya melahirkan pelajar yang berdaya saing.
Akhir kata, saya mendoakan SMK Raja Tun Uda agar terus berjaya dalam semua lapangan dan
mampu meletakkan diri gah di persada pendidikan negara.
Sekian, terima kasih.
(TUAN RUSLI HASHIM PJM., PJK.)
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BARAT DAYA
iii
SINERGI 2015
KATA ALUAN KETUA PENGETUA SMKRTU
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji hanya kepada Allah yang Maha Esa. Saya bersyukur yang tidak
terhingga kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan
di dalam majalah SINERGI edisi kali ini. Kepada para pendidik dan anak-
anak yang saya kasihi, semoga anda semua sentiasa berada di bawah
naunganNya dan dapat mengharungi arus pendidikan yang kian menginjak
ke hadapan pada satu tahap paradigma.
Warga SMKRTU yang dikasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi
pendidikan masa ini, sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa
baharu selangkah ke hadapan. Walaupun pelbagai perubahan serta persaingan yang berada di
sekeliling kita, namun dengan berkat usaha gigih dan murni para pendidik dan anak-anak warga
SMKRTU kita mampu menghadapinya bersama-sama menggapai kecemerlangan dalam gelanggang
pendidikan ini. Saya berharap usaha gigih ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.
Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya
memimpin tangan anak-anak di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan. Kita bukan sahaja ingin
menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik, malahan cemerlang dalam sahsiah peribadi dan
mmepunyai jati diri yang utuh lagi kental bagi mendepani arus globalisasi masa ini selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Tiada kata secantik bahasa untuk menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan untuk saya
gambarkan perasaan penghargaan saya terhadap para pendidik dan anak-anak SMKRTU. Dengan
ingatan tulus dan ikhlas dari lubuk hati, saya merakamkan sekalung tahniah kepada kumpulan
Sidang Ridaksi Majalah Sekolah sesi 2015 kerana telah meneruskan tradisi dan berjaya
menghasilkan sebuah dokumentasi sekolah yang berkualiti untuk dijadikan rujukan pada masa
hadapan. Syabas! Semoga penghasilan majalah SINERGI ini akan dijadikan salah satu wadah
maklumat kepada para pelajar dalam meperkasa pengetahuan mereka tentang sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
“TOGETHER WE EXCELL”
(EN. ABD. NASIR BIN HJ. SALLEH)
Pengetua SMKRTU
iv
SINERGI 2015
KATA ALUAN KETUA PENGAWAS SEKOLAH SMKRTU [2015]
Selamat sejahtera kepada semua warga SMK RAJA TUN UDA. Saya
selaku ketua pelajar ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar
tingkatan 5, 2015 yang telah banyak menyumbang tenaga kepada sekolah.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah mengajar
pelajar saya selama lima tahun.Saya berterima kasih kepada pihak sekolah
kerana memilih saya sebagai ketua pengawas tahun 2015.Saya
mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar tingkatan 5 yang
menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2015 .Semoga anda berjaya dalam
SPM serta melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kecemerlangan bukan sahaja
datang daripada usaha malahan sikap juga mempengaruhi keputusan.
Pelajar yang bersikap baik akan berjaya dalam kehidupan. Sikap yang dimaksudkan ialah
menghormati ibu bapa dan guru kerana mereka telah banyak menyumbang tenaga kepada kita.Bagi
ketua pengawas yang akan bakal hadiri pada tahun hadapan untuk menunjukkan bakat yang hadapi
sebagai seorang pemimpin. Saya mengucapkan tahniah kepada pengawas tingkatan 5 yang telah
banyak menyumbang tenaga kepada sekolah. Semoga semua pelajar dapat berjaya dan
menunjukkan bakat yang dihadapi.
Sekian terima kasih.
Shobana Nair
Ketua Pengawas SMKRTU 2015
v