Peringkat : Kolej Komuniti Temerloh
Program : Pencapaian Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial 2019
Penulis : Farahana Nadirah Binti Mahamad Nadzar
Unit Penyelidikan Inovasi dan Komersial Kolej Komuniti Temerloh telah ditubuhkan sebagai
satu pusat kajian bagi pensyarah dan pelajar melakukan penyelidikan serta melakukan
perkongsian idea idea baru dalam mencipta inovasi yang mampu membantu pelajar dan
pensyarah memantapkan kemahiran masing masing. Sepanjang penubuhan, pelbagai
program dan anjuran pertandingan inovasi samada yang melibatkan pensyarah dan pelajar
telah dianjurkan dengan jayanya. Tanpa bantuan dari barisan Ahli Jawantankuasa Kerja,
unit tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan yang cemerlang ini.
Bagi menghargai usaha sama ahli jawantankuasa, Anugerah Khas Pengarah telah
disampaikan pada 28 Januari 2019 bagi memberikan sedikit penghargaan kepada mereka
yang banyak membantu unit dalam merencanakan program yang pelbagai. Semoga dengan
sedikit pengiktirafan ini mampu memberikan lagi galakan kepada mereka untuk terus
berdedikasi dalam melaksanakan tugas dari masa ke semasa.
Berikut merupakan Anugerah Khas Pengarah yang diberi sepanjang tahun 2019 khas bagi
penglibatan dalam Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial.
37
Pencapaian Unit
Program Sijil Teknologi Maklumat
1. Pembentangan, Penyelidikan Dan Penerbitan Peringkat Antarabangsa 2019
2. Pertandingan Inovasi Pelajar Peringkat Kebangsaan Dan Negeri Pahang 2019
3. Pertandingan Inovasi Pensyarah Peringkat Antarabangsa, Kebangsaan Dan Negeri
Pahang 2019
Unit Pengajian Am
1. Pembentangan, Penyelidikan Dan Penerbitan Peringkat Antarabangsa Dan
Kebangsaan 2019
2. Pertandingan Inovasi Pelajar Peringkat Negeri Pahang 2019
3. Pertandingan Inovasi Pensyarah Peringkat Kebangsaan Dan Negeri Pahang 2019
Program Sijil Penyelenggaraan Bangunan
1. Pertandingan Inovasi Pelajar Peringkat Negeri Pahang 2019
2. Pertandingan Inovasi Pensyarah Peringkat Negeri Pahang 2019
Program Sijil Reka Bentuk Dan Perabot
1. Pertandingan Inovasi Pelajar Peringkat Negeri Pahang 2019
2. Pertandingan Inovasi Pensyarah Peringkat Negeri Pahang 2019
Program Sijil Fesyen Dan Pakaian
1. Penglibatan Program Dalam Pertandingan Inovasi Pelajar Peringkat Negeri Pahang
2019
38
Senarai Penerima
Mohd Zool Fazlee Bin Basir Nor Aishah Binti Othman Norsaritanaini Binti Mahasan
Nik Mas Alini Binti Badruldin Nurul Naim Binti Othman Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Farahana Nadirah Binti Mahamad Nadzar Nor Azma Binti Manan Lukman Hakimi Bin Ahmad
39
Muhamad Syamsul Bin Che Su Amutha A/P Gopal Villoo @ Venugopal Nor Hasimah Binti Abd Rahman
Norfadzilah Binti Ishak Ilyana Binti Yahya Mohd Nor Hafiz Bin Sawandi
Mohd Soffian Bin Abdul Samat Wan Norhayati Binti Wan Saupi Muhammad Iswan Bin Ismail
40
Zunaedah Binti Sahrul
Syed Khailuddin Bin Syed Jaafar Rozman Bin Chik
Abbes Salimi Bin Mohamad Nazri
41
Peringkat : Kebangsaan
Program : Bengkel Penerbitan Prosiding dan Jurnal
Penulis : Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Pengenalan Program
Bengkel Penerbitan Prosiding dan Jurnal ialah bengkel yang bertujuan untuk
membincangkan hasil penulisan ilmiah daripada para penyelidik untuk menerbitkan dan
menghasilkan penerbitan jurnal yang berimpak tinggi bagi meningkatkan mutu dan
produktiviti penerbitan. Bengkel ini juga mengumpulkan himpunan-himpunan penulisan
kajian daripada seluruh dunia bagi mengenalpasti mutu dan kualiti bagi setiap penulisan
kajian yang telah dihasilkan. Justeru, diharapkan agar penghasilan penerbitan daripada
bengkel ini dapat memberi sebaran ilmu yang meluas kepada para penyelidik, pendidik dan
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti khasnya.
Objektif Program
Membolehkan para peserta menghasilkan penerbitan jurnal dan prosiding yang
berimpak tinggi dan berproduktiviti.
Memastikan penerbitan penulisan yang dihasilkan adalah mengikut garis panduan
penulisan jurnal dan prosiding.
Mengenalpasti tahap hasil penulisan kajian penyelidikan oleh penyelidik-penyelidik.
Impak Program
Menggalakkan para penyelidik menghasilkan penulisan kajian mengikut garis
panduan penerbitan Prosiding dan Jurnal.
Membolehkan para penyelidik mendapat hebahan mengenai penerbitan prosiding
dan jurnal yang berimpak tinggi dan berkualiti.
42
Tema Penerbitan Dan Bilangan Kertas Penyelidikan
Bil Tema Jumlah
Penyertaan
1 Theme 1 : Industry Revolution 4.0
2 Theme 2 : Engineering, Technology And Tvet 17
3 Theme 3 : Work, Education And Training 69
4 Theme 4 : Curriculum And Instruction 29
5 Theme 5 : Sociology of TVETt 4
6 Theme 6 : Policy, Planning And Practices 33
7 Theme 7 : Teaching And Learning Quality, Equity And 14
15
Relevance
Jumlah Penyertaan 181
Rumusan
Bengkel Penerbitan Prosiding Dan Jurnal yang dilaksanakan ini telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya. Pelaksanaan bengkel ini telah dapat membantu penyelidik dalam
menghasilkan penerbitan prosiding dan jurnal yang berkesan dan berimpak tinggi.
43
Peringkat : Kebangsaan
Program : Bengkel Penerbitan dan Penulisan Kreatif Zon Tengah
Penulis : Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Pengenalan Program
Pada 05 Julai 2019, Unit penyelidikan, Inovasi dan Komersial Kolej Komuniti Temerloh telah
mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Penerbitan dan Penulisan Kreatif Zon
Tengah. Penulisan kreatif ialah penulisan yang bertujuan untuk menyatakan pemikiran,
perasaan dan emosi berbanding dengan karya memberitahu maklumat. Melalui penulisan
kreatif, penulis dapat menyatakan pemikiran mereka. Pensyarah boleh menulis mengikut
kreativiti masing-masing dan tidak terbatas kepada satu-satu perkara sahaja. Penulis yang
kreatif dan proaktif ialah mereka yang menguasai bidang penulisan kreatif dan boleh
memanfaatkannya bila perlu dalam kehidupan mereka.
Penulisan kreatif ialah proses penciptaan yang dimulai dengan dorongan untuk menulis,
timbulnya ilham, penyusunan fikiran, pematangan dan penggarapannya memberi kesan dan
impak kepada hanya yang akan ditulis. Justeru, adalah menjadi hasrat kami untuk
menggalakkan para pensyarah Kolej Komuniti dan Politeknik Zon Tengah untuk menulis dan
berkarya bukan sahaja dalam bidang penyelidikan tetapi juga dalam pelbagai bidang dan
gaya penulisan.
44
Senarai Institusi
Berikut senarai Kolej Komuniti dan Politeknik yang terlibat sepanjang Bengkel Penerbitan
dan Penulisan Kreatif Zon Tengah :
BIL Institusi
1 Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah
2 Kolej Komuniti Selayang
3 Politeknik Sultan Azlan Shah
4 Politeknik Sultan Idris Shah
5 Politeknik Nilai
6 Politeknik METro Kuala Lumpur
7 Politeknik Banting, Selangor
8 Politeknik Bagan Datuk
9 Kolej Komuniti Pasir Salak
10 Kolej Komuniti Teluk Intan
11 Kolej Komuniti Manjung
12 Kolej Komuniti Bagan Datuk
13 Kolej Komuniti Tapah
14 Kolej Komuniti Tanjung Karang
15 Kolej Komuniti Sabak Bernam
16 Kolej Komuniti Klang
17 Kolej Komuniti Hulu Selangor
18 Kolej Komuniti Kuala Langat
19 Kolej Komuniti Kelana Jaya
20 Kolej Komuniti Hulu Langat
21 Kolej Komuniti Shah Alam
22 Kolej Komuniti Ampang
23 Kolej Komuniti Bentong
24 Kolej Komuniti Raub
25 Kolej Komuniti Temerloh
26 Kolej Komuniti Jerantut
27 Kolej Komuniti Lipis
28 Kolej Komuniti Bera
45
Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar yang terlibat sepanjang program tersebut ialah Encik Muhamad
Syarafuddin Bin Sulaiman. Beliau merupakan editor di PTS Media Group.
Objektif Program
Membolehkan para pensyarah berfikiran kreatif dalam menghasilkan idea
penulisan masing-masing.
Memastikan para pensyarah dapat mengolah idea dengan cara yang betul dan
berkesan.
Memberi panduan kepada pensyarah mengenai proses penulisan kreatif yang
betul.
Memberi panduan kepada pensyarah untuk menerbitkan penulisan kreatif
dengan cara yang betul dan mudah.
Impak Program
Menggalakkan PPPT untuk lebih maju dan berdaya saing dalam menghasilkan
penulisan kreatif.
Membolehkan PPPT lebih bersedia dalam menulis idea dengan lebih jelas dan
tepat dalam bentuk penulisan kreatif.
Penulis yang mempunyai idea dan ilham untuk menghasilkan sesuatu karya
boleh mengetahui platform dan cara menghantar karya kepada pihak terlibat
seperti penerbit.
Jumlah Peserta
43 orang peserta Kolej Komuniti dan Politeknik sekitar Zon Tengah
13 orang peserta Kolej Komuniti Temerloh
Rumusan
Bengkel Penerbitan Dan Penulisan Kreatif Zon Tengah telah berjaya mencapai objektif yang
telah digariskan iaitu untuk memberi pendedahan kepada para pensyarah tentang penulisan
kreatif serta cara untuk mengolah idea dan ilham untuk dijadikan sebuah karya.
46
Peringkat : Kolej Komuniti Temerloh
Program : Bengkel Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran
Penulis : Nik Mas Alini Binti Badruldin @ Mohamad
Pengenalan Program
Pada 17 Oktober 2019, Bengkel inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran telah
dilaksanakan di Kolej Komuniti Temerloh. Bengkel ini adalah salah satu usaha penting untuk
memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang inovasi yang boleh dilaksanakan
dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bengkel ini juga bertujuan untuk
membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar dan menjadi
penggerak dalam menggalakkan pelajar untuk memulakan aktiviti Penyelidikan dan Inovasi
seterusnya mendapat pengiktirafan terhadap pencapaian yang diperolehi melalui
pertandingan dan mengembangkannya ke lapangan yang lebih luas lagi. Dengan adanya
bengkel ini, pelajar akan lebih bersemangat dan berusaha untuk menjadi seorang yang
berkeyakinan, kreatif, inovatif, berdaya saing dan berjaya.
Objektif Program
Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang inovasi yang boleh
dilaksanakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Memberi bimbingan kepada pelajar dalam mencungkil idea inovasi.
Menerapkan penghasilan inovasi berkaitan dengan teknologi semasa.
Impak Program
Melahirkan pelajar yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan
idea yang bernas
Memupuk budaya inovasi di dalam diri pelajar
Mencungkil bakat pelajar di dalam bidang rekaan dan inovasi
47
Rumusan
Bengkel inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan ini telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Pelajar telah mendapat pengetahuan tentang penghasilan
sesebuah inovasi. Diharapkan pelajar dapat menghasilkan inovasi yang lebih berkualiti dan
boleh digunakan oleh semua orang.
48
Peringkat : Kolej Komuniti Temerloh
Program : Bengkel Laporan Tahunan 2018
Penulis : Nik Mas Alini Binti Badruldin @ Mohamad
Pengenalan Program
Pada 10 Januari dan 27 Mei 2019 Bengkel laporan tahunan 2018 telah dilaksanakan. Bengkel
ini merupakan aktiviti yang telah dianjurkan oleh unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej
Komuniti Temerloh bagi memudahkan proses penghasilan Laporan Tahunan Kolej Komuniti
Temerloh Tahun 2018. Bengkel in telah dilaksanakan sebanyak dua kali bagi memastikan
semua maklumat dan pencapaian dapat dipersembahkan dengan baik.
Bengkel laporan tahunan pada kali pertama diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul
maklumat setiap aktiviti yang telah dilaksanakan oleh setiap unit. Setelah maklumat aktiviti
telah berjaya dikumpul, proses diteruskan dengan merangka penyusunan bahan dan
maklumat mengikut kesesuaian dan menjadikan laporan tersebut lebih menarik untuk
dibaca. Seterusnya maklumat dan bahan tersebut diserahkan kepada jawatankuasa editor.
Bengkel laporan Tahunan kali kedua dilaksanakan bagi tujuan membuat rekabentuk grafik
mengikut tema yang telah dipersetujui. Pada sesi bengkel kedua ini penulis dan pereka
grafik akan bekerjasama dan membuat perbincangan bagi mendapatkan kesesuaian grafik
dengan maklumat atau aktiviti yang ingin disampaikan. Apabila perkara tersebut selesai,
tugasan seterusnya adalah membuat semakan keseluruhan laporan tersebut. Hasil daripada
kedua-dua bengkel yang telah dilaksanakan, maka terhasillah Laporan Tahunan Kolej
Komuniti Temerloh tahun 2018 dengan jayanya.
Objektif Program
Memberi panduan kepada editor dalam tugas penyuntingan laporan tahunan
Memberi panduan kepada jawatankuasa penerbitan mengenai proses
penyediaan laporan tahunan
Menghasilkan laporan tahunan yang lengkap dan tersusun mengikut format yang
telah ditetapkan
49
Impak Program
Memudahkan proses penyediaan laporan tahunan
Menghasilkan laporan tahunan yang menarik dan mempunyai maklumat yang
jelas.
Jumlah Peserta
Seramai 15 orang telah terlibat dalam bengkel ini.
Rumusan
Bengkel laporan tahunan Kolej Komuniti temerloh 2018 yang dilaksanakan ini telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Semua jawatankuasa telah melaksanakan tanggungjawab
dengan baik dan saling bekerjasama bagi menghasilkan laporan tahunan yang berkualiti dan
menarik.
50
Program : Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET’19)
Peringkat
Tarikh : Negeri Pahang
Akhbar : 8 Ogos 2019 (Khamis)
: Berita Harian dan Harian Metro
51
Program : Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET’19)
Peringkat
Tarikh : Negeri Pahang
Akhbar Online : 07 Ogos 2019 (Rabu)
: Berita Harian Online
52
Program : Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET’19)
Peringkat
Tarikh : Negeri Pahang
Akhbar : 02 Ogos 2019 (Jumaat)
: Berita Harian
53
Program : Innovative Creative Competition TVET 2019 (ICC TVET’19)
Peringkat
Tarikh : Negeri Pahang
Akhbar : 02 Ogos 2019 (Jumaat)
: Berita Harian
54
Tajuk : Peluang Kerja Luas Untuk Pelajar TVET
Tarikh : 2 Ogos 2019 (Jumaat)
Akhbar Online : Berita Harian Online
55
UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSIAL
KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
BY PASS BATU 2, JALAN TEMERLOH
28400 MENTAKAB
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL: 09-270 1552