13
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
EDUP3023
Disediakan oleh:
Nama: NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD HARIS
010704-14-0562
No. Kad Pengenalan: 2019192310087
Angka Giliran: F4
Kumpulan/ Unit
PUAN NOORIZAN BINTI BABA
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 4 NOVEMBER 2020
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada
Pensyarah
Arahan soalan: Menghasilkan satu penulisan akademik yang memperincikan kepentingan
seseorang guru menguasai peringkat perkembangan kanak-kanak berdasarkan salah satu
daripada teori perkembangan Jean Piaget atau Lev Vygotsky dalam usaha meningkatkan kualiti
pendidikan di Malaysia dalam bentuk e-book/flipped book.
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan.......................................................................................................................... 1
2.0 Konsep Teori Jean Piaget .................................................................................................... 1
3.0 Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Piaget Terhadap Guru................................. 2
4.0 Rumusan ............................................................................................................................. 4
5.0 Rujukan................................................................................................................................ 5
1
Pengenalan
Pengetahuan mengenai perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah sangat penting
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran untuk perancangan awal kaedah
atau cara yang akan digunakan sewaktu mengajar di sekolah. Kedua-dua pengetahuan tersebut
adalah saling berkait dalam proses perkembangan kanak-kanak. Guru mesti menguasai terlebih
dahulu tentang perkembangan dan pertumbuhan bagi memudahkan proses pembelajaran
kepada setiap pelajar yang berbeza peringkat perkembangannya. Dengan penggunaan kaedah
pembelajaran yang pelbagai dan kreatif, suasana pembelajaran di dalam kelas akan menjadi
ceria dan dapat menarik perhatian murid untuk belajar sekali gus dapat memudahkan guru untuk
memahami peringkat perkembangan setiap murid di sekolah. Terdapat banyak teori-teori yang
dikeluarkan oleh ahli pakar atau tokoh terdahulu mengenai perkembangan kanak-kanak
antaranya ialah tokoh barat iaitu Jean Piaget.
Konsep Teori Jean Piaget
Berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget iaitu perkembangan kognitif dan bahasa, terdapat
lima konsep utama dalam penyelidikan perkembangan kanak-kanak iaitu skema, adaptasi,
keseimbangan, asimilasi serta akomodasi. Kesemua konsep ini berkait rapat dengan teori
perkembangan kognitif yang membantu dalam perkembangan akal fikiran bagi seseorang
individu. Dalam teori yang dikemukkan oleh Jean Piaget, bahawa setiap individu akan melalui
empat fasa atau tahap dalam peringkat perkembangan kognitif seseorang iaitu sensori motor,
praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Kesemua tahap ini akan dilalui oleh individu
mengikut peringkat-peringkat umur yang dikemukakan.
Pada tahap sensori motor yang berada dalam lingkungan sejak hari kelahiran sehinggan umur
dua tahun, individu tersebut mula belajar mengenal dunia dan diri sendiri melalui pancaindera
mereka yang sedang berkembang. Mereka akan mula bergerak sedikit demi sedikit contohnya
dengan cara menyentuh barang. Pada tahap praoperasi yang berada dalam lingkungan tiga
hingga tujuh tahun, proses perkembangan bahasa berlaku secara beransur dan pemikiran secara
simbolik juga berlaku. Mereka sudah mula untuk berfikir sendiri tetapi secara satu hala dan masih
belum mampu untuk berfikir secara berbalik. Pada tahap operasi konkrit pula, tahap ini
menempatkan kanak-kanak di peringkat umur lapan hingga sebelas tahun. Di peringkat ini,
2
kanak-kanak mampu berfikir secara berbalik dan mampu membuat pengelasan atau penyusunan
yang sempurna. Mereka juga mula untuk berfikir secara logik akal dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang mudah. Pada tahap operasi formal pula, tahap ini menempatkan kanak-
kanak di peringkat umur 12 hingga 15 tahun. Pada tahap ini, mereka sudah mampu berfikir
dengan logik dan menyelesaikan masalah-masalah yang lebih rumit. Tahap ini juga merupakan
tahap permulaan untuk menghadapi tahap umur remaja dan mereka mula mengambil perhatian
pada identiti diri sendiri serta isu-isu sosial.
Kepentingan Menguasai Teori Perkembangan Piaget Terhadap Guru
Teori perkembangan Jean Piaget memainkan peranan penting dalam membantu para pendidik
sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Teori perkembangan Piaget adalah
antara yang paling dikenali oleh para pendidik dan digunakan dalam membantu memberi idea
atau fikiran terhadap perkembangan kanak-kanak. Antara kepentingan seorang guru menguasai
teori perkembangan Piaget adalah dapat membentuk isi pengajaran atau kandungan kurikulum
secara tersusun dan sistematik mengikut peringkat umur murid. Melalui empat tahap peringkat
perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Piaget, tahap-tahap tersebut dapat menjadi
rujukan kepada para guru dalam membentuk isi pengajaran dengan baik. Perkara ini dapat
memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana pengajaran yang
disampaikan adalah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Selain itu, teori perkembangan Piaget dapat mejadi tempat rujuk atau panduan kepada guru untuk
memberi ruang kepada murid meneroka secara bersendirian. Proses pengajaran dan
pembelajaran tidak seharusnya dilakukan di dalam bilik darjah sahaja, malah pembelajaran di
luar bilik darjah juga diperlukan. Pengalaman murid dalam meneroka sesuatu secara bersendirian
dapat membentuk sikap berdikari dalam diri mereka. Sebagai contohnya, guru boleh memberi
tugasan kepada murid untuk meneroka secara individu terlebih dahulu sebelum memulakan
perbincangan secara menyeluruh bersama. Kemudian, guru boleh bertanya kepada murid
tentang pandangan mereka dan diberitahu kepada ahli kelas yang lain. Dengan cara ini, guru
sekali gus dapat melihat tahap penguasaan setiap murid dalam meneroka sesuatu secara
bersendirian. Jika guru tidak memberi ruang kepada murid untuk meneroka secara bersendirian
dan hanya guru sahaja yang bertindak sebagai agen penyampai maklumat, tahap pemikiran
3
murid-murid tidak akan berkembang. Hal ini juga akan membuatkan seseorang murid itu bersikap
malas untuk berfikir dan hanya berpandukan kepada maklumat yang diberi oleh guru sahaja.
Di samping itu, kepentingan teori Piaget juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti tahap
sosial murid. Berdasarkan teori Piaget, perkembangan bahasa juga harus dipupuk dalam
membentuk peringkat perkembangan yang sempurna. Oleh hal yang demikian, guru boleh
membuat aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua murid untuk bercakap atau berinteraksi antara
satu sama lain. Hal ini dapat membantu guru dalam menilai murid sama ada mereka masih lagi
memerlukan bantuan untuk melakukan interaksi sosial ini atau sebaliknya. Bagi kanak-kanak
yang sudah mahir dan aktif dalam melakukan interaksi sosial ini, mereka juga membantu guru
dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, mereka lebih faham
dan proses pembelajaran ini dapat berlaku dengan cepat dan berkesan. Antara beberapa aktiviti
yang boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah ialah aktiviti perbincangan secara berkumpulan.
Aktiviti ini antara satu cara atau kaedah yang berkesan bagi menilai potensi murid terhadap cara
murid berinteraksi dengan murid lain dan saling bertukar pendapat. Hal ini sekali gus dapat
mmbantu mereka dalam mengembangkan idea untuk meluahkan pendapat sendiri.
Cara lain pula, guru boleh membuat beberapa aktiviti yang melibatkan interaksi secara dua hala
seperti membuat persembahan kumpulan yang melibatkan semua ahli kelas untuk fokus dan
boleh mengutarakan pendapat sendiri atau saling bertanya soalan. Penggunaan bahasa yang
tepat juga penting bagi murid. Guru boleh memulakan proses pembelajaran secara ucapan formal
supaya hal ini secara sedikit demi sedikit dapat membantu dalam penguasaan bahasa murid.
Ucapan yang melibatkan perkara yang buruk dapat memberi kesan terhadap murid dan tidak
mustahil bagi mereka untuk meniru ucapan yang telah diungkapkan oleh seseorang guru itu.
Seterusnya, teori Piaget juga membantu guru dalam memilih persekitaran pembelajaran yang
sesuai kepada murid. Hal ini berlaku demikian kerana, apabila seseorang guru itu telah
menguasai pringkat perkembangan kanak-kanak, mereka sudah tahu dan dapatmenili murid
daripada pelbagai bentuk perkembangannya. Hal ini dapat membantu guru untuk menyediakan
keperluan yang diperlukan oleh murid mengikut tahap penguasaan mereka di dalam kelas. Murid
juga berhak dalam memilih mana-mana aktiviti yang mereka minati. Jadi, seseorang guru itu akan
menyediakan beberapa bahan pengajaran yang berbeza bagi menjalankan proses pembelajaran
dengan sempurna. Melalui persekitaran pembelajaran yang pelbagai, guru juga dapat
membimbing mana-mana murid yang memerlukan bantuan. Selain itu, murid juga dapat
4
menguasai kemahiran yang ada daripada pengalaman sebelumnya dan membina asas
perkembangan kemahiran tahap yang berikutnya.
Kepentingan lain yang dapat diperoleh oleh guru apabila sudha menguasai tahap perkembangan
kanak-kanak ialah guru dapat membina hubungan yang baik dengan murid. Hal ini di mana,
apabila guru sudah mengenal kekuatan dan kelemahan seseorang murid tersebut, guru akan
lebih berinteraksi dengan murid dalam membantu perkembangan murid itu berlaku dengan
sempurna. Apabila interaksi ini berlaku secara aktif, maka hubungan yang rapat dapat membawa
kepada hubungan akrab yang lebih baik antara guru dan murid. Melalui hubungan baik ini, secara
tidak langsung murid akan berasa selamat kerana mempunya pembimbing ketika mereka berada
di sekolah. Hubungan yang akrab ini juga dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain.
Rumusan
Teori perkembangan kognitif yng dikemukakan oleh Jean Piaget ini sememangnya dapat
membantu guru dlam mengenal murid sekali gus dapat membantu mereka dalam mencapai
tahap perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Walaupun ada kritikan yang berlaku
berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Piaget ini, namun kita boleh mengambil nilai positif
daripada teori-teroi tersebut dalam membantu perkembangan kanak-kanak berlaku dengan baik.
Setiap guru mestilah dibekalkan terlebih dahulu tentang ilmu perkembangan kanak-kanak
sebelum melalui proses pengajaran di sekolah. Hal ini membantu guru dari pelbagai bentuk sekali
gus dapat memberi gambaran awal sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh
itu, setiap guru mestilah menguasai teori perkembangan kanak-kanak supaya lebih fleksibel
dalam kaedah pengajaran yang digunakan bagi setiap murid.
5
Rujukan
Anita Yus. (2015). Penilaian Perkembangan Belajar Anak Taman Kanak-Kanak. PT Fajar Interpratama
Mandiri.
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ibda, F. (2015). Perkembangan Kogitif: Jean Piaget. Intelektualita, 3(1), 27-38.
Mu'min, S. A. (2013). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Jurnal Al-Ta'dib, 6(1), 89-99.
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007). Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Saifuddin Mahmud & Muhammad Idham. (2019). Teori Belajar Bahasa. Syiah Kuala University Press.