Kajian Kes Sejarah
Nama : Elisha Voon Wubin
Tingkatan: 5 Alfa
Nama Guru: Cikgu Rozana Rashidi
Kajian Kes Sejarah
NamNaaGmuTariu:nE:gClkiiskahtgaaunVR:o5oozAnalWnfaauRbainshidi
Pernyataan Masalah
Pelbagai reaksi dan cabaran tidak
menghalang terbentuknya sebuah negara
bernama Malaysia pada tahun 16
September 1963. Bincangkan.
9 Jun 2022 Jadual Kerja
21 Jun 2022 Menerima tugasan kajian kes Sejarah
Mendengar taklimat panduan melaksanakan kajian kes Sejarah daripada Pn. Rozana Rashidi.
22 Jun 2022 Berbincang dengan guru dan rakan tentang isi dan sumber yang sesuai untuk digunakan .
23 Jun 2022
25 Jun 2022 Mencari maklumat konsep gagasan Malaysia (BAB 5;BUKU TEKS T5)
Menulis perancangan awal iaitu Jadual Kerja, Objektif Kajian dan Kaedah Kajian.
29 Jun 2022
Menulis proses awal dengan ringkas
Merangka bahagian Pengenalan (untuk Laporan akhir)
Nyatakan secara terperinci idea gagasan Malaysia
5 Julai 2022 Jadual Kerja
7 Julai 2022
12 Julai 2022 Huraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.
15 Julai 2022 Menerangkan reaksi penduduk tempatan dan negara jiran.
I19 Julai 2022 Menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
Menyatakan kandungan Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia
29 Julai 2022 Menulis tentang cabaran yang dihadapi oleh rakyat dalam menjamin kedaulatan
dan bangsa Malaysia serta langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.
Membuat rumusan dan menulis Rujukan
Menghantar tugasan kepada Guru Sejarah
Objektif Kajian
01 Idea 02 Faktor 03 Reaksi
Menjelaskan idea Menghuraikan Menerangkan reaksi
gagasan Malaysia faktor-faktor penduduk tempatan
pembentukan Malaysia dan negara jiran.
04 Langkah 05 Kandungan 06 Cabaran
Menyatakan Menjelaskan kandungan Menulis tentang cabaran
langkah-langkah Perjanjian Julai 1963 dan yang dihadapi oleh rakyat
pembentukan Peristiwa Pengisytiharan dalam menjamin kedaulatan
Malaysia. Malaysia dan bangsa Malaysia serta
langkah untuk mengatasi
cabaran tersebut
Kaedah Kajian
01 Kaedah Melayari Internet
02 Kaedah Audio Visual
03 Kaedah Penyelidikan Buku
01 Laporan Kajian
Idea Idea gagasan Malaysia merupakan konsep untuk
Gagasan menggabungkan beberapa bekas tanah jajahan British di Asia
Malaysia Tenggara.
0:00 3:15 Terdapat idea lain iaitu Melayu Raya oleh gerakan nasionalis
sebelum Perang Dunia Kedua yang ingin mendapatkan kemerdekaan
wilayah Alam Melayu daripada kuasa penjajah British, Belanda dan
Amerika Syarikat.
Namun, idea ini tidak berjaya. Pihak British pula mengemukakan
idea penyatuan wilayah penguasaan British di Asia Tenggara dalam
satu sistem pentadbiran dan ekonomi yang bertujuan untuk
memudahkan pentadbiran pihak British.
Idea gagasan Malaysia ini dicadangkan olek Tunku Abdul
Rahman iaitu penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan
Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei untuk kemerdekaan dalam satu
Sistem Kerajaan Persekutuan.
Pembentukan Malaysia
02 Laporan Kajian
Faktor- faktor Faktor-faktor pembentukan Malaysia ialah mengelakkan ancaman
Pembentukan dan pengaruh dari pihak komunis yang semakin berleluasa dan
berkembang di Tanah Melayu.
Malaysia
Pengaruh komunis mula berkembang ke dalam fahaman parti yang
0:00 3:15 memerintah Singapura sejak tahun 1959 iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP)
di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Aktiviti dan kefahaman komunis juga
semakin bertapak dengan kuat apabila bekas anggota berhaluan kiri telah
menubuhkan barisan sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong.
Pada tahun 1961, kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan
pengaruh komunis semakin berleluasa di Singapura. Tunku Abdul Rahman
amat risau dengan perkembangan ini kerana Singapura akan dikuasai oleh
pihak komunis dan keadaan ini boleh mengancam keselamatan Tanah
Melayu. Oleh itu, Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan
Malaysia dapatlah menyekat pengaruh komunis daripada merebak di
Singapura.
Mengelak daripada
ancaman komunis
02 Laporan Kajian
Faktor- faktor Selain itu, perkongsian faedah sosioekonomi dijaminkan. Melalui
Pembentukan persekutuan Malaysia, negeri - negeri bolehlah bekerjasama untuk
memajukan ekonomi dan menjalankan perdagangan untuk mendapat
Malaysia keuntungan bersama.
Dengan itu, wilayah yang kaya dengan sumber ekonomi dapat
membantu negara yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi
sekaligus meningkatkan pembangunan ekonomi terutamanya di Sabah
dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya.
Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei akan menjadi
tempat utama bagi sektor pembangunan ekonomi negara. Hal ini
kerana Tanah Melayu kaya dengan hasil sumber bahan mentah dan
Brunei pula kaya dengan sumber minyak. Pada masa yang sama,
keselamatan di Singapura akan lebih terjamin iaitu dari segi ekonomi.
0:00 3:15
Ekonomi terus maju,
terumatanya di
Sarawak dan Sabah
02 Laporan Kajian
Faktor- faktor Seterusnya, faktor ketiga adalah untuk menjaga kepentingan dan
Pembentukan hak kaum bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, beliau pernah
menyatakan kepentingan pembentukan Malaysia bagi menggabungkan
Malaysia wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei dan bukan
hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja.
Apabila Singapura dan Tanah Melayu bercantum populasi
kedudukan penduduk Melayu akan berkurang kerana kebanyakan warga
Singapura terdiri daripada penduduk bukan Melayu dan apabila
dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, warga bukan
Melayu akan menjadi golongan majoriti yang akan menggantikan warga
Melayu.
0:00 3:15
Menjaga hak istimewa hak
kaum Bumiputera serta
orang Melayu
03 Laporan Kajian
Reaksi Negeri Sabah mewujudkan banyak penentangan pada peringkat
Penduduk awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik yang meluangkan
Tempatan dan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia.
Negara Jiran
Parti politik pertama di Sabah terbentuk pada bulan Ogos 1961
0:00 3:15 dengan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United
National Kadazan Organization-UNKO) yang dipimpin oleh Donald
Stephens. Parti ini secara jelas menentang pembentukan Malaysia,
serta mula memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Pada bulan Jun 1962 Pasok Momogun Kebangsaan Borneo Utara
yang dipimpin oleh G.S. Sundang telah ditubuhkan untuk
memperjuangkan kemerdekaan Sabah.
Hanya Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (United Sabah
National Organization – USNO) yang dipimpin oleh Tun Mustapha Datu
Harun sahaja yang menyokong idea penubuhan ini.
Kemudian, menjelang tahun 1962 dan 1963, sebahagian daripada
besar penduduknya mula berubah fikiran setelah menerima
penerangan mengenai pembentukan Malaysia.
03 Laporan Kajian
Reaksi Penduduk di negeri Sarawak pula, parti negeri Sarawak
Penduduk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak
Tempatan dan (Sarawak National Party – SNAP) jelas menentang cadangan tentang
Negara Jiran penggabungan ini. SUPP ditubuhkan pada 12 Jun 1959 dan telah
dipimpin oleh Ong Kee Hui. Manakala SNAP diketuai oleh Stephen
0:00 3:15 Kalong Ningkan. Hanya Barisan Rakyat Jati Sarawak sahaja yang
menyokong cadangan tersebut.
Selain itu, penduduk di negeri Brunei pula secara peribadinya
Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan
Malaysia. Rakyat Brunei juga pada mulanya berminat untuk menyertai
gabungan ini tetapi mereka berpendapat bahawa mereka akan
menyertai gabungan ini selepas mencapai kemerdekaan terlebih
dahulu. Namun, Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M Azahari
telah menentang cadangan tersebut kerana beliau lebih berminat
untuk menggabungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan Utara
ke dalam satu kesatuan.
Ini kerana A.M. Azahari berpendapat bahawa pembentukan
Malaysia merupakan satu cara kerajaan British untuk mengekalkan
pengaruhnya supaya mereka dapat menguasai ekonomi dan dapat
menjamin keselamatan.
04 Laporan Kajian
Langkah Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan pembentukan Malaysia mencapai
Pembentukan kejayaan.
Malaysia 1) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyatakan gagasan pembentukan
Malaysia. Idea disampaikan semasa beliau berucap dalam Majlis Persatuan
0:00 3:15 Wartawan Luar Asia Tenggara di Singapura pada 27 Mei 1961. Menggabungkan 5
buah jajahan iaitu Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan
Brunei. Usaha-usaha untuk menyebarkan idea pembentukan Malaysia dipergiat.
2) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan bagi
memberikan penerangan tentang pembentukan Malaysia. Jawatankuasa ini telah
mencapai persetujuan untuk menyokong pembentukan Malaysia.
3) Kerajaan Persckutuan Tanah Melayu dan British telah bersetuju menubuhkan
sebuah suruhanjaya untuk menilai reaksi penduduk negeri-negeri yang terlibat.
Ahli suruhanjaya tersebut terdiri daripada Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir
David Watherston, Tan Sri Pong Pow Nee dan Tun Muhammad Ghazali bin Shafie.
Suruhanjaya ini juga dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold.
04 Laporan Kajian
Langkah 4) Referendum diadakan di Singapura. la bertujuan untuk meninjau pendapat
Pembentukan penduduk Singapura bagi mendapat kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung
penubuhan Malaysia. Selepas referendum selesai, laporan menunjukkan 71%
Malaysia penduduk Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia.
5) Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah menerima cadangan
Laporan Suruhanjaya Cobbold. Hasilnya, persetujuan dicapai untuk menubuhkan
Malaysia. Perjanjian Malaysia telah ditandatangani oleh wakil kerajaan British,
Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Borneo Utara dan Singapura di London pada 9
Julai 1983.
6) Pembentukan Malaysia mendapat tentangan daripada Indonesia dan
Filipina. Oleh itu, Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju mencari penyelesaian
dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersekutu (PBB) yang diketuai oleh
Lawrence Michaelmore. Wakil PBB telah datang untuk meninjau pandangan penduduk
Sarawak dan Bomeo Utara (Sabah) terhadap pembentukan Malaysia.
7) Pada 16 September 1963, Malaysia telah diisytiharkan. Pengisytiharan
Malaysia dijalankan serentak di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
0:00 3:15
Laporan Kajian
05 Perjanjian Julai 1963 atau dikenali sebagai Perjanjian Malaysia dan
Malaysia Agreement (MA63). Terdapat beberapa inti pati yang terdapat dalam
Kandungan Perjanjian Perjanjian Malaysia.
Julai 1963 dan
Peristiwa 1) Tarikh pembentukan Malaysia adalah pada tahun 31 Ogos 1963.
2) Sabah, Sarawak dan Singapura akan menjadi ahli dalam Persekutuan
Pengisytiharan Malaysia
Malaysia yang diikuti oleh Persekutuan Tanah Melayu.
0:00 3:15 3) Kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura akan diiktiraf oleh kerajaan
British di dalam Malaysia.
4) Memberikan kelebihan kepada Sarawak dan Sabah untuk menubuhkan
cabinet negeri.
5) Membahagikan tempoh masa peralihan. Contohnya, dalam bidang
pentadbiran awam dan Pendidikan kepada Sabah dan Sarawak.
6) Kerusi parlimen diberikan kepada Singapura sebanyak 15 kerusi
,Sarawak sebanyak 24 kerusi dan Sabah sebanyak 16 kerusi.
7) Penduduk bumiputera di Sabah dan Sarawak akan mendapat
pengiktirafan yang sama seperti orang Melayu dalam Perlembagaan
Persekutuan.
Perjanjian Malaysia
(Perjanjian Julai 1963)
Cabaran dan Langkah Soalan KBAT
menjamin kedaulatan
dan bangsa Malaysia? Cabaran yang dihadapi untuk menjamin kedaulatan dan
bangsa Malaysia
0:00 3:15
- Menularkan berita yang menggugat kedaulatan negara
- Ancaman anasir luar yang cemburu dengan keharmonian negara
Malaysia
- Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan
luar negara
- Taraf ekonomi dan sosial tidak seimbang dalam Kalangan rakyat
- Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara
- Generasi muda yang kurang semangat patriotisme terhadap negara
Cabaran dan Langkah Soalan KBAT
menjamin kedaulatan
dan bangsa Malaysia? Langkah Menjamin Kedaulatan dan Bangsa Malaysia
0:00 3:15 1) Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat
dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus
membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar
sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia.
2) Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta
menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan
negara. Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa
negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
3) Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa
mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak
mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum
lain.
Cabaran dan Langkah Soalan KBAT
menjamin kedaulatan
dan bangsa Malaysia? Langkah Menjamin Kedaulatan dan Bangsa Malaysia
0:00 3:15 4) Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti
gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum
serta mengeratkan hubungan silaturahim. Peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk
kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan
berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah.
Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan
reputasi negara.
5) Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi
negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam
mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan
pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran
atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan
negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat
Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi
dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.
Cabaran dan Langkah Soalan KBAT
menjamin kedaulatan
dan bangsa Malaysia? Kesimpulan
0:00 3:15 Kita haruslah bekerjasama untuk
menghadapi apa jua cabaran dalam negara dan
sentiasa memastikan wujudnya perpaduan di
kalangan rakyat. Perpaduan adalah amat
penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh
itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan
kedaulatan dan bangsa Malaysia supaya
perpaduan di negara kita terjamin.
Rumusan
Perjalanan sejarah ini telah membuktikan bahawa negara kita pernah diceroboh oleh kuasa asing dan masyarakat melayu
dan masyarakat peribumi telah mengusahakan pelbagai cara bagi mengembalikan kedaulatan dengan mengorbankan jiwa
dan raga mereka. Perjuangan ini disusuli oleh kaum-kaum lain yang berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang
merdeka.
Daripada tajuk ini, saya telah menambahkan ilmu pengetahuan saya tentang latar belakang pembentukan Malaysia pada
tahun 16 September 1963 dan dapat mengetahui faktor-faktor pembentukan Malaysia dari segala konflik. Nilai-nilai yang
saya dapati mengenai tajuk ini adalah kita perlu bersatu padu dan bertolak ansur sesama sendiri bagi mencapai
kesejahteraan negara.
Selain itu, kita perlulah percaya kepada negara sendiri dengan menyokong negara sendiri tanpa membuat sebarang
konflik bagi mengekalkan kedamaian dan perpaduan. Iktibar untuk diri, bangsa dan negara ialah, kita perlulah berusaha
bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa dan menggunakan kebijaksanaan supaya segala masalah akan dapat diatasi
dengan segera.
Di samping itu, iktibar yang saya dapati ialah semangat perpaduan dapat menjayakan sesuatu rancangan.Akhir sekali,
harapan saya adalah supaya negara Malaysia dapat dan mampu bersaing dengan negara- negara yang lebih maju dari segi
ekonomi dan politik serta mampu mencorakkan aspek sosial dalam bentuk negara kita tersendiri.
Sumber Rujukan
Kaedah Melayari Internet
1) https://www.astroawani.com/berita-malaysia/reaksi-pemimpin-sempena-pembentukan-malaysia-1963-22241
2) http://mediawangsamaju.blogspot.com/2010/07/bersediakah-orang-melayu-melepaskan-hak.html
3) https://www.cikguaime.com/2021/09/contoh-kerja-kursus-sejarah-terbaik.html
4) https://online.anyflip.com/toxhx/obbx/mobile/
5) http://kamimgsstudents.blogspot.com/2015/03/pembentukan-malaysia.html
6) http://kamianakmalaysial992.blogspot.com/2013/09/faktor-pembentukan-malaysia-1963.html
7) http://pencintasejarahmalaysia.blogspot.com/2018/08/pembentukan-malaysia.html
8) https://www.slideshare.net/IzzulianiYassim/sejarah-proses-pembentukan-malaysia
9) https://www.slideshare.net/vuvaranisubramaniam/pembentukan-malaysia-dan-cabaran-sebuah-kerajaan-merdeka
Sumber Rujukan
Kaedah Audio Visual
1) https://www.youtube.com/watch?v=jNTvJj1JiBc&ab_channel=NORSIAHRAMLI
2) https://www.youtube.com/watch?v=7pTK8SXhF-w&ab_channel=MissZ
3) https://www.youtube.com/watch?v=LgTlhIugLYw&ab_channel=GiGiEMASEnt.
4) https://www.youtube.com/watch?v=SHY-jPrnZdE&ab_channel=CHEQGHUCHANNEL
Sumber Rujukan
Kaedah Penyelidikan Buku
Muhammad Arbaaz Danial, 2001, Pembentukan Malaysia 16 September 1963. Kolej Vokasional Bachok.
Dr Mohd bin Samsudin, 2020, Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 KSSM. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.
Lotfi Ismail, 1975, Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Utusan Publication & Distributors
Ibrahim Mahmood, 1981, Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Pustaka Antara
Zainal Abidin b.Abd Wahid 1971. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Utusan Publication & Distributors
Dengan ini saya Perakuan Pelajar
mengesahkan bahawa
kajian kes ini merupakan Tandatangan Murid
hasil karya asli yang telah
dipertanggungjawabkan Elisha Voon Wubin
kepada saya untuk Tandatangan Guru
memenuhi standard
pembelajaran Tingkatan Puan Rozana binti Rashidi
Empat KSSM.
0:00 3:15
Kajian Kes Sejarah
NamNaaGmuTariu:nE:gClkiiskahtgaaunVR:o5oozAnalWnfaauRbainshidi