SUKOM 98 pengenalan pembukaan penutupan Acara yang mengutip pingat Tasnim Bilah Izzah 4Ikhlas
PENGENALAN Temasya Sukan Komanwel ( Bahasa Inggeris: Commonwealth Games, disingkatkan sebagai SUKOM) yang mula diperkenalkan sejak tahun 1930 adalah merupakan temasya terpenting selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia yang diadakan setiap 4 tahun sekali (kecuali tahun 1942 dan 1946 yang dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua). Temasya ini dianjurkan oleh Persekutuan Sukuan Komanwel (CGF). Dahulunya, Sukan Komanwel dikenali sebagai Sukan Empayar British dari tahun 1954 hingga 1950 . Sukan komanwel dan Empayar British dari tahun 1954 hingga tahun 1966 dan Sukan Komanwel British dari tahun 1970 hingga 1974. Temasya ini disertai kesemua negara-negara bekas jajahan British yang terdiri dari 5 buah benua termasuk Eropah, Afrika, Asia, Amerika Utara dan Selatan serta Oceana.Malaysia mula mengambil bahagian sejak tahun 1950 melalui nama Malaya ketika itu di mana kejohanan tersebut dikenali dengan nama British Empire Games. Bendera persekutuan Sukan Komanwel yang terkini:
NEGARA-NEGARA YANG MENYERTAI SUKAN KOMANWEL: Afrika Selatan , Anguilla , Antigua , Australasia , Australia, Bahamas, Bangladesh ,Barbados , Belize, Bermuda, Borneo Utara1 , Botswana , Brunei , CameroonCyprus , Dominika , Dominion Ceylon,Dominion Newfoundland, England, Eswatin, Fiji , Gambia, Ghana, Gibraltar, Gold Coast (Koloni British), Grenada, Guernsey, Guiana British5, Guyana, Honduras British6 , Hong Kong7, India, Ireland8 , Ireland Utara, Isle of Man, Jamaica, Jersey, Kanada ,Kenya , Kepulauan Cayman, Kepulauan Cook, Kepulauan Falkland, Kepulauan Solomon, Kepulauan Turks dan Caicos , Kepulauan Virgin British, Kiribati, Lesotho, Malawi, Malaysia, Maldives , Malta , Mauritius ,Montserrat , Mozambique, Namibia ,Nauru , Republik Ireland Negara Bebas Ireland, New Zealand , Nigeria, Niue , Pakistan ,Papua New Guinea , Persekutuan Arab Selatan, Persekutuan Rhodesia dan Nyasalan, Pulau Norfolk , Rhodesia, Rhodesia Selatan Rhodesia Utara, Rwanda , Saint Christopher-Nevis-Anguilla , Saint Helena , Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia , Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine , Samoa ,Samoa Samoa Barat, Sarawak, Scotland, Seychelles , Sierra Leone , Singapura, Sri Lanka , Tanah Jajahan Aden, Tanah Melayu, Tanganyika ,Tanzania , Tonga , Trinidad dan Tobago, Tuvalu, Uganda, United Kingdom, Vanuatu, Wales, Zambia, Zimbabwe
Pada tahun ini genap 25 tahun Malaysia Berjaya menganjurkan sukan berberprestij seperti temasya Sukan Komanwel buat julung kalinya. Ketika negara berada dalam dalam kegawatan ekonomi, kita masih mampu menjayakan temasya ini yang diadakan empat tahun sekali ini. Malaysia berjaya menjadi wakil negara komanwel yang pertama di Asia Tenggara memenangi undian sebagai tuan rumah dengan Kuala Lumpur dijadikan sebafai bandar untuk temasya ini. Kuala Lumpur Berjaya mengatasi bandar Adelaide, Australia dengan keputusan 40 berbalas 27 undian. Hanya enam negara yang menyertai setiap Sukan Komanwel yang diadakan: Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales. Slogan “Bersama-sama Gemilangkannya( Together we’ll glorify this moment)” . Acara dipertandingkan sebanyak 214 dalam 15jenis sukan yang disertai 3638 atlet untuk 69 buah negara komanwel yang bertanding. Temasya 10 hari tersebut bermula pada 11 September- 21September 1998 dan Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur sebagai tempat utama dalam penganjuran ketika itu.
Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambnag bendera Union Jack. Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpuri ialah Wira, seekor Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.
PEMBUKAAN Kemeriahan perasmian yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada ketika itu dengan acara larian obor dilakukan oleh atlet angkat berat era 1950, Koh Eng Tong menjadi orang terakhir dalam upacara menyalakan obor. Ratu Elizabeth ll menyerahkan boton. Pada 9 Mac 1998 bersempena dengan dengan Hari Komanwel di istana Buckingham, London. Baton tersebut dibawa merentasi negara-negara dalam enam benua dan tiba di Malaysia pada 7 Julai 1998 di Tawau , Sabah. Seterusnya, perasmian berjaya disempurnakan oleh Yang Dipertuan Agong ketika itu, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Baton peringkat Malaysia berbentuk ‘Gobek’ iaitu sejenis alat untuk menumbuk buah pinang yang banyak terdapat di rumah perkampungan tradisional Melayu. Bunga raya menghiasi ini. Gimsemua dipersembahkan oleh kanak-kanak seramai 250 orang untuk akrobatik. Tarian moden dan tradisional daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Convent 1 Bukit Nanas, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas. Tarian mengunakan selendang, kipas, gelung rotan, pom-pom dan lain-lain. 33penerjun dari paras 40000kaki membawa bendera Malaysia, Kanada, England, Persekutuan Sukan Komanwel, Kuala Lumpur dan bendera Kuala Lumpur 98. Gong gergasi dipalu.
Saling tak tumpah idea penghasilannya menggunakan ribuan manusia dan sepanduk untuk meghasilkan tulisan kreatif. Walau teknologi belum berada di tahap yang baik, namun idea penghasilan itu cukup mengagumkan! Kumpulan sukarelawan itu dikenali sebagai Soka Gakkai yang dibarisi seramai 5,040 dengan hanya menggunakan kad flip yang berwarna warni yang menggambarkan imej sukan, bendera negara komanwel yang terlibat serta menyampaikan mesej sukan pertama dalam 68 tahun penganjuran temasya ini dan sebanyak 258 reka bentuk yang menarik ditonjolkan. Artis yang terlibat dalam konsert perasmian antaranya ialah Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain, Ning Baizura, Siti Nurhaliza, Nur Zila Mat Amin, Sheila Majid dan pelawak yang sedang meningkat naik ketika itu, Harith Iskandar. Selain itu, upacara bermula dengan ketibaan orang kenamaan antaranya Pengerusi Persekutuan Sukan Komanwel, Encik Michael Fennel, Sultan Brunei, Putera Edward, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Mahathir Mohammad, Menteri Belia dan Sukan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan perarakan atlet dari 69 negara yang diketuai oleh maskot Wira dan maskot edisi komanwel yang sebelumnya.
LAIN-LAIN Perkampungan Atlet (Vista Komanwel) yang berkapasiti 6,000 orang yang terletak di sebelah Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil. Ia terdiri daripada 3 blok Menara yang mempunyai 30 tingkat dan 6 blok Menara yang mempunyai 19 tingkat yang terletak di lereng bukit dengan jumlah 1,300 buah bilik dan sebuah zon beli-belah antarabangsa. Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) pula dibina di Angkasapuri, Kuala Lumpur, manakala Hotel Mint (kini Hotel Nouvelle) berfungsi sebagai Pusat Akhbar Utama (MPC). Penyiar Negara Radio Televisyen Malaysia merupakan hos penyiar temasya Sukan Komanwel. Sepanjang temasya diadakan, lagu tema Sukan Komanwel 1998 berjudul Standing In The Eyes Of The World nyanyian ratu rock negara, Ella berkumandang sepanjang temasya tersebut. Lagu ciptaan Wah Idris itu Berjaya mencuri tumpuan global sekaligus menjadikan Malaysia ketika itu berada di mata dunia. Ternyata pemilihan penyanyi manja itu bersesuaian dengan suara Ella yang serak serak basah dan cukup syahdu tika dengarnya. Nyanyian Ella ini yang akan dikenang sebagai lagu tema sukan yang terbaik.
PENUTUPAN Pada 21 September tahun 1998, telah berlangsung upacara Majlis Penutupan Sukan Komanwel XVI bertempat di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ratu Elizabeth II telah berangkat untuk menyempurnakan upacara yang telah bermula pada 11 September 1998.
Malaysia Berjaya menjadi tuan rumah kepada penganjuran sukan berprestij tinggi. Malaysia merupakan tuan rumah negara Asia pertama yang mencatat Sukan Komanwel yang terakhir untuk abad ke-20.Temasya ini bukan sahaja telah Berjaya dianjurkan dengan cemerlang tetapi lebih membangakan ialah kejayaan para atlet negara mencipta sejarah dengan menduduki tempat keempat keseluruhan di antara 70 buah negara anggota Komanwel yang membarisi 3,638 atlet. Kontijen Malaysia telah Berjaya memperolehi 10 pingat emas, 14 perak, 12 gangsa yang berjumlah 36 kesemuanya dan ini telah menyamai keseluruhan pingat yang diperolehi sejak dari tahun 1950- 1994.
Badminton– 3 Emas Wong Choon Hann (acara perseorangan) Choong Tan Fook-Lee Wan Wah (acara pasangan beregu) (pasukan badminton lelaki) ACARA YANG MENGUTIP PINGAT EMAS
Menembak- 1 Emas Nurul Huda Bahrain Gimrama- 1 Emas • Sarina Sundara Rajah • Thye Chee Kiat • El Regina Tajudin • Carolyn Au-Yong. Jalan kaki- 1 Emas Saravanan
Bowling – 1 Emas Ben Heng, Kenny Ng (pasukan lelaki) Angkat berat- 1Emas Muhamad Hidayat (kanan) Bowling Padang- 1 Emas
ACARA TINJU- 1 Emas Masih ingatkan anda detik penuh emosi yang tidak dapat dilupakan apabila peninju negara, Sapok Biki memungut pingat emas selepas berjaya mengetepikan cabaran peninju Kenya, Moses Kinyua? Selepas diumumkan sebagai pemenang dengan kiraan mata 16-11, Sapok berlari ke seluruh gelanggang dengan menjulang gambar Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menitiskan airmata kegembiraan. Pastinya ia suatu kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan peminat sukan tanah air.
STANDING IN THE EYES OF THE WORLDS Pahit getir hidup dan pengorbanan Terpaksa dihadapi demi kejayaan Terdidik sejak mula tabah berusaha Tanpa cuba melangkah tak ke mana Di mana kau berada Pencapaian tak tiba dengan mudah Kini "standing in the eyes of the world" Hanyalah selangkah dari nyata Keazaman membara di jiwa Menanti saat bebas merdeka Tiba masa kau melangkah gagah Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya Engkau terunggul, wajar "standing in the eyes of the world" Harapan yang pernah terkulai layu Kembali segar mekar bawah bayanganmu Setiap manusia ingin berjaya Namun tak semua miliki tuah Engkau menghampirinya Kesempatan telah pun tiba Kini "standing in the eyes of the world" Hanyalah selangkah dari nyata Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes of the world Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes of the world Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes, standing in the eyes Standing in the eyes of the world x3 Keazaman membara di jiwa Menanti saat bebas merdeka Tiba masa kau melangkah gagah Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya Engkau terunggul, wajar "standing in the eyes of the world" Komposer: Wah Idris, David Gates (Amerika Syarikat) Penulis Lirik: Habsah Hassan