P R O S E D U R P E R C E R A I A N D I M A L A Y S I A M E N U R U T A K T A U N D A N G - U N D A N G K E L U A R G A I S L A M W I L A Y A H P E R S E K U T U A N FKIK 3013 DISEDIAKAN OLEH: KHAIRUN NISA BINTI JAYA
B I O D A T A D I R I Nama : Khairun Nisa Binti Jaya No. Kad Pengenalan : 011228-13-1212 Unit : Bimbingan dan Kaunseling 3 Ambilan : PISMP Jun 2020 No. Angka Giliran : 2020112350200
Perkahwinan adalah salah satu tuntutan agama yang meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-pasangan (Wan Ismail et al.,2018). Suami dan isteri masing-masing mempunyai peranan yang sewajarnya dalam menggalas dan melaksanakan tanggungjawab mereka (Darmawijaya & Hasanah, 2020). Walau bagaimanapun, apabila emosi tidak stabil, ia boleh membawa kepada konflik, seperti penceraian, kerana perbezaan dalam pemahaman tentang perkataan atau tindakan seseorang. Perceraian bermaksud bercerai antara suami dan isteri atau menamatkan perkahwinan dengan keputusan qadi atau pilihan suami. Dari segi bahasa, perceraian bermakna berpisah. Dalam perceraian, hanya suami yang mempunyai keupayaan untuk melafazkan talak, talak adalah hak suami. PENDAHULUAN
Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1984 (Akta 303) adalah suatu akta bagi mengkanunkan peruntukan-peruntukan tertentu undangundang keluarga Islam seperti perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain perkara dengan kehidupan keluarga. Dengan penggubalan AUKIWP 1984 ini dapat menyelesaikan kes-kes yang didaftarkan secara lebih teratur dan sempurna tanpa menyimpang dari Hukum Syarak (Achyar & Wan Mohd Husni, 2020).
Talaq bermaksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talaq atau seumpamanya oleh suami kepada isteri. Seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu iqrar yang mengandungi butir-butir mengenai perkahwinan yang diperlukan seperti nama, umur dan jantina anak-anak jika ada, sebabsebab hendak bercerai, langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian serta syarat perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak, peruntukan bagi pemeliharaan, penjagaan, pemeliharaan, penjagaan anak-anak dan pembahagian aset yang diperoleh melalui usaha bersama pihak-pihak itu dan butir-butir mengenai perintah yang diminta. 2.0 PROSEDUR PENCERAIAN MENURUT AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAHWILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 2.1 PROSES PERCERAIAN DENGAN TALAQ ATAU DENGAN PERINTAH
Selepas selesai permohonan untuk perceraian, Mahkamah hendaklah memberikan satu saman kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan dan akuan berkanun yang dibuat oleh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu. Jika pihak yang satu lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah. Mahkamah hendaklah merekodkan hal satu talaq itu, dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihakpihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Agama sebagai pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu. Pada melantik dua orang itu di bawah subseksyen (5), Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu. Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai itu tentang hal menjalankan perdamaian itu dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu.
Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati tentang cara ia menjalankan perdamaian itu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya. Jawatankuasa itu hendaklah berusaha mencapai perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah. Jawatankuasa itu hendaklah meminta pihak-pihak itu hadir dan hendaklah memberi tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.
Jika jawatankuasa pendamai itu tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain berhubungan dengan perkahwinan itu. Tiada seseorang peguambela dan peguamcara boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh sesiapa jua, selain dari seorang ahli keluarganya yang karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu. Jika jawatankuasa itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian itu.
Jika jawatankuasa mengemukakan kepada Mahkamah suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq, atau jika suami itu enggan melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen 48.
Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak yang satu lagi itu berada di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ianya tidak mungkin masuk ke dalam bidangkuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh atau di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luarbiasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (17), sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh 'iddah.
Kehendak subseksyen (5) tentang rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes di mana pemohon mengatakan bahawa dia telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak tahu di mana pihak yang satu lagi itu berada di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ianya tidak mungkin masuk ke dalam bidangkuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh atau di mana Mahkamah berpuas hati bahawa ada hal keadaan yang luarbiasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen (17), sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh 'iddah. Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atau pada masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa sehingga berakhir kehamilan itu
2.2 TIMBANGTARA OLEH HAKAM Jika Mahkamah berpuas hati bahawa perkelahian (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syara', dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing. Pada melantik Hakam di bawah subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudara-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu. Mahkamah boleh memberi arahan-arahan kepada Hakam tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahanarahan itu dan Hukum Syara'. Jika Hakam tidak dapat bersetuju, atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka menjalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik Hakam lain bagi menggantikan mereka.
Hakam hendaklah berusaha untuk mendapatkan kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah jika dibenarkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan. Jika Hakam berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan penceraian oleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan perceraian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merekodkan perintah itu dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
2.3 PERCERAIAN KHUL' ATAU CERAI TEBUS TALAQ Khuluk atau tebus talak ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi keperluan isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah meraka sepakati sebelum ini kepada suaminya (Abdullah, 2019). Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talaq dengan kerelaannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami melafazkan perceraian dengan cara penebusan, dan perceraian itu adalah ba-in-sughra atau tak boleh diruju'kan. Mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya dan menghantarkan satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
Jika jumlah bayaran tebus talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu, Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syara' dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihakpihak itu. Jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.
Terjemahan: Dan sempurnakanlah perjanjian(dengan Allah dandengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Surah al-Isra’ : 34) Cerai ta’liq juga bersandarkan kepada hadis antaranya sabda baginda SAW ialah: 2.4 PERCERAIAN DI BAWAH TA'LIQ ATAU JANJI Cerai ta’liq ialah cerai yang menunjukkan suruhan melakukan sesuatu atau tegahan melakukan sesuatu (Ab Latif, 2021). Lafaz cerai ta’liq lisan diibaratkan sebagai ikatan janji suami terhadap isterinya. Ia dapat dilihat sebagaimana firman Allah SWT:
Terjemahan: Telahdiriwayatkan kepada kamioleh Sulaiman binDaud al-Mahriy,telah diriwayatkan olehIbn Wahab, telahdiriwayatkan Sulaiman binBilal, telah diriwayatkanAhmad bin Abdul Wahid alDamsyiqiy, telah diriwayatkan Marwan, iaitu Ibn Muhammad – telahdiriwayatkan oleh Sulaimanbin Bilal atauAbdul Aziz binMuhammad – telah mngesyakisheikh – daripada Kathir binZaid, daripada al-Walidbin Rabah, daripadaAbu Hurairah, telahberkata bahawa Sulaimanbin Daud menambahRasulullah SAW telahbersabda: Orang-orang Islamtelah terikat dengansyaratnya. (No hadith:3594, Sunan AbuDaud bertaraf Hasan Sahih juga diriwayatkan oleh Tirmidhi no hadith: 1352) Mafhum hadith ini menunjukkan orang Islam terikat dengan janji yang wajib ditepati bahkan tidak boleh menarik balik kata-kata tersebut. Ia sangat berkaitrapat dengan lafaz cerai ta’liq kerana merangkumi syarat dalam sesuatu lafaz (Ab Latif & Saidon, 2021).
Seseorang perempuan yang bersuami boleh, jika berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta'liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku. Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syara', hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.
2.5 PERINTAH UNTUK MEMBUBARKAN PERKAHWINAN ATAU UNTUK FASAKH Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syara' adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasanalasan seperti tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun, bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan, bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih, bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun, bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk, bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit,
setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu, bahawa suami menganiayainya, iaitu, lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya, berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara' atau cuba memaksa isteri hidup secara lucah, atau melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara' bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya, bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah
sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau lain-lain hal keadaan yang diakui oleh Hukum Syara', bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin, apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syara'.
3.0 PENUTUP Tuntasnya, Perceraian melibatkan kerosakan hubungan silaturahim antara dua keluarga, anakanak, mahkamah dan masyarakat. Ia bukan sesuatu yang manis. Tetapi sangat pahit dan perit bagi mereka yang melaluinya. Nabi SAW dalam sebuah hadis bersabda: “Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.” Adalah jelas daripada ayat al-Quran dan hadis di atas bahawa perceraian adalah dibenarkan, tetapi ia adalah perkara yang paling dibenci Allah SWT (Nasution, 2018). Isteri yang memohon cerai tanpa sebab atau melakukan perkara yang menyebabkan suaminya menceraikannya tidak akan masuk syurga.
4.0 RUJUKAN Abdullah, J. (2019). Analisis Putusan Pengadilan Agama Terhadap Cerai Gugat dan Cerai Talak Menurut UU Nomor 1/1974 Tentang Perkawinan dan KHI. YUDISIA: Jurnal Pemikiran Hukum Dan Hukum Islam, 10(2), 183. Ab Latif, L., & Saidon, R. (2021). Kedudukan Lafaz Cerai Ta’liq Lisan Menurut Perspektif Fiqh dan Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 26(2), 267–279. Ab Latif, L. (2021). Konsep Lafaz Cerai Ta’liq: Suatu Kajian Perbandingan Menurut Perspektif Hadith Dan Mazhab Fiqh. International Conference And Muktamar On Prophetic Sunnah (ICMAS 2021), Icmas, 178–188.
Achyar, G., & Wan Mohd Husni, W. N. H. B. (2020). Status Penjatuhan Talak di Luar Mahkamah: Analisis terhadap Enakmen Keluarga Islam Perak 2004 dan Persepsi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gerik, Perak Malaysia. El-USRAH: Jurnal Hukum Keluarga, 2(1), 24. Darmawijaya, E., & Hasanah, F. (2020). Peran Suami Istri Terhadap Peningkatan Angka Perceraian di Mahkamah Syar’iyyah Blangkejeren. El-USRAH: Jurnal Hukum Keluarga, 3(1), 84. Nasution, M. A. (2018). Perceraian Menurut Kompilasi Hukum Islam (KHI) dan Fiqh. Jurnal ElQanuniy: Jurnal Ilmu-Ilmu Kesyariahan Dan Pranata Sosial, 4(2), 157–170.
Wan Ismail, W. A. F., Hashim, H., Abdul Shukor, S., & Harun, A. (2018). Faraq Perkahwinan bagi Pasangan Tak Sah Taraf di Negeri Sembilan (Judicial Separation of Illegal Marriage in Negeri Sembilan). International Journal of Islamic Thought (IJIT), 13, 124-134