The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fauzisyahmi2004, 2022-12-15 00:31:14

"Restoran Mamak" sebagai platform detik perpaduan rakyat Malaysia

maka menjadi warisan negara Malaysia

Keywords: mamak

EN AMIR FARIZ BIN CHE MAN

MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KAMI DARIPADA KUMPULAN SLAY INGIN MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA EN AMIR FARIZ BIN CHE MAN
KERANA TELAH MEMBERI PELUANG DAN MEMABANTU KAMI
UNTUK MENYIAPKAN E FOLIO BAGI KURSUS PENGHAYATAN

ETIKA DAN PERADABAN (MPU21032) PADA SESI TAHUN
2022 /2023 .TANPA BANTUAN TUAN , E FOLIO INI TIDAK
DAPAT DISIAPKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN SERTA
PROSES PENYIAPAN E FOLIO INI JUGA TIDAK BERJALAN

DENGAN LANCAR

Ahli Kumpulan

HARITH BIN ROMIE
01DDT22F1117

MUHAMMAD FAUZI SYAHMI
BIN ROSLI
01DDT22F1020

MUHAMMAD ARIF HAKIMI
BIN MOHD AZMI
01DDT22F1121

MUHAMAD FIRDAUS
BIN UMAR KARTHA
01DDT22F1123

Pengenalan

Sejarah Restauran 5
Mamak 8
Mamak Penyatuan
Rakyat

Mengapa Mamak 11
Digemari Rakyat
Jenis Makanan

Kesimpulan

Rujukan 14
Laporan Plagiarism

Jadual Pengagihan 16
Tugas 22
23
24
29

Sebut sahaja restaurant mamak ,
semestinya setiap masyarakat di Malaysia

mengenalinya tanpa mengira umur dan
jantina .Kedai mamak menjadi buah mulut
masyarakat kerana ianya satu satunya
restauran yang menyajikan makanan 24
jam daripada sarapan , makanan tengah
hari , makanan petang dan tidak dilupakan
makanan di waktu malam .Jika kita lihat di
ibu kota , pekerja kilang dan pejabat akan
menjamu selera sarapan di restaurant

mamak seperti roti canai dengan teh
tarik.Persoalannya bagaimanakan kedai
mamak boleh muncul di tanah air kita ?




Muhammad Fauzi Syahmi

Restauran mamak juga dikenali dengan mapley dan
panggilan mamak pula popular di Malaysia yang

merujuk kepada orang india yang beragama islam
perkataan tersebut berasal daripada istilah bahasa

Tamil untuk bapa saudara sebelah ibu atau lebih
tepat iaitu maa-ma yang digelar oleh kanak kanak
kepada penjaga kedai .Sinonim bagi rakyat Malaysia
yang akan memanggil pak cik kepada orang yang

lebih tua sebagai tanda hormat kita kepada
mereka .Hal ini juga bersangkut paut dengan
leluhur mereka yang berhijrah dari India Selatan Ke
Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di
Lembah Bujang ,Kedah .Oleh itu mereka dianggap

sebagai sebahagian masyarakat India
Malaysia.Lantaran itu , Restauran mamak pada
awalnya di buka di bahu bahu jalan tetapi dalam
meniti arus permodenan , restaurant mamak mula
memiliki cawangan yang sama di serata negara

kita .ada juga restaurant mamak yang telah
melepasi pasaran dunia seperti restaurant mamak

Malaysia di New York yang dimiliki oleh Nani
Rahayu Yusof Hughie .

Muhammad Fauzi Syahmi

Restauran mamak Malaysia ini telah mendapat
penarafan satu bintang oleh Michelin Guide sebagai

hidangan menyelerakan dan menarik bagi buku
panduan antarabangsa .Oleh itu Restauran mamak

sudah sebati dengan kehidupan Masyarakat
terutamanya di Kawasan bandar raya sebagai
salah satu tempat lepak yang telah ditanam dalam
setiap peringkat masyarakat .Restauran Mamak
menjadi lambing kemegahan bagi setiap jiwa di tahan

Malaysia yang maju ini .



Muhammad Fauzi Syahmi

SEJARAH RESTORAN MAMAK

Restoran Mamak atau “Mapley” bukanlah
sesuatu yang asing lagi bagi rakyat di

Malaysia sebagai tempat untuk bersantai
dan menjamu selera. Makan di Restoran
Mamak juga telah menjadi sebahagian

daripada gaya hidup seluruh rakyat
Malaysia tidak mengira bangsa Melayu , Cina
mahupun India. Tambahan pula , kewujudan
Restoran Mamak di merata-rata tempat dan

mudah dijumpai seperti cendawan tumbuh
selepas hujan.



HARITH BIN ROMIE

Seterusnya , Restoran Mamak telah bertapak di
Malaysia sejak bertahun lamanya. Menurut sejarah

, kewujudan Restoran Mamak ini bermula sejak
kedatangan komuniti India Muslim di sekitar tahun

1786 di kawasan Kuala Kedah dan Georgetown.
Kawasan tersebut menjadi tumpuan warga India
Muslim untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan
urusan jual beli. Selain itu , komuniti India Muslim
ini dikatakan telah masuk ke Pulau Pinang lebih
awal daripada kedatangan British iaitu seawal

kurun ke 18. Tidak hairanlah Restoran Mamak
mendapat tempat di hati penduduk di Tanah
Melayu sebagai tempat menjamu selera. Tambahan
pula , makanan-makanan yang dihidangkan
menepati citarasa rakyat Malaysia. Sebagai contoh
, roti canai , mee goreng ,nasi kandar dan teh tarik.

HARITH BIN ROMIE

Sebenarnya , perkataan “Mamak” ini berasal
daripada perkataan dari bahasa Tamil iaitu
“Maa-ma” yang merujuk kepada panggilan
orang muda kepada orang yang lebih tua atau
lebih tepat “Pakcik”. Akan tetapi , berlainan
pula dengan fahaman penduduk di Malaysia
yang menganggap dan memahami bahawa
“Mamak” bermaksud kedai India Muslim. Hal ini
kerana , orang Islam di Malaysia sangat teliti
dalam memilih makanan halal . Golongan India
Muslim menyediakan makanan yang halal
manakala sesetengah golongan berbangsa India

menyediakan makanan yang tidak halal.



Kesimpulannya , Restoran Mamak telah
menjadi pilihan penduduk di negara kita sejak
dulu kala kerana Restoran Mamak menyediakan
pelbagai makanan yang mampu menarik selera
rakyat Malaysia serta harganya yang murah.




HARITH BIN ROMIE

Mamak Penyatuan Rakyat

Sejak mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
Malaysia yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah
Melayu menghadapi cabaran dan rintangan yang
hebat dalam mencapai keamanan sehingga sudah

tiada lagi peperangan . Hasil usaha pemimpin
terdahulu yang diwakili setiap kaum dan bangsa di
tanah air ini telah berjaya memberikan kebebasan

daripada penjajahan. Tetapi keharmonian yang
dinikmati moyang kita dahulu semakin hari
semakin tidak kukuh lagi . Jurang perbezaan
ekonomi dan pendidikan dalam negara antara

faktor yang menyumbang kepada isu ini selain
gerakan politik negara yang terlalu berteraskan
kaum . Walaupun rambut kita sama hitam tetapi
hati setiap manusia berlainan. Justeru, meraikan
perbezaan dan sikap toleransi hendaklah dipupuk
dalam setiap jiwa rakyat jika ingin melihat negara
kita maju dan menjadi negara yang matang dari
sudut etika serta permikiran . Mari kita bincangkan
, apakah kepentingan kedai mamak yang dapat

menyatupadukan rakyat malaysia ?

Muhammad Firdaus

Antara kepentingan kedai mamak ialah dapat
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
di negara ini. Kedai mamak kini telah menjadi
tempat utama dalam menyatupadukan
masyarakat malaysia dengan menarik perhatian
masyarakat pelbagai kaum dan bangsa untuk
meluangkan masanya mengunjungi gerak
mamak supaya dapat berkumpul bersama-sama
dan saling berbual tentang isu semasa. Oleh itu,
masyarakat malaysia dapat mengeratkan
hubungan antara satu sama lain dengan
pelbagai kaum. Ini telah menyebabkan ramai
masyarakat bersetuju bahawa kedai mamak
dapat menyatupadukan rakyat berbilang
bangsa di Malaysia.

Muhammad Firdaus

Terdapat pelbagai sebab mengapakah
masyarakat Malaysia memilih kedai mamak
sebagai kegemaran meraka. Antara faktor utama
yang menjadi kedai mamak digemaari ialah
makanan. Kepelbagaian makanan yang
disediakan di kedai mamak menjadi faktor
utama untuk menarik minat masyarakat untuk
makan di kedai mamak. Selain itu, terfapat
pelbagai kemudahan asas yang disediakan di
kedai mamak. Kebanyakkan kedai mamak akan
beroperasi selama 24 jam tetapi restoran-
restoran yang lain hanya beroperasi selama 12
jam sehari. Ini merupakan salah satu faktor
yang menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Tambahan pula, graf menunjukkan bahawa
majoriti kaum yang meluangkan masa di
kedai mamak ialah kaum Melayu. Ini kerana
kebanyakkan remaja Melayu yang sedang
belajar, bekerja atau yang tidak melakukan
apa-apa pekerjaan juga akan mengunjungi
kedai mamak setiap hari walaupun mereka
mempunyai pelbagai kerja atau komitmen.
Selain itu, kaum Melayu juga suka berborak
dengan rakan-rakan mereka tentang isu-isu
terkini yang mengakibatkan negara kita iaitu
Malaysia. Ia diikuti pula dengan kaum India
dan kaum Cina yang gemar makan di gerai
mamak.
Kesimpulannya, kedai mamak sebenarnya
mendatangkan kebaikan dalam perpaduan
kita sebagai satu Malaysia. Daripada
keseluruhan kajian dari segi aspek
pemerhatian, temu bual dan soal selidik,
boleh dikatakan bahawa kedai mamak dapat
manyatukan masyarakat Malaysia pelbagai
kaum dan bangsa.

Muhammad Firdaus

Restoran mamak kini telah menjadi trend
kepada masyarakat di Malaysia terutamanya
dalam kalangan remaja . Kewjudan restoran
mamak ini tanpa sedar telah menjadi faktor
yang menggalakkan pembentukan budaya
masyarakat yang harmoni. Ia kerana
restoran mamak ini dapat menyatukan
berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur.
Antara faktor mengapa restoran mamak
digemari oleh masayarakat ialah kebanyakan
restoran mamak di Malaysia beroperasi 24
jam sehari. Hal ini dapat memudahkan
pelanggan untuk menikmati makanan dan
minuman pada bila-bila masa. Kewujudan
restoran mamak 24 jam ini juga sekaligus
dapat memudahkan pelanggan untuk
melepak, menonton perlawananan bola
sepak dan berjumpa atau membuat
perbincangan bersama kawan-kawan.

Arif Hakimi

Selain itu, harga makanan dan minumannya yang
murah dan pelbagai juga menjadi faktor utama
restoran mamak digemari ramai. Isu ini dapat
dibuktikan dengan melihat perbandingan harga
makanan di restoran mamak yang jauh lebih
murah berbanding warung yang lain. Hal ini juga
dapat membantu remaja yang masih belajar
kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan
harian mereka.
Akhir sekali, keberadaan wifi yang disediakan
oleh restoran mamak juga menjadi salah satu
faktor masyarakat di Malaysia memilih restoran
mamak sebagai restoran pilihan. Ianya dapat
membantu pelanggan untuk membuat kerja yang
menggunakan internet sambil mengisi perut yang
lapar dan memudahkan pelanggan-pelanggan
remaja yang bermain permainan video atas talian
dengan menggunakan wifi yang disediakan.
Kesimpulannya, restoran mamak telah
menyatupadukan masyarakat dengan aman dan
harmoni. Hal ini dapat mengeratkan hubungan
antara masyarakat setempat.

Arif Hakimi

Restauran mamak merupakan salah satu
restaurant yang beroperasi 24 jam selain
daripada Restauran makanan segera seperti
KFC. Oleh itu , pelbagai juadah makanan yang
ditawarkan oleh restaurant tersebut kepada
pelanggan yang berkunjung mengikut waktu
pelanggan itu datang .Jika bertanya kepada
pelanggan yang datang mengapa memilih
untuk menjamu selera di Restauran mamak ,
nescaya kebanyakan mereka akan menjawab
kerana makanan yang dijamu mempunyai
kuantiti yang banyak dengan harga jauh lebih
murah .Oleh itu , berikut makanan yang akan
dipilih oleh pelanggan mengikut waktu :

Muhd Fauzi Syahmi

Kebanyakkan masyarakat akan sarapan di Restauran

mamak sebelum memulakan kerja di awal waktu
pagi.Kebanyakkan mereka merupakan masyarakat
yang telah berkahwin oleh itu setelah mereka
menghantar anak mereka ke sekolah mereka akan
singgah di restaurant mamak sementara menunggu
waktu masuk waktu berkerja .
Jadi anatara makanan yang popular di restauran
mamak pada waktu pagi ialah terdiri daripada roti
canai .Roti canai merupakan makanan wajib yang
tidak pernah ditinggalkan sejak nenek moyang kita
lagi .Roti canai merupakan makanan yang diperbuat
daripada tepung gandum , mentega , susu pekat , dan
air.Perkara ini juga tidak dinafikan lagi , makanan di
asia tenggara pada waktu pagi ialah karbohidrat
yang tinggi .Itulah keunikan negara asia jika hendak
dibandingkan dengan negara Eropah.Selain daripada
roti canai , terdapat juga makanan yang lain sering
menjadi pilihan masyarakat ketika sarapan seperti

Muhd Fauzi Syahmi

Muhd Fauzi Syahmi

Pada waktu tengah hari pula Restauran Mamak
akan ramai menyerang kerana makanan pada
tengah hari sangat popular sehinggakan pelancong
luar juga tidak ketinggalan untuk mencubanya
.Makanan yang menjadi buah mulut masyarakat
ialah nasi vanggey .Mengapa nasi kandar sangat
popular untuk di jamu selera pada tengah hari
kerana ayam yang dimasak dengan ratusan
rempah ratus serta kuah kari yang berbagai di
tuang secara banyak di atas nasi
pelanggan.Manakala nasi yang dihidangkan
kepada pelanggan lebih banyak berbanding
dengan kedai makan yang lain .

Muhd Fauzi Syahmi

Muhd Fauzi Syahmi

Arif Hakimi

Kesimpulan

Kesipulannya Restauran mamak
mempunyai auranya tersendiri yang
membolehkan berbilang kaum
berkumpul untuk meluangkan masa
mereka dan menikmati budaya di
negara yang tercinta ini .Restauran
mamak juga telah mencapai
kemajuan di luar jangkaan kita
.Kini Restauran Mamak telah
mempunyai banyak cawangan di
negara malah di luar negara .Ini
juga dapat membuktikan rakyat
Malaysia berbeza dengan negara
jiran kita kerana kita dapat tinggal
dalam komuniti yang berbeza

Harith Bin Romie

Rujukan

https://www.mstar.com.my/lai
n-
lain/rencana/2014/02/02/restor
an-mamak-malaysia-di-new-
york-terima-pengiktirafan-
antarabangsa

https://ms.wikipedia.org/wiki/G
erai_mamak#:~:text=Gerai%20m
amak%20sudah%20sebati%20de
ngan,dalam%20semua%20perin
gkat%20masyarakat%20Malays
ia.

https://iluminasi.com/bm/sejar
ah-kewujudan-kedai-mamak-
sehingga-menjadi-gaya-hidup-
rakyat-malaysia.html

Laporan Plagiarism









Jadual Pengagihan Tugas




Click to View FlipBook Version