The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

04_FAZLIN SHAFINAS BINTI JAMALUDIN_BMI_T1BMMB3283

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazlinshafinas2909, 2024-02-25 12:20:52

PUTERI BUNGA EMAS.pdf (A5

04_FAZLIN SHAFINAS BINTI JAMALUDIN_BMI_T1BMMB3283

BIODATA PENULIS 030929-02-0930 2021232340485 BAHASA MELAYU I FAZLIN SHAFINAS BINTI JAMALUDIN PUAN MASNI BINTI JAMIN NAMA NO. KAD PENGENALAN NO. ANGKA GILIRAN NAMA KELAS NAMA PENSYARAH


PUTERI BUNGA EMAS


Pada suatu ketika dahulu terdapat sebuah negeri yang bernama KIM CHUN HEI Harum Cendana. Negeri Harum Cendana dikelilingi dengan tumbuhan hijau.Negeri Harum Cendana kaya dengan hasil alam semula jadi dan di perintah oleh seorang raja yang adil dan bijaksana. Raja dan permaisuri mempunyai anak perempuan yang dikenali sebagai Puteri Sulong. Puteri Sulong mempunyai wajah yang cantik dan baik hati. 1


Puteri Sulong bukan sahaja mempunyai wajah yang cantik. Baginda juga selalu membantu rakyatnya yang kesusahan seperti menderma. Baginda mempunyai akal yang cerdas serta pandai dalam menulis puisi dan memiliki suara yang merdu. 2


Sewaktu bulan purnama,lahirlah seorang puteri kedua yang cantik dan mempunyai kuasa sakti dan diberi nama Puteri Bongsu. Suatu keajaiban telah berlaku sewaktu kelahiran Puteri Bongsu iaitu semua tumbuhan mengeluarkan bau yang wangi. Keajaiban ini telah menjadi kabar gembira untuk semua orang di negeri Harum Cendana. Puteri Sulong juga sangat gembira atas kelahiran Puteri Bongsu. 3


“Ampun Tuanku, Puteri Bongsu mempunyai kuasa sakti kerana telah dilahirkan sewaktu benih bunga emas dari kayangan turun kebumi,” kata Dukun Istana kepada Raja. “Perkara ini dapat memakmurkan lagi negeri Harum Cendana yang sudah sedia makmur ini,” tambah Dukun Istana. Dukun Istana berkata lagi, “Ampun Tuanku, walau bagaimanapun Puteri Bongsu mesti ditatang bagai minyak yang penuh kerana kemakmuran negeri ini bergantung kepada baginda.” 4


Kerana gembira dengan berita yang dikhabarkan oleh Dukun Istana, Raja pun bertitah, “berikan seuncang emas pada semua rakyat di Harum Cendana, khabarkan pada mereka ini hadiah daripada beta sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran Puteri Bongsu.” Dengan itu, semua orang di negeri Harum Cendana merasa bahagia dengan kelahiran Puteri Bongsu. 5


Namun terdapat pantang larang bahawa bunga daripada pohon bunga emas tidak boleh dihidu oleh Puteri Bongsu. Jika pantang larang tersebut dilanggar, Puteri Bongsu akan kehilangan kuasa saktinya dan boleh membahayakan nyawanya. Negeri Harum Cendana akan menjadi padang jarak dan padang terkukur (tanah kering dan tidak subur). 6


Setelah meningkat dewasa, Puteri Bongsu telah menjadi puteri yang sangat cantik di negeri Harum Cendana. Puteri Bongsu di katakan lebih cantik berbanding Puteri Sulong. Puteri Bongsu juga mempunyai hati yang baik seperti kakaknya iaitu Puteri Sulong. 7


Kuasa sakti Puteri Bongsu semakin terserlah ketika meningkat Dewasa. Baginda dapat menyuburkan tumbuhan yang layu dengan menyentuh tumbuhan tersebut. Puteri Bongsu sangat disayangi oleh Raja dan Permaisuri serta semua orang di negeri Harum Cendana. Raja dan Permaisuri juga lebih mengutamakan Puteri Bongsu berbanding Puteri Sulong. Namun begitu, Puteri Sulong tidak pernah menyimpan dendam atau iri hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh Puteri Bongsu, malah baginda sentiasa menyayangi dan mengikuti semua kehendak Puteri Bongsu. 8


Pada suatu petang yang damai, Puteri Sulong menemani Puteri Bongsu bersiar-siar di taman. Sewaktu mereka berdua gembira memetik pelbagai bunga yang cantik di taman, Puteri Bongsu telah tertarik pada pohon bunga emas dan meminta Puteri Sulong untuk memetik bunga yang ada pada pohon itu. 9


“Kakandaku, andinda sangat tertarik dengan bunga emas yang ada pada pohon itu, bolehkah kekanda memetik satu kuntum bunga itu untuk adinda?” Minta Puteri Bongsu kepada Puteri Sulong. “Adindaku, Ayahnda telah melarang sesiapun untuk memetik bunga emas itu,” Kata Puteri Sulong kepada Puteri Bongsu. “Tapi adinda sangat ingin memilik bunga itu, kakanda tolonglah petik sekuntum bunga emas itu untuk adinda,” rayu Puteri Bongsu kepada Puteri Sulong. Puteri Sulong tidak mahu mengecewakan Puteri Bongsu. Oleh itu, Puteri Sulong memetik sekuntum bunga emas untuk Puteri Bongsu. Kerana terlalu gembira Puteri Bongsu meminta Puteri Sulong untuk memetik lebih banyak bunga emas dari pohon larangan itu. 10


Kegembiraan Puteri Bongsu dan Puteri Sulong setelah memetik bunga emas dari pohon emas tidak bertahan lama. Puteri Bongsu mengalami demam panas pada malam hari kelahirannya yang ke-16 tahun. Kuasa sakti Puteri Bongsu juga telah hilang. Semua orang di istana sangat risau akan nasib malang yang menimpa Puteri Bongsu. Tabib Istana juga telah bertungkus-lumus untuk menyembuhkan penyakit Puteri Bongsu namun gagal. 11


Setelah Puteri Bongsu jatuh sakit, tanaman dan tumbuh-tumbuhan di negeri Harum Cendana mulai layu. Negeri itu juga mula dilanda kemarau sehingga air sungai mulai kekeringan. Tanah juga semakin merekah kerana kekurangan air. Rakyat mulai dilanda kebuluran kerana kekurangan sumber makanan dan minuman. Walau bagaimanapun rakyat di negeri Harum Cendana sentiasa saling bantu-membantu antara satu sama. Negeri Harum Cendana yang dahulunya terkenal dengan kekayaan sumber alam semula jadi, kini telah menjadi padang jarak dan padang terkukur. 12


“Ampun Tuanku, penyakit yang dialami oleh Puteri Bongsu mungkin disebabkan baginda menghidu bunga emas dari pohon larangan itu,” kata Dukun Istana. “Tuanku, kuasa sakti Puteri Bongsu juga telah hilang, hasil tanaman penduduk kampung juga sudah mulai layu,” Kata Dukun Istana itu lagi. Berita yang disampaikan oleh Dukun Istana menimbulkan kekecewaan dan kerisauan pada hati Raja. “Ada baiknya jika Tuanku menyiasat mengapa Puteri Bongsu menghidu bunga emas itu,” Pesan Dukun Istana kepada raja. Raja pun memanggil Puteri Sulong untuk menyiasat tentang perkara tersebut. 12


Puteri Sulong datang menghadap Raja. “Wahai anakandaku, adakah engkau tahu mengapa adindamu, Puteri Bongsu memetik bunga emas dari pohon larangan itu?” tanya Raja kepada Puteri Sulong. Puteri Sulong menjawap pertanyaan Raja dengan wajah yang muram, “ampun Tuanku, anakandalah yang memetik bunga emas itu untuk Puteri Bongsu”. Setelah mendengar pengakuan Puteri Sulong, Raja menjadi murka lalu berkata, “Mengapa anakanda memetik bunga emas itu untuk Puteri Bongsu, bukankah sudah diingatkan bahawa tugasmu untuk sentiasa melindungi dan mendahulukan Puteri Bongsu. ”Anakanda tidak sanggup mengewakan Puteri Bongsu yang sangat menginginkan bunga emas itu”, kata Puteri Sulong sambil menangis teresak-esak. 13


Puteri Sulong telah dipenjara kerana telah memetik bunga emas itu untuk Puteri Bongsu. Semua orang di Harum Cendana membenci dan marah akan Puteri Sulong. Segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Puteri Sulong sebelum ini telah dilupakan begitu sahaja. Puteri Sulong juga dituduh sengaja memetik bunga emas itu untuk menjatuhkan Puteri Bongsu. Puteri Sulong sangat sedih dan kecewa kerana telah mengikuti kehendak Puteri Bongsu. 14


Semua rakyat di negeri Harum Cendana bersatu padu untuk memulihkan negara mereka. Mereka berusaha untuk berjimat-cermat. Mereka juga berkongsi makanan dengan orang lain. Rakyat juga berkerjasama mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit Puteri Bongsu. Terdapat beberapa orang rakyat telah merantau ke negeri lain untuk mencari penawar daripada tumbuh-tumbuhan tertentu. Namun, penyakit Puteri Bongsu semakin melarat dan tidak sembuh.Walaupun Harum Cendana sudah semakin mundur kerana musibah yang melanda, rakyat tidak pernah meninggalkan negeri itu kerana rasa sayang dan cinta akan negeri mereka. 15


Puteri Sulong diminta untuk menghadap Raja. “Ampun Tuanku, izinkan anakanda untuk memperbetulkan kesalahan yang telah anakanda lakukan,” kata Puteri Sulong kepada Raja. “Apa yang mampu anakanda lakukan, Puteri Bongsu telah jatuh sakit, negeri dan rakyat yang beta cintai telah mengalami kemiskinan, tidakkah anakanda merasa bersalah?” soal Raja kepada Puteri Sulong. “Sudah tentu anakanda merasa bersalah dan menyesal,” kata Puteri Sulong. “Ampun Tuanku, bebaskanlah anakanda untuk mencari penawar buat Puteri Bongsu, sekiranya anakanda tidak dapat menyembuhkan Puteri Bongsu sehingga bulan purnama yang berikutnya, buanglah anakanda dari negeri ini,” rayu Puteri Sulong kepada Raja. “Ayahanda perkenankan permintaanmu, namun jika engkau tidak dapat menyembuhkan Puteri Bongsu, engkau akan beta buang dari negeri ini,” kata sang Raja. 16


Dengan hati yang sedih, Puteri Sulong telah melangkah pergi dari Harum Cendana. Puteri Sulong telah merantau ke beberapa negeri asing untuk mencari penawar buat penyakit Puteri Bongsu. Walaupun ketakutan kerana merantau seoarang diri, Puteri Sulong memberanikan dirinya untuk meneruskan perjalanan. Dalam kesedihan Puteri Sulong berharap agar Puteri Bongsu sembuh dan negerinya kembali makmur seperti sediakala. 17


Setelah sebulan merantau, Puteri Sulong tidak menemui jalan penyelesaian. Baginda telah mencari pelbagai penawar daripada semua negeri yang dikunjunginya, namun tiada satu pun yang dapat mengubati penyakit adiknya. Puteri Bongsu juga membawa pulang beberapa orang tabib yang handal ke Harum Cendana untuk mengubati penyakit adiknya, namun tetap tidak berkesan. Tempoh untuk Puteri Sulong mencari penawar untuk Puteri Bongsu tinggal seminggu. 18


Ketika dalam perjalanan mencari penawar yang baru untuk Puteri Bongsu, Puteri Sulong telah singgah berehat di tepi sungai. Kerana merasa sedih, Puteri Sulong telah meratapi nasibnya dengan menyanyikan sebuah lagu. Aku sang puteri di negeri Harum Cendana, dibenci dan dihina kerana telah berdosa, Oh Tuhan bantu aku, sang puteri lemah dan hina, takut dibuang negeri, hidup tidak berguna, hingga hati gundah gulana. Aku Sang Puteri yang terluka di Harum Cendana, segala amalnya dilupakan begitu sahaja, dibenci ayahndanya dan juga rakyat jelata, merantaulah segera, Walau banyak ranjaunya, mencari penawar untuk adinda. Melodi : Lagu Puteri Lagenda Langkawi (Buku Teks Pendidikan Muzik Tahun 6) 19


Ketika terlalu asyik menyanyi, Puteri Sulong tidak menyedari bahawa baginda sedang diperhatikan oleh sesuatu. Tiba-tiba seekor rusa jantan bertanduk emas muncul di hadapan Puteri Sulong. Puteri Sulong yang berjiwa penyayang itu mengusap kepala rusa itu dengan lembut. Puteri Sulong mengulangi nyanyiannya sambil mengusap kepala rusa itu. Tanpa Puteri Sulong tahu bahawa rusa jantan bertanduk emas itu merupakan seorang raja dari kayangan. 20


Tiba-tiba rusa itu bertukar menjadi seorang lelaki yang kacak. Puteri Sulong sangat terkejut dan tidak menyangka bahawa rusa itu merupakan seorang lelaki. “Beta raja dari kayangan, bunga emas itu kepunyaan beta,” kata lelaki itu, “adikmu telah melanggar pantang larang.” “Engkau juga mempunyai hati yang baik jadi beta akan berikan penawar untuk adikmu.” “Apa yang perlu patik lakukan Tuanku, adindaku sedang sakit dan rakyatku menderita kelaparan?” tanya Puteri Sulong kepada lelaki itu. “Beta akan beri sekuntum bunga emas yang baru dari kayangan, bunga itu mempunyai tujuh kelopak, satu kelopak untuk penawar adikmu, empat kelopak perlu diletakkan di setiap penjuru istana,” terang lelaki yang merupakan raja kayangan itu. 21


“Bagaimanakah dengan dua kelopak lagi, Tuanku?” tanya Puteri Sulong lagi. “Jika dua kelopak bunga emas itu ditanam pada tempat asalnya, engkau hanya dapat menyembuhkan penyakit adikmu,” jawab lelaki itu kepada Puteri Sulong. “Bagaimanakah patik dapat memulihkan negeri Harum Cendana agar kembali makmur seperti sedia kala?” tanya Puteri Sulong dengan harapan negerinya kembali makmur. “Engkau perlu memakan dua kelopak bunga emas itu,” kata lelaki itu,”tetapi engkau akan disumpah menjadi pohon emas yang baru.” 22


Puteri Sulong pun membawa pulang bunga emas itu ke istana. Puteri Sulong merebus satu kelopak bunga emas untuk minuman Puteri Bongsu. Empat kelopak lagi di letakkan di setiap penjuru istana. Keesokan harinya Puteri Bongsu semakin sembuh dari sakitnya. Puteri Sulong memeluk Puteri Bongsu sebagai tanda rasa syukur atas kesembuhan adiknya. Namun negeri Harum Cendana masih menjadi padang jarak dan padang terkukur. 23


Sebelum memakan dua kelopak bunga emas itu, Puteri Sulong telah memberi ucapan dihadapan semua rakyatnya. “Wahai rakyat negeri Harum Cendana yang dikasihi, beta akan bertanggungjawab atas apa yang menimpa kamu semua, jika diizinkan Tuhan, selepas waktu subuh pada malam bulan purnama nanti, negeri Harum Cendana akan makmur seperti sedia kala,” kata Sang Puteri dengan lembut. “Tiada yang dapat menandingi kasih beta akan negeri ini, maafkanlah segala kesalahan beta yang lalu, hiduplah bersatu padu sesama kalian, elakkan perpecah belahan dan permusuhan, berbahagialah Harum Cendana selamanya,”itulah kata-kata terakhir Puteri Sulong buat semua rakyatnya. 24


Pada malam bulan purnama yang berikutnya, Puteri Sulong telah memakan dua kelopak bunga emas itu. Walaupun baginda merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarganya dan negeri Harum Cendana, Puteri Sulong tetap memilih untuk berkorban agar semua orang dinegeri Harum Cendana dapat hidup dengan bahagia. Setelah memakan bunga emas itu, Puteri Sulong pun disumpah menjadi pohon bunga emas yang baru. 25


Setiap kali malam bulan purnama pohon bunga emas itu mengeluarkan suara nyanyian Puteri Sulong. Kelibat Puteri Sulong dengan berpakaian emas juga ada disamping pohon bunga emas itu. Semua rakyat di Harum Cendana merasa sedih dengan nasib yang menimpa Puteri Sulong. Mereka juga menyesal kerana pernah membenci Puteri Sulong. Sang Raja juga menyesal kerana kurang menghargai anak sulongnya setelah kelahiran Puteri Bongsu. Negeri Harum Cendana telah menjadi makmur seperti sedia kala. Namun negeri itu, kehilangan seorang puteri yang tulus dan bersih hatinya. Semenjak kejadiaan itu, Puteri Sulong sentiasa berada dihati rakyat dan digelar sebagai Puteri Bunga Emas. -Tamat26


SINOPSIS "Puteri Bunga Emas" adalah kisah tentang negeri Harum Cendana yang makmur dan damai, di mana seorang raja bijaksana memiliki dua puteri, Sulong dan Bongsu. Kedua puteri ini memiliki kebaikan hati dan kecantikan masing-masing. Keajaiban terjadi saat kelahiran Puteri Bongsu, yang dikaitkan dengan turunnya benih bunga emas dari kayangan. Namun, kebahagiaan berubah menjadi bencana saat Puteri Sulong, dengan niat baik, memetik bunga emas yang terlarang untuk adiknya, Puteri Bongsu. Akibatnya, negeri Harum Cendana mengalami kemarau dan kekeringan, penyakit menimpa Puteri Bongsu, dan rakyat menderita kelaparan. Puteri Sulong dihukum dan ditinggalkan, merantau untuk mencari penawar. Dalam perjalanan, Puteri Sulong bertemu raja kayangan yang memberinya bunga emas dengan syarat. Untuk menyelamatkan adiknya dan negerinya, Puteri Sulong memakan bunga emas dan menjadi pohon bunga emas baru. Meskipun Harum Cendana pulih, kehilangan Puteri Sulong tetap dirasakan, dan setiap bulan purnama, pohon bunga emas mengingatkan semua orang akan pengorbanannya. "Puteri Bunga Emas" mengajarkan nilai-nilai tentang pengorbanan, kesetiaan, dan kebaikan hati, serta pentingnya menghargai dan memaafkan. Cerita ini menunjukkan bahwa kebaikan hati dan cinta kepada tanah air dapat membawa makna dan kebahagiaan bagi semua.


Click to View FlipBook Version