The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

T1 NUR KHAIRUNNISA BINTI ODIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairunnisa02-546, 2021-07-13 05:29:19

BUKU LOG BSMM

T1 NUR KHAIRUNNISA BINTI ODIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM
MPU 3062

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
BUKU LOG

PISMP SEMESTER 3

NAMA : NUR KHAIRUNNISA BINTI ODIN

KAD PENGENALAN : 010424-08-0972 (2020182340034)

AMBILAN : JUN 2020

KELAS : BAHASA MELAYU 2

NAMA PESYARAH : 1. EN. MUSAIDI BIN MUSTAFFA

2. EN. IKHWAN HOSNI BIN ALI

BIL TUGASAN TARIKH HANTAR
1 BUKU LOG 14 JULAI 2021

ISI KANDUNGAN Muka surat
3
Bil Kandungan 4
1. Biodata Guru Pelatih
2. Carta Organisasi 5
6
Maklumat Persatuan 7
 Logo Rasmi BSSM 8
11
3. 29
 Ikrar BSSM 31
 Lagu BSSM 37
41
6. Laporan Mingguan 42
7. Nota-nota BSSM
8. Pertolongan Cemas
9. Asas Perkhemahan
10. Asas Kawad Kaki
11. Rujukan
12. Lampiran

2

BIODATA GURU PELATIH

NAMA : Nur Khairunnisa binti Odin

KAD PENGENALAN : 010424-08-0972

KURSUS : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

AMBILAN : JUN 2020

KELAS : Bahasa Melayu 2

MENTOR : Cik Asniza binti Zakaria

TARIKH LAHIR : 24 April 2001

ALAMAT RUMAH : No. 873B, Rumah Guru SMK Raja Permaisuri Bainun,

30020 Ipoh, Perak

NO TELEFON : 012-6614969

EMAIL : [email protected]

3

CARTA ORGANISASI
UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 2021

4

LOGO RASMI BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

5

IKRAR BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

6

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

LAGU BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya
Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya
Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia
Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat

Lirik: Tan Sri Dato’ Dol Ramli
Lagu: Dato’ Johari Salleh

7

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 23 Jun 2021

Masa : 8.00 - 10.00 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82 / 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Pada minggu pertama, perjumpaan unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
dilaksanakan menerusi platform ‘Google Meet’ pada jam 8.00 pagi. Semua ahli diminta untuk
mengisi kehadiran yang diberikan pada platform stream Google Classroom. Pengenalan unit
beruniform berserta sejarah Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah diberikan secara
terperinci oleh Encik Musaidi bin Mustaffa dengan memaparkan slaid Modul Kokurikulum Unit
Beruniform Prinsip dan Sejarah BSMM. Jurulatih juga menunjukkan beberapa aktiviti yang
akan dilakukan dalam unit beruniform sepanjang semester ini.

Pada jam 9.30 pagi, Persatuan BSMM melaksanakan pemilihan dan pengendalian Ahli
Jawatankuasa Persatuan Bulan Sabit Merah IPGKDA 2021. Pelaksanaan ini dikendalikan
oleh Muhammad Adam bin Md Nasri dengan cara pengundian melalui butang ‘raise hand’
yang terdapat pada ‘Google Meet’. Pemilihan Ahli Jawatankuasa berlangsung dengan sangat
lancar.

Pada pandangan saya, perjumpaan kali pertama ini amat memuaskan kerana saya
dapat mengetahui dengan jelas mengenai unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
(BSMM) yang telah disampaikan oleh Encik Musaidi. Saya juga dapat mengetahui
aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung untuk subjek MPU3062 sepanjang semester ini. Saya
berharap agar perjumpaan seterusnya akan berjalan dengan lancar dan seterusnya kami
akan mendapat lebih banyak info yang menarik mengenai unit beruniform ini.

8

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 30 Jun 2021

Masa : 8.00 - 10.00 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82 / 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Pada minggu kedua, perjumpaan unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia masih
dilaksanakan menerusi platform ‘Google Meet’ pada jam 8.00 pagi. Semua ahli diminta untuk
mengisi kehadiran yang diberikan pada platform stream Google Classroom. Pada kali ini,
kami didedahkan pula mengenai cabaran - cabaran yang bakal dihadapi apabila melakukan
aktiviti unit beruniform secara atas talian. Jurulatih iaitu Encik Musaidi juga memberikan
gambaran pelaksanaan aktiviti perkhemahan yang akan berlangsung secara serentak
selama empat hari oleh semua unit beruniform di IPGKDA yang melibatkan pelajar PISMP
Semester 3 Ambilan Jun 2020.

Pada jam 9.30 pagi, jurulatih menunjukkan contoh carta organisasi bagi aktiviti
perkhemahan iaitu diketuai oleh Kem Komandan sehingga ke jawatankuasa - jawatankuasa
yang diperlukan bagi memastikan aktiviti perkhemahan berjalan dengan lancar. Jurulatih juga
meminta kami untuk menyediakan satu carta organisasi yang lengkap, terdiri daripada ketua
platun, penolong ketua platun, bendahari, setiausaha dan AJK - AJK yang diperlukan untuk
perkhemahan ini. Kemudian, Kem Komandan yang telah dilantik atas persetujuan semua
telah mengendalikan pemilihan jawatankuasa perkhemahan pada hari tersebut juga. Maka,
carta organisasi tersebut dapat dibina dan dilengkapkan pada hari berkenaan.

Pada pandangan saya, perjumpaan minggu kedua ini berjalan dengan lancar dan para
ahli memberi kerjasama yang baik dalam membina carta organisasi perkhemahan yang
diminta oleh jurulatih pada awal perjumpaan. Saya juga amat berpuas hati dengan
penjelasan dan gambaran yang diberikan oleh jurulatih tentang pelaksaan aktiviti
perkhemahan yang akan dilaksanakan secara maya buat kali pertama. Saya berharap agar
perjumpaan seterusnya akan memberikan pelbagai info yang menarik mengenai unit
beruniform ini.

9

Laporan Mingguan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

Tarikh : 7 Julai 2021

Masa : 8-10 Pagi
Tempat : Dalam aplikasi Google Meet

Jurulatih bertugas : Encik Musaidi Bin Mustaffa
: Encik Ikhwan Bin Rosni

Kehadiran : 82 orang

Nama ahli yang tidak hadir : Tiada

Pada minggu ketiga, perjumpaan unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia dijalankan
menerusi platform ‘Google Meet’ pada jam 8.00 pagi. Semua ahli diminta untuk mengisi
kehadiran yang diberikan pada platform stream Google Classroom. Pada kali ini, jurulatih
iaitu Encik Musaidi memberi penerangan mengenai aktiviti perkhemahan yang akan
berlangsung secara atas talian pada bulan Ogos ini. Aktiviti - aktiviti yang wajib dilaksanakan
pada perkhemahan tersebut dinyatakan dengan jelas oleh jurulatih. Jurulatih juga
memaklumkan keperluan - keperluan yang perlu disediakan oleh semua ahli bagi
menjayakan aktiviti tersebut. Jadual perkhemahan juga dipaparkan oleh setiausaha bagi
memperlihat perancangan aktiviti sepanjang perkhemahan dilaksanakan.

Jurulatih memaklumkan jawatankuasa - jawatankuasa yang memainkan peranan
penting dalam menjayakan aktiviti perkhemahan tersebut. Setiausaha menunjukkan carta
organisasi perkhemahan yang telah dibuat pada minggu lepas dan memperbaiki semula
bahagian - bahagian yang jawatan masih tidak bernama. Maka, jawatan tersebut dibuka
kepada ahli yang masih tidak mempunyai jawatan dalam unit beruniform. Pada akhir
perjumpaan, carta organisasi tersebut berjaya dilengkapkan dan dikemaskini oleh
setiausaha.

Pada pandangan saya, perjumpaan kali ini lebih tersusun dan dikendalikan oleh pelajar
dengan cemerlang. Info - info yang diberikan oleh jurulatih juga amat menarik perhatian saya
untuk melibatkan diri dalam perkhemahan tersebut. Saya berharap agar perjumpaan
seterusnya akan lebih menarik dan berjalan dengan lancar.

10

NOTA-NOTA BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

PENDIDIKAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH

Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang
Merah yang berlatar belakangkan putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang
diterbalikkan). Lambang ini diwujudkan untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang
tecedera di masa perang dan anggota-anggota yang menjaga dan merawat mereka.

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia,
mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva,
bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan
mereka menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka.
Langkah tersebut diikuti oleh banyak Negara-negara Arab dan Negara-negara yang banyak
penduduk muslim. Dua pulih sembilan buah Negara sekarang menggunakan lambang Bulan
Sabit Merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh
Konvensyen Geneva.

Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal
penggunaan lambing tersebut. Lambing hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal
terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk
menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang
menggunakan lambing ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti. Persatuan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambang ini untuk
mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka.

11

PRISIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN
 Memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan
peperangan.
 Mencegah dan meredakan kesengsaraan.
 Melindungi nyawa dan kesihatan.
 Memupuk kesefahaman, kerjasama, hormat-menghormati dan kedamaian sesama
manusia.

12

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN
Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM “Dalam masa aman atau
peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari
angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan
orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad
Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan
Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen
Geneva.”
Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998.
Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan
No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:

Perkara - perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan ialah :
I) Lencana / logo persatuan
II) Cogan kata / moto
III) Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan
cawangan
IV) Pendaftaran persatuan
V) Jawatankuasa kecil

13

LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

LAMBANG BSMM UKURAN LAMBANG BSSM

Kegunaan Lambang
 Lambang yang asal : Untuk perlindungan, yang lebih terpakai semasa peperangan.
 Lambang yang baru : Digunakan semasa situasi aman, sebagai lambang adanya

pertalian dengan Pergerakan Bulan Sabit Merah atau Palang Merah.

COGAN KATA BSMM

“Cergas Pada Masa Aman Dan Perang”

BENDERA BSMM

BENDERA BSSM UKURAN BENDERA BSSM

14

SEJARAH UNIT BERUNIFORM
a) Sejarah Penubuhan

b) Sejarah Penubuhan di Malaysia
Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan
sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telahpun wujud di Persekutuan Tanah
Melayu di bawah penjajahan British sebagai “a branch of the British Red Cross”.
Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan
beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam
kemiskinan dan penderitaan.

Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam
perenggan penutup mencatatkan :
" Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda

kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang
amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi
aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya
telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam

tahun-tahun akan datang ".

15

c) Istiadat - istiadat Rasmi Petubuhan
i) Istiadat Perhimpunan
ii) Istiadat Penyampaian Lencana

16

2) STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN
a) Peringkat Antarabangsa

17

b) Peringkat Kebangsaan / Negeri / Daerah / IPG
c) Peringkat Sekolah

18

d) Fungsi Majlis Tadbir
MATLAMAT MAJLIS TADBIR

PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA

19

3) PENGURUSAN & PENTADBIRAN

a) Pendaftaran Ahli dan Kumpulan

 Keahlian persatuan terbuka kepda semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina
dan politik.

 Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan
perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.

 Kompositi keahlian adalah seperti berikut:
 Ahli kanak - kanak ( 9 - 12 tahun ) - Yuran tahunan RM2.00 setahun.
 Ahli Belia ( 13 - 18 tahun ) , Ahli Belia Terbuka ( 13 - 17 tahun ) - Yuran
tahunan RM2.00 setahun.
 Ahli Bantuan Sukarelawan Berpakaian Seragam / Tidak Berpakaian
Seragam ( 18 tahun ke atas ) - RM2.00 setahun tetapi digalakkan
bayar 5 tahun sekaligus.
 Ahli seumur hidup - Yuran RM500.
 Ahli Kehormat Seumur Hidup ( Anugerah kepada individu yang beri
sumbangan ) - Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan dan
tidak lebih 4 orang setiap tahun.

PENDAFTARAN AHLI :
 Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat

Kebangsaan.
 Setiap Cabang Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing -

masing.
 Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh

Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.
 Kad keahlian telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat

Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan.
 Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan

atau Cabang.
 Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar.
 Apabila permohonan diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan

hendaklah diserahkan kepada :

20

 Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan
 Salinan kedua disimpan oleh Cawangan
 Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit
 Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup

PENDAFTARAN KUMPULAN :
 Pendaftaran bagi pasukan kanak - kanak / belia :

 Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM.
 Minimum 15 ahli bagi setiap pasukan.
 Pihak sekolah menghantar borang pendaftaran kepada Setiausaha

Cabang dan disemak oleh pihak Cabang, kemudian barulah permohonan
dimajukan kepada Setiausaha Cawangan.
 Cawangan perlu mengangkat permohonan tersebut ke Ibu Pejabat
Kebangsaan untuk kelulusan dan pendaftaran jika tepati syarat.
 Sijil Pendaftaran Pasukan akan dikeluarkan oleh IPK dan dihantar ke
sekolah.
 Borang Semakan Pendaftaran Keahlian Tahunan perlu diperbaharui
setiap tahun sebelum Februari disertai dengan yuran tahunan ahli.

 Pendaftaran bagi Pasukan Belia Terbuka :
 Ditubuhkan di kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.
 Minimum 15 orang ahli.
 Menghantar borang pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke
IPK untuk disemak dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran Pasukan.

 Pendaftaran Pasukan Bantuan Sukarelawan :
 Boleh ditubuhkan di kawasan yang disyorkan oleh Cabang.
 Minimum 15 orang ahli.
 Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak -
kanak.

21

b) Kuasa Penganjur

Struktur unit terdiri daripada :
 Kanak - kanak ( Link)
 Belia ( Youth ) - Pasukan Bantuan Sukarela
 Ahli - ahli Belia ( Youth ) & Kanak - kanak ( Link ) membentuk sekurang -

kurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
 Setiap unit ini mempunyai pegawai masing - masing.
 Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh

pengetua.
 Bagi Unit Kanak - kanak pula, Pegawai Kanak - kanak ialah guru penasihat

BSMM yang dilantik oleh guru besar,
 Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang

menunjukkan unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa.
 Contohnya, Unit PK (Y) 118 menunjukkan unt ini dari Cabang Perak

(ditunjukkan oleh huruf ‘PK’), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118
menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.

c) Pengurusan Folio / Buku Log / Laporan Aktiviti

BUKU LOG :
 Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan

mengesahkan penglibatan seseorang.
 Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti.
 Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz

buku log ( 21cm x 32cm ).
 Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak.

LAPORAN MINGGUAN :
 Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak ke

pihak yang lain.
 Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan

mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti.
 Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan sesuatu aktiviti.

22

d) Tanggungjawab Pemimpin

 Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik jawatankuasa baru.
 Memastikan ada perlembagaan atau peraturan.
 Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah.
 Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
 Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah

berdaftar dan diululuskan oleh pihak pentadbir.
 Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau

yang lebih tinggi.
 Memohon kebenaran daripada ibu bapa / penjaga pelajar melalui pengurusan

sekolah jika khidmat / kepakaran / kebolehan mana - mana pelajar diperlukan di
luar sekolah.
 Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa
mengira peringkat pertandingan / pengelolaan / anjuran / projek / lawatan dan
sebagainya.

e) Pakaian Seragam Ahli dan Pemimpin

Pakaian Istiadat No. 1 - Pegawai

Pegawai Lelaki Pegawai Wanita

23

Pakaian Seragam No. 2 - Pegawai

Pegawai Lelaki Pegawai Wanita

Pegawai Seragam No. 3 - Pegawai

Pegawai Lelaki Pegawai Wanita

24

Pakaian Seragam No. 4 - Pasukan Bantuan Sukarela / BELIA

Lelaki Pakaian No. 4A Wanita Pakaian No. 4B Wanita

Pakaian Seragam No. 5 - BELIA / PASUKAN BANTUAN SUKARELA
KAWALAN KEHORMATAN

Lelaki Pakaian No. 5A Wanita Pakaian No. 5B Wanita

25

Pakaian Seragam No. 6 - Anggota Ambulans

Lelaki Wanita

Pakaian Seragam No. 7 - Unit Kecemasan Bermotosikal (EMU)

Lelaki Wanita

26

Pakaian Seragam No. 8 - BELIA / KANAK - KANAK (LINK)

Lelaki Wanita

Pakaian Seragam No. 9 - PASUKAN BANTUAN SUKARELA /
BELIA & KANAK - KANAK (LINK)

Lelaki Wanita

27

Pakaian Seragam No. 10 - PEGAWAI & LAIN - LAIN ANGGOTA WANITA
(PILIHAN)

28

PERTOLONGAN CEMAS

Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di
tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat
rawatan perubatan yang sempurna.

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan
rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan
kesakitan si mangsa.

29

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas
a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jika pernafasan mangsa
terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.
b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan
kuman.
c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau
anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tidak bergerak.
d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.
e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.
f) Atur bantuan agar mangsa mendapat rawatan perubatan.

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan
a) Membuat penilaian keadaan
 Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.
 Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan
mendapatkan bantuan.
 Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa
b) Membuat diagnosa
 Mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang
boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan
mangsa.
c) Memberi rawatan sementara
 Menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa
yang teruk.
d) Membuat dan memberi laporan
 Mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang
telah dilakukan ke atas

30

ASAS PERKHEMAHAN

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit, gunung dan
sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan
dengan persekitaran. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan,
perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.

Jenis-jenis khemah
 Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk
diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.
 Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan
kesesuaiannya.

Struktur khemah
Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka dan fabrik
khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket dalaman.
I. Khemah Struktur A

 Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah
bersegitiga.

 Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.

31

II. Khemah Hoop
 Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk terbular.
 Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas
dengan permukaan yang sama.
 Khemah jenis ini kuat dan kukuh.

III. Khemah Rabung
 Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung
 Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.
 Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan
untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.

IV. Khemah Dinding
 Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan sebagai
dinding dan bumbung.
 Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka
masanya pendek.
 Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.

V. Khemah Satu Tiang
 Ringan dan senang didirikan
 Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.
 Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.

32

VI. Khemah Ridge
 Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi
sungai, jambori dan sebagainya.
 Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.
 Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)
2. Khemah ridge dua tiang
3. Khemah ridge besar
- Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.
- Biasanya diperbuat daripada nilon.
- Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.
- Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.
- Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis
bahagian bumbung.
- Mahal.
- Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta.
- Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.
- Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.
- Mempunyai pelbagai saiza dan berat
- Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.
- Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

33

Mendirikan khemah
PERINGATAN yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:

 Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh
dari khemah.

 Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak
menggelendong.

 Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah. Jarak
yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.

 Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang
berbisa memasuki khemah.

Lokasi perkhemahan
Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting sebelum
mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada
penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan juga
kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.
a) Angin
b) Kecerunan
c) Cahaya
d) Bentuk muka bumi
e) Halangan bahaya semulajadi
f) Laluan air
g) Luas tapak

34

Ciri-ciri tapak perkhemahan
 Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan
semasa berkhemah.
 Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah
untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.
 Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat
mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika musim
kemarau.
 Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk mengelakkan
binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling kawasan khemah.

Langkah-langkah keselamatan perkhemahan
1. Penyediaan Kraf Perkhemahan

 Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan untuk
perkhemahan.

 Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.
 Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti keratan

kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.
 Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum

digunakan.
 Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan

kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah disegerakan jika
berlakunya kecederaan
 Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.

35

2. Keselamatan Khemah
 Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah
 Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.
 Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
 Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau bianatang lain
daripada memasuki khemah.
 Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan kemas.
 Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
 Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.

Peraturan keselamatan perkhemahan
 Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan keselamatan,
kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.
 Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan
 Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian dan
tapak perkhemahan.
 Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta
menghargai kawasan sekitar.
 Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam menghadapi
sebarang gangguan keselamatan.
 Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti

36

ASAS KAWAD KAKI

Apa itu kawad kaki?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan
polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.

Objektif kawad kaki
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat
setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal
berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba
dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada
setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat
membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa
mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama
dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.

37

Tujuan

Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada
pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat mengendalikan apa-apa jua
perbarisan.

Bahasa Hukuman Kawad Kaki Bulan Sabit Merah Malaysia

No. Bahasa Hukuman Kawad Kaki BSSM

1. Baris / Skuad.
2 Baris. Sedia.
3 Kekanan. Lurus.
4 Pandang. Depan.
5 Buka Barisan. Gerak.
6 Tutup Barisan. Gerak.
7 Bergerak ke kanan, Bertiga-tiga, Kekanan Pusing.
8 Skuad akan menghadap ke Hadapan, Ke kiri Pusing.
9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, Kekiri Pusing.
10 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
11 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga, ke belakang Pusing.
12 Skuad akan Menghadap ke Hadapan, Ke kanan Pusing.
13 Skuad akan Menghadap ke belakang, ke belakang Pusing.
14 Bergerak kekanan bertiga-tiga, ke kanan Pusing.
15 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kiri pusing.

38

16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.
17 Skuad akan menghadap ke belakang, ke kanan pusing.
18 Skuad akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.
19 Langkah, kekanan gerak.
20 Langkah, ke kiri gerak.
21 Langkah, ke hadapan gerak.
22 Langkah, ke belakang gerak.
23 Dari kiri, cepat jalan.
24 Tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah. 3x
25 Tukar langkah, dengan langkah berlagak tukar langkah. 3x
26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga, kebelakang pusing.

Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang pusing.
27 Dari kiri / kanan, kanan belok.
28 Dari kiri / kanan, kiri belok.
29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga, kekanan / kiri pusing.
30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
31 Hormat, ke hadapan hormat.
32 Hormat selaku terima sijil, hormat kehadapan hormat.
33 Hormat, kekanan hormat.
34 Hormat, kekiri hormat.
35 Tukar langkah perlahan, perlahan jalan.
36 Tukar langkah masa jalan perlahan, tukar langkah. 3x

39

37 Bergerak kekanan/kiri, kebelakang pusing.
Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kebelakang... Pusing.

38 Dari kiri / kanan, kanan belok.
39 Dari kiri / kanan, kiri belok.
40 Bergerak kekanan / kiri, kekanan / kiri pusing.
41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang, kekanan / kiri pusing.
42 Tukar langkah cepat, cepat jalan.
43 Skuad henti.
44 Hentak kaki
45 Skuad henti.
46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah

Cepat jalan .(14-1-2)
47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)

40

Rujukan
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering. Kuala

Lumpur: Fajar Sakti Sdn. Bhd.
Ab Alim Abdul Rahim. (2004). Pengurusan Jejak Kerja Kokurikulum. Kuala Lumpur: Fajar

Sdn. Bhd.
Consalvo, C. (2012). Experiential Training Activities for Outside and In. New York: Amherst:

Mass Publishing.
Isa Abdul Rahman. (1989). Pertolongan Cemas: Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur:

Crescent News Sdn. Bhd.
Kim Duffek. (2008). Creating Outdoor Classrooms: Schoolyard Habitats and Gardens for the

Southwest. Texas: University of Texas Press.
Martin, B. (2006). Outdoor Leadershi: Theory and Practice. Champaign.IL: Human Kinetics.
Persatuan Orienteering Malaysia. (2010). Teknik Asas Orienteering. Kuala Lumpur: Budiman

Publishing.
Persatuan Pengakap Malaysia. (2009). Buku Panduan dan Skim Latihan Pengakap Kelana.

Kuala Lumpur: Persekutuan Pengakap Malaysia.

41

Lampiran

a) Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan

Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform BBSM
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Darulaman, 0600
Jitra, Kedah.
__________________________________________________________________

Semua Ahli Jawatankuasa Perkhemahan dan Ketua Platun,

Unit Beruniform BBSM,

Tahun 2021. 7 Julai 2021

Saudara/Saudari,

MESYUARAT JAWATANKUASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM Bil 2
Tahun 2021

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas,

2. Sehubungan dengan itu, saya menjemput Saudara/Saudari untuk menghadiri
mesyuarat yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 09 Julai 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Aplikasi Gmeet (Link akan diberikan 10 minit sebelum mesyuarat)

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Perincian tugas setiap AJK
2.3 Perincian aktiviti untuk setiap slot
2.4 Protokol untuk setiap aktiviti
2.5 Pembentukan kumpulan kecil untuk ujian amali
2.6 Penangguhan mesyuarat

4. Kerjasama Saudara/Saudari amat saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,
………………………………..
(Nur Syarafana binti Mohd Sabri)
Setiausaha Perkhemahan Unit Beruniform BBSM,
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

42

b) Link Google Meet Perjumpaan Mingguan
mailto:https://meet.google.com/lookup/g7iemphyxj?authuser=0&hs=179

c) Gambar Google Meet

Minggu 1

Minggu 2

43

Minggu 3

44


Click to View FlipBook Version