The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhananurzulfa, 2021-09-13 10:58:08

Kegemilangan Kesultanan Johor Riau dalam Aspek Perdagangan

KEGEMILANGAN
KESULTANAN JOHOR RIAU
DALAM ASPEK
PERDAGANGAN

NAMA : NURZULFA FARHANA BINTI
ZULFAHMI
KELAS : 2 IKHLAS
NAMA GURU : HJH. NAZRAH BINTI HJ.
JAMALUDIN

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaya saya dapat menyiapkan kajian kes sejarah ini.
Insyaallah kajian kes ini dapat memberikan banyak manfaat
kepada saya disamping menambah ilmu pengetahuan saya.
Pertama sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada
guru mata pelajaran sejarah iaitu, Hjh Nazrah binti Hj
Jamaludin kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dalam
melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga rakan-rakan yang
lain banyak membantu bersama-sama menyelesaikan tugasan
ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan dan dorongan dalam menyiapkan kajian kes
sejarah ini. Saya percaya bahawa tanpa doa dan restu
mereka, saya tidak dapat menyiapkan kajian kes ini dengan
jayanya.

PENYATAAN MASALAH

 Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah. Terdapat beberapa usaha memajukan kerajaan Johor
Riau termasuklah memajukan aktiviti perdagangan. Namun,
maklumat berkaitan aktiviti perdagangan di Johor Riau di
dalam buku teks adalah terhad. Oleh itu, kajian kes ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong kepada kegemilangan perdagangan di Johor Riau.

OBJEKTIF KAJIAN

 Kajian ini dijalankan bagi mencapai empat objektif kajian
iaitu:

1. Menerangkan latar belakang pengasasan Kesultanan Johor
Riau.

2. Mengenal pasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor Riau
yang gemilang.

3. Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Johor Riau
sebagai sebuah pelabuham entrepot sehingga menyumbang
kepada kegemilangan kerajaan Johor Riau.

4. Menghuraikan kesan perdagangan ke atas kemajuan kerajaan
Johor Riau dan kerajaan pada hari ini.

KAEDAH KAJIAN

 Terdapat 3 jenis kaedah kajian iaitu kaedah lisan, kaedah
bertulis dan kaedah arkeologi. Namun, dalam kajian kes ini,
saya menggunakan dua kaedah berikut:
1. Kaedah Lisan
 Saya telah menemu bual guru Sejarah, ibu bapa saya,
kakak dan kawan-kawan saya bagi mendapatkan
penjelasan lanjut tentang Kerajaan Johor Riau dan cara
menghasilkan penulisan kerja kursus sejarah ini.
2. Kaedah Bertulis
 Saya telah membuat rujukan ke atas beberapa bahan
rujukan antaranya buku teks sejarah, membuat carian
menggunakan internet dan buku rujukan sejarah yang
lain.

JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1. 29 Julai 2021 Taklimat kajian Kes Tingkatan 2 Panduan pemilihan tajuk

daripada guru subjek Sejarah oleh guru

2. 30 Julai 2021 Melengkapkan perangcangan awal Usaha sendiri

kajian kes :

i . Menulis Penghargaan

ii. Pernyataan Masalah

iii. Objektif Kajian

iv. Kaedah Kajian

3. 11 Ogos 2021 -Membuat jadual kerja Penerangan dari guru

- Membuat kerangka kasar dan usaha sendiri

4. 12 Ogos – 18 Ogos Melengkapkan jadual kerja dan Usaha sendiri

2021 kerangka kasar

5. 18 Ogos 2021 Memasukkan maklumat tambahan Penerangan dari guru

hasil pencarian buku teks dan sumber dan usaha sendiri

Internet ;

i. Sejarah pengasasan Kesultanan Johor

Riau

ii. Ciri-ciri perdagangan di Johor Riau

iii. Faktor-faktor Johor Riau sebagai

sebuah pelabuhan entrepot

iv. Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai

sebuah negeri yang mempunyai sistem

perdagangan yang gemilang

v. Pandangan anda terhadap sistem

ekonomi negara kita

vi. Langkah untuk memajukan sistem

ekonomi negara pada hari ini

vii. Nilai dan ikhtibar

viii. Harapan

6. 25 Og0s – 27 Ogos Memasukkan maklumat tambahan Penerangan dari guru

2021 hasil pencarian buku teks dan sumber dan usaha sendiri

Internet selain dari bantuan gutu dan

ibu bapa

7. 1 September 2021 Menulis langkah untuk memajukan Penerangan dari guru

sistem ekonomi negara dan usaha sendiri

8. 3 September 2021 Menulis nilai dan ikhtibar Penerangan dari guru

dan usaha sendiri

9. 9 September 2021 -Menulis harapan Penerangan dari guru
- Menulis & menyiapkan laporan akhir dan usaha sendiri
Penerangan dari guru
10. 12 September 2021 Sumber Rujukan dan usaha sendiri
Penerangan dari guru
11. 14 September 2021 Membuat buku digital menggunakan dan usaha sendiri
aplikasi Anyflip Penerangan dari guru
dan usaha sendiri
12. 15 September 2021 Menghantar tugasan
-menghantar link Anyflip kepada guru

KERANGKA KASAR

i. Sejarah pengasasan 1. Pengasasan Kerajaan
Kesultanan Johor Riau  Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh
Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah dan
Tuan Fatimah. Baginda menggunakan gelaran
Sultan Alauddin Riayat Shah I ( 1528-1564).
 Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan
menghimpunkan rakyat untuk membuka
negeri di pesisir Sungai Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua
 Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada
tahum 1528.
 Kedudukan Kota Kara yang terletak
berhampiran sungai yang lebar dan dalam
memudahkan kapal untuk keluar masuk.
 Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara
menjadi benteng pertahanan dari ancaman
luar.

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang
 Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan
dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.
 Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan
membuka pusat pemerintahan di Kota
Sayong.
 Kawasan ini lebih selamat kerana kapal
perang musuh sukar melintasi sungai yang
sempit.

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama
 Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah
I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota
Batu, Johor Lama.
 Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung
Batu.

 Kedudukannya yang strategic di Sungai Johor
yang lebar dan dalam memudahkan
kemasukan kapal dagang.

ii. Ciri-ciri perdagangan di Johor 1. Kedudukan Strategik
Riau  Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan
Panchor mudah dimudiki oleh kapal besar
kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat
Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas
kapal dagang dari Timur dan Barat.
 Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan
lalu lintas maritim yang strategik menjadi
tumpuan para pedagang luar untuk berurus
niaga.

2. Tumpuan Para Pedagang
 Tumpuan pedagang dari China, Gujerat,
Belanda dan pedagang Inggeris.
 Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai
pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat
berdagang dengan Portugis di Melaka.
 Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian
seperti beras.
 Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah
jajahan dan naungan serta kerajaan lain di
Alam Melayu.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai
Barang Dagangan

 Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai
pusat pertukaran barangan keluaran Alam
Melayu dengan barangan dari China, India
dan Arab.

iii. Faktor-faktor Johor Riau  Barangan dagangan yang dibekalkan oleh
sebagai sebuah perlabuhan tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada
entrepot hitam, biji timah dan emas.

 Biji timah dibawa masuk dari Klang, Sungai
Ujong dan Bernam serta Pulau Bangka,
Sumatera.

 Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula
dari Inderagiri.

 Barang tempatan lain ialah kelapa kering,
kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang,
ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam
yang didatangkan dari Pahang, timur
Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong,
Klang, Naning dan Rembau.

 Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat
perdagangan untuk barangan yang dibawa
dari China.

 Antaranya termasuklah benang emas, kain
sutera putih, barang tembikar, seramik, kuali
besi, teh dan tembaga.

 Pedagang Jawa membawa beras.
 Pedagang Gujerat pula membawa kain,

wangian dan wangian dan manik.
 Johor juga mendapat bekalan beras yang

diniagakan oleh pedagang Siam.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau
 Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang
pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor
terutamanya di perlabuhan Riau.
 Antara kapal yang berlabuh di Riau
termasuklah kapal siam, Portugis, Inggeris
dan pulau-pulau di Alam Melayu.

1. Kemudahan Pelabuhan
 Menyediakan gudang bawah tanah untuk
menyimpan barangan bagi mengelakkan
daripada kebakaran.
 Menyediakan pegawai terlatih untuk
mengendalikan urusan perdagangan.

 Membekalkan barang yang diperlukan oleh
pedagangan seperti lada hitam dan rempah-
ratus.

2. Urusan Jual Beli
 Perdagangan dijalankan secara tukar barang
dan menggunakan mata wang.
 Sultan Alauddin Riayat Shah I
memperkenalkan mata wang emas yang
dikenali sebagai mas, wang perak sebagai
kupang dan wang timah sebagai katun.
 Pada akhir abad ke-18, mata wang asing
seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit
Belanda turut digunakan.
 Syahbandar merupakan pembesar yang
bertanggungjawab mengurus sistem jual beli
dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan
yang dikenakan terhadap pedagang adalah
berpatutan. Syahbandar juga menetapkan
ukuran dan berat timbangan barangan.

3. Sistem Naungan
 Pedagang luar dan pedagang tempatan
mendapat naungan daripada Bendahara,
Temenggung, Laksamana dan Raja Indera
Bongsu.
 Sebahagian hasil keuntungan diberikan
kepada pihak yang memberikan naungan
dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan
sistem naungan.
 Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat
surat kebenaran dripada Belanda dan dapat
belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

4. Peranan Orang Laut
 Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal
pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk
arah kepada para pedagang dan pengawal di
perairan Johor dan Selat Melaka.

 Orang Laut juga terlibat mengawal
keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan
menjadi tentera angkatan laut.

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

 Pelabuhan di Johor juga mempunyai

kemudahan membaiki dan membina kapal

bersaiz kecil.

 Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal.

Mereka membuat kapal pesisir pantai seperti

kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang.

Kemahiran ini telah membantu memajukan

Kesultanan Johor Riau.

iv. Bukti Kesultanan Johor Riau  Di Johor telah mewujudkan matawang emas

sebagai sebuah negeri yang dan diedarkan semasa pemerintahan Sultan

mempunyai sistem Alauddin Riayat Syah I (1527/28-1564).

perdagangan yang gemilang Matawang ¡ni merupakan yang tertua pernah

digunakan di negeri Johor.

 Menurut MOHD Kassim Haji Ali (1984), duit

itu dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitu

dinar dan kupang dan ianya diterima oleh

sebahagian besar Asia Tenggara dengan kadar

tukaran antarabangsa yang ditetapkan pada

setengab (1/2) dan sperlapan (1/8) Dolar

Sepanyol. Satu emas bersamaan dengan

empat Kupang.

 Mulai pertengahan abad Ke-16, emas dianggap

bernilai separuh dari dolar Spanyol atau

bersamaan dengan empat tanga perak

Portugis.

 Duit-duit emas ini berbentuk persegi lapan,

ianya hanya digunapakai pada pemerintahan

Sultan Abdul Jalil li (1571-1597) dan Sultan

Abdullah Riayat Syah (1615-1623) sahaja.

 Menurut Abdullah Zakaria & Zainal Abidin

(1994), duit emas ia adalah berbentuk bulat,

permukaan depan tertera tulisan jawi atau

Arab dengan nama Sultan yang memerintah,

manakala bahagian belakang pula terdapat

kata-kata pujian Khalifatul Mukminin.

 Semasa pemerintahan Sultan Abbdul Jalil

(1623-1677) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam

(1722-1760), terdapat juga syiling berbentuk

segi lapan yang diperbuat daripada perak.

v. Pandangan anda terhadap Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia

sistem ekonomi negara kita  Ramai pelabur asing ternama melabur di

Malaysia;

 Malaysia merupakan negara hab halal, hab

elektronik, hab pelancongan dan industry

yang mapan.

 Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding

nilai mata wang lain di dunia.

 Penggunaan teknologi termaju dalam bidang

pembangunan ekonomi serta social.

 Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia

seperi PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar

Sepang dan sebagainya.

 Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti

petroleum, kayu dan sebagainya.

vi. Langkah untuk memajukan 1. IPT menyediakan kursus dalam bidang berkaitan

sistem ekonomi masa kini ekonomi

 Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

perlu menyediakan kursus berkaitan ekonomi

seperti keusahawanan.

2. Menyediakan modal dan bantuan teknologi seta
konsultasi

 Pihak berkaitan digalakkan untuk
menyediakan pinjaman modal atau konsultasi
kepada golongan yang kurang berkemampuan
bagi menangani masalah pencarian sumber
pendapatan

3. Mengenal pasti sumber negara yang berpotensi
untuk diamajukan

 Antara contoh sumber negara yang boleh
dimajukan adalah sektor pelancongan

vii. Nilai dan Ikhtibar memandangkan Malaysia kaya dengan
tempat-tempat pelancongan yang menarik
untuk dilawati.

4. Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf
dunia

 Pada masa kini banyak produk-produk
pengeluaran tempatan mendapat tempat di
mata orang luar. Contohnya, jenama Getha
(jenama pengeluaran tilam), Yokohama
(jenama pengeluaran tayar dan bateri kereta),
Mamee (jenama makanan) dan Joven (jenama
pemanas air).

5. Mengadakan program pembangunan seperti
FELDA dan FELCRA

 Mengadakan program pembangunan
bertujuan agar dapat membantu rakyat miskin
menaik taraf sumber pendapatan sekaligus
mengembangkan sektor ekonomi negara.

6. SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah
ekonomi

 Hal ini adalah untuk memastikan sistem
ekonomi negara bersifat bersih dan bebas
daripada jenayah rasuah.

Kita mestilah mementingkan strategi yang berkesan
 Strategi yang berkesan amatlah diperlukan
bagi memastikan kelancaran sesuatu bidang.
Strategi ekonomi/perdagang perlu
diperkukuhkan lagi bagi memastikan sistem
ekonomi negara semakin berkembang.

Mempunyai pentadbiran yang berkesan
 Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan
amatlah penting dalam membentuk sistem
ekonomi yang kukuh. Contohnya dalam
Kesultanan Johor Riau mengamalkan sistem
naungan begi menjamin keselamatan
pedagang asing.

viii. Harapan Mempunyai pemimpin berwibawa
 Seorang pemimpin mempunyai peranan yang
penting dalam pelbagai sektor negara selaku
ketua negara. Pemimpin yang berwibawa
boleh merancang strategi yang berkesan bagi
memastikan kemajuan negara semakin
berkurang.

Berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang
merdeka untuk memahami dan menghayati
kewujudan tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu
ketika dahulu. Melalui pemahaman ini dapat
melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu
ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-
negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap
negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya
pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari
zaman sejarah kegemilangan Johor. Memandangkan
subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus,
para pelajar hanya mempelajarinya untuk lulus dan
tidak memahami dengan mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah menghayati dan
menghargai sejarah negara dan seterusnya
mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

LAPORAN AKHIR

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah
dan Tuan Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (
1528-1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk
membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

Pada tahun 1528, Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di
Kota Kara, Pekan Tua. Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai yang
lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukau
di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan dari ancaman luar.

Pada tahun 1535, Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh
Portugis. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan
di Kota Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar
melintasi sungai yang sempit.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat
pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung
Batu. Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam
memudahkan kemasukan kapal dagang.

Antara ciri-ciri perdagangan di Johor Riau ialah kedudukannya yang strategik.
Sebagai contoh, pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki
oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Lokasi pelabuhan di
kawasan selatan Selat Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang
dari Timur dan Barat. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas
maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

Ciri kedua ialah menjadi tumpuan para pedagang. Perdagangan yang dijalankan
di Johor Riau telah mendapat tumpuan dari pedagang China, Gujerat, Belanda dan

pedagang Inggeris. Johor turut dijadikan pelabuhan pilihan oleh pedagang Jawa
disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka. Hasil pertanian
seperti beras dipasarkan olehb pedagang Siam dan turut menjadi tumpuan pedagang
dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

Ciri Ketiga, Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan
keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab. Barangan
dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada hitam,
biji timah dan emas. Biji timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam
serta Pulau Bangka, Sumatera. Manakala, Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas
pula dari Inderagiri. Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar,
kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam yang didatangkan
dari Pahang, timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan
Rembau.

Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang
dibawa dari China. Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih, barang
tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Pedagang Jawa membawa beras dan
pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan wangian dan manik. Johor juga
mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam.

Ciri keempat pula perdagangan di Johor Riau ini mempunyai pelabuhan amat
sibuk. Dimana terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh
di pelabuhan Johor terutamanya di perlabuhan Riau. Antara kapal yang berlabuh di
Riau termasuklah kapal siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu.

Faktor pertama yang menyebabkan Johor Riau menjadi sebuah pelabuhan entrepot
adalah kerana kemudahan pelabuhan ketika itu. Mereka menyediakan gudang bawah
tanah untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran. Mereka
juga menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan dan

dapat membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagangan seperti lada hitam dan
rempah-ratus.

Faktor yang kedua, Sistem Pengurusan Jual Beli. Perdagangan dijalankan secara
tukar barang dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I
memperkenalkan mata wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai
kupang dan wang timah sebagai katun. Pada akhir abad ke-18, mata wang asing
seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan. Syahbandar
merupakan pembesar yang bertanggungjawab mengurus sistem jual beli dan kutipan
cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah
berpatutan. Syahbandar juga menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.

Faktor ketiga pula ialah Sistem Naungan. Dimana pedagang luar dan pedagang
tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan
Raja Indera Bongsu. Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang
memberikan naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem
naungan. Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran dripada
Belanda dan dapat belayar tanpa gangguan di Selat Melaka.

Faktor yang keempat, Peranan Orang Laut. Orang Laut ditugaskan sebagai
pengawal pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para pedagang
dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka. Orang Laut juga terlibat mengawal
keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan laut.

Faktor yang kelima, Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal. Pelabuhan di
Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil.
Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka membuat kapal pesisir pantai
seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah membantu
memajukan Kesultanan Johor Riau.

Matawang merupakan salah satu bukti Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah
negeri yang mempunyai sistem perdagangan yang gemilang. Di Johor telah
mewujudkan matawang emas dan diedarkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Syah I (1527/28-1564). Matawang ini merupakan yang tertua pernah
digunakan di negeri Johor. Menurut MOHD Kassim Haji Ali (1984), duit itu
dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitu dinar dan kupang dan ianya diterima oleh
sebahagian besar Asia Tenggara dengan kadar tukaran antarabangsa yang ditetapkan
pada setengab (1/2) dan sperlapan (1/8) Dolar Sepanyol. Satu emas bersamaan
dengan empat Kupang.

Mulai pertengahan abad Ke-16, emas dianggap bernilai separuh dari dolar Spanyol
atau bersamaan dengan empat tanga perak Portugis. Duit-duit emas ini berbentuk
persegi lapan, ianya hanya digunapakai pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil li (1571-
1597) dan Sultan Abdullah Riayat Syah (1615-1623) sahaja.

Menurut Abdullah Zakaria & Zainal Abidin (1994), duit emas ia adalah berbentuk
bulat, permukaan depan tertera tulisan jawi atau Arab dengan nama Sultan yang
memerintah, manakala bahagian belakang pula terdapat kata-kata pujian Khalifatul
Mukminin. Semasa pemerintahan Sultan Abbdul Jalil (1623-1677) dan Sultan
Sulaiman Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga syiling berbentuk segi lapan yang
diperbuat daripada perak.

Pada pandangan saya, dari sistem ekonomi negara kite sekarang Malaysia mampu
untuk menjadi kuasa ekonomi dunia. Sebagai contoh, ramai pelabur asing ternama
melabur di Malaysia. Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab
pelancongan dan industry yang mapan. Selain itu, nilai ringgit yang kukuh/stabil
berbanding nilai mata wang lain di dunia. Seterusnya, penggunaan teknologi termaju
dalam bidang pembangunan ekonomi serta social. Kemudahan di Malaysia yang

bertaraf dunia seperi PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya.
Malaysia kini kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu dan sebagainya.

Bagi memajukan sistem ekonomi masa kini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT) perlu menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti keusahawanan.
Keduanya, pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan pinjaman modal atau
konsultasi kepada golongan yang kurang berkemampuan bagi menangani masalah
pencarian sumber pendapatan.

Seterusnya, mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk diamajukan.
Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan adalah sektor pelancongan
memandangkan Malaysia kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik
untuk dilawati. Kita perlu menghasilkan produk tempatan yang bertaraf tinggi. Pada
masa kini banyak produk-produk pengeluaran tempatan mendapat tempat di mata
orang luar. Contohnya, jenama Getha (jenama pengeluaran tilam), Yokohama
(jenama pengeluaran tayar dan bateri kereta), Mamee (jenama makanan) dan Joven
(jenama pemanas air).

Selain itu, mengadakan program pembangunan seperti FELDA dan FELCRA.
Mengadakan program pembangunan bertujuan agar dapat membantu rakyat miskin
menaik taraf sumber pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi negara.
Lebih penting sekali, SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah ekonomi. Hal
ini adalah untuk memastikan sistem ekonomi negara bersifat bersih dan bebas
daripada jenayah rasuah.

Nilai dan ikhtibar yang dapat kita ambil, yang pertama ialah mementingkan
strategi yang berkesan. Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi memastikan
kelancaran sesuatu bidang. Strategi ekonomi/perdagang perlu diperkukuhkan lagi
bagi memastikan sistem ekonomi negara semakin berkembang.

Kedua, kita perlu mempunyai pentadbiran yang berkesan. Tidak dinafikan
pentadbiran yang berkesan amatlah penting dalam membentuk sistem ekonomi yang
kukuh. Contohnya dalam Kesultanan Johor Riau mengamalkan sistem naungan begi
menjamin keselamatan pedagang asing.

Ketiga, kita perlu mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa. Seorang
pemimpin mempunyai peranan yang penting dalam pelbagai sektor negara selaku
ketua negara. Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi yang berkesan
bagi memastikan kemajuan negara semakin berkembang.

Harapan saya, berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah penting untuk
kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati
kewujudan tentang kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui
pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan
Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Selain itu, kemunculan dan kelahiran
kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap negeri ini
mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan yang ditinggalkan kepada
kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan Johor. Memandangkan subjek sejarah
merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya mempelajarinya untuk lulus
dan tidak memahami dengan mendalam.

Oleh itu, saya berharap agar generasi muda haruslah menghayati dan menghargai
sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

SUMBER RUJUKAN

Buku Teks ;
Buku teks Sejarah Tingkatan 2 (KSMM), 2017, Dr. Suffian bin Mansor,
Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin Saidoo,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet ;
 https://syajarahdunya.blogspot.com/2017/12/mata-wang-tanah-
melayu.html


Click to View FlipBook Version