The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2023-10-13 03:10:10

BUKU PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023

BUKU PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023

HARI TERBUKA PROGRAM 14 OKTOBER 2023(SABTU) “PPD KUALA PENYU INSPIRE KECEMERLANGAN” PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA PENYU 7.00AM - 5.00PM DEWAN DATO SYAHBANDAR MAKANG,KUALA PENYU SEMPENA BULAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN PERASMI Salam Sejahtera dan salam madani. Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu atas jemputan kepada saya sebagai perasmi untuk Program Hari ini. Dikesempatan ini saya turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama warga pendidikan daerah bagi memeriahkan Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu bagi tahun 2023. Tahniah, atas penganjuran program ini yang tentunya dilaksanakan demi untuk memastikan warga Kuala Penyu bukan sahaja dalam kalangan pendidik tetapi ibu bapa, anak-anak, komuniti serta pihak-pihak berkepentingan, bersama-sama turut serta dalam proses melaksanakan transformasi Pendidikan. Untuk makluman semua hadirin, saya dimaklumkan program ini adalah berkesinambungan daripada Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah yang telah dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 27 dan 28 Ogos 2022 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diadakan lagi pada tahun ini sempena Program “Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan”. Hadirin yang dihormati, Seperti tahun sebelumnya, program ini merupakan satu usaha kolaboratif untuk menghebahkan kepada masyarakat berkaitan projek serta inisiatif KPM, dengan menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan kepada semua pemegang taruh, pelanggan dan rakan strategik di daerah Kuala Penyu. Melalui program ini juga, kita dapat melihat sendiri pelbagai inovasi dan pencapaian hasil guru dan murid melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera dipamerkan. Penerapan Sekolahku Sejahtera ini perlu dihayati kerana ia perlu dilaksanakan secara holistik di dalam dan di luar institusi dan sudah tentu tidak hanya melibatkan guru dan murid malahan memerlukan sokongan padu daripada komuniti, badan Kerajaan, swasta dan juga pihak NGO.


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN PERASMI Hadirin yang dihormati, Program seumpama ini juga tentulah diadakan sebagai salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan mahupun aduan bagi penambahbaikan berterusan dari pihak PPD. Di sinilah kita boleh memainkan peranan kita sebagai orang awam agar perubahan dapat dilakukan ke arah yang lebih positif. Pada hari ini, sekiranya ada pertanyaan kepada pihak PPD berkaitan pendidikan seperti perkhidmatan pendidikan dan dasar kerajaan bolehlah mengunjungi ruangan pameran mengikut kluster yang disediakan dan bolehlah mengemukakan pertanyaan kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Hadirin yang dihormati, Selain pameran mengikut kluster, program ini saya lihat turut mengetengahkan bakat murid dan aktiviti anak-anak yang dikendalikan sendiri oleh Persatuan Pengetua dan Guru Besar dan Daerah Kuala Penyu. Hari ini, ibu bapa dapat melihat sendiri anak-anak mempersembahkan bakat masing-masing dan boleh memberikan sokongan kepada anak-anak kerana buat masa sekarang bukan sahaja akademik dijadikan kayu ukur kejayaan murid tetapi ianya dinilai secara holistik termasuklah melalui penglibatan murid dalam bidang kokurikulum. Syabas kepada semua ibu bapa yang hadir mengiringi anak-anak, juga guru yang memberikan latihan kepada anak-anak murid ini sehingga berani berdiri di hadapan memperlihatkan bakat masing-masing. Tidak lupa kepada semua pengetua dan guru besar atas kerjasama dalam menjayakan program ini. Harapan kita agar murid-murid ini nanti menjadi generasi pelapis yang berdaya saing dan berkebolehan dalam menerajui kepimpinan masa akan datang. Hadirin yang dihormati, Ingin saya mengigatkan sekali lagi, sebagai ahli dalam sesebuah komuniti, peranan tuan puan menyokong dan bekerjasama melaksanakan aktiviti dan program oleh warga pendidikan daerah sangatlah diharapkan terutama sekali berkaitan pendidikan anak-anak. Oleh yang demikian, kehadiran semua hadirin ke program ini amat saya hargai kerana ia akan lebih mendekatkan masyarakat dengan warga pendidikan memandangkan peranan anda semua dalam mencetuskan pembelajaran berterusan di rumah dan di luar sekolah sekaligus membantu anak-anak apabila mereka melangkah ke alam kerjaya kelak.


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN PERASMI Akhir sekali, Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada seluruh warga Pendidikan Daerah Kuala Penyu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Saya percaya aktiviti sebegini akan dapat merapatkan lagi hubungan diantara orang awam dan warga pendidik demi kemajuan Pendidikan. Tahniah kepada yang berusaha DR Suntik bin Tuin Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu serta seluruh warga pendidik daerah khususnya warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu atas penganjuran hari terbuka ini dan diharapkan semua pengunjung mendapat manfaat daripadanya. Dengan ini saya merasmikan Program Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu bagi tahun 2023. Sekian Terima Kasih.


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN KPPD Salam Sejahtera Salam Malaysia Madani Salam Sabah Maju Jaya Salam JPN SEPAKAT SABAH HEBAT, Salam Nadi ABC…Anak yang Baik lagi Cerdik Salam PPD Kuala Penyu INSPIRE Kecemerlangan Hadirin Yang Dihormati, Pada tahun 2023 ini, kita sangat bertuah kerana dapat bersama-sama berada pada hari ini bagi meraikan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Penyu. Untuk makluman para hadirin, Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Penganjuran Hari Terbuka PPD ini merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di bawah program “Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan” oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini. Program ini merupakan satu usaha kolaboratif untuk menguar-uarkan kepada masyarakat berkaitan projek serta inisiatif transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Melalui Hari Terbuka PPD ini juga masyarakat terutamanya ibu bapa berpeluang untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar dan perkhidmatan baharu pendidikan serta melihat sendiri apa yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh KPM demi kemenjadian anak-anak kita khususnya di Daerah Kuala Penyu ini. Selain itu program ini juga merupakan platform bagi memaparkan inovasi dan pencapaian hasil guru serta murid melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera yang telah dibuat pelancarannya baru-baru ini. Terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan murid dari peringkat pra-sekolah, rendah dan menengah yang akan dapat kita saksikan pada hari ini bagi menunjukkan kekuatan, kelebihan, kemahiran dan bakat pelbagai yang ada dalam kalangan anak-anak kita untuk kita ketengahkan sebagai usaha membentuk kemenjadian murid. Di samping itu ibu bapa juga dapat mengikuti perkembangan pendidikan digital dan aplikasi sistem yang memudahkan pengurusan dalam pendidikan yang diguna pakai pada masa kini. Sekiranya ada maklumat yang diperlukan, ibu bapa boleh terus berhubung dengan pegawai-pegawai PPD yang berada di sini pada hari ini.


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN KPPD Sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka PPD pada hari ini, para hadirin akan dapat menyaksikan beberapa pameran yang dibuat mengikut kluster-kluster yang ada di PPD iaitu: 1) Kluster Sekolah (oleh Sektor Pengurusan Sekolah) di mana antara lainnya maklumat berkaitan dengan EG-Tukar Guru, Sistem Pendaftaran, Penempatan Dan Pertukaran Murid boleh didapati. 2) Kluster Pembelajaran (oleh Sektor Pembelajaran). Para hadirin bolehlah mendapatkan maklumat berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), Pendidikan Khas dan Dual Language Programme (DLP). 3) Kluster Sukan (oleh Sektor Pembangunan Murid) di mana maklumat berkaitan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) dan 1 Murid 1 Sukan boleh didapati. 4) Kluster Hal Ehwal Murid (HEM) (oleh Sektor Pembangunan Murid) di mana dapat diperolehi maklumat-maklumat berkaitan Bimbingan kerjaya TVET/STEM, Program Minda Sihat, HITS/RMT dan Insurans Murid. 5) Juga terdapat Kluster Perkhidmatan Digital (oleh Sektor Perancangan) yang menyediakan maklumat berkaitan dengan kesedaran Pendidikan, Malaysia Madani, Kerjasama Public Private Partnership (PPP)-NGO, Aduan Awam, Perkongsian Amalan Terbaik Digitalisasi, dan juga Pameran Inovasi Sekolah/ PPD. 6)Kluster Pengurusan (oleh Sektor Pengurusan) pula akan menyediakan maklumat berkaitan Kenaikan pangkat, Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) dan pengurusan cuti rehat. 7) Kluster ICT akan membantu anda mengenai pendedahan kepada system ISD, pemeriksaan Laptop (software) dan juga sistem IDme secara berkolaborasi bersama Sektor Pengurusan Sekolah. 8) Dan yang terakhir namun tidak kurang pentingnya ialah Kluster Pentaksiran dan Peperiksaan (oleh Sektor Peperiksaan Dan Pentaksiran) di mana para hadirin boleh mendapatkan maklumat berkaitan pendaftaran Peperiksaan Awam dalam dan luar negeri serta serta Pengurusan keselamatan peperiksaan di daerah.


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN KPPD Selain itu para hadirin juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa aktiviti dan pertandingan menarik yang akan berlangsung semasa Hari Terbuka PPD peringkat daerah Kuala Penyu yang terbuka kepada murid-murid dan juga para pengunjung sekalian. Adalah diharapkan dengan adanya peluang seperti ini semangat dan kerjasama di antara masyarakat dan Pejabat Pendidikan Daerah khususnya di Kuala Penyu ini dapat dikekalkan dan diteruskan pada masa akan datang. Sebelum mengakhiri ucapan saya, di kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua AJK pelaksana, Majlis Pengetua dan Guru Besar, Warga Sekolah, terutamanya kepada guru-guru dan murid-murid yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai bentuk persembahan yang menarik untuk tontonan kita, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk hari terbuka ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan untuk memeriahkan majlis kita pada hari ini. Terima kasih di atas usaha gigih anda menjayakan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu yang diadakan pada tahun ini. Semoga segala komitmen tuan/ puan dalam melaksanakan amanah ini akan mendapat keberkatan Tuhan dan menjadikan kita semua individu yang lebih berdedikasi, ikhlas dan berintegriti. Sekian terima kasih.


PROGRAM HARI TERBUKA UCAPAN KPPD Di samping itu ibu bapa juga dapat mengikuti perkembangan pendidikan digital dan aplikasi sistem yang memudahkan pengurusan dalam pendidikan yang diguna pakai pada masa kini. Sekiranya ada maklumat yang diperlukan, ibu bapa boleh terus berhubung dengan pegawai-pegawai PPD yang berada di sini pada hari ini. Sepanjang berlangsungnya Hari Terbuka PPD pada hari ini, para hadirin akan dapat menyaksikan beberapa pameran yang dibuat mengikut kluster-kluster yang ada di PPD iaitu: 1) Kluster Sekolah (oleh Sektor Pengurusan Sekolah) di mana antara lainnya maklumat berkaitan dengan EG-Tukar Guru, Sistem Pendaftaran, Penempatan Dan Pertukaran Murid boleh didapati. 2) Kluster Pembelajaran (oleh Sektor Pembelajaran). Para hadirin bolehlah mendapatkan maklumat berkaitan dengan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), Pendidikan Khas dan Dual Language Programme (DLP). 3) Kluster Sukan (oleh Sektor Pembangunan Murid) di mana maklumat berkaitan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) dan 1 Murid 1 Sukan boleh didapati. 4) Kluster Hal Ehwal Murid (HEM) (oleh Sektor Pembangunan Murid) di mana dapat diperolehi maklumat-maklumat berkaitan Bimbingan kerjaya TVET/STEM, Program Minda Sihat, HITS/RMT dan Insurans Murid. 5) Juga terdapat Kluster Perkhidmatan Digital (oleh Sektor Perancangan) yang menyediakan maklumat berkaitan dengan kesedaran Pendidikan, Malaysia Madani, Kerjasama Public Private Partnership (PPP)-NGO, Aduan Awam, Perkongsian Amalan Terbaik Digitalisasi, dan juga Pameran Inovasi Sekolah/ PPD.


PROGRAM HARI TERBUKA LATAR BELAKANG Sempena dengan bulan kemerdekaan pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan satu program “Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan”. Program ini merupakan satu usaha kolaboratif untuk menguar-uarkan kepada masyarakat berkaitan projek serta inisiatif KPM. Pelbagai aktiviti sepanjang program tersebut termasuklah Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) secara serentak melibatkan semua PPD seluruh negara. Menyampaikan maklumat terkini dasar dan perkhidmatan baharu Pendidikan kepada pemegang taruh (Stakeholders), pelanggan dan rakan strategik. Mempamerkan inovasi dan pencapaian hasil guru dan murid melalui penerapan elemen Sekolahku Sejahtera. PROGRAM HARI TERBUKA KONSEP PELAKSANAAN PROGRAM HARI TERBUKA OBJEKTIF Pameran di PPD atau kawasan yang mudah diakses oleh orang awam, guru dan murid. Program yang melibatkan majoriti guru dan murid berdasarkan kluster Pendidikan Transformasi Pendidikan KPM.


PROGRAM HARI TERBUKA KUMPULAN SASARAN Ibu bapa, Komuniti, NGO dan orang awam. Pembekal perkhidmatan/pengusaha kantin/kontraktor pembinaan, keselamatan, kebersihan dan penuelenggaraan. Warga sekolah Di antara program dan aktiviti yang dikenalpasti dan sesuai diadakan sempena Program Hari Terbuka PPD Daerah Kuala Penyu 2023 adalah seperti berikut: Slot kesedaran Pendidikan kepada pengunjung Malaysia MADANI Kerjasama Public Private Partnership (PPP)-ngo Aduan Awam Pameran Inovasi sekolah/PPD Perkongsian amalan terbaik digitalisasi EG-Tukar Guru Sistem Pendaftaran, penempatan dan pertukaran murid Pemerkasaan PBS Pendidikan Khas Dual Language Programme (DLP) MSSD/MSSM 1Murid 1Sukan 1.Majlis Pelancaran Upacara Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat, Datuk Limus bin Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya, Negeri Sabah, merangkap ADUN N33 Kuala Penyu. 2. Kluster Program 2.1 Kluster Perkhidmatan Digital (Sektor Perancangan) 2.2 Kluster Sekolah (Sektor Pengurusan Sekolah) 2.3 Kluster Pembelajaran (Sektor Pembelajaran) 2.4 Kluster Sukan (Sektor Pembangunan Murid) PROGRAM HARI TERBUKA PENGISIAN PROGRAM


Bimbingan kerjaya TVET/STEM Program Minda Sihat HITS/RMT Insurans Murid Pendaftaran Peperiksaan Awam dalam dan luar negeri Pengurusan keselamatan peperiksaan di daerah Pengurusan cuti rehat Pengurusan kenaika pangkat/BPK Pendedahan sistem ISD Kiosk Pemeriksaan Laptop(software) Idme (kolabarasi ICT/SPS) 2.5 Kluster HEM (Sektor Pembangunan Murid) 2.6 Kluster Pentaksiran dan Peperiksaan 2.7 Kluster Pengurusan 2.8 Kluster ICT PROGRAM HARI TERBUKA PENGISIAN PROGRAM 3. Pertandingan Mewarna untuk murid sekolah rendah. Aktiviti dikendalikan oleh PGBM mengikut zon yang telah ditetapkan. Pra - Zon Pekan Tahap 1 - Zon Menumbok Tahap 2 - Zon Kerukan Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kuala Penyu (PGBM) akan menganjurkan pertandingan mewarna peringkat sekolah rendah yang bertemakan kemerdekaan. Semua sekolah rendah digalakkan menghantar penyertaan. Pemenang akan ditentukan oleh MGB. 4 Pertandingan Singing Fiesta Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Kuala Penyu akan menganjurkan Pertandingan Singing Fiesta. Penyertaan dibuka kepada semua murid sekolah menengah Daerah Kuala Penyu.


5 Pengunjung Bertuah (Hamper PGBM/PPD/Sumbangan) Slot acara pengunjung bertuah akan diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada jam 9.00 pagi, 12.00 tengahari dan 3.00 petang . Nombor bertuah akan diserahkan kepada pengunjung di kaunter pendaftaran semasa pengunjung membuat pendaftaran kehadiran. Sumber untuk pengunjung bertuah ini akan diperolehi daripada tajaan pegawai-pegawai PPD, PGBM, syarikat-syarikat, agensi-agensi luar atau pun orang perseorangan. 6 Tayangan Montaj Tayangan montaj diadakan sepanjang masa dengan memaparkan video warga PPD dan PGB serta segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PPD sepanjang tahun. PROGRAM HARI TERBUKA PENGISIAN PROGRAM 7 Tapak/Booth Gerai dan Pameran Gerai dibuka kepada peniaga kecil yang berminat untuk menjual pelbagai makanan, minuman, kraftangan dan lain-lain manakala pameran ditawarkan kepada agensi-agensi luar yang berminat untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. 8 Persembahan Bakat Murid Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kuala Penyu (PGBM) menganjurkan persembahan bakat murid yang merangkumi 30 buah sekolah dan tadika swasta. Setiap sekolah bebas mempersembahkan bakat murid dalam pelbagai jenis persembahan.


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA INDUK PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 Penasihat : YBhg. Tuan Hj. Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Pengerusi : Dr. Suntik bin Tuin, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Timbalan : Pengerusi Puan Monica Sinin, Timbalan PPD, Sektor Perancangan Cik Daimah binti Edin, Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran Encik Azrih bin Taip, Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid Encik Ariffin@Mohamad Ariffin bin Haji Jasri, Menjalankan Tugas Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah Puan Flavia Suimin, Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Encik Nordin bin Mohd. Taip, Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kuala Penyu Setiausaha : Encik Hussin Alim, Penolong Pegawai Sektor Perancangan Penolong : Setiausaha Encik Wanchik bin Rawi Pembantu Tadbir, Sektor Perancangan Bendahari : Puan Hazwani Ariffin Ketua Pembantu Tadbir, Unit Kewangan AJK : Encik Ebinus bin Kunini Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Ketua Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Encik Shahrizan bin Sarkawi Kaunselor Pendidikan Daerah Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling Puan Rufina Augustine Pegawai Eksekutif Tinggi Ketua Sektor Pengurusan


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 Penyelaras : Program Encik Hussin Alim Penolong Pegawai, Sektor Perancangan Timbalan : Pengerusi Cik Daimah Binti Edin Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran Encik Azrih Bin Taip Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid Encik Ariffin@Mohamad Ariffin bin Haji Jasri Menjalankan Tugas Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah Puan Flavia Suimin Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Encik Nordin bin Mohd. Taip Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kuala Penyu Penasihat : Dr Suntik bin Tuin Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Pengerusi: Puan Monica Sinin Timbalan PPD, Sektor Perancangan


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 BIL 1 2 3 4 NAMA En. J.Mizan bin Zurin En. Shahril bin Abu Bakar Dr.Suntik Bin Tuin Pn. Monica Sinin Cik Daimah Edin En. Azrih Taip En. Ariffin bin Hj Jasri Pn. Flavia Suimin En. Nordin bin Taip Cik Chung Fook Ha @ Evvona(K) Cik Esther Jongri BIDANG TUGAS Floor Manager Stage Manager AJK Protokol & Sambutan AJK Jemputan 5 6 7 8 Pn Petronella Wincis(K) En. Jimmy Juait Pn. Azarina Ag Damit Pn. Hazwani Arifin Cik Syadwani Okal(K) Cik Esther Jongri En. Hyairron Anthony(K) En. Mohd Fadli bin Tajudin En. Zulirfan(FT) En. Harris Othman(K) En Ijap bin Kumandu Puan Asharina binti Ahmad Cik Fatin Nur Amirah AJK Pendaftaran AJK Teks Perutusan AJK Pelancaran & Slaid Pembentangan AJK Pengacara Majlis & PA Sistem


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 BIL 9 10 11 12 13 14 NAMA Pn Dayang Matsah binti Ahmad (K) Murid-murid SK Palu Palu Pekerja Pembersihan PPD En. Dulikom Ajak(K) En. Richarl Sinin En Suhaik bin Sireh En. Ahmad bin Husin En. Matali Assan Pn. Weddia Kimpui(K) Pn Diwisuriyana Binti Zahari Pn. Noorhaizan binti Ag Ghaffar Ustaz Jamain bin Majit En Ricky (FT) En Jamawih Kanapi En Juin Tanyuh En Zulirfan En. Mohd Safa bin Jakarah (K) En Mohd Fadli bin Tajudin En. Dulamit bin Bongsu En. David Tam En. Hussin bin Liat En Mahadi bin Ismail En George Juli En. Wanchik bin Rawi En. Razaleigh Bin Ismail BIDANG TUGAS AJK Kebersihan AJK Tapak/Booth Peniaga AJK Jamuan (Perasmi, PPD, PGB) AJK Bacaan Doa AJK Media & Publisiti AJK Peralatan


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 BIL 15 16 17 18 NAMA En. Sitarazmi Abdul(K) En. Ariffin bin Jasri Ustaz Noradi bin Hunos Hj. Jamail bin Kadar En Ajrie bin Madini En. Mohd Zaini bin Bugar En. Saruji bin Saidi En. Wanchik bin Rawi En. Christopher Mitus SK Pekan Kuala Penyu(K) SK ST Stephen SJKC Chung Hwa Cik Noorihan binti Delleh(K) Pn Tamina Binti Rasnih Pn Yong Lily Pn. Melina Galawis Cik Adlin Pn Maziah Jusseh(K) Pn Rohana binti Abdul Rahman Pn Juliana Tuin BIDANG TUGAS AJK Persiapan & Susun Atur Dewan AJK Hiasan Pentas AJK Cenderahati Perasmi & Hadiah (Pertandingan Mewarna & Singing Fiesta/ Pengunjung bertuah) AJK Cabutan Pengunjung Bertuah


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 BIL 19 20 21 22 23 24 25 26 27 NAMA Cik Halmizah binti Tukling(K) Pn. Doris Allen Pn. Irmayanty binti Ibrahim Cik Marcella Justine En. Abdul Rahman Taib En. Sahril FT(K) En Jason Cik Marcella Justin En. Shahrizan bin Sarkawi(K) En. Ak Firdaus (FT) En. Alif Ashraf En. Abd Rahman Taib(K) En. Roshdari bin Muaram Pn Asrifah Amirul(K) Dibantu Oleh PeWanis En. Nordin bin Taib(K) Pn. Haziza Binti Limat Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kuala Penyu Pra - Zon Pekan Kuala Penyu Tahap 1- Zon Menumbok Tahap 2- Zon Kerukan PPSMS PPD Kuala Penyu BIDANG TUGAS AJK sijil Focal Person PPD Kuala Penyu AJK Buku Program AJK Siaraya AJK Backdrop & Bunting AJK Zumba AJK Persembahan bakat Murid AJK Pertandingan Mewarna AJK Pertandingan Singing Fiesta


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 BIL 28 29 30 31 32 33 34 35 36 NAMA Pn Monica Sinin En. Ariffin bin Jasri Cik Daimah binti Edin En. Azrih bin Taip En Dulamit bin Bongsu En. Ebinus Kunini Pn. Rufina Augustine En. Sahril Abdul Rahman Pn. Monica Sinin(K) En. Wanchik Rawi BIDANG TUGAS Pengarah Kluster Perkhidmatan Digital Pengarah Kluster Sekolah Pengarah Kluster Pembelajaran Pengarah Kluster Sukan Pengarah Kluster HEM Pengarah Kluster Pentaksiran dan Peperiksaan Kluster Pengurusan Kluster ICT AJK Dokumentasi & Rumusan


PROGRAM HARI TERBUKA TENTATIF MASA 7.00 - 8.00 pagi 8.00 - 8.15 pagi 8.20 - 9.00 pagi 8.30 - 8.50 pagi 9.00 - 10.00 pagi 9.00 - 9.30 pagi 9.30 - 10.30 pagi 10.45 - 11.45 pagi 12.00 - 1.00 petang 1.00 - 2.00 petang AKTIVITI Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu Para Pengetua dan Guru Besar Daerah Kuala Penyu Para peserta pertandingan Para pengunjung ( Komuniti setempat dan agensiagensi luar) PENDAFTARAN KEHADIRAN Sesi fotografi warga pendidik PPD Kuala Penyu 5 cabutan Tiket Bertuah SESI FOTOGRAFI Pengurusan Kewangan oleh agensi jemputan TAKLIMAT DARIPADA DCRA Pertandingan Mewarna Pertandingan Singing Fiesta Persembahan Bakat Murid PENDAFTARAN PESERTA PERTANDINGAN/PERSEMBAHAN Pertandingan Mewarna Pertandingan Singing Fiesta Cabutan tiket bertuah Cabutan tiket bertuah Cabutan tiket bertuah Persembahan Bakat Murid Sesi 1 Persembahan Bakat Murid Sesi 2 Persembahan Bakat Murid Sesi 3 REHAT


PROGRAM HARI TERBUKA JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HARI TERBUKA PPD 2023 MASA 1.50 - 2.00 petang 2.00 - 3.00 petang 3.00 - 3.20 petang 3.20 -3.40 petang 3.40 - 4.30 petang 4.40 petang 5.00-6.00 petang AKTIVITI Ketibaan pegawai perasmi dan pegawai jemputan Lawatan ke tapak/gerai jualan di luar dewan Lawatan ke tapak/booth pendidikan, booth agensiagensi luar di dalam dewan Persembahan Tarian Sambut Tamu oleh pelajar-pelajar SMK Menumbok Ucapan alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu, DR. Suntik bin Tuin Ucapan Pegawai Perasmi, YB Datuk Limus Jury 5 cabutan tiket bertuah oleh Pegawai Perasmi Perasmian penutupan Hari Terbuka PPD 2023 Penyampaian hadiah/sijil kepada pemenang Majlis dijangka selesai Zumba by Zin Ruhayati PROGRAM HARI TERBUKA PENUTUP Pelaksanaan Program Transformasi Daerah (DTP): Hari Terbuka PPD Kuala Penyu Tahun 2023 ini diharap akan dapat menyalurkan dasar dan hala tuju KPM / JPN, menyebarkan maklumat yang berkaitan pendidikan, serta memberi pemahaman kepada warga pendidikan dan masyarakat.


PROGRAM HARI TERBUKA PENGHARGAAN SEKALUNG PENGHARGAAN YB Datuk Limus Bin Jury ADUN N33 Kuala Penyu, merangkap Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah Pejabat Daerah Kuala Penyu Majlis Daerah Kuala Penyu Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Kuala Penyu PDRM Daerah Beaufort PDRM Daerah Kuala Penyu Shell Vista Kaya Beaufort Warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Penyu


Click to View FlipBook Version