The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bryan.rbxgaming, 2022-10-09 22:17:27

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

KEPUPUSAN
FLORA DAN

FAUNA

NAMA : BRYAN SELVARAJ A/L DEVAN
KELAS : 3 ADIL

PENGENALAN

Pada masa kini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang
berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang
perlu dibayar untuk mencapaisemua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai
khazanah bumi terpaksa di korbankan untuk memenuhi kehendah dan
nafsu manusia masa kini. Kealpaan manusia telah mengakibatkan
angka flora dan fauna yanghamper pupus semakin meningkat
angkanya. Kepupusan flora dan fauna telah berada pada zon berbahaya
dan ia perlu diambil serius selagi kita mempunyai masa.

DEFINASI

Menurut kamus bahasa melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud
`tumbuhan-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu
masa’, manakala fauna pula bermaksud `seluruh binatang yang hidup di
suatu tempat’. Kepupusan pula menurut kamus bahasa melayu bemaksud
`habis lenyap’. Kepupusan flora dan fauna boleh di definisikan sebagai
kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan semulajadi dari muka
bumi.

Punca-Punca Kepupusan
Flora Dan Fauna

1) PEMBALAKAN HARAM

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyumbang kepda kepupusan flora dan
fauna sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Diantara punca-
puncanya adalah pembalakan haram yang merupakan salah satu punca utama
kepupusan flora dan fauna. Pembalak-pembalak haram giat menjalankan
pembalakan secara terbuka di kawasan yang tidak sepatutnya ditebang dan
menyebabkan tumbuhan renek mengalami kepupusan.

2) PEMBAKARAN HUTAN

Pembakaran hutan juga dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab
yang dilakukan secara terbuka. Hal ini akan menyebabkan habitat
kehilangan tempat tinggal. Perkembangan arus permodenan
menyebabkan banyak pembangunan berlaku di atas bumi. Untuk
memenuhi permintaan yang semakin tinggi, banyak kawasan baru
yang diterokai untuk membina penempatan baru, dijadikan kawasan
pertanian dan perindustrian

3) AKTIVITI MENANGKAP IKAN

Selain itu, aktiviti menangkap ikan merupakan salah satu punca rezeki
bagi nelayan-nelayan di persisiran pantai. Tangkapan menggunakan
jala, pancing, bubu dan cara tradisional yang lain menjejaskan habitat
dan bilangan hidupan akuatik di perairan dan menggugat segala
hidupan di dasar laut seperti terumbu karang dan sebagainya.

4) SUHU BUMI MENINGKAT

Suhu dunia juga semakin meningkat dari hari ke hari yang
menunjukkan bahawa lapisan ozon semakin menipis. Tidak
semua flora dan fauna mampu bertahan dengan suhu yang
panas membahang. Apabila hutan mengalami kepanasan yang
melampau iaitu mengalami kepanasan global, haiwan-haiwan
juga turut merasainya.

KESAN-KESAN KEPUPUSAN
FLORA DAN FAUNA

1) KITARAN KEHIDUPAN AKAN TERJEJAS

Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan yang serius,
ia turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya, haiwan yang diburu
boleh menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk
mengawal populasi rusa dan kijang. Haiwan-haiwan ini terus membiak dan
mampu merosakkan kawasan rumput di sekitarnya.

2) HAKISAN TANAH DAN TANAH RUNTUH

Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah baru
mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidak langsung
mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan
tanah sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi. Tetapi apabila
hutan dan pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam
tanah. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu
untuk menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah
atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan dengan tragedi
tanah runtuh di Genting Highlands dan Highlands tower. Jika
diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak banyak pokok dan ini
menyebabkan hakisan tanah sekaligus tanah runtuh pun berlaku.

3) MENCACATKAN PEMANDANGAN ALAM

Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam
semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata
hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia
yang kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan
serta hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang
terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan
alam semulajadi

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
melakukan sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan Negara
menerusi perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika
khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya tidak ada lagi
yang tinggal untuk generasi yang akan datang. Dunia ini adalah
pinjaman manusia tidak berhak untuk merampas atau meragut kekayaan
dunia dengan sewenang-wenangnya segala pekara yang ingin dilakukan
perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman
terhadap alam semulajadi. Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi
mimpi ngeri buat kita semua jika tiada sikap ambil peduli dengan
anugerah Tuhan ini.


Click to View FlipBook Version