Mesyuarat Agung
PIBG
KALI KE-8 TAHUN 2021
SMK JERLUN
TARIKH : 16 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 10.00 PAGI
KAEDAH : APLIKASI ATAS
TALIAN
0
Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Sekapur Sirih Penasihat PIBG
2
2. Seulas Pinang YDP PIBG 3
4
3. Atur Cara Majlis 5-8
9 - 10
4. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-7 11
12
5. Notis Mesyuarat Agung PIBG 13
15 - 17
6. Jawatankuasa PIBG 2019/2021 18
19
7. Agenda Mesyuarat Agung PIBG
8. Laporan Aktiviti PIBG
9. Anggaran Bajet Program Kurikulum
Sepanjang 2020
10 Gambar aktiviti
11. Sekalung Budi
1
SEKAPUR SIRIH
PENASIHAT PIBG SMK JERLUN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana atas limpah dan inayah-Nya, kita dapat
melaksanakan dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 dalam norma
baharu ini melalui aplikasi atas talian.
Sekalung budi dan tahniah diucapkan kepada AJK PIBG sesi 2019/2021 atas
sokongan dan bantuan dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah untuk
menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun sebagai sebuah sekolah yang
cemerlang di Daerah Kubang Pasu khasnya dan seluruh Negeri Kedah amnya.
Sesungguhnya dengan segala sokongan dan kerjasama pihak PIBG sama ada
dalam bentuk kewangan, tenaga serta sokongan moral, maka pelbagai program
dapat dilaksanakan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum
para pelajar di sekolah ini, bertepatan dengan slogan “sederap melonjakkan prestasi
sekolah”.
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun menggalas tanggungjawab dan
harapan dari pelbagai pihak bagi merealisasikan objektif dan matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, dalam usaha untuk mencapai hasrat tersebut saya
menyeru kepada warga pendidik, ibu bapa dan para waris agar menjadikan PIBG
sebagai platform yang membolehkan tuan-tuan dan puan-puan bertemu untuk
berkolaboratif, berdiskusi dan menjana idea bagi merealisasikan kecemerlangan
pendidikan yang dicita-citakan, bak kata pepatah Melayu BULAT AIR KERANA
PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT.
Akhir kata, saya mewakili warga pendidik Sekolah Menengah
Kebangsaan Jerlun ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya atas
sumbangan semua pihak bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini.
Semoga usaha murni tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat keberkatan Ilahi.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………………………………
(SITI RUBIAH BINTI MOHD ARSHAD)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun
2
SEULAS PINANG
YDP PIBG SMK JERLUN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan inayah-Nya, kita telah dipertemukan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8
dalam norma baharu ini. Segala-galanya lahir daripada ketulusan dan keikhlasan
serta komitmen yang jitu demi kepentingan dan kejayaan anak-anak kita.
Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, saya yakin bahawa PIBG
merupakan mekanisme yang amat penting dan berkesan dalam usaha menjayakan
Sarana Ibu Bapa bagi merealisasikan kecemerlangan pendidikan yang bertaraf
dunia selaras dengan Anjakan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. PIBG membawa maksud Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mana
gabungan antara ibu bapa dan para guru dalam membangunkan sekolah bahkan
kejayaan sesebuah sekolah juga berkait rapat dengan sokongan dan peranan ibu
bapa sekalian. Bak kata pepatah Melayu, “Bagai Aur Dengan Tebing”. Paduan dua
komuniti ini insyaAllah akan menghasilkan impak yang amat baik dalam usaha
membantu dan membangunkan sekolah. Bahkan juga kemenjadian murid dalam
akademik, sahsiah mahupun kokurikulum akan semakin cemerlang dan hebat.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah kepada
pihak sekolah atas kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Semoga kejayaan yang
lebih besar akan menjadi milik SMK jerlun. Di sini juga saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada barisan pentadbir dan juga semua guru yang tidak pernah jemu
menjalankan peranan masing-masing demi kejayaan sekolah dan anak-anak didik.
Semoga pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu mencurahkan bakti kepada
anak-anak kami.
Akhir kata sebagai ibu bapa dan waris, segala usaha dan pengorbanan para
guru amat kami hargai dan sanjungi. Sesungguhnya pengorbanan anda pasti diberi
ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(NOR AZEHAD BIN HJ HASIM)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun
3
ATUR CARA PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN
KALI KE-8 TAHUN 2021
10.00 PAGI : Pendaftaran ibu bapa / penjaga
: Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Bacaan doa
: Ucapan YDP PIBG Sesi 2020/2021
En Norazehad bin Hj Hasim
: Ucapan Pengetua
Pn Siti Rubiah binti Mohd Arshad
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8 dimulakan.
: Bersurai
4
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN
KALI KE-7 TAHUN 2021
Tarikh : 5 Mac 2020
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seri Pagi, Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun
I. Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG
1. Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Nor Azehad bin Haji Hasim mengucap syukur ke
hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya dapat melaksanakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-7 pada tahun ini. Ucapan terima kasih juga kepada
Jawatankuasa pelaksana sama ada dalam kalangan guru-guru mahupun ibu
bapa kerana memberi komitmen dan kerjasama yang baik dalam menjayakan
majlis pada hari ini.
2. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para waris yang hadir dalam
mesyuarat pada kali ini terutamanya kepada kaum ibu kerana kehadiran ibu-
ibu lebih ramai berbanding waris lelaki. Beliau turut menyatakan hasrat agar ibu
bapa sepatutnya dapat menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan
kerana pada hari inilah ibu bapa dapat mengetahui segala aktiviti sekolah dan
perkembangan anak-anak secara terus dan bersemuka seterusnya dapat
sama-sama berusaha membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi
akademik, kokurikulum serta sahsiah pelajar.
II. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
3. Puan Nusaibah binti Abdullah selaku Setiausaha PIBG membentangkan minit
mesyuarat kali ke-6 tahun 2019.
Cadangan pengesahan : Encik Mohd Sobri bin Ismail
Disokong oleh : Encik Shuib bin Ayub
III. Laporan Kewangan
4. Puan Suharni binti Hussin selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan
kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2019. Baki pada awal tahun
2018 berjumlah RM28,614.82. Jumlah kutipan dan sumbangan bagi tahun 2019
termasuk dari akaun tumpang adalah sebanyak RM58,961.95. Jumlah
keseluruhan pendapatan 2019 sehingga 31 Disember 2019 adalah sebanyak
RM87,576.77. Jumlah perbelanjaan sehingga 31 Disember 2019 ialah sebanyak
RM62,545.60. Jumlah baki akhir tahun 2019 adalah sebanyak RM 25,031.17.
5
5. Puan Roshayati binti Ismail mencadangkan agar pembentangan bayaran dan
sumbangan tersebut diterima dan telah disokong oleh Puan Roslina binti Ismail.
IV. Pembentangan dan Perbahasan Usul
6. Encik Soberi bin Harun mengemukakan cadangan berkaitan dengan
penambahan satu lagi mesin “water cooler” di sekolah ini. Beliau memberitahu
bahawa sebuah mesin “water cooler” telah dipasang pada tahun lepas,
namun masih perlu ada penambahan sebuah lagi mesin “water cooler” di
kawasan lain. Pemasangan ini akan memudahkan para pelajar untuk minum.
Encik Nor Azehad menjelaskan bahawa dua permohonan “water cooler” telah
dibuat tetapi tertangguh kerana faktor kewangan dan kos. Beliau meminta
persetujuan semua ahli PIBG untuk membeli “water cooler” yang baru.
7. Puan Siti Rubiah mengemukakan cadangan berkaitan Tabung Kecemerlangan
PT3 dan SPM. Beliau memberitahu bahawa cadangan ini telah dilontarkan
semasa Program Penetapan Target. Sebelum ini, waris telah bersetuju dengan
jumlah kutipan yang telah ditetapkan iaitu RM 50 untuk PT3 dan RM 100 untuk
SPM. Namun, jumlah kutipan tersebut tidak dapat menampung kos untuk bahan,
makan dan minum pelajar. Oleh itu, jumlah kutipan yang baru untuk PT3 dan SPM
akan diasingkan supaya sekolah mudah menggunakan dana tersebut bagi
tujuan pembangunan kecemerlangan PT3 dan SPM. Hal ini penting untuk
mengelakkan berlakunya salah faham waris tentang tabung tersebut. Puan Siti
Rubiah binti Mohd Arshad memaklumkan kepada waris bahawa Program
Qiamulail Tingkatan 3 dan 5 yang diadakan pada masa cuti penggal 1 tidak
mempunyai peruntukan dana yang cukup. Wang sebanyak RM 5 akan dikutip
daripada para pelajar untuk bayaran makanan pelajar. Wang dikutip atas
cadangan dan persetujuan waris dan waris boleh membayar dalam bentuk
ansurans. Justeru, pengetua berharap agar dapat menggunakan dana sedia
ada untuk membantu memacu kecemerlangan pelajar. Encik Nor Azehad
memaklumkan bahawa waris telah bersetuju dengan jumlah kutipan RM 150
untuk pelajar SPM dan RM100 untuk pelajar PT3. Hal ini penting untuk membantu
sekolah menjana kecemerlangan anak-anak.
8. Encik Mohd Sobri bin Ishak mengemukakan usul berkaitan para pelajar yang
datang dan pulang dari sekolah tanpa memakai topi keledar dan berlumba-
lumba di jalan raya.
6
8.1 Antara saranan beliau ialah :
a) Perlukah sekolah mendapatkan bantuan pihak polis ( PDRM unit trafik)
untuk mengambil tindakan terhadap masalah pelajar yang datang dan
pulang tanpa memakai topi keledar.
b) Laluan hadapan sekolah merupakan laluan yang dikongsi dengan pihak
MADA. Seringkali juga laluan tersebut menjadi tempat parkir kenderaan
berat seperti lori dan treler. Hal ini meningkatkan kebimbangan waris akan
berlakunya kemalangan yang membabitkan pelajar dan waris di samping
menyukarkan waris apabila hendak menjemput anak mereka pulang dari
sekolah.
9. En Nor Azehad selaku YDP PIBG memaklumkan bahawa tugas guru hanya
berada di dalam kawasan pagar sekolah sahaja. Di luar kawasan sekolah adalah
menjadi tanggungjawab pihak berkuasa di samping peranan waris untuk
memastikan anak-anak mematuhi peraturan seperti pemakaian topi keledar.
Walaubagaimanapun YDP akan berusaha dan mengambil tindakan dalam
usaha memastikan anak-anak pelajar datang dan pulang dalam keadaan
selamat. Antaranya ialah :
9.1 Memanjangkan surat aduan kepada Majlis Daerah untuk memasang
Tanda larangan meletakkan kenderaan di laluan hadapan sekolah.
9.2 Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk mendapatkan khidmat
bantuan PDRM unit Trafik untuk pemantauan kenderaan dan anak-anak
pelajar yang bermotosikal ke sekolah di samping menyampaikan
ceramah tentang peraturan dan tatacara menunggang motosikal
dengan baik.
9.3 YDP PIBG turut menasihati para waris agar memastikan pelajar yang
datang ke sekolah dengan menunggang motosikal “sendiri” perlu
mempunyai lesen atau insuran jalan dan memakai topi keledar.
10. Pengetua juga memberi maklum balas bahawa setiap tahun pihak sekolah di
bawah Unit HEM dengan kerjasama PDRM Unit Trafik Kubang Pasu mengadakan
ceramah kesedaran tentang keselamatan di jalan raya kepada para pelajar.
Beliau berharap waris turut sama memainkan peranan supaya pelajar patuh
kepada peraturan.
7
V. Hal-hal lain
11. Puan Siti Rubiah binti Mohd Arshad memaklumkan bahawa bilangan guru, staf,
pekerja swasta dan pengawal keselamatan yang ada di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jerlun adalah seramai 50 orang. Sekolah kekurangan tenaga kerja
untuk melakukan pembangunan dengan keluasan kawasan sekolah sebanyak
26 hektar. Justeru sekolah memerlukan kerjasama serta komitmen waris yang
mempunyai kemahiran bertukang untuk sama-sama membantu sekolah
melaksanakan penambahbaikan kerja-kerja membangunkan persekitaran
sekolah.
12. Puan pengetua meminta jasa baik ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang
akan menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM khususnya. Misalnya program
seperti Perkampungan Ilmu. Para pelajar akan bermalam di sekolah. Oleh itu, ibu
bapa para pelajar berkenaan dicadangkan agar hadir ke sekolah untuk
membantu menjayakan program tersebut. Waris lelaki boleh menjadi peneman
tidur para pelajar lelaki pada waktu malam dan waris perempuan boleh
membantu dalam penyediaan minuman pelajar.
13. Encik Nor Azehad bin Haji Hashim mencadangkan agar sebarang program yang
dilaksanakan pada waktu malam boleh dihadiri oleh waris-waris yang
berkelapangan. Para waris boleh datang untuk memberikan sokongan kepada
anak-anak supaya mereka akan lebih bersemangat untuk belajar terutamanya
anak-anak yang akan menduduki PT3 dan SPM.
V. Ucapan Penangguhan
14. YDP mengucapkan rasa syukur kerana mesyuarat berjalan dengan lancar dan
beliau berharap mesyuarat kali ini akan menyatukan ibu bapa bagi
memantapkan lagi perjalanan sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.
8
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN
06150 AYER HITAM, KEDAH DARUL AMAN
Ruj Kami : SMKJ 700-1/1/4 ( 3 )
Tarikh : 3 Oktober 2021
Ibu Bapa / Penjaga dan Guru,
Ahli-ahli PIBG
SMK Jerlun, KM 16 Jalan Putra,
06150 Ayer Hitam, Kedah Darul Aman.
Tuan /Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK JERLUN KALI KE-8
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Jerlun akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-8 seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 Oktober 2021
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 Pagi
Kaedah : Aplikasi atas talian
Tempat : Rumah masing-masing
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan Pengerusi PIBG
3.2 Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-7
3.3 Membentang menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan PIBG 2020
3.4 Membentang, menerima dan mengesahkan Laporan Kewangan PIBG 2020
3.5 Membentangkan usul-usul dan cadangan
3.6 Pembubaran JK PIBG
3.7 Pelantikan Pengerusi Sementara bagi mempengerusikan Pelantikan JK PIBG
sesi 2021/2023
3.8 Pelantikan JK PIBG sesi 2021 / 2023
3.9 Hal-hal lain
3.10 Ucapan penangguhan
4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang menjalankan amanah,
(NOR AZEHAD BIN HJ HASIM)
YDP PIBG
SMK JERLUN
9
____________________________________
____________________________________
____________________________________
_________________________________________________________________________
Kepada,
Setiausaha PIBG
SMK Jerlun, KM 16 Jalan Putra,
06150 Ayer Hitam, Kedah Darul Aman.
Tuan / Puan,
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK JERLUN KALI KE-8
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Saya ibu / bapa / penjaga kepada ________________________________________
dari Tingkatan ____________________ * akan hadir / tidak hadir pada Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-8 PIBG secara Google Meet seperti yang dimaklumkan.
3. Bersama-sama ini, saya sertakan usul untuk dibahaskan dalam mesyuarat tersebut.
3.1_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3.2_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3.3_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. Kerjasama tuan / puan dalam memaklumkan notis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-8
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
………………………………………
()
*Potong yang mana tidak berkenaan
10
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN
Penasihat : Pn Siti Rubiah binti Mohd Arshad
Yang Dipertua : En Nor Azehad bin Hj Hasim
Naib Yang Dipertua : En Zainuddin bin Ismail
Setiausaha : Pn Nusaibah binti Abdullah
Penolong Setiausaha : Pn Siti Meriam binti Salleh
Bendahari : Pn Suharni binti Hussin
AJK Guru : Tn Hj Soberi bin Harun
: En Mohammad Shukor bin Abdul Rahim
AJK Waris : Pn Ommi Kalsom binti Nordin
: Pn Noor Azima binti Che Omar
Juru Audit Dalaman : Pn Nor Shahida binti Shafie
Pemeriksa Kira-kira : En Mat Radzi bin Said
: En Mohd Ghazali bin Omar
: En Bazri bin Abu Bakar
: En Che Din bin Othman
: En Chek Din bin Baharum
: En Muhammad Hafizi bin Mahamad
: En Hasnizan bin Shafie
: En Abd Ghani bin Abd Raof
: Pn Rozita binti Rejab
: Pn Azura binti Mat Zukhi
: Pn Azizah binti Yaacob
: Pn Suhaily binti Ahksan
: En Abdul Wahab bin Abdul Rahman
11
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JERLUN
KALI KE-8 / 2021
1. Ucapan Pengerusi PIBG
2. Membentangkan dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG
Kali Ke-7
3. Membentang menerima dan mengesahkan Laporan Tahunan PIBG
2020
4. Membentang, menerima dan mengesahkan Laporan Kewangan
PIBG 2020
5. Membentangkan usul-usul dan cadangan
6. Pembubaran JK PIBG
7. Pelantikan Pengerusi Sementara bagi mempengerusikan Pelantikan
JK PIBG sesi 2021/2023
8. Pelantikan JK PIBG sesi 2021 / 2023
9. Ucapan penangguhan
10. Bersurai
12
LAPORAN TAHUNAN PIBG 2020
BIL PERKARA TARIKH
16.01.2020
1 MESYUARAT JK PIBG BIL 1/2020 01.02.2020
10.02.2020
2 ASASI-KUALA JERLUN ENGAGEMENT 10.02.2020
TOWARDS COMMUNITY DEVELOPMENT 05.03.2020
27.07.2020
3 MESYUARAT JK PIBG BIL 2/2020 07.09.2020
21.09.2020
4 PEMANTAUAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
KELAS 23.09.2020
24.09.2020
5 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -7 27.09.2020
29.09.2020
6 MESYUARAT JK PIBG BIL 3/2020 08.10.2020
7 PROJEK TERNAKAN IKAN PUYU SIAM
TAKLIMAT PERSEDIAAN PEMANTAUAN
8 VERIFIKASI PENGURUSAN PIBG TERBAIK –
FASA 1
TAKLIMAT PERSEDIAAN PEMANTAUAN
9 VERIFIKASI PENGURUSAN PIBG TERBAIK –
FASA 2
10 GOTONG-ROYONG PROJEK CHOKANAN
11 GOTONG-ROYONG BILIK GERAKAN PIBG
12 VERIFIKASI PENGURUSAN PIBG TERBAIK
TAKLIMAT PERSEDIAAN PEMANTAUAN
13 VERIFIKASI PENGURUSAN PIBG TERBAIK –
FASA 3
13
BIL PERKARA TARIKH
14 TINJAUAN KELAS OLEH YDP PIBG 08.10.2020
15 GOTONG-ROYONG PROJEK KELAPA MATAG 09.10.2020
16 BRIDGET KOMUNITI – ZIARAH CAKNA 06.10.2020
17 BRIDGET KOMUNITI – ZIARAH CAKNA 20.10.2020
18 BRIDGET KOMUNITI – ZIARAH CAKNA 22.10.2020
19 MESYUARAT JK PIBG BIL 4/2020 08.11.2020
20 BRIDGET KOMUNITI – ZIARAH CAKNA 03.12.2020
14
ANGGARAN BAJET PROGRAM KURIKULUM SEPANJANG 2020
(Program yang memerlukan Peruntukan PIBG)
BIL TARIKH NAMA PROGRAM SASARAN TEMPAT KOS (RM)
A. UNIT KURIKULUM
1. 11 April Program Sinergi Dirimu T3 Sekolah 540.00
Sekolah 200.00
2. 23 Jun Bengkel Jari Jemariku T4
Menari Sekolah 100.00
Sekolah 300.00
3. 28 Jun Hari Penetapan Target T5
Sekolah 300.00
3. 21 Jun Minggu Bahasa Semua
murid Sekolah 600.00
4. 5 Julai Minggu Teknik dan Semua Sekolah 300.00
Vokasional murid
Sekolah 2000.00
5. 16 Ogos Bulan Kemanusiaan Semua Sekolah 600.00
murid Sekolah 600.00
Sekolah 800.00
6. 20 Sept Minggu Sains & Matematik Semua
murid Sekolah 1000.00
Sekolah 800.00
7. Julai - Okt Program Gerak Gemilang T5 Sekolah 1500.00
8. Julai - Sept Program “Reach The Star” T5 Sekolah 250.00
9. Julai - Sept Program Perkasa BM T5 Sekolah 200.00
10. 12 Ogos Program “Keep Going Keep T4 Sekolah 1000.00
Growing”
11. 23-24 Julai Perkampungan Ilmu T5
12. 6-7 Ogos Kem Mencungkil Mutiara T1 & 2
13. Sept Program “Shoot The Star” T5
Fasa 1
14. 10 Sept Pantau Sayang Tingkatan PPKI, T1,2
Menengah rendah dan 3
15. 24 Sept Pantau Sayang Tingkatan T4 & 5
SPM
16. Oktober Pecutan Akhir SPM (kertas T5
A4)
15
17. Okt - Nov Program “Shoot The Star” T5 Sekolah/ 2500.00
Fasa 2 lokasi
terpilih 3500.00
18. Okt - Nov Program Sentuhan Akhir 2000.00
SPM T5 Sekolah
18. 25 Okt – 18 Program Pasca-PAT PPKI, T1, 2, Sekolah/
Nov 3, 4 lokasi
terpilih
JUMLAH A 19,090.00
B. UNIT HAL EHWAL MURID
BIL TARIKH NAMA PROGRAM SASARAN TEMPAT KOS (RM)
1400.00
1. April - Jun Program Keringat Mulia T1 – T 5 Semua 1000.00
kelas
2. April Sekolahku Indah, Bersih, T1 –T5 1000.00
Selamat dan Ceria Bilik 100.00
Darjah 360.00
3. April - “Grab 7 “ PPKI, T1 – 300.00
Disember T5 dan 100.00
Kawasan 500.00
4. Februari Program Jom Pi Sekolah T1 – T5 sekitar 4760.00
5. Januari Keceriaan Kelas Abad 21 PPKI, T1 – Semua
T5 kelas
6. Februari Majlis Watikah Pelantikan
Pemimpin Sekolah PPKI, T1 – Dewan
T5 Seri pagi
7. Januari Anugerah Amalan Baik
Pelajar PPKI, T1 – Bilik
T5 Darjah
8. Januari Pertandingan Keceriaan
Kelas PPKI, T1 – Dewan
JUMLAH B T5 Seri Pagi
Dewan
Seri Pagi
Dewan
Seri pagi
16
C. UNIT KOKURIKULUM
BIL TARIKH NAMA PROGRAM SASARAN TEMPAT KOS (RM)
1. Jun- Nov Pengangkutan aktiviti T1 - T5 Lokasi 1,000.00
sukan luar
2. Jun- Nov Pengangkutan aktiviti unit T1 - T5 Lokasi 1,000.00
beruniform luar
3. Jun- Nov Pengangkutan aktiviti kelab T1 - T5 Lokasi 1,000.00
persatuan luar
JUMLAH C 3,000.00
JUMLAH BESAR (A + B + C) 26,850.00
17
18
Sekalung Budi
Pihak sekolah, ahli jawatankuasa PIBG SMK Jerlun dengan
sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada
Semua AJK PIBG SMK Jerlun
Guru-guru dan kakitangan SMK Jerlun
serta
semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan terlibat
sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-8 Tahun 2021
19