Terdapat pelbagai objek yang berkarat di sekeliling kita
Objek yang diperbuat daripada besi
dan keluli boleh berkarat
Objek berkarat mempunyai bahan
perang kemerahan di permukaannya
Permukaan objek berkarat menjadi
kasar
Objek yang berkarat juga menjadi
lebih rapuh, hodoh, buruk dan kusam
Dan mengeluarkan bunyi yang tidak
menyenangkan seperti engsel pintu
Objek tidak berkarat adalah seperti :
1. Emas OBJEK OBJEK TIDAK
2. Perak BERKARAT BERKARAT
3. Alluminium Paku besi Gelang emas
4. Bahan Bukan Logam seperti Pagar besi Cincin perak
kaca, kayu, batuan, kulit, plastik, Tin milo Kerusi kayu
getah Paku tekan Bekas plastik
Jarum Gelas Kaca
Kereta Kain tuala
Rim basikal Tayar kereta
Engsel Pasu bunga
Pengaratan hanya boleh berlaku
apabila terdapat :
1. Air
2. Udara
Objek yang diperbuat daripada
besi @ keluli akan berkarat jika
terdedah pada air dan udara
Pengaratan tidak akan berlaku jika
salah satu faktor ini tiada
1. Penyataan Masalah :
Adakah air dan udara menyebabkan pengaratan?
2. Alat dan Bahan :
3. Menentukan pemboleh ubah
Dimanipulasikan : Kehadiran air dan udara
Bergerak balas : Keadaan bulu besi
Dimalarkan : Kuantiti bulu besi
4. Tujuan : Untuk menyiasat hubungan di antara kehadiran air
dan udara dengan keadaan bulu besi.
5. Hipotesis :
Jika terdapat kehadiran air dan udara, maka keadaan
bulu besi berkarat
6. Langkah-langkah:
Letakkan empat tabung uji pada rak tabung uji. Labelkan
A, B,C dan D pada setiap tabung uji tersebut
Masukkan 20g bulu besi ke dalam setiap tabung uji
Tambahkan setiap tabung uji dengan
bahan-bahan seperti dalam gambar
di sebelah
Tutupkan semua tabung uji dengan
gabus.
Biarkan selama 4 hari , kemudian
rekodkan dapatan
https://youtu.be/YFxgbMQPDic
TABUNG UJI A B C D
KANDUNGAN Bulu besi Bulu Besi + Air Paip
Bulu besi + Bulu Besi + Air
Kalsium Klorida Didih + Minyak
Kontang
7. Hasil Eksperimen
TABUNG UJI KEADAAN BULU BESI INFERENS
A Berkarat Pengaratan berlaku kerana ada air dalam udara
iaitu kelembapan udara
B Tidak Berkarat Pengaratan tidak berlaku kerana tiada air
* Kalsium Klorida Kontang berfungsi menyerap
kelembapan supaya kekal kering
C Tidak Berkarat Pengaratan tidak berlaku kerana tiada udara
• Air didih tidak mempunyai udara
• Minyak masak berfungsi untuk menghalang
udara daripada masuk ke dalam air
D Berkarat Pengaratan berlaku kerana terdapat udara dalam
air paip
8. Kesimpulan:
Kehadiran air dan udara menyebabkan bulu besi
berkarat
Selamat Belajar