1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1. Mata Pelajaran : Bahasa Melayu 2. Tahun : 3 Akasia 3. Bil. Murid : 15 orang 4. Tarikh : 12 Oktober 2023 5. Hari : Khamis 6. Masa : 9.00 pagi hingga 9.30 pagi 7. Tema : Kesihatan dan Kebersihan 8. Tajuk : Saya Sihat dan Bertenaga 9. Kemahiran Fokus : Kemahiran Membaca 10. Standard Kandungan : 2.1 Asas membaca dan memahami . 11. Standard Pembelajaran : 2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai, dan memahami pelbagai jenis ayat 12. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Membaca sekurang-kurangnya 4 daripada 6 pelbagai jenis ayat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai berdasarkan teks Khasiat Vitamin C yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan Powerpoint. ii. Memahami sekurang-kurangnya 3 daripada 4 pelbagai jenis ayat melalui permainan Bingo. 13. Kriteria Kejayaan i. Murid-murid berjaya membaca pelbagai jenis ayat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai berdasarkan teks Khasiat Vitamin C yang ditunjukkan oleh guru dengan menggunakan Powerpoint. ii. Murid-murid berjaya memahami pelbagai jenis ayat melalui permainan Bingo. 14. Sistem Bahasa • Sistem Ejaan • Kosa kata • Sebutan dan intonasi 15. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) • Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Moral • Nilai Murni : Kerajinan, Kesungguhan, dan Keberanian • Pendidikan Alam Sekitar : Bertanggungjawab terhadap kesihatan diri • Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan
2 Komunikasi (TMK) • Kreativiti : Pergerakan kreatif – Imaginasi dan visualisasi, menjana idea • Elemen Keusahawanan: EK2 : 2.2 Menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif: Boleh menyatakan pelbagai jenis ayat 16. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Kepelbagaian Kaedah dan Teknik) • KB : Menghubung kait pengalaman • KP : Verbal linguistik, intrapersonal dan kinestetik • BBB : Lampu isyarat • BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat kebaikan amalan menjaga kesihatan • Pembelajaran Kontekstual: Menghubung kait kepentingan penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian • Pendekatan Didik Hibur • Pembelajaran Berpusatkan Murid • Pembelajaran Konstruktivisme: Menghubung kait dengan pengalaman bersenam • Pendekatan: Pembelajaran Berasaskan Bahan 17. Bahan Bantu Mengajar Bil. Perkara Jumlah 1 Laptop 1 2 Projektor 1 3 Powerpoint 1 4 Kad Sayur-Sayuran 15 5 Pen Marker 15 6 Lampu isyarat 15 7 Roda Impian 1 8 Papan Permainan Bingo 1 9 Ganjaran 16 18. Pengetahuan Sedia Ada i. Murid biasa bersenam dalam kehidupan seharian.
3 Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (3 minit) Amalan bersenam • Soalan Guru: - Kenapakah perlu bersenam? • Jangkaan Jawapan: i. Sihat ii. Badan Cergas iii. Sentiasa Bertenaga • Tajuk pelajaran: ‘Kepentingan Menjaga Kesihatan’ Video ‘Chicken Dance’ • Guru menayangkan video yang bertajuk ‘Chicken Dance’ • Setiap murid dikehendaki untuk melakukan senaman bersamasama • Murid-murid bersoal jawab dengan guru mengenai kepentingan senaman • Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran FASA PERSEDIAAN • Menghubungkaitkan PSA dengan pengalaman baharu • Menyediakan minda murid untuk aktiviti dan tugasan akan datang BBM -Laptop -Projektor KP -Verbal Linguistik -Intrapersonal EMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi KB Menghubung kait BCB Memproses maklumat Kaedah dan Teknik -Pembelajaran Konstektual -Soal Jawab
4 Langkah 1 (8 minit) Membaca Teks Teks Khasiat Vitamin C: • Guru mengimbas semula tentang jenis-jenis ayat yang telah dipelajari • Guru memaparkan teks Khasiat Vitamin C di hadapan kelas dengan menggunakan projektor • Seorang murid secara sukarela perlu membaca ayat yang bewarna hitam FASA IMAGINASI • Melibatkan secara langsung dengan bahan • Membangunkan asas pengalaman bagi sesuatu konsep • Membina idea baharu BBM • Laptop • Projektor • Powerpoint
5 Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan • Setelah tiba di ayat yang berwarna, semua murid perlu mendengar audio yang membaca ayat tersebut dengan teliti • Kemudian, semua murid perlu membaca semula ayat tersebut dengan menggunakan sebutan yang betul dan juga intonasi yang sesuai • Setelah membaca, guru meminta muridmurid untuk menyatakan setiap jenis ayat tersebut • Murid yang sukarela akan diganti dengan murid yang lain pada perenggan yang seterusnya • Guru membimbing murid-murid BCB • Memproses maklumat Kaedah dan Teknik • Pergerakan Kreatif • Pembelajaran Konstektual KB Menghubung kait KP • Verbal linguistik • Kinestetik Nilai Murni • Kerajinan • Kesungguhan EMK • Teknologi Maklumat dan Komunikasi • MMI Penilaian Objektif (i) Langkah 2 (18 minit) Permainan Bingo Kad Sayur-sayuran: • Setiap murid perlu melihat bawah meja masing-masing bagi mengambil kad sayursayuran yang telah diletakkan oleh guru • Kad yang diperoleh oleh setiap murid adalah berlainan FASA PERKEMBANGAN • Konstruk semula dan memberi penjelasan lanjut dalam pelbagai mod (bertulis) • Membuat hubung pelbagai konsep yang berkaitan mengaplikasikan pemahaman
6 Roda Impian: Papan Permainan Bingo: Ganjaran: • Guru menerangkan cara untuk bermain permainan Bingo • Murid-murid perlu mengisi kotak Bingo yang terdapat di belakang kad sayursayuran dengan nombor satu sehingga nombor dua puluh lima • Guru akan menggunakan roda impian bagi menentukan giliran setiap murid berdasarkan kad sayur-sayuran yang diperoleh • Murid yang mendapat giliran pertama akan memilih satu nombor daripada nombor satu hingga dua puluh lima • Murid tersebut akan membuka nombor kad yang dipilihnya dan perlu menjawab soalan tersebut • Jika murid tersebut menjawab soalan tersebut dengan betul maka dia boleh melorek nombor yang dipilihnya dan sebaliknya • Semua murid perlu melorekkan nombor yang dipilih oleh rakan-rakannya dengan aktiviti harian BBM • Laptop • Kad sayur-sayuran • Roda impian • Papan permainan Bingo • Ganjaran Pendekatan • Pembelajaran Berasaskan Bahan • Pembelajaran Berpusatkan Murid KB • Memproses maklumat Kaedah dan Teknik • Pendekatan Didik Hibur KP • Interpersonal • Verbal Linguistik • Kinestetik Nilai Murni • Kesungguhan • Kerajinan EMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi EK • EK2 :2.2 Penilaian Objektif (ii)
7 Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan • Kemudian, permainan ini akan diteruskan dengan giliran murid yang kedua dan seterusnya mengikut giliran masing-masing • Setiap murid yang memperoleh bingo satu baris akan memperoleh ganjaran • Murid yang paling awal Bingo dikira sebagai pemenang Penutup (2 minit) Kognitif • Rumusan isi pelajaran • Soalan Guru: - Mengapakah kesihatan penting untuk dijaga? • Jangkaan Jawapan: i. Sihat ii. Hidup ceria iii. Aktif • Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan topik yang dipelajari. • Murid menyatakan kefahaman dengan menggunakan kaedah “lampu isyarat” • Murid menyatakan jenis-jenis ayat yang telah dipelajari • Guru menanyakan tentang kepentingan penjagaan kesihatan • Murid dan guru merumus isi pelajaran yang telah dipelajari BBB • Lampu Isyarat KB • Merumus Nilai • Keberanian PAS • Bertanggungjawab KP • Verbal linguistik • Intrapersonal • Kinestetik
8 Lampu Isyarat:
9 REFLEKSI i. Kekuatan Saya sangat berpuas hati dengan pembelajaran saya pada hari ini. Kekuatan saya ialah semasa melaksanakan aktiviti PAK-21. Buktinya saya melaksanakan pendekatan didik hibur. Saya telah menjalankan permainan Bingo. Murid-murid boleh belajar sambil bermain. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid-murid untuk memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. ii. Kelemahan Kelemahan pengajaran saya pada hari ini ialah dari segi pengurusan bilik darjah. Pada permulaan pengajaran keadaan agak terkawal, namun pelaksanaan aktiviti pada langkah kedua iaitu aktiviti permainan Bingo agak tidak terkawal kerana murid juga kurang mendengar arahan semasa menunggu giliran untuk memilih nombor yang mereka menghendaki. Saya gagal mengawal murid disebabkan kurang perancangan. iii. Cadangan Penambahbaikan Pada masa akan datang saya mencadangkan murid-murid perlu duduk di tempat masingmasing ketika murid lain memilih nombor dalam permainan Bingo. Cadangan penambahbaikan bagi kawalan kelas ialah saya perlu menetapkan masa untuk setiap murid memilih nombor yang mereka hendaki dan menjawab soalan yang terdapat di dalam kad tersebut. Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia (sediakan ruang yang mencukupi untuk ulasan pensyarah/guru pembimbing) ….……………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………