MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SK TANJUNG PATI
SESI 2022/2023
KALI KE-21
24 JUN 2022
JUMAAT
8.00 PAGI
DIRASMIKAN OLEH
YBhg DATO’ DR. HAJI DIN BIN ADAM
PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN USAHAWAN & KOPERASI
PARLIMEN DUNGUN
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1 ATURCARA MAJLIS
2 AGENDA MESYUARAT 1
3 UCAPAN YDP 2
4 UCAPAN PENASIHAT 3-4
5 UCAPAN PERASMI 5-6
6 JAWATANKUASA MAT PIBG 2022 7-10
7 JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 11-13
8 SENARAI PENERIMA HADIAH 14
15
KOKURIKULUM
9 KEHADIRAN MESYUARAT JK PIBG 16
10 SENARAI NAMA KEHADIRAN MAT 17-19
PIBG KALI KE-20 20-33
11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 34
12 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
35-36
SESI 2021/2022
13 PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 37
38-39
2021/2022
14 CADANGAN USUL
15 SEKALUNG PENGHARGAAN
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN MAT
PIBG SKTP KALI KE-21
8.00 PAGI : PENDAFTARAN IBU BAPA DAN PENJAGA
: KETIBAAN VIP
: JAMUAN VIP
: UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
: UCAPAN YDP PIBG
: UCAPAN TUAN GURU BESAR
: UCAPAN PERASMIAN
: PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGHARGAAN
KOKURIKULUM ( MERENTAS DESA & CATUR )
: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI
KE-21
: BERSURAI
1
AGENDA MESYUARAT
TAHUNAN PIBG KALI KE-21
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
1. Ucapan Pengerusi ( YDP PIBG )
2. Membentang dan mengesahkan Minit
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tanjung
Pati kali ke-20.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Membentang dan menerima Laporan Aktiviti
Tahunan PIBG bagi sesi 2021/2022.
5. Membentang dan menerima Penyata
Kewangan PIBG SK Tanjung Pati bagi sesi
2021/2022.
6. Perbahasan usul.
7. Ucapan penangguhan.
8. Bersurai
2
UCAPAN YDP
Encik Zulkipli bin MD Ali
KATA-KATA ALUAN
1. En. Zulkipli selaku Yang Dipertua PIBG (YDP) SK Tanjung Pati memulakan mesyuarat
dengan memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat mengadakan mesyuarat
Agung PIBG kali ke 20 sesi 2021/2022 SK Tanjung Pati, secara alam maya kerana
masih dalam perintah kawalan pergerakkan (PKP). YDP juga merakamkan setinggi-
tinggi terima kasih dan penghargaan di atas sokongan dan prihatin YB Ustaz Satiful
Bahari bin Mamat dan Puan Fatimah Sham binti Ghazali kerana dapat meluangkan masa
dalam mesyuarat PIBG pada tahun ini,
2. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan
kepada PIBG dan hadir dalam mesyuarat pada kali ini
UCAPAN
1. En Zulkipli juga menyatakan mesyuarat Agung PIBG ini termaktub dalam Perlembagaan
Pertubuhan PIBG yang perlu diadakan setahun sekali, namun pada tahun ini mesyuarat
terpaksa ditangguhkan kerana wabak pendemik Covid 19 yang menular di negara kita.
2. En Zulkipli juga memberitahu walaupun keadaan semasa berdepan dengan pendemik
covid 19, namun menjadi kebanggaan kita apabila terdapat penglibatan anak –anak murid
SK Tanjung Pati dalam bidang akademik, Kokurikulum dan Koakademik di peringkat
daerah dan negeri. Semoga kejayaan demi kejayaan yang akan dituai pada masa akan
datang menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang di sekolah ini.
3. Pihak PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua guru SK Tanjung Pati kerana tidak
pernah jemu memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada anak-anak murid SK Tanjung Pati
walaupun berhadapan dengan cabaran dan rintangan.
3
4. En Zulkipli menjelaskan pentingnya kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini bagi
membincangkan usul atau cadangan serta memutuskan kadar sumbangan wang atau dana
daripada ibu bapa kepada pihak PIBG agar dapat dijalankan aktiviti untuk meningkatkan
prestasi dan kecemerlangan anak- anak Sk Tanjung Pati.
5. En Zulkifli juga memohon beberapa sumbangan daripada YB Ustaz Saiful Bahari bin Mamat
antaranya :
7.1- Menyalurkan peruntukkan untuk membesarkan dewan sekolah Tanjung pati
yang terlalu kecil sehinggakan tidak mampu menampung jumlah semua murid dan
ibu bapa pada masa yang sama jika ingin mengadakan sesuatu program atau
aktiviti.
7,2- Membina laluan gajah menyusur dari pondok jaga hingga ke kantin sekolah
bagi mengelakkan anak-anak basah ketika hari hujan. Laluan ini dianggarkan lebih
kurang 30 meter. Cadangan ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada anak-
anak murid sekolah Tanjung Pati masuk ke kawasan sekolah dalam keadaan yang
lebih selesa.
7.3-YDP juga memohon sumbangan tabung PIBG sekolah daripaga YB Ustaz
Satiful memandangan kekangan kewangan disebabkan oleh pendemik covid 19
ramai ibu bapa yang kehilangan pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Beliau
berharap YB dapat pertimbangkan permohonan untuk mengerakkan program pada
tahun ini.
6. En Zulkipli juga mengharapkan pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022 nanti dengan melantik
orang yang boleh dan mampu memikul amanah untuk kecemerlangan sekolah.
7. Akhir kata, beliau menyeru kepada semua ibu bapa sentiasa menyokong dan memberi
kerjasama sepenuhnya pada pihak sekolah bagi memastikan sekolah dapat melakar kejayaan
demi kejayaan pada masa akan datang. Beliau juga berharap kerjasama dengan AJK yang
dilantik nanti agar dapat meneruskan dengan gigih dan berusaha membantu sekolah sama ada
dari segi tenaga mahupun kewangan.
4
UCAPAN PENASIHAT
Encik Adnan bin Haji Awang
KATA-KATA ALUAN
1. En. Adnan bin Hj Awang selaku Guru Besar serta Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) SK Tanjung Pati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Ustaz Hj Satiful
Bahari bin Mamat selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan
Pengajian Tinggi Terengganu merangkap Ahli Dewan undangan Paka. Beliau juga turut
mengalu-alukan kedatangan Puan Fatimah Sham binti Ghazali,Pegawai Pembimbing
Sekolah (PPS) dan mengucapkan terima kasih kepada barisan pengurusan, guru-guru, serta
semua ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa serta penjaga anak-anak SK Tanjung Pati
kerana sudi meluangkan masa untuk turut sama hadir dalam mesyuarat Agung PIBG kali
ke 20.
2. Beliau menzahirkan rasa syukur kepada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bersama-
sama berada dalam mesyuarat agung PIBG SK Tanjung pati sesi 2021/2022.
3. Beliau juga berbesar hati kerana majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan dirasmikan
oleh Yang Berhormat Ustaz Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa
Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu.
UCAPAN
1. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa sehingga bulan Julai 2021, seramai 7629 orang
murid iaitu sebanyak 4% dalam kategori B40 di negeri Terengganu dikategorikan sebagai
murid cicir iaitu tidak mengikuti pembelajaran secara PDPR. Manakala yang berjaya
mengikuti PDPR sehingga Julai 2021 adalah seramai 166,881 orang murid iaitu sebanyak
96% .
2. Tuan Guru Besar juga memaklumkan bahawa Sekolah Tanjung Pati juga terdapat dua
hingga tiga peratus murid cicir dalam PDPR. Ekoran daripada kes keciciran ini, tuan Guru
Besar mencadangkan beberapa perkara kepada Yang Berhormat Ustaz Satiful Bahari bin
Mamat untuk diteliti dan dipertimbangkan :
5
2.1 Perbanyakkan pusat-pusat internet rakyat (PINTAR) bagi membolehkan murid mengikuti
PDPR secara percuma.
2.2 : Pertimbangkan bantuan peranti, komputer atau tablet kepada murid-murid SK Tanjung Pati
yang dalam kategori B40 untuk memberi kemudahan supaya mereka tidak ketinggalan
dalam sesi PDPR.
2.3 : Harapan semoga ada sedikit bantuan kepada murid –murid SK Tanjung Pati bagi
meringankan perbelanjaan harian.
1. Tuan Guru Besar juga mengharapkan ibu bapa dapat mengenalpasti dan memastikan anak jagaan
bawah mereka dapat mengikuti sepenuhnya PDPR di rumah supaya tiada lagi murid yang
tercicir di SK Tanjung Pati. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa yang sentiasa
membantu anak-anak semasa proses PDPR berlansung sepanjang perintah kawalan pergerakan
(PKP).
2. Tuan Guru Besar juga memaklumkan pada 3 Oktober 2021 murid Pra dan PPKI akan mula
belajar secara bersemuka di sekolah. Harapan Guru Besar dan semua warga sekolah supaya
murid Pra dan PPKI bersiap sedia untuk hadir ke sekolah dengan mengekalkan prosedur operasi
standard sedia ada supaya terhindar daripada jangkitan covid -19 yang masih lagi berlegar di
persekitaran kita.
3. Akhir kata Tuan Guru Besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang
sudi hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 pada tahun ini.
6
UCAPAN PERASMI
YB USTAZ HJ. SATIFUL BAHARI BIN MAMAT
Kata-kata Aluan
1. Yang Berhormat (YB) Ustaz Hj Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa
Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, selaku Perasmi
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 mengucapkan terima kasih kepada para jemputan dan
pengurusan Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati bagi tahun kerana sudi mengundang
beliau ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada tahun ini.
2. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang sanggup meluangkan
masa hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Hal ini adalah kerana,mesyuarat ini
adalah penting dan membuka peluang ibu bapa bertanya dan mengutarakan sebarang
pendapat untuk kecemerlangan sekolah dan anak-anak.
3. YB Ustaz Satiful memaklumkan portfolio Pelaksanaan Syariah merupakan kali pertama
di Terengganu iaitu sebagai komitmen, kesungguhan dan janji untuk menegakkan syariah
di negeri ini. Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan peruntukan kewangan kepada
Pelaksanaan Syariah meliputi Mahkamah Syariah, Penguatkuasaan,Pendakwaan dan juga
Halal Negeri Terengganu.Manakala sektor Pendidikan dan Pengajian Tinggi mempunyai
jawatankuasa yang asing berfokus kepada Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu
(SMANT). Sekarang sedang menaik taraf bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu menjadi Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang
akan berjalan seiring dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
Ucapan
1. YB Ustaz Satiful memaklumkan kerajaan negeri berjanji akan mewujudkan 1 Dun 1
Sekolah Rendah Islam. Pada masa sekarang, terdapat 11 Sekolah Rendah Islam di
Terengganu dan pada tahun hadapan Sekolah Rendah Islam akan dibuka di Chukai,
Kemaman serta di Kuala Berang. Dalam Daerah Dungun pula akan diwujudkan di Bukit
Besi, Ketengah Jaya dan Sekolah Rendah Islam di Pulau Serai.
2. YB Ustaz Satiful juga memaklumkan akan mewujudkan Bandar Lestari yang terletak
berhampiran dengan laluan keluar tol Dungun menghala ke stesen ERCL Batu Tujuh.
7
3. Dengan persetujuan kerajaan negeri Terengganu akan mewujudkan Kolej Kusza semula
dengan menaik taraf iaitu menggabungkan Kolej Quran Terengganu, Kolej Yayasan Islam
Terengganu dan Kolej Yayasan Terengganu bagi mewujudkan institusi itu di Kampung Durian
Mentangau Dungun yang berkeluasan 300 ekar dan diwujudkan juga sebuah Sekolah Rendah
Islam dan Sekolah Menengah Islam di Bandar Lestari tersebut.
4. YB Ustaz Satiful juga memaklumkan masyarakat sekarang cenderung untuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah agama kerana keseimbangan pembelajaraan yang merangkumi
ilmu duniawi dan ukhrawi di mana sekolah Rendah Islam mengabungjalinkan UPSR, UPSRI
dan UPKK, Kesinambungannya di sekolah Menengah Islam (SMIDI) yang sekarang baru
diwujudkan . Sekarang ini SMIDI menumpang di bangunan Yayasan di Durian Mas. Untuk
masa akan datang sekolah SMIDI ini akan ditempatkan di Bandar Lestari. Perjalanan sekolah
SMIDI akan seiring dengan sekolah Imtiaz dan SMASID Dungun. Beliau memaklumkan juga
sebuah MRSM akan diwujudkan di Dun Rantau Abang yang sekarang ini dalam proses kerja-
kerja tanah sedang dijalankan.
5. YB Ustaz Satiful juga menyatakan kerajaan negeri sekarang ini sentiasa menambah baik dan
peruntukkan untuk Anjung Ilmu telah disalurkan seperti biasa. Beliau mengulas pelaburan
terhadap pendidikan ini akan kembali kepada rakyat.Oleh sebab itu, hasil royalti Terengganu
banyak difokuskan kepada bidang pendidikan walaupun bidang ini tidak memberi pulangan
dalam bentuk wang ringgit tetapi bidang ini akan menaik taraf rakyat Terengganu supaya dapat
melahirkan seorang pemimpin di masa akan datang melalui bidang pendidikan.Sejajar dengan
itu, kerajaan negeri telah menambah peruntukkan perkapita untuk sekolah Agama Rakyat,
Maahad Tahfiz dan juga sekolah Pondok .
6. Selain itu, beliau juga memaklumkan kerajaan telah meluluskan peruntukkan 5 juta Biasiswa
atau Skim Pelajar Cemerlang dan 10 juta untuk pinjaman.Sekarang ini terdapat 600 pelajar
yang mendapat peluang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang.Terbaru kerajaan negeri
telah menghantar 29 orang pelajar menyambung pengajian ke United Kingdom dalam bidang
perubatan dan ke Maschester dalam bidang perakaunan.Peruntukkan ini terbuka kepada semua
yang tidak mendapat biasiswa untuk menyambung pengajian di dalam ataupun ke luar
negara.Oleh kerana ramai yang memohon, keutamaan akan diberikan kepada yang layak seperti
golongan B40 yang lebih cemerlang.
8
7. Beliau juga memaklumkan pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam negara boleh
memohon pinjaman PTPTN dan jika sekiranya permohonan tidak diluluskan pelajar boleh
memohon pinjaman dengan Yayasan Terengganu.Beliau berharap tiada lagi anak rakyat
Terengganu yang tidak dapat menyambung pengajian ke pusat pengajian tinggi disebabkan oleh
masalah kewangan.Di bawah Yayasan negeri Terengganu agensi MAIDAM juga dapat membantu
anak-anak terengganu menyambung pengajian di pusat pengajian Tinggi.
8. Beliau juga menyatakan peruntukkan untuk pakaian sekolah masih dikekalkan walaupun agak
lewat disebabkan situasi pendemik sekarang.Peruntukkan untuk PIBG sekolah juga akan disalurkan
walaupun jumlahnya tidak banyak kerana terdapat banyak sekolah yang perlu diagihkan dalam
negeri Terengganu.
9. Beliau juga berkata, kerajaan juga membantu dengan menyediakan tuisyen rakyat kepada semua
peringkat Dun yang dilaksanakan di peringkat zon. Selain itu, bengkel menjawab juga diadakan
bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan supaya kecemerlangan dapat dikekalkan di negeri
Terengganu.
10. Beliau memaklumkan peruntukkan khusus untuk pelajar yang cemerlang di Pusat Pengajian
Tinggi di dalam mahupun luar negara akan diberi pengiktirafan atau hadiah dari kerajaan negeri
Terengganu agar mereka mempunyai daya saing yang tinggi untuk lebih cemerlang.
11. Beliau juga memaklumkan akan membuka peruntukkan baru kepada rakyat negeri Terengganu
yang ingin menyambung pengajian di peringkat Master atau PHD boleh mohon secara online
dengan Yayasan negeri Terengganu.
12. Beliau juga memaklumkan kerajaan Terengganu juga menawarkan pengajian diperingkat
pensijilan akaun ACCA yang menawarkan sijil akauntan kepada peserta yang diiktiraf diperingkat
dunia. Semua perbelanjaan di tanggung oleh kerajaan negeri dan biasiswa diberi secara
percuma.Program ini akan dijalankan bersama UITM Dungun agar ramai rakyat Terengganu
memperolehi sijil ACCA.Program terbaru merupakan bidang elektrikal bagi peserta mendapatkan
sijil ‘chargeman’ di mana- mana Institusi yang boleh mendapatkan bantuan kewangan dengan
kerajaan negeri Terengganu.
13. Beliau juga berharap ibu bapa mempunyai target pada anak-anak supaya mereka bersungguh-
sungguh untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik mahupun kemahiran.Ibu bapa boleh
memilih kecenderungan anak-anak terhadap kemahiran masing-masing bukan tertumpu kepada
bidang akademik sahaja.
9
14. Harapan beliau, murid-murid SK Tanjung Pati juga lebih berdaya saing bagi menghasilkan modal
insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malahan cemerlang dalam semua bidang yang
diceburi.
15. Beliau juga berpendapat hikmah disebalik pendemik covid 19 ini, ibu bapa dan anak-anak sama-
sama dapat menerokai dan mempelajari cara-cara pembelajaran melalui dalam talian iaitu online di
rumah masing-masing.Beliau juga berpendapat murid yang tercicir bukan disebabkan masalah
peranti sepenuhnya tetapi mungkin disebabkan masalah lain yang menganggu proses PDPR mereka
tetapi beliau tidak menafikan faktor ini juga menjadi salah satu penyebab terutama bagi keluarga
yang mempunyai bilangan anak yang ramai.
16. Beliau memaklumkan kerajaan pusat telah mengeluarkan Jaringan Prihatin kepada rakyat iaitu
pihak Telco menawarkan data percuma dan handphone secara percuma. Kajian juga telah dibuat,
pihak kerajaan telah mengeluarkan sumbangan tablet di bawah Yayasan Terengganu, Yayasan Mara,
Ketengah dan Yayasan Petronas tetapi tidak mencukupi untuk keseluruhan jumlah pelajar di
Terengganu.
17. Selain itu juga, beliau menyatakan masalah ponteng PDPR mungkin disebabkan oleh capaian
internet yang kurang memuaskan di kawasan luar bandar dan pendalaman. Telco telah bergabung
dengan syarikat Celcom dan beberapa syarikat telekomunikasi yang lain untuk menaik taraf sistem
komunikasi di negara ini. Beliau juga mengulas isu yang dibangkitkan oleh Tuan Guru Besar
berkenaan menambah pusat internet seperti PINTAR. Bagi pendapat beliau penggunaan di pusat
internet seperti PINTAR tidak begitu menggalakkan kerana masyarakat lebih cenderung
menggunakan gadjet seperti handphone dan tablet persendirian.
18. Beliau juga memaklumkan kerajaan berusaha untuk mewujudkan Jalur Lebar supaya rakyat
Terengganu boleh menggunakan capaian internet melalui jalur lebar. Di Terengganu telah
diwujudkan Jalur Lebar aras tinggi iaitu yang terbaru berpusat di Universiti TATI.
19.Beliau turut umumkan peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati akan disalurkan ke
akaun PIBG. Beliau juga memaklumkan suntikan vaksinasi akan diberikan kepada semua murid
tingkatan 4 dan 5 dalam masa terdekat ini, Harapan beliau supaya ibu bapa dapat memastikan anak-
anak mereka mendapatkan vaksinasi di pusat PPV yang telah ditetapkan
20. Pada akhir kata, Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan kepada guru-
guru SK Tanjung pati terus istiqamah dalam mengajar anak-anak didik di SK Tanjung Pati dan terus
menyahut cabaran bagi mendepani sistem pendidikan yang lebih mencabar di masa akan dating dan
merasmikan Mesyuarat PIBG kali ke-20 dan akhiri dengan ucapan terima kasih.
10
JAWATANKUASA MAT PIBG 2022
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHAT: EN. ADNAN BIN HJ AWANG
YANG DIPERTUA: EN. ZULKIPLI MD ALI
N/YANG DIPERTUA: EN. MOHD ZUKI @ ROSLI BIN ABAS
SETIAUSAHA: PN. SITI NUR FATIHAH BT. HARUN
BENDAHARI: CIK ROSMINZANA BT. MOHAMED WARDAPI
PEMERIKSA KIRA-KIRA: PN. FATIMAH BINTI RAMLI
PN. SITI RAFEAH BINTI DAUD
PENGURUS PROGRAM
• EN. MALIK HUSIN BIN MOHD SAID
• PN. SITI NUR FATIHAH BINTI HARUN
JK PENYAMBUT TETAMU
• EN. ZULKIPLI BIN MD ALI
• EN. MOHD ZUKI @ ROSLI BIN ABAS
• EN. SAIDI BIN ABDULLAH
• EN. MALIK HUSIN BIN MOHD SAID
• PN. ZAILINA BINTI SEPIT
• EN. AHMAD FAZRI BIN ABD GHANI
JK SIARAYA
• EN. MOHD MUHAIMIN BIN NUR ANUAR
• EN. MOHD JAMIL BIN YAHYA @ JA’AFAR
JK PENGACARA MAJLIS
• PN. MUHARINI BT. ROZAB
JK PEMBACA DOA
• EN. ASMAWI BIN SARIFUDIN
• EN. ISMAIL BIN FAUZI
11
JK PENDAFTARAN DAN NOMBOR CABUTAN
BERTUAH
• PN. FATIMAH @ NORLINA BT MUSTAFFA
• PN. NORHAYATI BINTI RAMLI
• CIK NURATIFAHAYUNI BT. AZILI ( AKP )
• PN. NURUL FARAH WAHIDAH BT. ROZLAN ( AKP )
JK PENCATAT
• PN. NORZIANA BINTI MAMAT
• PN. ANISAH BINTI OSMAN
• PN. NORHASYIMAH BT. MOHD NOOR
JK BUKU PROGRAM
• PN. SALWA BINTI ABDUL HAZIZ
• PN. NOR ASURA BT. ARSAD
• PN. NOOR HIDAYAH BT. KHALIB ( AKP )
• MUHAMMAD KHAIRI BIN MANSOR ( AKP )
JK PERSIAPAN TEMPAT
• PN. CK NORLIZAWANI BT. CW HUSSIN
• PN. FAIRUZZAH BT. MAMAT
• PN. ANISHA BT. ZAKARIYA
• EN. MOHD AZRI BIN ARIFFIN @ REPING
• EN. YUHADLI BIN MOHD YUZNAH
• EN. CHE MAZLAN BIN AB RASHID
• PN. HASHIMAH BINTI RAMLI ( AKP )
• PN. SITI RAFEAH BT. DAUD ( AJK IBU BAPA )
• EN. AHADI BIN BUSU
JK CENDERAMATA / SIJIL PENGHARGAAN
• PN. NORMARIANI BT. MOHD NOOR
• PN. ZALILAH BT. ABU HASSAN
12
JK MAKANAN
• PN. ZAINAB BT. ISMAIL
• PN. ZAINON BT. AWANG
• PN. FATIMAH BT. ABDULLAH ( KAFA )
• PN. TG. ZAWIAH BT. TG. BAKAR ( KAFA )
JK CABUTAN BERTUAH
• PN. FATIMAH BINTI RAMLI
• PN. MARINA BINTI ABIDIN
• PN. SITI KHAIRIAH BT. ISMAIL
• PN. WAHIDA BT. WAHAB
• PN. NURDIYANA BINTI RAHIM ( AKP )
• PN. NOR AZIZAH BINTI HARUN ( AKP )
• PN. CHE SITI HAJAR BT. CHE SOH ( KAFA )
• CHE KU QURRATU ‘AINI BT. CHE KU AZMAN ( KAFA )
• PN. SITI JULIA BINTI JUSOH ( AJK IBU BAPA )
• PN. SITI JULAIHA BT. MUHAMMAD ( AJK IBU BAPA )
• PN. RAHIMAH BT. MD NOOR ( AJK IBU BAPA )
JK DOKUMENTASI DAN LAPORAN
• EN. MOHD HANAFIE BIN MOHD JUNAIDI
• PN. ROSMARINA BT. HAMZAH
13
JAWATANKUASA PIBG SESI
2021/2022
YDP: Encik Zulkipli Md Ali
NYDP: Encik Mohd Zuki @ Rosli bin Abas
S/U Kehormat: Pn. Siti Nur Fatihah binti Harun
Bendahari Kehormat: Cik Rosminzana M.Wardapi
Ajk Ibu bapa:
1. En. Wan Khairul Ridzuan bin Wan Abdullah
2. En. Mohd Hasmadi bin Mohd Nor
3. Pn. Rahimah Md Noor
4. Pn. Siti Julaiha bt. Muhammad
5. Pn. Siti Julia Jusoh
Ajk Guru
1. En. Mohd Muhaimin bin Nur Anuar
2. Pn. Cik Ku Norlizawani CW Husin
3. Pn. Nur Asura bt. Arsad
4. Pn. Fatimah @ Norlina Mustaffa
Pemeriksa kira-kira 1: Pn. Siti Rafeah bt. Daud
Pemeriksa kira-kira 2: Pn. Fatimah bt. Ramli
14
SENARAI PENERIMA HADIAH
KOKURIKULUM
BIL NAMA PENERIMA KELAS PENCAPAIAN
1 MUHAMMAD ASYRAF 4K NAIB JOHAN CATUR
MUHAIMIN BIN PERINGKAT DAERAH
KARIMI
2 MUHAMMAD AZMIE PPKI JOHAN MERENTAS DESA
BIN ABDULLAH PERINGKAT DAERAH
3 MUHAMMAD DANISH PPKI TEMPAT KE-5
IQRAM BIN MOKHTAR MERENTAS DESA
PERINGKAT DAERAH
4 NUR QASEH DARWISYA 6K TEMPAT KE-11 MERENTAS
BINTI MOHD KAHAL DESA PERINGKAT DAERAH
15
KEHADIRAN MESYUARAT JK
PIBG SKTP SESI 2021/2022
BIL NAMA AJK & JAWATAN MESYUARAT AJK MESYUARAT AJK MESYUARAT AJK RUMUSAN
KALI PERTAMA KALI KEDUA KALI KETIGA KEHADIRAN
1 ENCIK ZULKIPLI BIN MD. ALI 10 NOV. 2021
18 MEI 2022 14 JUN 2022 3
(YANG DIPERTUA) / / / 2
2 ENCIK MUHD ZUKI @ ROSLI /
/X 3
BIN ABAS / 3
/ //
(NAIB YANG DIPERTUA) // 2
3 PUAN SITI NUR FATIHAH BINTI HARUN / 3
/ /X 3
(SETIAUSAHA) / //
4 CIK ROSMINZANA BINTI MOHAMED // 0
X 0
WARDAPI X XX 2
/ XX 3
(BENDAHARI) / /X
5 PUAN SITI JULIA BINTI JUSOH // 3
/ 3
(AJK IBU BAPA) / //
6 PUAN RAHIMAH BINTI MD NOOR // 1
1
(AJK IBU BAPA)
7 ENCIK WAN KHAIRUL RIDZUAN BIN WAN
ABDULLAH
(AJK IBU BAPA)
8 PUAN SITI JULAIHA BINTI MUHAMAD
(AJK IBU BAPA)
9 ENCIK MOHD HASMADI BIN MOHD NOR
(AJK IBU BAPA)
10 ENCIK MOHD MUHAIMIN BIN NUR ANUAR
(AJK IBU BAPA)
11 PUAN CIK KU NORLIZAWANI BINTI
CW HUSIN
(AJK GURU)
12 PUAN NOR ASURA BINTI ARSHAD
(AJK GURU)
13 PUAN FATIMAH@NORLINA BINTI MUSTAFFA
(AJK GURU)
14 PUAN SITI RAFEAH BINTI DAUD (PEMERIKSA / DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
KIRA-KIRA) / DIKECUALIKAN DIKECUALIKAN
15 PUAN FATIMAH BINTI RAMLI (PEMERIKSA
KIRA-KIRA
16
SENARAI NAMA KEHADIRAN
MAT PIBG KALI KE-20
1017
10
18
19
MINIT MESYUARAT AGUNG 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-20
SK TANJUNG PATI, DUNGUN, TERENGGANU
Tarikh : 24 September 2021 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing (Google Meet)
Perasmi : YB Ustaz Hj Satiful Bahari bin Mamat
Pengerusi JawatanKuasa Pelaksanaan Syariah,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi
Kehadiran : 120 orang (seperti dilampiran)
_________________________________________________________________________
1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG ( En. Zulkipli bin Md Ali )
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengurusan SK Tanjung Pati kerana telah
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 20.
1.2 Beliau menjelaskan pentingnya ibu bapa hadir ke mesyuarat agung ini,kerana
mesyuarat agung adalah merupakan salah satu medan yang memberi peluang kepada ibu
bapa untuk mengutarakan sebarang usul atau cadangan, serta ibu bapa juga boleh
memutuskan kadar sumbangan tahunan PIBG dan memberi peluang kepada ibu bapa
bertanyakan pelbagai persoalan mengenai hal ehwal persekolahan anak-anak.
1.3 En. Zulkipli juga mengharapkan agar pemilihan AJK PIBG untuk sesi 2021/2022 nanti
berjalan dengan lancar, dan mengharapkan pelantikan calon AJK Ibu Bapa yang berkaliber
dan mampu memikul amanah untuk kecemerlangan sekolah.
1.4 En Zulkipli juga memberitahu walaupun keadaan semasa berdepan dengan pendemik
covid 19, namun menjadi kebanggaan kita semua apabila masih terdapat penglibatan
anak–anak murid SK Tanjung Pati dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum samada di
peringkat daerah mahupun negeri. Semoga kejayaan demi kejayaan yang akan dituai pada
masa akan datang menjadi pendorong dan pencetus budaya cemerlang di sekolah ini.
1.5 En. Zulkipli mewakili pihak PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua guru SK
Tanjung Pati kerana tidak pernah jemu memberikan ilmu dan tunjuk ajar kepada anak-anak
murid SK Tanjung Pati walaupun berhadapan dengan cabaran dan rintangan.
1.6 En Zulkifli juga memohon beberapa sumbangan daripada YB Ustaz Saiful Bahari bin
Mamat antaranya :
20
1.6.1- Menyalurkan peruntukkan untuk membesarkan dewan sekolah Tanjung
pati yang terlalu kecil sehinggakan tidak mampu menampung jumlah semua
murid dan ibu bapa pada masa yang sama jika ingin mengadakan sesuatu
program atau aktiviti.
1.6.2 - Membina laluan gajah menyusur dari pondok jaga hingga ke kantin
sekolah bagi mengelakkan anak-anak basah ketika hari hujan. Laluan ini
dianggarkan lebih kurang 30 meter. Cadangan ini bertujuan untuk memberi
kemudahan kepada anak-anak murid SK Tanjung Pati masuk ke kawasan
sekolah dalam keadaan yang lebih selesa.
1.6.3 – En. Zulkipli juga memohon sumbangan daripada YB Ustaz Satiful untuk
menambah jumlah sumbangan ke dalam tabung PIBG sekolah memandangkan
jumlah wang tabung PIBG sekolah adalah tidak banyak. Beliau berharap dengan
sumbangan tersebut, pelbagai program yang dirancang dapat dijalankan
dengan jayanya.
1.7 Akhir kata, beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah sama ada dari segi tenaga
mahupun kewangan.bagi memastikan sekolah dapat melakar kejayaan demi kejayaan pada
masa akan datang. Beliau juga berharap kerjasama daripada AJK PIBG yang dilantik nanti
agar sentiasa berusaha membantu sekolah.
Tindakan: Makluman
21
2.0 Ucapan Guru Besar (En. Adnan bin Hj Awang)
2.1En. Adnan bin Hj Awang selaku Guru Besar serta Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
SK Tanjung Pati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Ustaz Hj Satiful Bahari bin Mamat
selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu
merangkap Ahli Dewan undangan Paka. Beliau juga turut mengalu-alukan kedatangan Puan
Fatimah Sham binti Ghazali,Pegawai Pembimbing Sekolah (PPS) dan mengucapkan terima kasih
kepada barisan pengurusan, guru-guru, serta semua ahli Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa serta
penjaga anak-anak SK Tanjung Pati kerana sudi meluangkan masa untuk turut sama hadir dalam
mesyuarat Agung PIBG kali ke 20.
2.2 Beliau juga berbesar hati kerana majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ini akan dirasmikan oleh
Yang Berhormat Ustaz Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,
Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu.
2.3 Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa sehingga bulan Julai 2021, seramai 7629 orang murid
iaitu sebanyak 4% dalam kategori B40 di negeri Terengganu dikategorikan sebagai murid cicir iaitu
tidak mengikuti pembelajaran secara PDPR. Manakala yang berjaya mengikuti PDPR sehingga Julai
2021 adalah seramai 166,881 orang murid iaitu sebanyak 96% .
2.4 Tuan Guru Besar juga memaklumkan bahawa Sekolah Tanjung Pati juga terdapat dua hingga
tiga peratus murid cicir dalam PDPR. Ekoran daripada kes keciciran ini, tuan Guru Besar
mencadangkan beberapa perkara kepada Yang Berhormat Ustaz Satiful Bahari bin Mamat untuk
diteliti dan dipertimbangkan :
2.4.1 : Perbanyakkan pusat-pusat internet rakyat (PINTAR) bagi membolehkan
murid mengikuti PDPR secara percuma.
2.4.2 : Pertimbangkan bantuan peranti, komputer atau tablet kepada murid-
murid SK Tanjung Pati yang dalam kategori B40 untuk memberi kemudahan supaya
mereka tidak ketinggalan dalam sesi PDPR.
2.4.3 : Harapan semoga ada sedikit bantuan kepada murid –murid SK
Tanjung Pati bagi meringankan perbelanjaan harian.
22
5. Tuan Guru Besar juga mengharapkan ibu bapa dapat mengenalpasti dan memastikan
anak jagaan bawah mereka dapat mengikuti sepenuhnya PDPR di rumah supaya tiada lagi
murid yang tercicir di SK Tanjung Pati. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu
bapa yang sentiasa membantu anak-anak semasa proses PDPR berlansung sepanjang
perintah kawalan pergerakan (PKP).
6.Tuan Guru Besar juga memaklumkan pada 3 Oktober 2021 murid Pra dan PPKI akan
mula belajar secara bersemuka di sekolah. Harapan Guru Besar dan semua warga sekolah
supaya murid Pra dan PPKI bersiap sedia untuk hadir ke sekolah dengan mengekalkan
prosedur operasi standard sedia ada supaya terhindar daripada jangkitan covid -19 yang
masih lagi berlegar di persekitaran kita.
7.Akhir kata Tuan Guru Besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang sudi hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 pada tahun ini.
Tindakan: Makluman
3.0 Ucapan Perasmi (YB Ustaz Hj Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi
Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi)
3.1 Yang Berhormat (YB) Ustaz Hj Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa
Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, selaku Perasmi
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 mengucapkan terima kasih kepada para jemputan dan
pengurusan SK Tanjung Pati bagi tahun kerana sudi mengundang beliau ke Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada tahun ini.
3.2 Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ibu bapa yang sanggup meluangkan
masa hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Hal ini adalah kerana,mesyuarat ini
adalah penting dan membuka peluang ibu bapa bertanya dan mengutarakan sebarang
pendapat untuk kecemerlangan sekolah dan anak-anak.
23
3.3 YB Ustaz Satiful memaklumkan portfolio Pelaksanaan Syariah merupakan kali pertama
di Terengganu iaitu sebagai komitmen, kesungguhan dan janji untuk menegakkan syariah
di negeri ini. Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan peruntukan kewangan kepada
Pelaksanaan Syariah meliputi Mahkamah Syariah, Penguatkuasaan,Pendakwaan dan juga
Halal Negeri Terengganu.Manakala sektor Pendidikan dan Pengajian Tinggi mempunyai
jawatankuasa yang asing berfokus kepada Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu
(SMANT). Sekarang sedang menaik taraf bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu menjadi Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) yang akan
berjalan seiring dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).
3.4 YB Ustaz Satiful memaklumkan kerajaan negeri berjanji akan mewujudkan satu Dun
satu Sekolah Rendah Islam. Pada masa sekarang, terdapat 11 buah Sekolah Rendah Islam
di Terengganu dan pada tahun hadapan Sekolah Rendah Islam akan dibuka di Chukai,
Kemaman serta di Kuala Berang. Dalam Daerah Dungun pula akan diwujudkan di Bukit
Besi, Ketengah Jaya dan Sekolah Rendah Islam di Pulau Serai.
3.5 YB Ustaz Satiful juga memaklumkan akan mewujudkan Bandar Lestari yang terletak
berhampiran dengan laluan keluar Tol Dungun menghala ke stesen East Coast Rail Link
(ERCL) Batu Tujuh.
3.6 Beliau juga memaklumkan, Kerajaan Negeri Terengganu akan mewujudkan Kolej Kusza
semula dengan menaik taraf iaitu menggabungkan Kolej Quran Terengganu, Kolej Yayasan
Islam Terengganu dan Kolej Yayasan Terengganu bagi mewujudkan institusi itu di Kampung
Durian Mentangau Dungun yang berkeluasan 300 ekar dan diwujudkan juga sebuah
Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam di Bandar Lestari tersebut.
3.7 YB Ustaz Satiful juga memaklumkan masyarakat sekarang cenderung untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama kerana keseimbangan pembelajaraan
yang merangkumi ilmu duniawi dan ukhrawi, di mana sekolah Rendah Islam mengabung
jalinkan UPSR, UPSRI dan UPKK. Seterusnya, akan dapat menyambung
24
pelajaran di sekolah Menengah Islam (SMIDI) yang sekarang baru diwujudkan. Sekarang ini
SMIDI menumpang di bangunan Yayasan di Durian Mas. Projek akan datang sekolah SMIDI
ini akan ditempatkan di Bandar Lestari. Perjalanan sekolah SMIDI akan seiring dengan
sekolah Imtiaz dan Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID). Beliau juga
memaklumkan sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan diwujudkan di Dun
Rantau Abang yang sekarang ini dalam proses kerja-kerja tanah sedang dijalankan.
3.8 YB Ustaz Satiful juga menyatakan kerajaan negeri sekarang ini sentiasa menambah baik
dan memperuntukkan untuk anjung ilmu telah disalurkan seperti biasa. Beliau mengulas
pelaburan terhadap pendidikan ini akan kembali kepada rakyat. Oleh sebab itu, hasil
royalti Terengganu banyak difokuskan kepada bidang pendidikan walaupun bidang ini tidak
memberi pulangan dalam bentuk wang ringgit tetapi bidang ini akan menaik taraf rakyat
Terengganu supaya dapat melahirkan seorang pemimpin di masa akan datang melalui
bidang pendidikan.Sejajar dengan itu, kerajaan negeri telah menambah peruntukkan
perkapita untuk sekolah Agama Rakyat, Maahad Tahfiz dan juga sekolah Pondok .
3.9 Selain itu, beliau juga memaklumkan kerajaan telah meluluskan peruntukkan sebanyak
RM 5 juta Biasiswa atau Skim Pelajar Cemerlang dan RM 10 juta untuk pinjaman.Sekarang
ini terdapat 600 pelajar yang mendapat peluang menyambung pengajian dalam pelbagai
bidang.Terbaru kerajaan negeri telah menghantar 29 orang pelajar menyambung pengajian
ke United Kingdom dalam bidang perubatan dan ke Maschester dalam bidang
perakaunan.Peruntukkan ini terbuka kepada semua yang tidak mendapat biasiswa untuk
menyambung pengajian di dalam ataupun luar negara.Oleh kerana ramai yang memohon,
keutamaan akan diberikan kepada golongan B40 yang layak.
3.10 Beliau juga memaklumkan pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam negara
boleh memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan
jika sekiranya permohonan tidak diluluskan pelajar boleh memohon pinjaman dengan
Yayasan Terengganu. Beliau berharap tiada lagi anak rakyat Terengganu yang tidak dapat
menyambung pengajian ke pusat pengajian tinggi disebabkan oleh masalah
kewangan.Bawah Yayasan Negeri Terengganu agensi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
(MAIDAM) juga dapat membantu anak-anak Terengganu menyambung pengajian di pusat
pengajian tinggi.
25
3.11 Beliau juga menyatakan peruntukkan untuk pakaian sekolah masih dikekalkan walaupun
agak lewat disebabkan situasi pandemik sekarang.Peruntukkan untuk PIBG sekolah juga akan
disalurkan walaupun jumlahnya tidak banyak kerana terdapat banyak sekolah yang perlu
diagihkan dalam negeri Terengganu.
3.12 Beliau juga berkata, kerajaan juga membantu dengan menyediakan tuisyen rakyat
kepada semua peringkat Dun yang dilaksanakan di peringkat zon. Selain itu, bengkel
menjawab juga diadakan bagi pelajar yang akan menghadapi peperiksaan supaya
kecemerlangan dapat dikekalkan di negeri Terengganu.
3.13 Beliau memaklumkan terdapat peruntukkan khusus, akan diberikan kepada pelajar yang
cemerlang di pusat pengajian tinggi di dalam mahupun luar Negara. Pengiktirafan atau hadiah
dari kerajaan negeri Terengganu ini adalah bertujuan untuk menaikkan semangat untuk
mempunyai daya saing yang tinggi untuk lebih cemerlang.
3.14 Beliau juga memaklumkan akan membuka peruntukkan baru kepada rakyat Negeri
Terengganu yang ingin menyambung pengajian di peringkat Master atau PHD boleh
memohon secara dalam talian dengan Yayasan Negeri Terengganu.
3.15 Beliau juga memaklumkan Kerajaan Terengganu juga menawarkan pengajian Association
of Chartered Certified Accountant (ACCA) yang menawarkan sijil akauntan kepada peserta
yang diiktiraf diperingkat dunia. Semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan negeri dan
biasiswa diberi secara percuma.Program ini akan dijalankan dengan kerjasama UITM Dungun
agar ramai rakyat Terengganu memperolehi sijil ACCA. Program terbaru lagi merupakan
dalam bidang elektrikal bagi peserta untuk mendapatkan sijil ‘chargeman’ di mana- mana
institusi yang boleh mendapatkan bantuan kewangan dengan kerajaan Negeri Terengganu.
3.16 Beliau juga berharap ibu bapa mempunyai target pada anak-anak supaya mereka
bersungguh-sungguh untuk lebih cemerlang dalam bidang akademik mahupun
kemahiran.Ibu bapa boleh melihat kecenderungan anak-anak terhadap kemahiran masing-
masing bukan tertumpu kepada bidang akademik sahaja.
3.17 Harapan beliau, murid-murid SK Tanjung Pati juga akan lebih berdaya saing bagi
menghasilkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malahan
cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
26
3.18 Beliau juga berpendapat hikmah disebalik pendemik covid 19 ini, ibu bapa dan anak-
anak sama-sama dapat menerokai dan mempelajari cara-cara pembelajaran melalui dalam
talian iaitu di rumah masing-masing.Beliau juga berpendapat murid yang tercicir bukan
disebabkan masalah peranti sepenuhnya tetapi mungkin disebabkan masalah lain yang
menganggu proses PDPR mereka tetapi beliau tidak menafikan faktor ini juga menjadi salah
satu penyebab terutama bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai.
3.19 Beliau memaklumkan kerajaan pusat telah mengeluarkan Jaringan Prihatin kepada
rakyat iaitu pihak Telco menawarkan data percuma dan handphone secara percuma. Kajian
juga telah dibuat, pihak kerajaan telah mengeluarkan sumbangan ‘tablet’ di bawah Yayasan
Terengganu, Yayasan Mara, Ketengah dan Yayasan Petronas tetapi tidak mencukupi untuk
keseluruhan jumlah pelajar di Terengganu.
3.20 Selain itu juga, beliau menyatakan masalah ponteng dalam PDPR mungkin disebabkan
oleh capaian internet yang kurang memuaskan di kawasan luar bandar dan pendalaman.
Telco telah bergabung dengan syarikat Celcom dan beberapa syarikat telekomunikasi yang
lain untuk menaik taraf sistem komunikasi di negara ini.
3.21 Beliau juga mengulas isu yang dibangkitkan oleh Tuan Guru Besar berkenaan menambah
pusat internet seperti PINTAR. Bagi pendapat beliau penggunaan di pusat internet seperti
PINTAR tidak begitu menggalakkan kerana masyarakat lebih cenderung menggunakan gadjet
seperti handphone dan tablet persendirian.
3.22 Beliau juga memaklumkan kerajaan berusaha untuk mewujudkan jalur lebar supaya
rakyat Terengganu boleh menggunakan capaian internet melalui jalur lebar. Di Terengganu
telah diwujudkan jalur lebar aras tinggi iaitu yang terbaru berpusat di Universiti TATI.
3.23 Beliau juga menyatakan kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) untuk sentiasa peka
dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan.
27
3.24 Beliau turut umumkan peruntukan untuk SK Tanjung Pati akan disalurkan ke akaun
PIBG.
3.25 Pada akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
kepada guru-guru SK Tanjung Pati terus istiqamah dalam mengajar anak-anak didik di
SK Tanjung Pati dan terus menyahut cabaran bagi mendepani sistem pendidikan yang
lebih mencabar di masa akan datang.
3.26 Beliau juga memaklumkan suntikan vaksinasi akan diberikan kepada semua murid
tingkatan 4 dan 5 dalam masa terdekat ini. Harapan beliau supaya ibu bapa dapat
memastikan anak-anak mereka mendapatkan vaksinasi di pusat PPV yang telah
ditetapkan.
3.27 YB Ustaz Hj Satiful seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK kali ke-
20 dan akhiri dengan ucapan terima kasih.
Tindakan: Makluman
4.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTP Kali ke-
19 Sesi 2020/2021
4.1 Puan Siti Nur Fatihah binti Harun selaku setiausaha PIBG SKTP bagi sesi 2020/2021,
membentang serta memohon agar minit mesyuarat agung yang lepas disahkan.
4.2 Hadirin diminta membuka helaian 11 -14 untuk rujukan minit mesyuarat yang lalu.
4.3 Puan Nor Sakinah binti Abu Bakar mencadangkan agar minit mesyuarat agung yang lepas
diterima dan disahkan.
4.4 Puan Kasmidah binti Muda menyokong pengesahan minit.
Tindakan : Makluman
28
5.0 Perkara Berbangkit - Tiada-
6.0 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahunan Sesi 2020/2021
6.1 Laporan aktiviti tahunan dibentang oleh Setiausaha PIBG, Puan Siti Nur Fatihah binti
Harun. Hadirin diminta merujuk pada halaman 15.
6.2 Sebulat suara menyokong laporan aktiviti tahunan sesi 2020/2021
6.3 Senarai aktiviti PIBG 2020/2021 adalah seperti berikut :
BIL AKTIVITI BULAN
1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-19 Februari
2 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Januari,Februari,Jun,Oktober
3 Kacau Bubur Asyura Februari
4 Majlis Perpisahan dan Kecemerlangan muridTahun Disember
6 dan PPKI Disember
5 Majlis Penyerahan Wang Zakat
Tindakan : Makluman
7.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG SK Tanjung Pati Sesi 2020/2021
7.1 Laporan kewangan dibentang oleh Cik Rosminzana binti Mohamed Wardapi.
7.2 Hadirin diminta merujuk pada halaman 16-17.
7.3 Laporan kewangan telah disemak oleh pemeriksa kira-kira iaitu Puan Norasmira binti Abd Aziz
dan Puan Fatimah binti Ramli.
7.4 Laporan kewangan yang dibentangkan adalah laporan kewangan yang bermula 1 Januari 2020
sehingga 31 Disember 2020.
29
7.5 Wang masuk sebanyak RM158,802.37 dan wang keluar sebanyak RM74,609.00. Baki yang
berakhir pada 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM84193.37.
7.6 Puan Nor Sakinah binti Abu Bakar mencadangkan laporan kewangan diterima dan
disahkan.
7.7 Puan Nor Erma Elyna menyokong pengesahan laporan tersebut diterima.
Tindakan : Makluman
8.0 Perbahasan Usul
8.1. Usul Pertama : Pn. Nor Sakinah memohon agar diadakan gotong-royong sempena sesi
persekolahan murid Prasekolah dan juga murid-murid daripada Program Pendidikan Khas
Integrasi yang akan bermula pada 3 Oktober nanti.
Tindakan : Pihak sekolah telah membuat keputusan gotong-royong akan diadakan dan
akan dihadiri oleh guru-guru yang lengkap vaksin sahaja dan tidak melibatkan ibu
bapa, kerana bimbang dengan situasi penularan virus Covid-19 yang masih belum
stabil.
8.2 Usul Kedua : Sumbangan Pembiayaan PIBG bagi Sesi 2021/2022
Cadangan 1: Puan Rozita binti Abd Rahman mencadangkan agar jumlah sumbangan
dikekalkan sebanyak RM 30.00 satu keluarga manakala Dana Kecemerlangan
Pendidikan dikekalkan juga sebanyak RM 40.00 bagi setiap orang murid.
Cadangan 2: Puan Norsakinah binti Abu Bakar mencadangan agar kadar
sumbangan dinaikkan kepada RM40.00 satu keluarga.
Keputusan: Sebulat suara menerima sumbangan pembiayaan PIBG dikekalkan iaitu
berjumlah RM30.00 satu keluarga manakala Dana Kecemerlangan Pendidikan
dikekalkan juga sebanyak RM 40.00 bagi setiap orang murid.
Tindakan : Makluman
30
9.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG SKTP Bagi Sesi 2020/2021
9.1 En. Zulkipli bin Md Ali, selaku YDP PIBG sesi lepas, membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi
2020/2021 bagi memberi laluan pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2021/2022.
10.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SKTP bagi Sesi 2021/2022
Yang Dipertua : Encik Zulkipli Bin Md. Ali (dikekalkan)
Naib Yang Dipertua : Encik Muhd Zuki @ Rosli bin Abas
Setiausaha Kehormat : Puan Siti Nur Fatihah Binti Harun
Bendahari Kehormat : Cik Rosminzana binti Mohamed Wardapi
AJK Ibu Bapa : 1. Puan Siti Julia binti Jusoh
2. Puan Rahimah Binti Md. Noor
3. Encik Wan Khairul Ridzuan bin Wan Abdullah
4. Puan Siti Julaiha binti Muhamad
5. Encik Mohd Hasmadi bin Mohd Nor
AJK Guru : 1. Encik Mohd Muhaimin bin Nur Anuar
2. Puan Cik Ku Norlizawani Binti CW Husin
3. Puan Nor Asura binti Arshad
4. Puan Fatimah@Norlina Binti Mustaffa
Pemeriksa kira-kira 1 : Puan Siti Rafeah binti Daud (Ibu Bapa)
Pemeriksa kira-kira II : Puan Fatimah binti Ramli (Guru)
Tindakan : Makluman
31
11.0 Ucapan Penangguhan
11.1 En. Zulkipli bin Md Ali, selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar dan pihak pengurusan sekolah serta guru-guru SK Tanjung Pati yang sentiasa
memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak PIBG.
11.2 Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua AJK dan ibu bapa yang masih
memberi sokongan dengan memberi mandat kepada beliau untuk terus menerajui
PIBG untuk Sesi 2021/2022.
11.3 YDP PIBG berharap keputusan yang telah dicapai dalam mesyuarat berhubung dengan
sumbangan PIBG yang telah depersetujui secara majoriti iaitu sebanyak RM30.00
satu keluarga dapat dibayar dengan sepenuhnya pada tahun ini.
11.4 YDP PIBG juga berharap, barisan AJK PIBG yang baru dilantik untuk sesi 2021/2022
dapat memberikan kerjasama dalam pengurusan PIBG untuk kebaikan bersama.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK lama yang telah banyak membantu
bagi menjayakan setiap program atau aktiviti yang telah dijalankan.
11.5 En. Zulkipli selaku YDP PIBG juga mencadangkan agar akaun PIBG sekolah tetap
diteruskan di Bank Rakyat, kerana Bank Rakyat banyak menyediakan manfaat kepada
murid-murid sekolah. Cadangan YDP diterima dan dipersetujui oleh semua ahli
mesyuarat.
11.6 Sehubungan dengan ini, sebarang transaksi hanya boleh dibuat 2/3 daripada penama
di bawah :
i) Yang Dipertua PIBG : En. Zulkipli bin Md Ali
ii) Setiausaha PIBG : Pn. Siti Nur Fatihah binti Harun
iii) Bendahari PIBG : Cik Rosminzana binti Mohamed Wardapi
32
11.7 En. Muhd Zuki @ Rosli selaku NYDP PIBG mengucapkan ribuan terima kasih atas
sokongan dan atas pelantikan beliau pada tahun ini dan berharap semua AJK boleh
bekerjasama dalam pasukan dan memberi tunjuk ajar kepada beliau.
Tindakan : Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengah hari.
33
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PIBG SESI 2021 / 2022
BIL AKTIVITI BULAN
1 Mesyuarat Agung Tahunan September
PIBG kali ke-20 2021
2 Gotong royong sempena September
pembukaan sekolah 2021
3 Mesyuarat Jawatankuasa Nov 2021, Mei
PIBG & Jun 2022
4 Majlis Apresiasi Februari 2022
Kemenjadian Murid
4 Majlis Persaraan Cikgu April & Mei
Zainab & Cikgu Aidatul 2022
Akmal Jan & Mei 2022
5 Majlis pertukaran PO dan
kerani
34
PENYATA KEWANGAN PIBG
TAHUN 2022
35
PENYATA KEWANGAN PIBG
TAHUN 2021
36
CADANGAN USUL
1. Cadangan supaya pihak sekolah memaklumkan secara
terus atau rasmi kepada ibu bapa sekiranya anak terlibat
dengan aktiviti kokurikulum diluar dari waktu sekolah.
2. Cadangan penambahbaikan tandas murid seperti
meletakkan paip untuk kemudahan murid-murid.
( En. Amir Marwan bin Muda )
3. Disebabkan ibu bapa tidak dapat masuk ke dalam
Kawasan sekolah, dicadangkan agar pihak sekolah
menyediakan laluan pejalan kaki yang berbumbung untuk
anak-anak sekolah arus perdana dan pra sekolah masuk ke
Kawasan sekolah terutama pada musim hujan.
( En. Azli Mahfuz bin Muda)
4. Memohon YB bagi tanah jajahan Rantau Abang agar
mencadangkan kepada pihak JKR supaya mengeluarkan
satu peruntukan bagi membina satu laluan jejantas di
hadapan sekolah kerana laluan tersebut semakin sibuk
dengan kenderaan perdagangan.
5. Memohon juga pihak JKR melebarkan lagi jalan dan kaki
lima dihadapan sekolah bagi memudahkan ibu bapa
memarkir kenderaan semasa menunggu kepulangan anak
dari sekolah. ( En. Redzuan bin Abdullah)
6. Cadangan supaya membaiki jalan di pintu belakang
untuk anak-anak yang berbasikal kerana laluan tersebut
berumput dan tidak rata.
( En. Mohd Abi Sufian bin Omar )
7. Cadangan supaya jadual sekolah diberi lengkap. Contoh
Apa maksud (PMZ) ? Bagi permulaan ibu bapa yang
pertama kali anak bersekolah. ( Che Wan Izan )
37
SEKALUNG PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG kali ke-21.
Kalau ada sumur diladang
Bolehlah saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang Panjang
Boleh kita berjumpa lagi
38
TERIMA KASIH
39