The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TADABBUR AYAT ALQURAN SURAH AT-TIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munirahraihana, 2021-04-22 20:34:57

TADABBUR SURAH AT-TIN

TADABBUR AYAT ALQURAN SURAH AT-TIN

JUZ AMMA

SURAH AT-TIN
\ 23 APRIL 2021

11 RAMADAN 1442H

SURAH AL-QADR AYAT 1-8
- BUAH TIN -

RINGKASAN TEMA SURAH

Surah ini menjelaskan bahawa manusia ialah
makhluk paling baik tetapi mereka akan menjadi orang
yang amat rendah jika tidak beriman dan beramal soleh.
Allah SWT adalah hakim yang Maha Adil.

MENGAPA AYAT INI DITURUNKAN

Allah SWT berfirman : “Kemudian kami
tempatkan mereka ke tempat yang serendah-rendahnya
(neraka )” . ( at-Tin :5).

Ayat ini diturunkan berkenaan dengan beberapa
orang pada zaman nabi Muhammad SAW yang
dipanjangkan umurnya sehingga menjadi nyanyuk. Allah
SWT menjelakan bahawa kesalahan yang dilakukan
dalam tempoh nyanyuk akan dimaaafkan.

Mereka akan diberi ganjaran ketika fikiran
mereka masih sihat dan baik. Perkataan dan
perbuatan tidak akan diminta dipertanggungjawabkan
ketika fikiran mereka sudah tidak berfungsi.

Dalam surah ini, Allah SWT bersumpah dengan
tiga nama tempat dimana Allah SWT mengutuskan para
rasul yang menyebarkan tiga agama besar.

Tempat yang pertama ialah tempat buah tin dan
zaitun , iaitu Baitulmaqdis. Tempat kedua Gunung Sinai ,
iaitu tempat di mana Allah SWT berbicara dengan nabi
Musa a.s.

Tempat yang ketiga ialah Mekah iaitu tanah
kelahiran nabi Muhammad SAW.

Allah SWT telah mengingatkan dalam surah ini
bahawa dia telah menciptakan manusia dalam bentuk
yang paling sempurna. Manusia melebihi makhluk lain
seperti binatang atau tumbuhan. Jika manusia tidak
mentaati Allah dan rasulNya maka kelak dia akan
dimasukkan ke dalam neraka.

Orang yang beriman kepada Allah SWT dan
berbuat baik pula akan mendapat pahala yang tidak
pernah putus.

Oleh itu kita mestilah berbuat baik kepada sesiapa
sahaja. Yakinlah dengan adanya hari pembalasaan. Pada
hari itu Allah SWT akan membalas semua perbuatan
manusia kerana pada saat itu Allah lah seadil-adil hakim.

Semoga kisah kali ini
bermanfaat buat kita semua.

Amin Yarabbal Alamin.

Sumber cerita adalah dari buku :


Click to View FlipBook Version