The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TADABBUR AYAT ALQURAN SURAH AL-QADR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by munirahraihana, 2021-04-21 22:38:41

TADABBUR SURAH AL-QADR

TADABBUR AYAT ALQURAN SURAH AL-QADR

JUZ AMMA

SURAH AL- QADR
\ 22 APRIL 2021

10 RAMADAN 1442H

SURAH AL-QADR AYAT 1-5
- KEMULIAAN -

MENGAPA AYAT INI DITURUNKAN

Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW
menceritakan tentang seorang lelaki Bani Israel yang
tidak berhenti berjihad di jalan Allah SWT selama
seribu bulan.

Kaum muslimin berasa kagum dengan beliau. Allah
SWT lalu menurunkan ayat :

“ Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran)
pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam

kemuliaan itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari
seribu bulan .

Malam kemuliaan itu bererti lebih baik dari seribu
bulan yang dihabiskan oleh lelaki yang berjihad di
jalan Allah SWT itu.

Adakah anda tahu bahawa bulan Ramadan ada
satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam itu
ialah malam Lailatulqadar. Pada malam itu Al-quran
diturunkan untuk pertama kali.

Malam Lailatulqadar ada pada sepuluh malam
terakhir di bulan Ramadan . Kaum muslimin
diperintahkan untuk tidak mensia-siakan malam ini.
Nabi Muhammad SAW menuntut semua umatnya
menghidupkan malam itu dengan amalan – amalan sunat.

Ia bukan sekadar ibadah tetapi perlu dilakukan
dengan ikhlas dan meresap ke dalam hati. Jika Allah
SWT memperkenankan hambaNya untuk mendapat
malam ini, maka dosanya yang lalu dan yang akan datang
akan dihapuskan.

IKTIBAR

Surah ini mengandungi penjelasan tentang
permulaan Al-quran diturunkan iaitu pada malam
Lailatulqadar yang nilainya lebih baik dari seribu bulan
iaitu 83 tahun 3 bulan. Para malaikat dan Jibrail turun
ke dunia untuk megatur segala urusan.

Semoga kisah kali ini
bermanfaat buat kita semua.

Amin Yarabbal Alamin.

Sumber cerita adalah dari buku :


Click to View FlipBook Version