The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN AKADEMIK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazirah09-517, 2022-05-12 10:29:36

F4 - SITI NAZIRAH BINTI ALIM

PENULISAN AKADEMIK BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN

(AMBILAN JUN 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: SITI NAZIRAH BINTI ALIM
NO. KAD PENGENALAN: 010623100788
2020192340079
ANGKA GILIRAN:
PISMP F4 AMBILAN JUN 2020
KUMPULAN/ UNIT BAHASA MELAYU (SK)
MISS TAN YAN IM
NAMA PENSYARAH: PENULISAN AKADEMIK
TAJUK TUGASAN : 12 MEI 2022
TARIKH PENYERAHAN:

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 1
2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA.............. 1

2.1 ASPEK FIZIKAL...................................................................................................... 1
2.2 ASPEK EMOSI ....................................................................................................... 2
2.3 ASPEK SOSIAL...................................................................................................... 3
2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK.................................................................................... 3
3.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 4
4.0 RUJUKAN .................................................................................................................. 5

1

1.0 PENGENALAN

Bilik darjah mesra budaya adalah bilik darjah yang kondusif untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
budaya (Noriati A. Rashid et al., 2017). Pengintegrasian bilik darjah mesra budaya adalah
pengaplikasian yang wajib dilaksanakan kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa
dan agama. Pengaplikasian ini selaras dengan Hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang meletakkan perpaduan kaum sebagai salah satu fokus utama
dimana sekolah sebagai institusi pendidikan yang berperanan sebagai medium utama untuk
mewujudkan identiti nasional dalam kalangan murid dimana murid dapat menerima serta
menghayati kepelbagaian budaya di Malaysia. Bilik darjah mesra budaya ini juga sejajar
dengan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan matlamat untuk
melahirkan murid yang dapat memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran negara.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Bilik darjah mesra budaya adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua guru
terutamanya dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah medium untuk mewujudkan semangat kekitaan
dan patriotism dalam kalangan murid yang secara tidak langsung mewujudkan integrasi
nasional dalam kalangan murid. Terdapat beberapa langkah yang perlu dijalankan oleh guru
unruk menguruskan bilik darjah mesra budaya daripada pelbagai aspek.

2.1 ASPEK FIZIKAL

Aspek fizikal bilik darjah adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ia mampu menjadikan proses PdP berjalan dengan selesa dan menyeronokkan serta
menyumbang kepada perkembangan murid dalam pembelajaran terutamanya sikap dan
kreativiti murid (Marinah Awang et al., 2018). Persekitaran fizikal juga mampu memberi kesan
terhadap jalinan hubungan mesra antara murid dengan murid dan guru dengan murid
terutamanya bagi murid dan guru yang berlainan budaya. Langkah pengurusan bilik darjah
mesra yang boleh dijalankan oleh guru selaras dengan pembelajaran abad ke-21 adalah
penyusunan kerusi dan meja murid secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Penyusunan meja dengan taburan kaum yang pelbagai secara tidak langsung mewujudkan
komunikasi dan persefahaman antara murid yang berlainan kaum serta membantu mereka
untuk menerima dan menghayati perbezaan budaya dalam kalangan mereka. Penyusunan
meja secara berkumpulan juga menggalakkan pembelajaran secara koperatif dimana murid
yang mengamalkan nilai tanggungjawab dan bekerjasama secara berkumpulan dalam

2

mempelajari dan memahami konsep yang dipelajari serta saling membantu rakan yang
mengalami masalah dalam pembelajaran (Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod, 2017).

Selain itu, pengurusan persekitaran yang ceria dengan menerapkan aspek mesra
budaya boleh diaplikasikan oleh guru. Guru menyediakan suatu sudut pembelajaran atau
pameran berkaitan budaya untuk meningkatkan pengetahuan am murid berkaitan dengan
kepelbagaian budaya di Malaysia. Selaras dengan pembelajaran Abad ke-21, guru boleh
mengaplikasikan penggunaan peta i-think dalam persembahan maklumat tentang
kepentingan mengetahui kepelbagaian budaya yang dapat membantu murid meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi untuk memproses maklumat berkaitan maklumat yang dibaca
(Zarina Abu Baker & Wan Muna Ruzana, 2021). Secara tidak langsung, murid daripada
pelbagai budaya dapat mengaplikasikan maklumat yang diperolehi melalui pembacaan dalam
kehidupan seharian mereka untuk mewujudkan budaya yang mesra antara murid pelbagai
budaya.

2.2 ASPEK EMOSI

Pengurusan aspek emosi dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya adalah
perkara yang perlu ditekankan oleh setiap guru kerana aspek emosi penting untuk menjamin
kesejahteraan bilik darjah mesra budaya. Perkembangan emosi kanak-kanak adalah
komponen penting dalam kehidupan seharian murid kerana ia mempengaruhi perbuatan,
pandangan serta aktiviti kehidupan mereka (Mohamad Albaree Abdul et al., 2019). Oleh hal
yang demikian, kaedah pengajaran dan cara layanan guru terhadap murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya memainkan peranan penting supaya tidak mengganggu
perkembangan emosi murid. Langkah yang boleh dijalankan oleh guru ialah memberikan
galakan dan pujian kepada murid tanpa mengira bangsa dan agama apabila mereka dapat
menjawab ataupun dapat melaksanakan tugasan dengan baik untuk merangsang emosi
murid-murid. Secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap motivasi murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP.

Selain itu, guru juga berperanan untuk mewujudkan hubungan yang baik antara guru
dengan murid dan murid dengan murid untuk meningkatkan keselesaan murid untuk
menjalani aktiviti PdP. Pembinaan hubungan yang baik antara guru dengan murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya dapat merangsang dan memperkukuhkan kesepaduan dalam
kepelbagaian budaya yang wujud dalam bilik darjah. Kemesraan dalam hubungan yang wujud
antara guru dan murid jelas dapat memberikan impak yang besar kepada emosi murid kerana
murid dari pelbagai budaya tidak lagi berasa takut dan bersikap terbuka untuk menyesuaikan
diri dengan kepelbagaian budaya yang wujud dalam bilik darjah (Suresh Kumar, 2016). Guru

3

juga perlu mengelakkan menggunakan bahasa dan pertuturan yang menyentuh sensitiviti
kepelbagaian kaum yang boleh mengganggu emosi murid-murid yang akan mengganggu
emosi murid dimana menjadikan murid tidak bermotivasi untuk menjalankan aktiviti PdP.

2.3 ASPEK SOSIAL

Aspek sosial adalah aspek yang penting untuk meningkatkan keberkesanan bilik
darjah mesra budaya. Tingkah laku sosial yang positif dalam bilik darjah mesra budaya dapat
dilihat apabila berlakunya interaksi yang baik antara murid berbilang kaum. Langkah yang
boleh diaplikasikan oleh guru bagi aspek sosial ialah dengan melaksanakan aktiviti
pembelajaran dengan menerapkan strategi bermain yang dijalankan secara berkumpulan
yang melibatkan semua murid. Aktiviti bermain secara berkumpulan ini dapat meningkatkan
budaya kerjasama antara murid kerana berlakunya kolaboratif dan koperatif antara murid
walaupun terdiri daripada pelbagai budaya (Nor Fatimah et al., 2020). Melalui aktiviti bermain
ini juga, murid dapat bersosial bersama murid yang lain untuk memperoleh pengalaman yang
dapat diaplikasikan pada masa akan datang atau dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti
ini juga menggalakkan komunikasi antara murid untuk memberikan idea untuk mewujudkan
unsur persefahaman dan penerimaan dalam kalangan murid yang berbeza latar belakang dan
cara berfikir.

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Aspek sosiolinguistik adalah kajian saintifik mengenai bahasa yang digunakan dalam
sesebuah masyarakat. Langkah yang boleh dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
keberkesanan bilik darjah mesra budaya bagi aspek sosiolinguistik ialah guru menetapkan
penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar yang wajib digunakan dalam bilik
darjah dimana murid tidak digalakkan menggunakan bahasa dialek dan slanga ibunda ketika
berinteraksi dengan murid yang lain di dalam kelas (Nurhijrah et al., 2019). Penggunaan
Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dapat mengelakkan kerencaman bahasa bagi
murid kaum cina dan india. Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat berinteraksi
antara satu sama lain dengan mudah dan dapat mengelakkan salah faham antara murid
berlainan bangsa ketika berkomunikasi. Kesannya, wujud suatu komuniti pembelajaran yang
mesra antara murid pelbagai latar belakang dimana murid dapat berinteraksi tanpa sekatan
budaya dan tidak berkelompok.

Tambahan pula, guru juga boleh menerapkan unsur-unsur budaya dan warisan dalam
proses PdP terutamanya dalam mata pelajaran bahasa melayu seperti cerita-cerita rakyat
daripada pelbagai etnik iban dan sebagainya. Penggunaan lagu daripada bangsa dan etnik
lain juga digalakkan bagi menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik. Malahan pula,

4

tarian dari bangsa lain seperti tarian kipas dan tarian kadazan dusun boleh diterapkan dalam
matapelajaran Pendidikan jasmani. Penerapan budaya daripada pelbagai bangsa ini jelas
dapat memberikan pengetahuan dan mendorong murid menghayati bahasa dan dialek
daripada pelbagai bangsa dan memudahkan murid untuk menguasai kosa kata etnik lain.
Penerapan unsur budaya warisan pelbagai etnik ini juga dapat mengelakkan murid selain
daripada bangsa melayu berasa tersisih sebaliknya akan menjadikan proses PdP menjadi
lebih menarik.

3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, konsep bilik darjah mesra budaya bukan sahaja menekankan aspek fizikal
malah mementingkan aspek emosi, sosial dan juga sosiolinguistik supaya dapat menjadikan
bilik darjah mesra budaya lebih berkesan. Guru memainkan peranan yang penting untuk
mengekalkan iklim dan suasana mesra budaya bagi memotivasikan murid untuk menyertai
aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif. Oleh hal yang demikian, usaha guru untuk
mewujudkan bilik darjah mesra budaya adalah penting untuk merealisasikan hasrat PPPM
(2012-2025) dimana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat mencapai
objektif untuk meingkatkan penerimaan dan persefahaman dalam kalangan murid yang terdiri
daripaad latar belakang yang berbeza.

5

4.0 RUJUKAN

Bhavani Somasundram & Zamri Mahamod. (2017). Keberkesanan Pembelajaran Koperatif
Terhadap Pencapaian Dan Motivasi Murid Sekolah Menengah Dalam Pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPBM , 11-23, 7(1).

Marinah Awang, Mohd Ezrizal Zakaria & Ramlee Ismail. (2018). Hubungan Persekitaran
Fizikal Bilik Darjah dan Kesejahteraan dan Keselesaan Pembelajaran dan Pengajaran
. Management Research Journal, 86-99, 7(1).

Mohamad Albaree Abdul, Hazhari Ismail, Lylia Mohamad & Zaharah Osman. (2019).
Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Menggunakan Kaedah Pengajaran Berasaskan
Aktiviti Muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan , 17-23, 8.

Nor Fatimah, Azizah Zain & Zarina Eshak. (2020). Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu
Perkembangan Sosial Kanak-kanak Melalui Aktiviti Bermain Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 52-60, 9.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid,.
(2017). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nurhijrah, Zuria Mahmud Mohd Mahzan. (2019). Penggunaan Bahasa Melayu Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Realiti Dan Cabaran Di Sekolah Pelbagai
Etnik. Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu
Kedua 2019, 1152-1166.

Suresh Kumar. (2016). Keberkesanan Hubungan Guru Kelas-Murid Dalam Merangsang
Kesedaran Terhadap Integrasi Etnik Dalam Kalangan Murid Di Bilik Darjah. Jurnal Ilmi,
69-88, 6.

Zarina Abu Baker & Wan Muna Ruzana. (2021). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Peta I-
Think Dalam Kalangan Guru Senior Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Di Daerah
Seremban. Jurnal Dunia Pendidikan, 32-43, 3(2).


Click to View FlipBook Version