The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nazirah09-517, 2021-08-21 04:01:27

F4 - SITI NAZIRAH BINTI ALIM

F4 - SITI NAZIRAH BINTI ALIM

18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PERGURUAN

(AMBILAN JUN 2020)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
(EDUP3043)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: SITI NAZIRAH BINTI ALIM
NO. KAD PENGENALAN: 010623100788
2020192340079
ANGKA GILIRAN:
PISMP F4 AMBILAN JUN 2020
KUMPULAN/ UNIT BAHASA MELAYU (SK)
DR. SHARIZA BINTI SAID
NAMA PENSYARAH: PENULISAN AKADEMIK
TAJUK TUGASAN : 21 OGOS 2021
TARIKH PENYERAHAN:

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN........................................................................................................... 1
2.0 ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH MURID DALAM SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN ................................................................................................................. 1
3.0 HUBUNG KAIT ANTARA MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI
DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENGATASI TINGKAH LAKU
BERMASALAH ..................................................................................................................... 3
4.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 5
5.0 RUJUKAN .................................................................................................................. 6
6.0 LAMPIRAN................................................................................................................. 8

1

1.0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah merangkumi kaedah dan strategi yang dilakukan oleh guru
sebagai pengurus bilik darjah bagi menangani masalah pengawasan, memastikan
keselamatan, kemudahan fizikal, susunan aktiviti harian, mengekalkan pembelajaran yang
kondusif, serta pengurusan disiplin dan tingkah laku pelajar (Aney Marinda Muhammad Amin
& Norasmah Othman, 2019). Pengurusan bilik darjah juga adalah proses membentuk dan
mengekalkan persekitaran pembelajaran dengan cekap dan berkesan yang dapat
meningkatkan pencapaian murid (James Ang Jit, 2014). Pengurusan bilik darjah yang
berkesan amat penting bagi murid di Malaysia mencapai aspirasi abad-21 iaitu
berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, memiliki etika dan kerohanian
serta beridentiti nasional. Pengintegrasian teknologi adalah suatu unsur nilai tambah yang
perlu diaplikasikan dalam pengurusan bilik darjah supaya dapat menggalakkan pembelajaran
serta dapat mengawal aspek tingkah laku murid.

2.0 ISU TINGKAH LAKU BERMASALAH MURID DALAM SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Tingkah laku bermasalah adalah tingkah laku yang menjejaskan kelancaran aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian pakar, perlakuan tingkah laku
bermasalah oleh murid berlaku disebabkan murid kurang berakomondasi terhadap perubahan
persekitaran dan mencetuskan gangguan terhadap murid secara psikologi atau fizikal
(Angelina Simai Suka et al., 2021). Berdasarkan kajian, tingkah laku bermasalah yang
dilakukan oleh murid dapat menurunkan pencapaian akademik dan meningkatkan masalah
disiplin yang berlarutan (Ariel M. Aloe et al., 2014). Tingkah laku negatif terdiri daripada
tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif, dan tingkah laku distruktif. Tingkah laku
bergantung merujuk kepada murid yang menunjukkan sifat kebergantungan kepada guru,
rakan, keluarga apabila menjalankan tugasan atau membuat sesuatu keputusan. Tingkah
laku disruptif pula adalah tingkah laku menganggu individu lain dan menunjukkan tingkah laku
agresif fizikal. Manakala tingkah laku distruktif adalah sikap agresif yang mampu merosakkan
barangan atau mewujudkan situasi permusuhan nyata yang boleh membahayakan individu
lain kerana bertindak tidak memikirkan akibatnya.

Senario tingkah laku bermasalah murid tidak asing lagi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan analisis daripada pertanyaan kepada beberapa
pakar, isu tingkah laku yang sering berlaku dalam kelas ialah murid menjadi pasif dan kurang
memberikan tumpuan kepada pembelajaran yang sedang berlangsung. Murid lebih
cenderung melakukan kerja lain berbanding memberikan perhatian terhadap pembelajaran

2

seperti bercakap dan mengganggu rakan serta membaca bahan bacaan selain isi
pembelajaran (Rachel Sun & Daniel, 2012). Bagi pembelajaran secara atas talian pula, tahap
fokus murid terhadap pembelajaran lebih rendah kerana mereka lebih cenderung
menjalankan aktiviti lain terutamanya berada dihadapan peranti mudah alih, malah terdapat
murid yang tidur sewaktu kelas secara atas talian dijalankan. Masalah tingkah laku ini sering
di lakukan oleh segelintir murid kerana tidak mempunyai motivasi untuk menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian apabila mempunyai sesuatu perkara yang
lebih menarik perhatian mereka di sekeliling mereka (Nor Amira Ruslan, 2020). Malah,
terdapat murid yang menjadi pasif dalam sesi pembelajaran secara atas talian menggunakan
pelantar googlemeet. Pelajar tidak memberikan respon terhadap pertanyaan guru dalam sesi
pembelajaran sehingga menyebabkan interaksi dua hala antara guru dan murid tidak berlaku.

Seterusnya, krisis masalah tingkah laku murid semakin menjadi-jadi apabila wujudnya
amalan ponteng kelas iaitu sengaja tidak hadir ke kelas tanpa mendapat kebenaran daripada
guru yang mengajar (Noremy Md. Akhir et al., 2019). Tingkah laku murid yang sering ponteng
kelas untuk mengelak dari menjalankan sesi pengajaran guru yang mereka tidak suka
semakin giat. Melalui analisis, murid mungkin kurang gemar dengan kaedah pengajaran yang
dijalankan oleh guru dan menyebabkan mereka bosan lalu mencari alternatif untuk
memonteng kelas yang menyebabkan mereka ketinggalan pembelajaran. Masalah tingkah
laku ponteng kelas ini bukan saja berlaku dalam bilik darjah, malah berlaku juga dalam
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dimana murid hanya diamkan diri dan tidak
melibatkan diri dalam sesi pembelajaran melalui pelantar atas talian seperti google meet,
whatsapp, telegram dan google classroom. Isu ponteng kelas secara atas talian ini mungkin
berlaku disebabkan murid sudah muak dengan pembelajaran dalam norma baru yang
meletihkan mereka (Firdaus Azli, 2021).

Pakar juga menyatakan terdapat isu tingkah laku murid tidak menyiapkan atau tidak
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Terdapat segelintir murid yang berfikir
bahawa tugasan adalah sesuatu yang tidak penting dan membebankan serta sukar dilakukan
pada waktu lapang di rumah. Kesan daripada tingkah laku ini akan menyebabkan murid tidak
menguasai sepenuhnya isi pembelajaran yang dipelajari kerana mereka tidak melaksanakan
tugasan peneguhan yang diberikan oleh guru sehingga memberi kesan terhadap pencapaian
akademik mereka. Berdasarkan kenyataan pakar yang dirujuk, isu ini juga masih dilakukan
oleh murid malah lebih teruk apabila pembelajaran secara atas talian dijalankan kerana murid
berfikir bahawa guru tidak akan menilai hasil kerja mereka. Murid juga turut leka untuk tidak
menyiapkan tugasan kerana kelas hanya dijalankan secara atas talian sahaja dan mereka
tidak mempunyai motivasi dan tanggungjawab untuk menyiapkannya.

3

Akhir sekali, terdapat isu tingkah laku murid yang tidak menghormati guru dalam bilik
darjah dan PdP secara atas talian. Tingkah laku bermasalah ini dapat dilihat apabila murid
tidak menghiraukan kewujudan guru didalam kelas. Contohnya, murid keluar kelas untuk ke
tandas atau tempat lain tanpa kebenaran dan pengetahuan guru. Murid juga bersembang
dengan kuat dan berjalan tanpa hala tujuan ke tempat rakan ketika guru sedang menerangkan
sesuatu dihadapan kelas dan tidak mengendahkan guru. Isu ini juga berlaku dalam proses
PdP secara atas talian dimana murid tidak mengendahkan isi pembelajaran yang diberikan
oleh guru dalam pelantar whatsapp dan telegram. Hal ini sering terjadi dimana murid malas
untuk menjalankan proses PdP dan tidak mahu menyiapkan tugasan yang disediakan oleh
guru terutamanya apabila tiada orang yang akan memantau mereka secara terus.

3.0 HUBUNG KAIT ANTARA MODEL PENGURUSAN DISIPLIN DAN INTERVENSI
DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENGATASI TINGKAH LAKU
BERMASALAH
Pengintegrasian teknologi dan model pengurusan disiplin dalam pengurusan bilik

darjah adalah suatu inisiatif yang menerapkan teknologi ke dalam pedagogi bilik darjah bagi
meningkatkan keupayaan dan kecekapan guru mengawal tingkah laku bermasalah dan
disiplin murid dalam bilik darjah. Model pengurusan disiplin yang boleh diaplikasikan oleh guru
untuk mengatasi masalah tingkah laku bermasalah murid ialah Model Pengurusan Kelompok
Kounin. Model yang dipelopori oleh Jacob Kounin adalah model yang menekankan cara
pengurusan bilik darjah dan pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran bagi
mempengaruhi tingkah laku murid (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).

Tingkah laku bermasalah murid yang tidak memberikan tumpuan kepada guru
mengajar semakin membimbangkan. Bagi mengatasinya, intervensi yang sesuai digunakan
adalah menggunakan terapi muzik bagi menyediakan suatu persekitaran pembelajaran yang
tenang dan kondusif. Menurut Kounin, guru perlu bijak menggunakan momentum sewaktu
sesi pembelajaran iaitu memulakan pengajaran dengan sesuatu yang menarik perhatian
murid dan meneruskan pengajaran dengan lancar. Oleh itu, pengaplikasikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik berasaskan muzik dengan menggunakan
teknologi dan bahan media yang menarik seperti video animasi, nyanyian, pembentangan
menggunakan slide yang menarik yang tidak hanya tertumpu pada buku teks sahaja. Melalui
intervensi ini juga, guru perlu melibatkan murid secara aktif seperti menyanyi bersama-sama
bagi meningkatkan tumpuan dan motivasi murid untuk menjalankan sesi pembelajaran di
dalam kelas mahupun secara atas talian. Muzik dan nyanyian juga dapat
memperkembangkan bahasa yang dapat merangsang pemikiran murid dalam proses
pembelajaran (Mohamad Azam Samsudin & Kamariah Abu Bakar, 2018)

4

Seterusnya, krisis disiplin murid ponteng kelas pula, guru boleh mengaplikasikan
intervensi teknik modifikasi tingkah laku secara peneguhan dimana guru akan memberikan
ganjaran bagi tingkah laku yang baik dan dendaan bagi tingkah laku negatif terutamanya
ponteng kelas. Berdasarkan model pengurusan kelompok kounin, tindakan yang dilakukan
terhadap murid bertingkah laku bermasalah akan memberikan kesan gelombang atau ripple
effect kepada murid yang lain dalam bilik darjah (Foziana Jamaludin et al., 2018). Dendaan
atau teguran yang dilakukan oleh guru akan memberikan iktibar kepada murid yang lain. Bagi
menjalankan invervensi peneguhan dengan berkesan, guru boleh mengintegrasikan teknologi
bagi mengenal pasti murid yang ponteng kelas dan hadir ke kelas dengan mewujudkan suatu
sistem pengimbas cap jari bagi merekodkan kehadiran murid yang dihubungkan dengan
aplikasi MySekolah bagi merekod kedatangan murid dan masalah tingkah laku disiplin murid
(Noorazura Abdul Rahman, 2019). Oleh itu, peneguhan akan diberikan kepada murid yang
hadir sepenuhnya ke kelas dengan ganjaran merit dan dendaan akan berikan kepada murid
yang ponteng kelas secara sengaja. Melalui cara ini, murid akan menerima kesan gelombang
dan seterusnya akan memotivasikan diri untuk tidak ponteng kelas lagi.

Bagi tingkah laku bermasalah murid yang tidak menyiapkan tugasan, guru boleh
mengaplikasikan intervensi terapi bermain dengan menerapkan penggunaan teknologi
apabila memberikan sesuatu tugasan dengan menggunakan media digital yang menarik.
Berdasarkan model pengurusan kelompok kounin, guru perlu memastikan kelancaran dan
pelaksanaan aktiviti bagi mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, guru perlu bijak
untuk melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan latihan pengukuhan yang akan
dijalankan dalam sesi PdP bagi mengelakkan berlakunya masalah tingkah laku tidak
menyiapkan tugasan selepas proses pembelajaran. Guru digalakkan menjalankan aktiviti
yang berunsurkan permainan menggunakan aplikasi digital yang mudah digunakan secara
terus oleh murid sama ada secara berkumpulan atau individu di dalam bilik darjah seperti
permainan silang kata menggunakan aplikasi wordwall, quizziz dan quizlet. Tugasan yang
dijalankan dengan teknik terapi bermain berunsurkan teknologi dapat memotivasikan murid
untuk menjalankan dan menyiapkan tugasan yang diberikan kerana lebih mudah dan menarik.

Akhir sekali, intervensi yang sesuai bagi mengatasi masalah tingkah laku murid tidak
menghormati guru pula, guru boleh mengaplikasikan teknik modifikasi tingkah laku melalui
kontrak lisan atau bertulis yang dipersetujui oleh guru dan murid. Menurut model kounin yang
menekankan kesedaran dan kepekaan guru atau withiness untuk mengawasi semua perkara
yang berlaku dalam bilik darjah pada setiap masa. Model kounin juga memperkenalkan teknik
pertindanan atau overlapping iaitu guru berkebolehan untuk melakukan menangani lebih
daripada satu masalah tingkah laku yang berlaku dalam bilik darjah secara serentak.
Berdasarkan kontrak lisan atau bertulis yang dilakukan antara guru dan murid iaitu murid akan

5

mendapat merit jika bertingkah laku positif dalam bilik darjah seperti memaklumkan kepada
guru untuk keluar kelas, tidak berbual dengan rakan dan tidak berjalan ke tempat rakan.
Melalui intervensi ini, guru dapat mengawasi secara keseluruhan tingkah laku yang dilakukan
oleh murid dalam bilik darjah dan memberikan amaran bagi mengatasinya sebelum menjadi
tingkah laku yang lebih teruk.

4.0 KESIMPULAN

Tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah adalah suatu cabaran terbesar kepada
guru terutamanya dalam membentuk disiplin bagi pengurusan bilik darjah. Pengaplikasian
intervensi dan model pengurusan disiplin yang sesuai serta pengintegrasian teknologi jelas
dapat mengurangkan isu tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid. Hal ini demikian
kerana pengurusan bilik darjah yang sistematik dan teratur jelas memberikan impak yang
besar kepada pembentukan disiplin murid dan keberkesanan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan model disiplin Pengurusan Kelompok Kounin dan pengaplikasian
teknologi amat berkesan bagi membantu guru mengawasi bilik darjah secara keseluruhan dan
membentuk disiplin murid dalam bilik darjah bagi mengelakkan masalah tingkah laku murid
berlaku berulang kali.

(1603 Patah Perkataan)

6

5.0 RUJUKAN

Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru
Baharu yang Mengikuti Program Pembangunan Guru. Jurnal Pendidikan Malaysia,
44(1), 21-27.

Angelina Simai Suka, S. R. (2021). Persepsi Guru Tentang Pengaruh Ekologi Mikrosistem
Terhadap Pembentukan Tingkah Laku Disruptif Dalam Kalangan Murid Sekolah
Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 581-591.

Ariel M. Aloe, S. M. (2014). A multivariate meta-analysis of student misbehavior and teacher
burnout. Journal Research Review, (12), 30-44.

Firdaus Azli. (26 Jun , 2021). PdPR : Cari Mekanisme Agar Pelajar Tidak Menyepi Di Rumah.
Astro Awani : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pdpr-cari-mekanisme-
agar-pelajar-tidak-menyepi-di-rumah-mahdzir-khalid-305215

Foziana Jamaludin, M. Y. (2018). Latihan Dalam Perkhidmatan : Pengurusan Bilik Darjah.
Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-12.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd. .

James Ang Jit. (2014). Pengurusan Bilik Darjah : Strategi-Strategi Mewujudkan Komuniti
Pembelajaran Berkesan. PTS Akademia.

Mohamad Azam Samsudin & Kamariah Abu Bakar. (May, 2018). Kepentingan Muzik dan
Nyanyian Dalam Pendidikan Prasekolah. Researchgate:
https://www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Muzik_dan_Nyan
yian_dalam_Pendidikan_Prasekolah

Noorazura Abdul Rahman. (31 Julai, 2019). Mesin Pengimbas Cap jari Rekod Kehadiran
Pelajar Ke Sekolah. Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/07/590919/mesin-pengimbas-
cap-jari-rekod-kehadiran-pelajar-ke-sekolah

Nor Amira Ruslan. (25 November, 2020). Kanak-Kanak Susah Fokus Kelas Online. Utusan
Malaysia : https://www.utusan.com.my/rencana/2020/11/kanak-kanak-susah-fokus-
kelas-online/

7

Noremy Md. Akhir, N. S. (2019). Penglibatan Remaja dalam Tingkah Laku Ponteng Sekolah
di Sekolah Menengah daerah Limbang Sarawak. Malaysian Journal of Youth Studies,
20, 50-68 .

Rachel C. F. Sun & Daniel T. L. Shek. (2012). Student Classroom Misbehavior: An Exploratory
Study Based on Teachers’ Perceptions. The Scientific World Journal, 1-8.

8

6.0 LAMPIRAN

Gambar 1 menunjukkan soalan yang diajukan kepada panel semasa Bengkel Pengurusan
Bilik Darjah Inklusif.

Gambar 2 menunjukkan soal jawab bersama guru sekolah yang berpengalaman mengalami
tingkah laku bermasalah murid dalam bilik darjah.

9
Rajah 3 menunjukkan temu bual pendapat pakar dari German menggunakan aplikasi email.

10
Rajah 4 menunjukkan temu bual pendapat pakar menggunakan aplikasi email.


Click to View FlipBook Version