The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurbatrisyia0590, 2023-03-22 11:39:26

SJHK3223

PJSS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU 16100 JALAN MAKTAB KELANTAN DARUL NAIM SJHK 3223 SEJARAH LISAN DAN PENDOKUMENTASIAN PORTFOLIO KAJIAN LAPANGAN SEJARAH LISAN TAJUK: IPGKKB SEBAGAI WARISAN NEGARA MALAYSIA BIL NAMA AHLI KUMPULAN UNIT NO. KP NO. ANGKA GILIRAN 1 NURHIDAYAH BINTI HASSAN SJ3 030721020704 2021082340352 2 NUR BATRISYA BINTI NOOR AZLAN SJ3 031222030590 2021082340347 3 NUR SITI KHADIJAH BINTI MOHD ZAKI SJ3 030520160030 2021082340350 NAMA PENSYARAH : DR WAN AFIZI BIN WAN HANAFI TARIKH HANTAR : 16 MAC 2023


2 PERINCIAN BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN Pemeriksa: Moderator (jika berkenaan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan saya fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar: Tarikh:


3 PENGENALAN ABSTRAK Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah nama baru bagi Maktab Perguruan, nama institut ini telah berubah selepas ia dinaik taraf. IPG merupakan pusat latihan akademik yang diuruskan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di bawah sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Para graduan yang berjaya mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG akan berpeluang melanjutkan kerjaya sebagai guru sekolah rendah. Graduan ini akan bekerja sebagai guru sekolah rendah sama ada di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), selaras dengan misinya, IPG ditubuhkan adalah bagi mewujudkan guru yang berkualiti dan berjiwa pendidik melalui latihan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf antarabangsa. Terdapat 27 buah IPG yang diiktiraf sebagai maktab perguruan di dalam Malaysia. Salah satunya termasuklah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) iaitu salah satu IPG yang tertua di Malaysia. Oleh itu, kajian lapangan ini dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam berkenaan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu sebagai warisan negara Malaysia.


4 ISI KANDUNGAN Pengenalan ................................................................................................................................1 Pengenalan ................................................................................................................................3 1.0 Tema Kajian ......................................................................................................................4 1.1 Objektif Kajian....................................................................................................................4 1.2 Skop Kajian .........................................................................................................................5 1.3 Permasalahan Kajian ...........................................................................................................5 1.4 Kaedah Kajian .....................................................................................................................6 1.6 Rumusan..............................................................................................................................6 2.0 Proses Rakaman ................................................................................................................7-8 3.0 Transkripsi.........................................................................................................................9 3.1 Laporan Temubual Bersama Orang Sumber .......................................................................9-17 4.0 Proses Penyimpanan Rakaman........................................................................................18 5.0 Hasil Dapatan Kajian........................................................................................................19 5.1 Kaedah Seni Bina Bangunan IPGKKB ..............................................................................19-20 5.2 Keunikan Dewan Bakti dan Galeri Warisan .......................................................................20-23 5.3 Punca IPGKKB bakal Ditutup ............................................................................................23-24 5.4 IPGKKB Salah Satu warisan negara Malaysia....................................................................24 5.6 Pandangan Kajian................................................................................................................25 5.7 Penutup Kajian ....................................................................................................................25 Rujukan .....................................................................................................................................26 Lampiran ...................................................................................................................................27-29


5 PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat juga kami menyempurnakan tugasan kursus SJHK3223 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian dalam kekangan masa dan pengisian waktu yang cukup mencabar sebagai bakal guru. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ybrs, Dr Wan Afizi Bin Wan Hanafi, selaku pensyarah yang mengajar bagi subjek ini atas segala perkongsian dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan tugas. Juga ucapan terima kasih ini semestinya tidak dilupakan buat semua ahli keluarga atas sokongan moral dan dukungan doa yang diberikan. Buat semua warga IPG Kampus Kota Bharu dalam setiap kemudahan yang disediakan, terima kasih juga. Akhir sekali, buat semua rakan bakal guru seperjuangan, terima kasih dengan setiap perkongsian ilmu, idea dan huluran bantuan seiring tujuan kita bersama. Semoga kita semua sama-sama tiba ke destinasi gurunya. Insya-Allah.


6 1.0 TEMA KAJIAN Kajian ini bertemakan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) sebagai warisan negara Malaysia. IPGKKB merupakan pusat latihan perguruan yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan iaitu kira-kira 4.8 km dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra. Maktab ini mula dibina pada tahun 1952 dan berjaya disiapkan pada tahun 1954. Menurut Ayu (2017), pusat latihan perguruan ini dibina bagi menggantikan maktab perguruan di Wovehampton, England dan di Kirby, Liverpool. IPGKKB yang nama asalnya adalah Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Perseketuan Tanah Melayu, Sir Donald Mac Gillivary dan juga DYMM Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan. Seterusnya, bermula tahun 1960, MPKB telah menerima kemasukan pelajar baru yang akan dilatih menjadi guru sekolah rendah. Pada ketika itu, MPKB juga menerima kemasukan pelajar baru dari Brunei dan Singapura. Antara kursus yang ditwarkan pada ketika itu termasuklah kursus Sains, Sejarah, Matematik, Pendidikan Kesihatan dan Bahasa. 1.1 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengetahui kaedah seni bina bangunan yang terdapat di IPGKKB. 2. Mengetahui keunikkan Galeri Warisan dan Dewan Bakti yang terdapat di IPGKKB. 3. Mengenal pasti punca IPGKKB bakal ditutup. 4. Menganalisis punca IPGKKB dikategorikan sebagai warisan negara Malaysia. 1.2 SKOP KAJIAN Merujuk kajian yang dihasilkan, skop kajian ini meliputi kawasan kajian secara geografi. Dalam konteks ini, kajian tertumpu di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) yang terletak di Pengkalah Chepa, Kota Bharu, Kelantan iaitu kira-kira 4.8 km dari jarak lapangan terbang Sultan Ismail Petra. Tempoh masa kajian melibatkan tempoh masa 69 tahun iaitu sejak bangunan di IPGKKB siap dibina pada tahun 1954 hingga 2023. Tempoh ini dipilih seiring dengan usia IPGKKB bermula tahun siap dibina hingga tahun kajian dilakukan iaitu pada Mac 2023. Dari aspek kajian (fungsional), kajian ini cuba merungakai latar belakang bangunan dan sejarah IPGKKB sebagai warisan negara Malaysia. Kajian ini cuba mengenalpasti bagaimana sebuah institut perguruan mampu diangkat sebagai salah satu warisan negara Malaysia. Malah kajian ini juga mengupas keunikkan tempat, bangunan dan seni bina di IPGKKB seperti Dewan Bakti dan Galeri Warisan.


7 1.3 PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan kajian merupakan fokus utama dalam portfolio ini dan ia merupakan isu atau masalah yang dikaji dalam portfolio ini. Kajian ini cuba merungkai latar belakang, sejarah dan keunikkan bangunan di Insititut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Seterusnya isu yang timbul ialah kesukaran mendapatkan keterangan daripada orang sumber yang tepat dan yang benar-benar mengetahui selok-belok dan kisah IPGKKB secara mendalam. Hal ini kerana untuk mengenalpasti orang sumber yang tepat bagi kajian ini bukan suatu perkara yang mudah dan ia menjadi salah satu isu yang muncul ketika menghasilkan kajian ini. Selain itu, kajian ini cuba menganalisis punca-punca yang menyebabkan IPGKKB tergolong dalam warisan negara Malaysia. 1.4 KAEDAH KAJIAN Merujuk kajian yang dihasilkan, terdapat tiga kaedah dalam mengumpul maklumat. Kami telah menggunakan sumber lisan bagi memperoleh maklumat daripada orang sumber dan mengaplikasi beberapa kaedah lain bagi menghasilkan kajian ini. i) Kaedah pemerhatian Kami telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi memperoleh maklumat dan info yang berkaitan. Pemerhatian telah dilaksanakan dengan mengenalpasti tapak-tapak bangunan yang masih teguh berdiri walaupun telah bertahun dibina seperti Dewan Bakti dan Galeri Warisan. ii) Kaedah Temubual Kaedah kajian yang kedua kaedah temu bual. Kami telah menemu bual beberapa orang sumber kata dengar iaitu pensyararah yang telah lama berkhidmat di IPGKKB selama 7 tahun lebih. Temu bual orang sumber dapat membantu menambahkan pengetahuan dan maklumat bagi melengkapkan kajian kami. iii) Kaedah Kajian Lapangan Akhir sekali, kajian lapangan merupakan kaedah kajian yang digunakan bagi melengkapkan proses penghasilan portfolio ini. Penyelidikan dan kajian telah dilaksanakan oleh kumpulan kami secara bersama-sama bagi mendapatkan sumber maklumat yang tulen dan sahih. Kami telah melawat bangunan-bangunan yang bersejarah dan unik di IPKKB seperti Dewan Bakti dan Galeri Warisan. Proses lawatan ini telah diiringi oleh pensyarah yang bertugas sebagai orang sumber dalam kajian kami.


8 1.6 RUMUSAN Secara rumusan, kami berharap semua pihak dari peringkat atasan iaitu kerajaan Malaysia sehingga ke peringkat bawahan para siswa dan siswi IPGKKB dapat memanfaatkan dan menghargai IPGKKB sebagai salah satu warisan negara Malaysia. Diharapkan IPGKKB akan terus beroperasi dan dinaik taraf agar mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah bersama 27 buah Institut Pendidikan Guru yang terdapat di negara Malaysia.


9 2.0 PROSES RAKAMAN 1. Penyediaan panduan temubual 2. Tiba di lokasi temubual 3. Sesi temu bual dijalankan di Galeri Warisan IPGKKB bersama dua orang sumber,


10 4. Membuat transkrip rakaman


11 3.0 TRANSKRIPSI 3.1 LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER LATAR BELAKANG TEMUBUAL ORANG SUMBER PERTAMA Singkatan nama: Dr Haji Ghazali Bin Ismail: HG Nurhidayah Binti Hassan: NH Nur Siti Khadijah Binti Mohd Zaki: NSK Nur Batrisyia Binti Noor Azlan: NB HASIL TRANSKRIPSI TEMUBUAL NH: Assalamualaikum Dr, Dr sihat? HJ: Alhamdulillah NH: Seperti yang Dr sedia maklum, kami di sini adalah untuk temubual Dr untuk kajian lapangan kami tentang IPGKKB sebagai warisan negara Malaysia. Jadi boleh tak kami tahu bila Dr mula berkhidmat. HJ: Saya mula berkhidmat di sini bermula 2015, sebelum saya bekerja di sini, saya telah pun berkhidmat di IPG Kampus Sultan Mizan 2007 selama 8 tahun. Kemudian kembali di sini pada 2015. Kemudian 2018, ura-ur IPG Kota Bharu akan ditamatkan atau ditutup. Maka akan digantikan dengan KVKB (Koleh Vokasional Kota Bharu). Jadi oleh kerana saya tidak mahu keluar daripada tanah di sini (tanah IPGKKB), maka saya pun memohon untuk masuk KV selama 2 tahun (2016-2020) dan mengajar sejarah. Selama 2 tahun, satu kenangan manis untuk saya kerana pelajar 100% lulus sejarah dan mendapat sijil SPM. Untuk dapat sijil SPM, dia wajib dua sahaja iaitu sejarah lulus, bahasa Melayu lulus. Tajuk temubual : IPGKKB sebagai Warisan Negara Malaysia Tarikh/masa : 19 Mac 2023; 11.00 tengahari Tempat rakaman : Bilik pejabat dalam galeri warisan IPG Kampus Kota Bharu. Tokoh diwawancara : Dr.Haji Ghazali Bin Ismail


12 NH: Soalan yang kedua, masa Dr berkhidmat 2015 tu, berapa ramai tenaga pekerja yang berkhidmat di sini? HJ: 2015, tak silap saya lebih kurang 115 pensyarah yang mengajar di sini kemudian pencen, bertukar. Pencen tidak berganti sehingga sekarang ini adalah lebih kurang 80. NSK: Maksudnya sekarang lagi sikit ke Dr? HJ: ye lagi sikit. NSK: Boleh tak Dr cerita pengalaman Dr sebagai pensyarah yang berkhidmat di sini, bagaimana pengurusan di IPGKKB waktu zaman dahulu hingga sekarang. HJ: Perbezaannya banyak. Pertama dari segi kuantiti pensyarah dengan tenaga tadbir. Okey masa mulamula saya datang ke sini, Tuan Haji Hashim Bin Raman menjadi pengarah. (Kedua-duanya bercakaptidak jelas). NH: Kiranya kursus yang ditawarkan 2015 dengan sekarang ni beza tak? HJ: Beza, pada tahun 2015 yang kursus ditawarkan di sini ialah Bahasa Melayu SK sahaja. Kemudian, Matematik dan pendidikan khas serta agama. PJ takde masa tu. Kalau sekarang ni kita dapat tengok Bahasa Melayu ada dua , bahasa Melayu SJKC dan SJKT. Sekarang ini sem 5, C dan T, yang mana pelajar ni apabila keluar nanti dia akan mengajar di SJKC dan SJKT (Tamil dan juga Cina). Tapi daripada pengalaman saya, pelajar ni untuk tahun pertama sahaja. NH: Jadi kita ke soalan utama kita la kan. Berdasarkan pengalaman Dr, apa keunikkan ataupun perihal sejarah yang berkaitan seni bina di IPGKKB ni. HJ: Seni bina di IPGKKB, untuk pengetahuan anda juga IPGKKB ni adalah IPG yang kedua tertua di Malaysia ini. Yang pertama dimana? NSK: IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka HJ: Penubuhan IPGKKB secara sepintas lalu, saya beritahu kepada anda. Bermula tahun 1952 pembinaannya dan tahun 1954 pembinaan tamat dan dimulakan perkhidmatannya dengan nama MTTC iaitu Malay Teacher Traning College. Asalnya daripada Kirby di Liverpool. Dia punya pengambilan pertama juga tahun 1954, pensyarah Melayu sorang sahaja iaitu yang mengajar bahasa Melayu dan yang


13 lain semua di-import. Pelajar-pelajar ni termasuklah daripada Brunei, Thailand dan sebagainya yang datang belajar di sini juga pelajar dari Malaysia. Untuk nak sampai ke nama IPGKKB sekarang ini, banyak dia punya penjenamaan semula. Bermula dengan MTTC kemudia KBTC (Kota Bharu Training College), MPKB (Maktab Perguruan Kota Bharu) dan sekarang ini IPGKKB (Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu). NH: Jadi masa 2015, Dr masuk sini, sama tak seni binanya dengan sekarang? HJ: Semua sama, tak ada yang berbeza. NSK: Bangunan yang baru dibina tak ada? HJ: Bangunan baru dibina ialah asrama, yang lain kekal. Tengok bangunan pun sekarang ni telah diwartakan warisan. Jadi apabila harta warisa atau warisan negara makna tidak boleh kita mengubah suai. Kita tambah tak apa, tapi kena mohon kebenaran. Kerangka asal mesti utuh. NSK: Macam mana boleh jadi salah satu dari warisan negara Malaysia? HJ: Sebab, tengok dari segi usia. Usia bangunan di sini telah diiktiraf ataupun telah dibuat kajian. Ia memang kedua yang tertua selepas IPGK Perempuan Melayu Melaka. NSK: Warisan negara ada banyak lagi? IPGKKB warisan negara dari segi apa? HJ: Ada, banyak lagi. Mungkin ada dari segi ketenteraan. Jadi IPGKKB warisan negara dari segi pendidikan. NH: Salah satu yang paling lama tu dewan bakti kan? Jadi Dr tau tak macam mana penjagaan dia pengubahsuaiannya? HJ: Pengubahsuaian dewan bakti dari segi bumbung. Bumbung yang sama tapi dari segi batu bata atas tu dia sudah tukar. Tapi memang kerangka asal dan simen pun masih asal. Kemudian ditambah dengan aircond. NSK: Dr ada dapat info tak tentang seni bina dewan bakti tu. Sebab saya ada dengar daripada lecturer lain yang kata dewan bakti tu inspirasi design daripada gereja.


14 HJ: Sebernanya bentuk itu, protaip satu kerangka yang bumbung tu satu sahaja. Jadi kita tengok contoh lain selepas itu. Sebab orang putih dia bukan pentingkan kecantikkan tapi dia pentingkan tahan lama, kualiti dan kegunaan. Kalau rumah kita, kita buat renovate tambah macam macam tapi tak sama macam orang putih. Kalau kita tengok dinding mana ada crack, cuma dinding je di cat semula. Dibandingkan denga bahan binaan sekarang ini. Berkenaan bentuk gereja tu saya tak pasti mungkin ya mungkin tidak. Tapi pembinaan dia tu tak ada unsur-unsur keagamaan. Mungkin dia tiru binaan sahaja bukan dia buat church. NB: Nak tanya pasal galeri warisan, adakah Dr datang dah memang ada galeri warisan ni atau Dr yang wujudkan? HJi: Okey masa saya datang, sudah ada. Sebab galeri warisan ni bermula pada tahun 1992. Dikumpulkan bahan-bahan koleksi pada tahun 1992 dan dirasmikan pada tahu 1996. Sewaktu saya datang tu sudah ada dah, cuma tak banyak. Pihak IPGKKB meminta pandangan dari pegawai luar. Kita panggil pegawai luar dari muzium negeri untuk rancang susun atur tu. Koleksi tu tak boleh susun sebarangan, kena sesuai. NH: Dr ke bertugas untuk menjaga galeri warisan ini? HJ: Dr Ridzuan yang ketua, saya cuma sebagai pembantu. NH: Jadi boleh tak kami nak tau macam mana pengurusan ataupun penjagaan koleksi ini? HJ: Dari segi kebersihan, kita telah melantik seorang cleaner untuk membuat proses pembersihan dua kali seminggu. Bergantung kepada keadaan, kalau ramai pengunjung dari luar, maka lagi kerap dibersihkan. Dan untuk pengetahuan anda juga, kertas lama-lama tu ia sensitif kepada kepanasan. Sebab itu, dalam seminggu tu ada dalam dua kali juga kita pasang aircond. Kertas tu akan reput jika tidak tahan dengan kepanasa. NH: Jadi kaedah pengumpulan koleksi ini, dari mana Dr? HJ: Dari pelbagai sumber. Pertama dari segi pensyarah sendiri yang mencari. Sebernanya banyak tetapi tidak tersusun. Contohnya setiap kali pensyarah menggunakan bbm (bahan bantu mengajar) mungkin dia tak guna dah lepas tu dan letak dihujung kelas. Jadi kita buat proses penyusunan semula dan pengumpulan semula alatan itu. Kedua, banyak bahan-bahan sini yang didermakan ataupun diberi saguhati, sumbangan oleh pensyarah yang dah pencen dan senior yang telah graduate. Pelajar yang ada buat jurnal,album dan 10 tahun kemudian dia mendermakan koleksi itu. Setiap pelajar atau pensyarah


15 yang menderma akan ditulis ‘hasil sumbanga siapa (nama)’. Sebab tu, kita sebagai pengkaji sejarah sebernanya ni semakin lama semakin bernilai. NB: Mengapa bilik galeri warisan ini tidak digunapakai oleh pelajar? HJ: Sebernanya bukan tidak digunakan. Boleh masuk tapi dengan bimbingan pensyarah. Jadi buat permohonan dengan Dr Ridzuan dahulu kemudian boleh masuk dan sangat dialu-alukan. NSK: Koleksi di galeri warisan ini ada berkenaan sejarah sahaja ke atau ada subjek lain juga? HJ: Ada subjek lain juga. Ada koleksi berkenaan geografi, sains, sejarah, matematik dan subjek lainlain. NH: Jadi sepanjang Dr duduk sini, pernah tak banjir sampai merosakkan seni bina di galeri warisan. HJ: Tak sampai, sebab sebbernanya galeri ni tinggi sikit. Sebab contohnya longkang tersumbat boleh banjir sikit tapi air tak masuk sampai galeri ni. NSK: Pernah tak bangunan di IPGKKB rosak sebab banjir? HJ: Kalau papan, jadi adalah dimakan anai-anai sikit. Cuma ada bangunan yang perlu dibaiki iaitu bangunan asrama. Bangunan asrama tu baru tapi banyak yang perlu dibaiki. Jadi mungkinlah bahan binaan yang dibuat tu tidak begitu berkualiti. Bangunan sedia ada yang dah lama dibina lagi utuh mungkin kerana kualiti bahan-bahan yang diguna tu berbeza. NH: Soalan terakhir, apa pandangan Dr tentang adakah IPGKKB ni sesuai dianggap sebagai warisan negara Malaysia? HJ: Bagi saya, sangat sesuai kerana pertama dari segi bahan binaan dan binaan itu sendiri yang telah berpuluh tahun usianya tapi masih kekal sehingga ke hari ini. NH: Itu sahaja dari kami, terima kasih Dr atas makluman yang sangat terperinci. HJ: Sama-sama.


16 LATAR BELAKANG TEMUBUAL ORANG SUMBER KEDUA Singkatan nama: Dr. Muhammad Ridzuan Bin Idris: MR Nurhidayah Binti Hassan: NH Nur Siti Khadijah Binti Mohd Zaki: NSK Nur Batrisyia Binti Noor Azlan: NB HASIL TRANSKRIPSI TEMUBUAL NH: Assalamualaikum Dr, seperti yang sedia maklum tujuan kami berjumpa dengan Dr. adalah untuk menyiapkan kajian lapangan kami iaitu mengenai IPGKKB sebagai warisan negara Malaysia. Jadi pertama adalah bilakah Dr. mula berkhidmat di IPG? MR: Waalaikumsalam, terima kasih kerana memilih saya sebagai salah satu daripada orang sumber. Saya perkenalkan diri saya, saya Dr. Muhammad Ridzuan Bin Idris. Saya mula berkhidmat di IPGKKB pada tahun 2015. Sebelum ini saya berkhidmat di Sabah selama 15 tahun. NH: Jadi, semasa Dr. berkhidmat itu, berapa ramai tenaga pekerja di IPGKKB? MR: Okay, pada tahun 2015, kakitangan staf akademik terdapat 100 lebih. NH: Jadi, apakah perbezaan 2015 dan sekarang? MR: 2015, masih lagi tahun pelajar IPG masih ada. Kemudian apabila IPGKKB ini dikatakan akan ditutup, berlaku tiada pengambilan pelajar selama tiga tahun daripada tahun 2017 sehingga 2019. Pengambilan baru mula diambil pada tahun 2020. Jadi, memang adalah pada tahun 2017 berlaku pengurangan pelajar. Ketika itu para pensyarah diberi opsyen sama ada untuk berpindah, ada yang ke Kolej Vokasional, ada yang ke sekolah. Ada perubahan besar yang berlaku pada bilangan pelajar dan Tajuk temubual : Maklumat tentang latar belakang, sejarah dan seni bina IPG Kampus Kota Bharu. Tarikh/masa : 19 Mac 2023; 11.00 tengahari Tempat rakaman : Bilik pejabat dalam galeri warisan IPG Kampus Kota Bharu. Tokoh diwawancara : Dr. Muhammad Ridzuan Bin Idris


17 juga jumlah pensyarah. Pada satu masa itu, kita tiada pelajar dan pada masa itu pensyarah jumlahnya sedikit. Ini kerana pensyarah keluar secara besar-besaran. Seingat saya, tinggal 70 sahaja, dan itupun akan disuraikan. NSK: Maksudnya waktu pelajar tiada tu pensyarah bekerja sebagai apa? MR: Okay, pada ketika itu, pensyarah akan terlibat untuk memberi latihan kepada guru. Mereka akan terlibat untuk melatih guru. Pada ketika itu, kita telah diubah kepada IPG CPD iaitu yang melatih guruguru pasca perkhidmatan dan berada di sekolah. NSK: Boleh ke Dr, kongsikan pengalaman sebagai pensyarah yang berkhidmat di IPGKKB ni daripada segi pengurusannya. MR: Okay secara keseluruhannya, pengurusannya sama sahaja. Sebelum masuk IPGKKB ni saya pernah berkhidmat di IPG KENT, Sabah selama 15 tahun. Jadi, saya datang ke sini daripada segi pengurusan sama sahaja. Sebab fungsi utama IPG ni adalah melatih guru. NH: Semasa tahun 2015, Dr. mengajar adakah sama sahaja dengan sekarang? MR: Ya, sama sahaja. Cuma pada tahun 2017, ketika ketiadaan pelajar tu, kita rasa macam ralat sedikit sebab tugas kita bukan lagi melatih guru baharu, tetapi melatih guru yang sedia ada. Situasi itu agak berbeza. NH: Jadi, berdasarkan pengalaman Dr. apakah keunikan seni bina IPGKKB? MR: Okay, IPGKKB ini dirancang dan dibina pada tahun 1952. IPGKKB ini merupakan kampus ketiga tertua. Selepas UPSI, kita ada IPG Perempuan Melayu Melaka, IPGKKB dan IPG Kent. Itu IPG yang lama di Malaysia. Apabila lama, daripada segi seni bina perbezaan ketara adalah daripada bentuk seni bina. Kalau awak perasan, bangunan pekerja kita, reka bentuk dia berbentuk “L” memanjang. Itu merupakan reka bentuk zaman British yang tidak diubah. Antara yang tidak diubah adalah bangunan pekerja, kuarters pekerja, dan juga blok sebelah Dewan Wawasan dan Dewan Bakti. Kalau dilihat seni binanya, dia meniru seni bina orang putih kerana 1954 ni masih lagi belum merdeka. NH: Kalau dilihat daripada gambar, Dewan Bakti ini lain daripada dulu, kenapa Dr.? MR: Kalau dilihat Dewan Bakti ni sudah tua, jadi tempoh nya lama. Jadi bangunan ini dimamah usia. Ketika itu kita masih belum wartakan bangunan itu sebagai bangunan warisan. Sekarang juga masih


18 dalam proses. Disebabkan itu, struktur bangunan sama tetapi pintunya diubah suai dan barangan dalamnya sudah diubah suai. Jika dilihat, kat belakang dewan itu terdapat tangga naik ke atas , namun tidak boleh digunakan kerana telah runtuh. Dulu temoat itu digunakan sebagai mini teater. Dia ada satu video kamera seperti panggung wayang. Itu telah diubah tapi strukturnya kekal. Batu-batanya juga tidak diubah. NSK: Dr, tahu ke Dewan Bakti tu seni binanya inspirasi daripada apa? Saya pernah dengar bahawa seni binanya diinspirasikan daripada gereja. MR: Mungkin jugalah kerana ia dibina 1952. Pengetua pertama juga adalah bergama Kristian. Bangunan itu merupakan bagunan daripada UK. Soalan ini bagi saya berkemungkinan berinspirasikan kepada gereja tetapi mungkin juga tidak kerana kita tiada bukti yang kukuh. NSK: Lokasi dewan juga tidak diubah Dr.? MR: tidak diubah. Struktur bangunan dulu menggunakan teknik ikat sembilan iaitu ikat batu dan susun, susun. Disebabkan itu, ketika KV ingin membuat perubahan pada bangunan, kita telah nyatakan kepada mereka bahawa semua bangunan di dalam ini telah diwartakan di bawah tapak warisan. Jadi, semua bangunan yang ingin diubah suai perlu dimaklumkan terlebih dahulu pada Jabatan Warisan Negara supaya tidak berlaku pengubah suaian yang melampau hingga hilang usul asalnya. NB: Okay Dr., adakah waktu Dr. berkhidmat di sini galeri warisan ini telah wujud? MR: Okay, galeri warisan ini sebenarnya memang telah wujud. Cuma, saya telah membuat pengubah suaian kerana struktur dalam Galeri Warisan ini kita mengambil kira pandangan daripada muzium. Terdapat juga barangan baru yang telah dibawa masuk sehinggakan tidak muat. Ada juga yang saya telah simpan di pejabat saya kerana tidak muat. Seluas ini Galeri Warisan sebenarnya tidak cukup. Galeri warisan ini juga telah diwujudkan pada tahun 2011 atau 2012. Pada peringkat awal ia merupakan kawasan pejabat, Pada tahun 2013, adalah proses pengumpulan bahan, 2014 cukup bahan-bahan, dan 2015 disusun semula. Kita menyusun itu mengikut segment. NH: Jadi bagaimana kaedah pemerolehan bahan di sini. Dr. Ridzuan: Jadi kebanyakan barang di sini bahagian stor yang beri. Sebab di stor dan jabatan ini terdapat barangan lama. Terdapat juga hadiah daripada segi gambar dan stamp. Apabila alumni datang ke sini memang akan mengambit memori.


19 NSK: Ada ke barangan yang dijual Dr? MR: Tidak, sebab dalam sejarah barang semakin lama semakin bernilai. Jadi kita tidak jual dan juga tiada yang dibeli. Konsep yang ditekankan adalah muzium pendidikan. NH: Jadi, seperti yang Dr. katakan IPGKKB ini hendak ditutup, apa pandangan Dr. adakah ditutup disebabkan bangunan lama ataupun? MR: Ia ingin ditutup bukan disebabkan bangunan lama tetapi disebabkan lambakan guru katanya. Jadi ada cadangan bawah sepuluh IPG perlu ditutup, tetapi apabila ditutup berlaku kekurangan guru yang teruk. Hal ini kerana bekalan guru daripada Universiti dan IPG tidak mencukupi. Isunya kerana guru kini berpencen awal. NH: Jadi adakah kawasan ini merupakan kawasan banjir? MR: Tidak kawasan ini bukan kawasan banjir. Kawasan pantai ini tidak akan banjir. Hanya air yang bertakung sahaja. NH: Jadi soalan terakhir, apa pandangan Dr. bahawa IPG ini merupakan satu warisan negara? MR: Seperti yang dikatakan, IPGKKB ini merupakan yang tertua. Kita telah kehilangan UPSI, jadi hanya tinggal dua iaitu kita dan IPG Perempuan Melayu Melaka. Jadi, seperti kata pepatah, kalau tiada yang tua takkan ada yang muda. Jadi kita haruslah kekalkan mana-mana IPG yang sudah berusia ini sebagai kenang-kenangan. IPGKKB ini harus dijaga kerana ia lambang prestis latihan perguruan di Malaysia. NH: Jadi itu sahaja daripada kami. Jadi Dr., adakah Dr. izinkan kami gunakan maklumat ini ? Terima kasih Dr. MR: Boleh, tiada masalah. Sama-sama.


20 4.0 PROSES PENYIMPANAN RAKAMAN Segala data yang telah diperolehi melalui kajian lapangan telah dimasukkan ke dalam perisian cakera padat (Compact Disc) bagi menyimpan data digital yang merakamkan video temubual bersama orang sumber untuk dianalisa. CD-R ini boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. Cakera padat yang menyimpan hasil rakaman


21 5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN Bahagian ini menerangkan hasil dapatan kajian berdasarkan keterangan dua orang responden sebagai orang sumber kata dengar berkenaan kajian lapangan tentang Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) sebagai warisan negara Malaysia. Secara keseluruhannya, didapati kedua-dua orang sumber sama-sama mula berkhidmat di IPGKKB pada tahun 2015, iaitu kira-kira 61 tahun selepas penubuhan bangunan ini. Mereka juga merupakan antara tenaga pengajar yang menghadapi krisis kegawatan pekerjaan kerana dikatakan IPGKKB pada ketika itu bakal ditutup dan tiada kemasukan pelajar selama tiga tahun iaitu daripada tahun 2017 sehingga 2019. Daripada pengalaman mereka sepanjang menjadi pensyarah di IPGKKB, mereka mempunyai banyak maklumat berkenaan selok belok di tempat tersebut dan merupakan penyelia dalam menguruskan bilik Galeri Warisan. 5.1 KAEDAH SENI BINA BANGUNAN IPGKKB Hasil dapatan dari temubual, bangunan bersejarah yang terletak di Pengkalan Chepa dengan purata keseluruhan bangunan ini dibina pada tahun 1954 telah mencapai usia lebih daripada 70 tahun dan merupakan kampus kedua tertua di Malaysia. Hampir separuh daripada bangunan di IPGKKB berada dalam keadaan biasa dan tidak diubah corak seni binanya tetapi keseluruhan bangunan ini dipulihara dan diselenggara dengan baik. Fakta ini dapat dibuktikan melalui kenyataan dari responden iaitu daripada seni bina bangunannya jelas menampakkan reka bentuk zaman British yang tidak diubah. Hal ini kerana, bangunan ini dibangunkan semasa era penjajahan sebelum merdeka lagi dan ideologi pembinaan semestinya dipengaruhi oleh negara penjajah berkenaan. Bangunan Pentadbiran pada tahun 1954


22 Dewan Bakti pada tahun 1954 Tambahan pula, maktab ini asalnya daripada Kirby, Liverpool yang memulakan perkhidmatan di bumi Kelantan dengan nama MTTC iaitu Malay Teacher Traning College. Tenaga pengajar pada ketika itu adalah di-import dari London manakala pensyarah Melayu hanya seorang sahaja iaitu yang mengajar bahasa Melayu. Antara bangunan yang tidak diubah adalah bangunan pekerja, kuarters pekerja, dan juga blok di kawasan Dewan Wawasan dan Dewan Bakti. Secara keseluruhannya, hanya bangunan asrama pelajar sahaja yang baru dibina manakala yang lain adalah kekal. Menurut kedua-dua responden, bangunan-bangunan di sini telah diwartakan di bawah tapak warisan yang mana sebarang pengubahsuaian seni binanya adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Jabatan Warisan Negara agar tidak berlaku pengubahsuaian yang melampau hingga hilang identiti asal usulnya. 5.2 KEUNIKAN DEWAN BAKTI DAN GALERI WARISAN Antara kewujudan bangunan yang membuatkan IPGKKB dikenali adalah Dewan Bakti. Melalui dapatan kajian, responden berpendapat bahawa struktur bangunan dewan ini adalah sama tetapi berlaku sedikit pengubahsuaian kerana faktor bangunannya yang telah dimamah usia. Elemen bangunan yang terdedah kepada faktor cuaca dan kelembapan seperti dinding luar, bumbung, pintu, dinding dalam, lantai dan tingkap telah diubah dan ditukar kerana sebahagiannya tidak boleh digunakan akibat runtuh dan reput. Akan tetapi, kerja baik pulih seperti bahan binaan pada dinding dan batu di dewan tersebut hanya di cat semula untuk menutup sedikit kesan kecacatan yang menampakkan bangunan tersebut usang dan lama. Hal ini kerana, orang putih ketika itu tidak terlalu mementingkan kecantikkan tetapi ketahahanan, kualiti dan kegunaannya untuk tempoh masa yang panjang.


23 Seni bina Dewan Bakti selepas dibuat penambahbaikan Menurut responden, tempat ini dahulunya digunakan sebagai mini teater yang mempunyai satu video kamera seperti panggung wayang. Seni bina yang menampakkan bangunan tersebut unik dan asli adalah lukisan yang diolah pada batu-bata di pintu depan dewan tersebut. Ukiran tersebut dikatakan adalah untuk menggambarkan subjek-subjek yang dipelajari pada waktu itu. Ukiran pada batu yang dibuat pada dinding luar Dewan


24 Galeri Warisan pada tahun 2023 Di samping itu, wujudnya sebuah bangunan Galeri Warisan yang bersebelahan dengan Jabatan Ilmu Pendidikan telah kami kupas pengisiannya dari dua orang responden yang merupakan penyelia kepada galeri tersebut. Galeri Warisan Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) diwujudkan bagi memulihara dan memelihara khazanah pendidikan bermula dari tahun 1954 sehingga tahun 2000. Menurut responden, pada asalnya ia merupakan kawasan pejabat yang kemudiannya dibuat pengubahsuaian menjadi struktur pandangan seperti muzium. Segala koleksi dan barangan disusun adalah mengikut pandangan pegawai luar dari muzium negeri kerana koleksi dan barangan tersebut tidak boleh disusun sebarangan dan harus menepati kriteria seperti muzium. Penambahbaikan serta pengubahsuaian susun atur bilik dibuat secara berfasa bagi membolehkan bahan-bahan, artifak dan dokumen disusun mengikut kategori dan kegunaan. Ianya disusun mengikut tema dan juga tahun bagi membolehkan pengunjung memahami rentetan sejarah sesuatu koleksi dengan lebih mudah. Keadaan di dalam Galeri Warisan


25 Susun atur koleksi dan barangan di Galeri Warisan Kaedah pemerolehan barang dan koleksi di Galeri Warisan adalah kebanyakkannya dari tempat itu sendiri iaitu barangan yang disimpan di bahagian stor dan jabatan yang telah menyimpan barangan lama. Antaranya ialah koleksi bahan bantu mengajar, alatan kegunaan pelajar, alatan muzik, tekstil, bahan bercetak, diari, buku pelawat, trofi, replika dan seni kraftangan yang pernah digunakan oleh pelajar, pensyarah dan staf IPGKKB sejak tahun 1954 lagi. Terdapat juga barang yang dihadiahkan dan diderma dari alumni di situ seperti gambar, baju,jurnal dan stamp. Penjagaan dan pengurusan dibuat setiap dua kali seminggu oleh tukang bersih yang bertugas untuk proses pembersihan barangan. Tambahan pula, pendingin hawa akan sentiasa dibuka setiap dua kali seminggu agar kertas-kertas lama yang sensitif kepada keadaan suhu yang panas dan lembap tidak reput. Oleh itu, diharap kewujudan Galeri Warisan akan memberi manafat yang besar kepada semua pengunjung khususnya warga pendidik, alumni, pelajar, pencinta sejarah, pengkaji sejarah serta semua yang pihak yang berkepentingan. 5.3 PUNCA IPGKKB BAKAL DITUTUP Kesahihan berita dari kenyataan Kementerian Pendidikan tentang IPGKKB antara 27 kampus IPG di Malaysia yang bakal ditutup dan ditukar kepada Kolej Vokasional telah kami peroleh dari kedua-dua orang responden. Kedua-dua orang mereka adalah tenaga pengajar yang berhadapan dengan situasi di mana berlaku penyuraian pensyarah IPG yang ditukar ke Kolej Vokasional secara berfasa dan mereka boleh memilih sama ada untuk kekal di IPG atau berpindah ke institusi pendidikan lain. Daripada dapatan kajian ini, IPG ini bakal ditutup bukan disebabkan bangunan atau seni binanya yang sudah lama tetapi menurut responden pertama, ianya adalah disebabkan isu-isu politik yang diselindungi dari


26 rakyat. Manakala, responden kedua pula menyatakan IPGKKB ini bakal ditutup disebabkan lambakan guru pada ketika itu. Kesimpulannya, usia dan faktor pembinaannya yang lama tidak menimbulkan sebarang permasalahan jika IPGKKB ini masih meneruskan pengambilan pelajar. Tambahan pula, bangunan bersejarah ini telah diwartakan sebagai warisan negara, maka tidak wajarlah ianya tidak diguna pakai dalam pendidikan. 5.4 IPGKKB SEBAGAI WARISAN NEGARA MALAYSIA Kami telah mendapatkan maklumat dari kedua-dua orang responden tentang sejauh mana pandangan mereka mengenai IPGKKB yang dikategorikan sebagai warisan negara Malaysia. Menurut responden, sebuah binaan dan bangunan lama yang masih utuh sehingga kini adalah sangat sesuai untuk menjadi suatu warisan sejarah. Ianya dapat mengingatkan kembali peristiwa sejarah pada masa tersebut dan meninggalkan banyak monumen bersejarah yang akhirnya dapat menjadi coretan kisah kepada generasi akan datang. Bangunan IPG Kampus Kota Bharu Keunikan binaan bangunan asli berunsurkan zaman penjajahan ini bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat setempat malahan turut menggamit kunjungan pelancong luar ke tempat warisan berkenaan. Selain itu, IPGKKB ini pula merupakan antara kampus yang tertua di Malaysia selepas IPG Perempuan Melayu Melaka. Jadi, seperti kata pepatah, kalau tiada yang tua takkan ada yang muda. Oleh itu, kita haruslah kekalkan mana-mana IPG yang sudah berusia ini sebagai kenang-kenangan dan perlu dijaga warisan ini dengan baik kerana ia merupakan lambang prestis latihan perguruan di Malaysia.


27 5.5 PANDANGAN KAJIAN Pada pandangan kami, IPG Kampus Kota Bharu merupakan kawasan yang luas dan bersejarah. IPG Kampus Kota Bharu telah dibina pada tahun 1952, dan masih kekal utuh sehingga kini. Struktur asalnya juga tidak pernah diubah. Hanya pengubah suaian yang kecil sahaja dilaksanakan atas tujuan keselamatan. Dewan Bakti, masih mengekalkan struktur asalnya. Galeri Warisan juga merupakan satu tempat yang amat bersejarah. Walaupun usia bangunan di sini sudah lama, namun keutuhan seni binanya tetap kukuh. Galeri Warisan memberi banyak sumbangan kepada para pengkaji sejarah kerana alatan dan bahan-bahan yang dikumpul itu dapat membantu dalam hasil sejarah. Penjagaannya juga berada di tahap yang memuaskan apabila semua barangan yang dipamerkan itu tetap kekal hingga kini walaupun telah lama. Hampir separuh daripada bangunan di IPGKKB sememangnya layak diwartakan di bawah Warisan Negara kerana keadaan strukturnya yang unik dan ketahanan binaan yang diguna itu sangat mengagumkan. Pengumpulan barangan-barangan juga tetap diteruskan sehingga kini oleh pihak IPG Kampus Kota Bharu. Proses penjagaan rapi oleh pihak pengurusan menjadikan IPGKKB adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Disebabkan itu, IPG Kampus Kota Bharu merupakan kawasan yang harus di jaga dan dipelihara kerana apabila hilangnya keasliannya, maka akan hilanglah keunikan IPG Kampus Kota Bharu. 5.6 PENUTUP KAJIAN Secara rumusannya, IPG Kampus Kota Bharu merupakan tempat yang amat bersejarah dan bernilai. IPG Kampus Kota Bharu haruslah dipelihara dengan rapi agar keunikan dan keasliannya tetap dapat dijaga. Semua pihak haruslah berganding bahu dalam mengekalkan warisan negara ini agar kebaikannya dapat disalurkan daripada zaman ke zaman. Oleh sebab itu, semua pihak haruslah bersatu padu dalam memajukan dan menjaga IPG Kampus Kota Bharu agar ianya dapat menjadi warisan pendidikan negara yang dikenali di persada dunia.


28 RUJUKAN Ayu, M. (2017, May 12). Maktab Perguruan Kota Bharu atau IPG KKB akan di Tutup 2020? Www.sistemguruonline.my. https://www.sistemguruonline.my/2017/05/maktab-perguruankota-bharu-atau-ipg-kkb-akan-di-tutup-2020.html e-Galeri Warisan: Bahan Pameran. (n.d.). E-Galeri Warisan. Retrieved March 21, 2023, from http://e-galeriwarisan.blogspot.com/p/bahan-pameran_6.html e-Galeri Warisan: Galeri Warisan. (n.d.). E-Galeri Warisan. Retrieved March 21, 2023, from http://egaleriwarisan.blogspot.com/p/visi-misi.html?m=1 GALERI WARISAN IPGKKB - YouTube. (n.d.). Www.youtube.com. Retrieved March 21, 2023, from https://www.youtube.com/channel/UCRO8d7oUe8tnrQ5c9__jCdQ Manual Pengurusan 2021 - Membalik Buku Halaman 1-50 | AnyFlip. (n.d.). Anyflip.com. Retrieved March 21, 2023, from https://anyflip.com/stwgs/unvf/basic


29 LAMPIRAN 1. Masjid MPKB yang dibina pada tahun 1976 2. Keadaan Masjid MPKB yang diubahsuai menjadi Pusat Islam As-Solihin IPGKKB pada tahun 2023 3. Bangunan Pusat Pentadbiran


30 5. Koleksi dan barangan di Galeri Warisan


31 6. Koleksi gambar 7. Gambar bersama orang sumber


Click to View FlipBook Version