The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurbatrisyia0590, 2024-02-24 01:07:00

aira

Aina

Afrina A AIRA YANG SSOOMMBBOONNGG AFRINA ZOLKAFELI


Di sebuah bandar, terdapat sebuah keluarga kecil yang hidup dalam keadaan sederhana. Keluarga kecil ini dikenali sebagai keluarga Encik Ahmad dan Puan Suraya. Encik Ahmad merupakan seorang guru dan Puan Suraya merupakan seorang suri rumah. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Aira.


Aira seorang budak yang bijak namun dia mempunyai sifat sombong dan keras kepala. Walaupun begitu, Aira tetap digemari dan disayangi oleh rakanrakannya kerana kebijaksanaannya. Di sekolah, Aira sering mendapat tempat pertama di dalam kelas. Cikgu-cikgunya juga sering memuji kepandaian Aira.


Disebabkan kelebihannya itu, Aira sering kali menghina rakan-rakannya yang kurang cerdik terutamanya Rani seorang budak perempuan berbangsa India yang tidak pandai membaca. Aira sering menunjukkan sifat berlagaknya sehingga Rani seringkali terasa hati dengan tindakan Aira. Rakan-rakanya mula menjauhkan diri daripada Aira disebabkan sifatnya yang berlagak itu.


Rani sering kali menangis disebabkan perbuatan Aira. Situasi ini berterusan sehingga seorang budak perempuan yang bernama Mei Ling mula berkawan dengan Rani. Mei Ling merupakan seorang pelajar baru yang berpindah dari kampung ke bandar. Mei Ling dan Rani mula menjadi kawan rapat sehingga mencetuskan sifat cemburu Aira.


Sejak kehadiran Mei Ling, Aira mula disisihkan oleh rakan-rakannya. “Ini tidak adil” jerit hati Aira. Hal ini demikian kerana mereka tidak tahan akan sikap sombong Aira. Oleh sebab itu mereka mula merapatkan diri dengan Mei Ling.


Aira masih dengan sifatnya yang sombong dengan mengatakan bahawa dia merupakan pelajar yang paling pandai dalam kelasnya. “Tiada siapa boleh kalahkan aku, aku yang paling pandai di sini” , bisik Aira. Aira mengendahkan perbuatan rakanrakannya walaupun jauh di sudut hati Aira, dia berasa sangat cemburu dengan kehadiran Mei Ling. Aira merasakan Mei Ling cuba mengambil tempatnya sehingga dia disisihkan.


Mei Ling sangat disayangi oleh rakanrakannya kerana dia banyak membantu mereka dalam pembelajaran. Mei Ling sentiasa berkongsi ilmu dengan rakanrakannya. Dia juga membantu Rani membaca. Disebabkan tunjuk ajar Mei Ling, Rani akhirnya pandai membaca. Hubungan Rani dan Mei Ling semakin erat sehingga Aira mula menyimpan dendam terhadap Mei Ling.


HAANUGEMei Ling menunjukkan prestasi yang sangat baik di dalam kelas dan juga peperiksaan sehingga dapat mengalahkan prestasi Aira. Aira berasa tercabar dan mula menunjukkan sifat cemburu butanya terhadap Mei Ling.


ARI GERAH


Aira cuba menghasut rakan-rakanya bahawa Mei Ling telah meniru dalam peperiksaan. Setelah berbuat demikian Aira berasa lega kerana dapat membalas dendam terhadap Mei Ling


Namun, disebabkan perbuatan Aira, Encik Ahmad dan Puan Suraya telah dipanggil oleh guru kelas Aira. Mereka terkejut dengan perbuatan Aira dan meminta maaf bagi pihaknya.


Aira dimarahi oleh Encik Ahmad dan Puan Suraya. Mereka memberi nasihat kepada Aira untuk tidak mengulangi kesalahannya. Mereka juga menceritakan bahawa Mei Ling merupakan seorang budak yang baik. Mereka pernah berjumpa di pasar raya. Ketika itu, Mei Ling menceritakan perasaan risaunya terhadap keadaan Aira. Mei Ling risau akan keadaan Aira yang sering menyendiri di sekolah.


Aira terkedu, dan cuba memahami situasi yang berlaku. Aira akhirnya sedar bahawa tindakannya terhadap Mei Ling adalah salah dan melampau. Aira sedar tindakannya itu tidak akan memberi manfaat kepadanya atau Mei Ling. Aira amat menyesal atas perbuatannya.


Pada keesokan harinya, Aira berjumpa dengan Mei Ling untuk meminta maaf. Dengan rasa rendah diri, Aira mengaku kesalahannya dan berharap Mei Ling akan memaafkannya.


Mei Ling menerima permohonan maaf Aira dan menasihati Aira agar tidak mengulanginya. Mei Ling juga meminta maaf kepada Aira sekiranya kehadirannya ini menyebabkan Aira cemburu. Mereka saling berpelukan sebagai tanda permaafan.


Tindakan Aina yang berani dan bertanggingjawab untuk meminta maaf itu menyebabkan Aina semakin disayangi dan diterima oleh rakan -rakannya. Dia juga mula berkawan rapat dengan Mei Ling dan Rani. Mereka menjadi kawan baik


Akhirnya, tiga sekawan ini Aira, Mei Ling dan Rani menjadi kawan baik. Mereka juga sering menghabiskan masa bersama-sama di sekolah dan juga di rumah. Mei Ling dan Rani sering datang ke rumah Aira untuk belajar bersama-sama. Akhirnya mereka berjaya dalam peperiksaan. Rani juga mempunyai peningkatan dalam prestasi pembelajarannya. Aira bersyukur kerana dikurniakan rakan yang baik seperti Mei Ling dan Rani. Walaupun dia telah melakukan kesalahan terhadap mereka, mereka masih ingin berkawan dengannya.


Aira akhirnya sedar bahawa sifat sombong dan keras kepalanya itu hanya satu sifat yang buruk. Sifatnya itu hanya akan menjauhkan rakanrakan daripadanya. Aira berubah menjadi seorang yang ceria dan tidak lagi sombong kepada rakan-rakannya.


Aira seorang yang keras kepala dan sombong. Sifatnya itu membuatkan rakan-rakan menjauhkan diri daripadanya. Kemunculan Mei Ling menyebabkan Aira semakin sombong sehingga suatu peristiwa berlaku. Sejak peristiwa itu, Aira mula berubah.


Click to View FlipBook Version