The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

cc Penyelaras Tahun 1 dan Guru Matapelajaran Tahun 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by raihanskkopok2020, 2019-12-29 22:46:42

MODUL PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

cc Penyelaras Tahun 1 dan Guru Matapelajaran Tahun 1

MODUL 1
PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

Tajuk Perkara Perincian

1 Pelaksanaan Program Pengenalan
Transisi

2 Tahap Pelaksanaan Tahap Pertama : Persediaan Awal

Program Transisi Tahap Kedua : Minggu Orientasi

Tahap Ketiga : Aktiviti Pengajaran

dan Pembelajaran

3 Matlamat Program Tema Program Transisi
Transisi 3-Bulan Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

4 Cadangan Aktiviti Minggu Pertama
Dan Teknik Minggu Kedua
Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tajuk 1
PENGENALAN

Secara keseluruhannya Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu ini mengambil
jangka masa selama 3 bulan. Program ini bermula pada awal Januari iaitu pada hari
pertama sesi persekolahan hinggalah ke penghujung bulan Mac. Jangka masa 3
bulan ini pula telah dibahagikan kepada beberapa fasa aktiviti mengikut keperluan
tertentu. Walau bagaimanapun, dari segi persediaan ianya perlu bermula sejak awal
lagi iaitu bermula bulan oktober hinggalah bermulanya sesi persekolahan yang baru.
Secara keseluruhannya persediaan dan pelaksanaan program ini dapat dibahagikan
kepada tiga tahap utama :

Tahap Pertama
Persediaan Awal
( Bulan Oktober Hingga Disember )

D Tahap Kedua

U ORIENTASI AWAL
Prinsip :
A KESEPADUAN

ƒ Memperluaskan Penyesuaian dan T
fokus ke arah KBSR
M pengalaman Prasekolah

I ƒ Pengenalan ke sekolah I
N baru dan jangkaan guru G
G serta sekolah A

G AKTIVITI
U Pranombor

Pratulisan B

Prabacaan U

L

Tahap Ketiga A
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN N

KBSR DITERUSKAN

Aktiviti:

Main Sambil Belajar

Bersepadu

Bertema

AKTIVITI BERTERUSAN
BAGI MURID YANG KURANG BERKEMAMPUAN

1-1

Tajuk 2

TAHAP PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI

TAHAP PERTAMA

Persediaan awal ( Oktober hingga Disember )
Pada tahap ini, persediaan yang dilakukan ialah seperti membuat persiapan fizikal
bilik darjah dan perancangan aktiviti untuk pendaftaran murid Tahun Satu, taklimat
dengan ibu bapa, Minggu Orientasi, program pembelajaran dan pengajaran selepas
Minggu Orientasi hingga tamat Program Transisi dan aktiviti lanjutan untuk murid
yang masih memerlukan penyesuaian.

TAHAP KEDUA

Pelaksanaan Minggu Orientasi ( Minggu Satu dan Dua Januari )
Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan
pengalaman Prasekolah dan pengenalan ke sekolah baru kepada murid-murid
Tahun Satu.

Dalam minggu pertama Minggu Orientasi beberapa aktiviti perlu disediakan mengikut
objektif seperti aktiviti suaikenal, hidup bersama, pembentukan tingkah laku ,
motivasi diri, penglibatan dalam aktiviti kreatif, main sambil belajar dan belajar sambil
meneroka. Semua aktiviti yang dijalankan berfokus kepada penyediaan murid untuk
aktiviti pembelajaran mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Dalam minggu kedua, selain dari mengukuhkan aktiviti dalam minggu pertama,
murid-murid Tahun Satu akan didedahkan dengan kesepaduan pengajaran dan
pembelajaran KBSR yang diperlukan seperti kemahiran pranombor, pratulisan dan
prabacaan.

TAHAP KETIGA

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
( Minggu Ketiga Bulan Januari hingga Mac )

Selepas minggu orientasi selama dua minggu, diharapkan murid-murid Tahun Satu
sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang
menyeronokkan. Dalam masa yang sama guru-guru sudah dapat mengenalpasti
murid yang sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif,
bahasa, estetika dan daya kreatif, keagamaan dan ketatanegaraan.

Namun begitu, peluang masih diberikan kepada murid yang masih kurang
berkemampuan mencapai tahap yang diharapkan melalui aktiviti yang berterusan
sehinggalah tamat dalam jangkamasa tiga bulan proses transisi. Ini bermakna
selepas aktiviti orientasi selama dua minggu, proses pengajaran dan pembelajaran
KBSR akan diteruskan tetapi masih dalam suasana persekitaran kelas yang menarik,
pembelajaran yang menyeronokkan dan terancang.

1-2

Tajuk 3

Matlamat Program Transisi 3-Bulan

x Tema Program Transisi
x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-3

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi:

“KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas, Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3
Matlamat Untuk Dicapai:
Matlamat Untuk Dicapai: Matlamat Untuk Dicapai: “Kami Seronok Belajar
Apakah Yang Kami Boleh Buat Dengan Keyakinan”
Siapa Saya?
Siapa Kawan Saya? Bersama? OBJEKTIF
Siapa Guru Saya?
Mana Sekolah Saya? Matlamat Kolaboratif: Selepas Program Transisi dijalankan, murid :
“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria
OBJEKTIF
dan Seronok Untuk Belajar”.
Selepas Minggu Pertama, murid :
OBJEKTIF
1. Mengenali dan membina
hubungan mesra di kalangan OBJEKTIF 1. Meningkatkan perkembangan potensi diri
kanak-kanak dan antara kanak- dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor
kanak dan guru dalam masa Selepas Minggu Kedua, murid : dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
yang singkat; ansur dan bersistematik;
1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan
2. Mengurangkan rasa malu, 2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk
segan dan takut di kalangan murid-murid Tahun Satu; perkembangan diri yang berterusan;
murid yang berlainan latar
belakang, pengalaman dan 2. Memupuk semangat bekerjasama dengan 3. Membina dan meningkatkan kemahiran
sosio ekonomi; dan
cara menetapkan dan mencapai matlamat murid yang lemah dan potensi diri mereka;
3. Mendedahkan murid dengan yang kolaboratif;
4. Mengurangkan perbezaan yang ketara
suasana dan persekitaran di 3. Mendedahkan murid dengan suasana tentang perkembangan kognitif dan
sekolah baru. hubungan yang sosial antara murid; dan
pengajaran dan pembelajaran KBSR yang
menyeronokkan; dan 5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran
KBSR yang bersepadu melalui pendekatan
4. Mengesan potensi murid melalui bidang tematik.

yang ditekankan dalam pendidikan
Prasekolah.

1-4

CADANGAN

CONTOH JADUAL MAJLIS SUAIKENAL : PENDAFTARAN MURID-MURID TAHUN SATU
(Dijalankan sebelum Minggu Orientasi)

Masa Jangka Perkara Aktiviti Tempat
0830 1000 Bilik Darjah
Masa Guru kelas merekodkan butiran
murid-murid
1 ½ jam Pendaftaran Murid Tahun Satu

Mengutip bayaran-bayaran tertentu

1000 1100 1 jam Taklimat Pihak Pengurusan Sekolah Memperkenalkan guru-guru Tahun Dewan Sekolah:
Satu
Muzik dimainkan
Menerangkan tentang pengisian Pameran Kesihatan
Program Transisi
Pembentangan

Memohon kerjasama pembentukan
budaya sekolah

1100 1130 ½ jam Taklimat Kementerian Kesihatan Menerangkan tentang buku rekod Dewan Sekolah
kesihatan dengan Ibu Bapa

Penerangan tentang khidmat Klinik
Pergigian

1130 1230 1 jam Majlis Suaikenal murid-murid Tahun Mengenali kawasan kelas Kawasan Sekolah
Satu Nyanyian : bersama, berseorangan
Permainan (pilihan) :
Objektifnya:
Suasana tidak mengancam Tiup Belon
Guru yang baik Cantum gambar
Bermotivasi memandang ke Diri Saya
pengalaman baru
Penyampaian Cendermata

1230 Minum /Bersurai

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Pertama : Minggu Orientasi

Di minggu pertama Minggu Orientasi, aktiviti-aktiviti yang dirancang menjurus kepada empat komponen iaitu :
x Aspek Pengurusan Kelas,
x Aktiviti Fizikal
x Aktiviti Nilai Kerohanian Dan Nilai-Nilai Murni
x Aktiviti Membina Semangat Patriotik.

Dalam Pengurusan Kelas, guru-guru boleh melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti mengambil kedatangan murid,
mengutip yuran, menguruskan kebersihan dan fizikal bilik darjah di samping menanamkan amalan membaca doa dan
sebagainya.
Aktiviti berbentuk fizikal pula bukan sekadar untuk menggalakkan kecergasan murid tetapi ia juga bertujuan melatih
pergerakan kreatif di kalangan mereka. Di samping itu, ia juga mampu mewujudkan hubungan mesra dan saling kenal
mengenali antara satu dengan lain dalam suasana yang menyeronokkan.
Aktiviti kerohanian dan nilai-nilai murni pula ditekankan secara gabungjalin dengan aktiviti-aktiviti lain seperti amalan
membaca doa, aktiviti bercerita, kemahiran berfikir dan berkomunikasi, penyelesaian masalah, lawatan dan mewarna.
Dalam masa yang sama, semangat patriotik turut diberikan perhatian melalui aktiviti nyanyian, dinamika kumpulan,
pembinaan pasukan dan gabungan aktiviti-aktiviti yang lain.
Pada akhir minggu ini, murid-murid telah didedahkan ke suasana dan persekitaran baru serta membina hubungan
mesra antara mereka, secukupnya untuk menjawab:

Siapa Saya? Siapa Kawan Saya?
Siapa Guru Saya? Mana Sekolah Saya?

1-6

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Kedua : Minggu Gerakerja Berkumpulan

Di Minggu Kedua pula, diharapkan sudah terbina semangat kerja dalam kumpulan di kalangan murid ekoran
dari aktiviti di Minggu Pertama.
Untuk itu, aktiviti di minggu ini lebih menumpukan kepada Gerakerja Berkumpulan melalui :

x Aktiviti Bercerita
x Belajar Sambil Bermain
x Melaksanakan Tugasan Kumpulan
x Pertandingan Antara Kumpulan

Dalam minggu ini, apa yang diharapkan selain dari menekankan tentang kemahiran berfikir dan kreativiti di
kalangan murid, akhirnya murid mampu bekerjasama secara kolaboratif bagi menghasilkan persekitaran kelas
yang seronok untuk mereka belajar.
Setiap sudut dan bahan yang terhasil adalah dari daya usaha dan kekreatifan murid itu sendiri dan
kumpulannya. Di sini peranan guru hanya sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja, memberi tugasan-
tugasan kepada muridnya ke arah mencapai matlamat minggu kedua ini.
Pada akhir minggu ini, murid-murid telah diberi peluang bekerja dalam kumpulan untuk menghasil matlamat
yang ingin dicapai iaitu:

“ Kelas Saya Yang Bersih, Ceria dan Seronok Untuk Belajar”.

1-7

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Minggu Ketiga-Bulan Ke-3 : “Kami Seronok Belajar Dengan Keyakinan”
Penggunaan Pendekatan Tematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

PENDEKATAN TEMATIK

Pendekatan tematik adalah usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran
yang kreatif dengan menggunakan tema. Guru sepatutnya menggalakkan murid mengambil bahagian secara aktif dan
fizikal dalam proses pembelajaran kerana kanak-kanak dengan semula jadi belajar dengan cara ‘membuat’

Aspek mengkaji dan meneroka dengan menggunakan deria (melihat, mendengar, merasa, menghidu, menyentuh) juga
patut digalakkan. Pembelajaran yang semulajadi kepada kanak-kanak adalah pembelajaran secara ‘membuat’ dan
‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.

Guru mesti mencuba untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid supaya mereka bukan
sahaja ada elemen ‘seronok’ tetapi juga untuk mencetuskan minat ingin tahu dan seterusnya mencari maklumat dengan
sendiri. Pengalaman-pengalaman seperti ini membina kemahiran, menambahkan keyakinan dan juga pengetahuan
yang khas akan menyediakan mereka untuk kehidupan harian mereka. Murid juga sepatutnya diberi peluang untuk
berdikari, meneroka dan mengalami untuk dan bagi diri sendiri.

PENDEKATAN TEMATIK BAGI PROGRAM TRANSISI

Pendekatan tematik bagi Program Transisi boleh dijalankan berperingkat. Proses pembelajaran secara tematik
menolong kanak-kanak berfikir secara kreatif dan kritikal sementara belajar. Pendekatan ini membolehkan
perkembangan minda dan pemikiran dalam keadaan yang mencabar dan menyeronokkan dan pada masa yang sama,
menepati hasil pembelajaran dan keperluan-keperluan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranTahun Satu.

1-8

Tajuk 4

Cadangan Aktiviti Dan Teknik

x Minggu Pertama
x Minggu Kedua
x Minggu Ke-3 hingga bulan ketiga

1-9

Tajuk 4 PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Tema Program Transisi:

‘KAMI MURID TAHUN SATU”
(Minda Cerdas , Mata Bercahaya)

MINGGU PERTAMA MINGGU KEDUA MINGGU KETIGA-BULAN KE-3

CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI CADANGAN AKTIVITI

1. Dinamika Kumpulan a. Pemupukan Kumpulan a. Pengajaran dan pembelajaran yang
2. Pemupukan kumpulan b. Pergerakan motor kasar berterusan melalui pendekatan tematik,
3. Pengukuhan sosialisasi c. Motivasi bersepadu dan bermain dalam
4. Pergerakan motor halus d. Pembentukan tingkah laku kumpulan
5. Main sambil belajar e. Main sambil belajar
6. Motivasi diri f. Belajar sambil meneroka b. Membaca, menulis, mewarna dan
7. Belajar sambil meneroka g. Aktiviti Kognisi bekerjasama untuk tiga perkembangan
8. Pemupukan kreativiti h. Aktiviti Bahasa utama iaitu perkembangan kognitif dan
9. Pemupukan nilai murni i. Aktiviti Estetika & Daya Kreatif bahasa, Psikomotor dan fizikal serta
j. Aktiviti Keagamaan sosio emosi
TEKNIK k. Aktiviti Ketatanegaraan
l. Pemupukan sosial emosi c. Mengaplikasi apa yang dipelajari ke
1. Simulasi kumpulan dalam kehidupan seharian
2. Main Peranan TEKNIK
3. Kerja Berpasangan TEKNIK
4. Kerja Kumpulan 1. Simulasi kumpulan
5. Pertandingan antara kumpulan 2. Main Peranan 1. Pendekatan Tematik
6. Bercerita dan Teknik Awan TOC 3. Bercerita: Teknik Sebab dan Akibat 2. Kerja Berkumpulan
4. Kerja Kumpulan : 3. Berpusatkan pelajar
4. Simulasi kumpulan
Teknik Mencita-citakan Kejayaan 5. Main peranan
5. Pertandingan antara kumpulan

1-10

MINGGU PERTAMA PERS

Selepas Minggu Pertama, murid :

1. Mengenali dan membina hubungan mesra di kalangan kanak-ka
2. Mengurangkan rasa malu, segan dan takut di kalangan murid ya
3. Mendedahkan murid dengan suasana dan persekitaran di sekola

Hari ISNIN SELASA
Jangka Perhimpunan Pengurusan Kelas

Komponen Masa

I

II Pengurusan Kelas Pembinaan Pasukan
*(Modul 9)

III Dinamika Kumpulan Melawat Kawasan

* (Modul 9 Tajuk 1) Sekolah

IV Mengenali Nyanyian Lagu

Kawasan Sekolah ’Negara Ku’,

Lagu Negeri dan

Lagu Sekolah

1. Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-1

SEKOLAHAN (Cadangan) 1

anak dan antara kanak-kanak dengan guru dalam masa yang singkat;
ang berlainan latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi; dan
ah baru.

RABU KHAMIS JUMAAT

Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

Aktiviti Fizikal: Sukaneka Aktiviti Fizikal:
Pergerakan Kreatif * Lakonan Cerita *

Kesedaran Tentang Bercerita: Bercerita:
Budaya Sekolah Teknik Awan TOC “Arnab dan Kura-
(Nilai Kerohanian dan
Melawat Kawasan Kura”
Sekolah Nilai Murni) Teknik Awan TOC
* (Modul 8)
* (Modul 8)

Nyanyian Melawat Kawasan Mewarnakan Gambar
Lagu Sekolah (Lukisan)

Nyanyian
Lagu

11

MINGGU KEDUA PERSEKOLAHAN (Cadangan) 2

Selepas Minggu Kedua, murid : JUMAAT

1. Meningkatkan hubungan mesra di kalangan murid-murid Tahun Satu; Pengurusan Kelas
2. Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetapkan dan mencapai matlamat yang kolaboratif;
3. Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran KBSR yang menyeronokkan; dan
4. Mengesan potensi murid melalui sembilan bidang yang ditekankan dalam pendidikan Prasekolah.

Hari ISNIN SELASA RABU KHAMIS

Jangka Perhimpunan Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas
Komponen Masa

I

II Aktiviti Fizikal Bercerita: Bercerita: Bercerita: Kerja Kumpulan

Sebab dan Akibat Sebab dan Akibat Main Peranan Menjalankan Tugasan

*(Modul 8) *(Modul 8) * (Modul 8)

III Aktiviti Kerja Kumpulan Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Kolaborasi Kumpulan

Mencita-Citakan Belajar Sambil Keselamatan Diri Satu Kolaborasi Kreatif “Kelas saya Yang Bersih,

Kejayaan Bermain: *(Modul 8) * (Modul 8) Ceria dan Seronok untuk

* (Modul 8) Diri Saya Belajar”

IV Kerja Kumpulan Nyanyian dan Ritma: Kerja Kumpulan: Kerja Kumpulan Pertandingan
Antara Kumpulan Atau
Matlamat Kolaboratif Aktiviti Fizikal Menjalankan Tugasan Menjalankan Tugasan
Kelas
(Bincang dan Rancang) Penyelesaian Masalah * (Modul 8) * (Modul 8)

* Contoh Aktiviti disertakan dalam Kit Program Transisi

1-12

MINGGU KETIGA SEHINGGA AKHIR BULAN KETIGA 3

Selepas Program Transisi dijalankan, murid :

1. Meningkatkan perkembangan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor dan fizikal dan sosio emosi secara beransur-
ansur dan bersistematik;

2. Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang berterusan;
3. Membina dan meningkatkan kemahiran dan potensi diri murid yang lemah dan potensi diri mereka;

4. Mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan hubungan yang sosial antara murid; dan

5. Memulakan pengajaran dan pembelajaran KBSR yang bersepadu melalui pendekatan tematik.

Hari ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT

Jangka
Komponen Masa

TEMA

Perhimpunan

I Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas Pengurusan Kelas

II

III

IV

VII
VIII
Sila rancang mengikut perancangan jadual waktu sekolah

1-13


Click to View FlipBook Version