PROF. MADYA. DR. MEGAT AHMAD KAMALUDDIN BIN MEGAT DAUD PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM TAJUK: PENGURUSAN RISIKO DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM
AHLI KUMPULAN MAIZURAH BINTI MOHAMMAD (079042) QATRUN NADA BINTI ABDULLAH (078999) NOR SYAFIDA BINTI AZIZ (079038)
ISI KANDUNGAN Pengenalan Matlamat Peranan pihak yang terlibat Amalan Pengurusan Risiko Model Polisi Keselamatan Kokurikulum Cabaran Kesimpulan
Aktiviti kokurikulum: kegiatan dirancang yang dilakukan di luar bilik darjah dan melibatkan proses pengajaran secara praktikal antara guru dan murid Aktiviti ini dipandang enteng kerana kebimbangan dari segi aspek keselamatan. Dapat diatasi jika mempunyai sistem pengurusan dan persediaan yang berkesan. PENGENALAN Pengurusan risiko adalah satu proses penting bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kecuaian yang bakal berlaku sepanjang aktiviti kokurikulum berlangsung.
Risiko - kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian.(Kamus Dewan Bahasa 2002) Pengurusan risiko- Proses mengumpulkan maklumat dan menganalisis semua risiko yang terdapat dalam sesuatu aktiviti bagi meminimumkan risiko yang tidak dingini berlaku terhadap manusia dan alam sekitar (Budi Atmajda,2019) DEFINISI PENGURUSAN RISIKO
PENGURUSAN RISIKO VS PENGURUSAN KESELAMATAN Lebih spesifik dari segi penelitian dan penyeliaan risiko yang berkaitan dengan kemudahan sukan yang berada di sekolah. Mengambil kira akan pengalaman dan kemahiran murid yang menyertai aktiviti Pengurusan Risiko Menekankan aspek asas sahaja dan memastikan aktiviti berjalan tanpa kemalangan. Pengurusan Keselamatan
panduan kepada pihak pengurusan sekolah untuk bersiapsiaga dalam menangani risiko bagi menjamin keselamatan dan minimumkan risiko kemalangan. OBJEKTIF PENGURUSAN RISIKO Dapat mendisiplinkan diri ahli organisasi. Dapat mewujudkan asas yang kukuh untuk membuat perancangan dan keputusan. Mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan semasa kokurikulum dijalankan.
MATLAMAT PENGURUSAN RISIKO Mewujudkan satu keadaan yang selamat dan sistematik menjalankan aktiviti tanpa sebarang kemalangan dan halangan berlaku
Guru Masyarakat Ibu Bapa Murid Pihak pentadbiran dan organisasi sekolah Bagi memastikan pelan tindakan pengurusan risiko berjalan lancar, perlunya komitmen dan penglibatan daripada semua pihak
Merangka pelan tindakan yang terancang dan tersusun sebagai rujukan para guru PIHAK ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi mengenai kemahiran aktiviti kokurikulum
Memastikan murid memahami tentang tatacara keselamatan Memastikan pengaturan aktiviti dan peralatan selamat digunakan GURU Mengawal dan mengendali aktiviti secara teratur dan terancang dari sebelum, semasa dan selepas aktiviti Menitikberatkan dan peka dengan tahap kesihatan murid
SEBELUM Murid mematuhi SEMASA peraturan Murid tidak merayau Peralatan selamat dikendalikan Kehadiran murid mengikut jadual yang ditetapkan Mengadakan pelan susun atur bagi mengoptimumkan penggunaan tempat aktiviti Melaksanakan senaman ringkas terlebih dahulu Sentiasa peka tahap kesihatan murid SELEPAS Agenda Sentiasa bersedia dengan sebarang situasi yang melibatkan kesihatan pelajar Memimpin dan memberi panduan tentang aktiviti yang akan dilakukan Memperingati murid akan kepentingan keselamatan diri Membersihkan tempat aktiviti Memastikan murid mengembalikan peralatan sukan ke tempat asal Memastikan barang keperluan murid tidak ditinggalkan di tempat aktiviti
Menyediakan keperluan anak bagi menyertai aktiviti kokurikulum Cakna terhadap kesihatan anak mereka IBU BAPA Meneliti dalam mengisi borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti kokurikulum Mengambil tahu sukan atau aktiviti kokurikulum yang diikuti anak masing-masing
Melaporkan tahap kesihatan kepada guru Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan MURID Mengutamakan aspek keselamatan dan mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa Mematuhi prosedur keselamatan dan melaporkan masalah kepada guru
Memberi kerjasama jika terdapat sebarang aktiviti yang melibatkan murid sekolah MASYARAKAT Membantu pengurangan risiko di tempat aktiviti
Amalan Pengurusan Risiko Risiko Mengenalpasti Risiko Penilaian Risiko Pengawalan Terdapat 3 proses dari sumber utama dalam pengurusan risiko iaitu:
MENGENALPASTI RISIKO Bertujuan untuk mengenalpasti sumber datangnya risiko bagi memudahkan pihak pengurusan menentukan jenis risiko yang wujud. Memastikan kawasan persekitaran aktiviti serta kemudahan selamat untuk dikendalikan. Komunikasi dua hala dapat diadakan dengan pengguna kemudahan supaya sedia maklum tentang kondisi kemudahan yang akan digunakan. Dapat membantu pihak organisasi mencapai objektif dan matlamat pengurusan risiko.
Dalam mengenalpasti risiko, terdapat 5 kategori yang berkemungkinan mempunyai risiko yang tinggi, iaitu :- MENGENALPASTI RISIKO Peralatan Sukan Cuaca atau Musim Jenis Sukan Kemudahan Sukan Status Kesihatan Murid
Kategori Pertama Peralatan sukan yang digunakan perlu dipastikan keselamatannya kerana terdapat peralatan yang sudah tamat tempoh, peralatan yang tidak selamat untuk digunakan lagi & lain-lain. PERALATAN SUKAN Penyelenggaraan peralatan sukan perlu dilakukan secara berkala dan berjadual supaya peralatan sukan yang digunakan oleh pelajar sentiasa berada dalam keadan yang selamat. Contoh : Aktiviti lontar lembing, aktiviti memanah,palang dan tiang lompat tinggi, aktiviti daki tembok tiruan yang menggunakan tali kernmantel yang mempunyai jangka hayat yang tertentu.
KAEDAH MENGENALPASTI RISIKO SENARAI SEMAK TEMUDUGA Kaedah ini bagi menganalisis punca-punca risiko. Kaedah ini dijalankan dengan mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat yang yang mampu mengenalpasti risiko. CARTA ALIR Kaedah ini adalah bertujuan untuk memahami sebab-sebab dan kesan risiko.
PENILAIAN RISIKO Keadaan tiang gol bola jaring tidak stabil & terlalu uzur. Risiko tiang gol menghempap pelajar lebih tinggi berbanding tiang gol jatuh. Pihak pengurusan merancang proses penyelenggaraan peralatan dan kawasan aktiviti dengan lebih awal dan teratur. Penilaian risiko ini dinilai berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Analisis risiko ini memerlukan kerjasama antara guru dan pihak sekolah bagi mencapai objektif. 1 2 3 4 5
Kaedah untuk mengawal dan memperkecilkan peratusan kadar risiko. PENGAWALAN RISIKO Empat strategi yang digariskan bagi mengawal risiko :- Mengekalkan risiko. Cth: Cuaca tidak mengizinkan. Mengelakkan kemungkinan risiko dari berlaku supaya tiada kerugian yang berlaku. Cth: Pertandingan yang tidak dapat diadakan kerana cuaca petir dan hujan,risiko murid dipanah petir dapat dielakkan. Kaedah pengurangan risiko juga dapat mengurangkan kadar kekerapan sesuatu risiko itu berlaku. Antara kaedah yang digariskan : -Polisi dan garis panduan yang jelas. -Pemeriksaan dan penyelenggaraan yang berkala. -Memasang papan tanda amaran di tempat yang berisiko tinggi. Memindahkan risiko, Tanggungjawab berkaitan dengan risiko samada isu kerugian atau kesan daripada risiko dialihkan kepada pihak lain. Cth: Pembelian polisi insuran merupakan pilihan pihak pengurusan untuk merungkai isu2 risiko di kemudahan milik mereka.
PROSEDUR KECEMASAN Kelengkapan peralatan pertolongan cemas Terdapat pelajar atau guru yang mempunyai kemahiran Pengurusan penghantaran murid yang terlibat dengan kemalangan atau kecederaan atau pesakit yang memerlukan rawatan segera. Mengenalpasti lokasi pihak yang dapat memberikan bantuan jika diperlukan. Rekod laporan : -Bagaimana kemalangan berlaku. -Siapa yang terlibat. -Masa dan tarikh. -Lokasi -Tindakan
Model- Model Dalam Pengurusan Risiko Model Kaiser (1986) Model Fuller (1999) Model Mulrooney (1998) Model Clement (1998) Model Rejda (2011) Model Berlonghi (1990) Model Head & Horn (1991)
POLISI KESELAMATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Rancangan tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan (Kamus Dewan edisi Ketiga 2002) DEFINISI POLISI
OBJEKTIF POLISI KOKURIKULUM Mengelakkan berlaku kemalangan semasa kokurikulum dijalankan Mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan
Memastikan warga sekolah adalah tertakluk kepada peraturan polisi keselamatan kegiatan kokurikulum Pegawai yang bertugas semasa aktiviti kokurikulum dijalankan wajib memastikan semua polisi, peraturan serta langkah-langkah keselamatan diikuti sepenuhnya Tindakan segera diperlukan apabila sebarang kemalangan berlaku mengikut peraturan yang ditetapkan Semua pelajar akan dilindungi melalui Skim takaful kemalangan diri berkelompok (rujukan:Surat pekeliling ikhtisas bil: 3/1995) Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, laporan perlu dibuat kepada pegawai atau pihak sekolah semua warga sekolah mengetahui polisi keselamatan kegiatan kokurikulum melalui usaha penyebaran maklumat dan taklimat rasmi POLISI KESELAMATAN KOKURIKULUM SEKOLAH
SURAT PEKELILING Penyertaan pelajar dalam kegiatan sukan di sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 1/1989 Penyertaan pelajar dalam pertandingan kejohanan sukan anjuran persatuan atau badan induk sukan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 8/1995 Perlaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok bagi semua pelajar sekolah kerajaan & sekolah bantuan kerajaan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995 Bersambung...
Sambungan... Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok bagi semua pelajar sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan Jangka masa perlindungan 1) Bermula hari pertama persekolahan (berterusan selama setahun) 2) Tamat serta merta bila berhenti sekolah Kekecualian: 1) Sukan merbahaya (payung terjun, tinju) 2) Penyakit/wabak 3) Mengandung atau keguguran Kadar bayaran: Rm1.50 setahun bagi seorang pelajar & dimasukkan dalam yuran tahunan sekolah Skop Perlindungan: 1)Kematian akibat kemalangan (RM7500) 2)Hilang upaya kekal/menyeluruh (RM25000) 3) Khairat kematian (RM1000) Tuntutan pampasan: 1) Pelajar/waris boleh mengemukakan tuntutan di STMSB yang berdekatan. 2) Bayaran tuntutan di buat atas nama sekolah SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 3/1995
CABARAN DALAM PENGURUSAN RISIKO
Murid Kemudahan Guru Pentadbir Antara faktor utama yang menyumbang kepada cabaran dalam pengurusan risiko di sekolah:
Sikap kurang minat dan memandang remeh terhadap isu keselamatan murid Kekurangan kompetensi dan kemahiran dalam menguruskan aktiviti kokurikulum GURU Sikap sambil lewa terhadap arahan yang diberi Kurang motivasi tentang pentingnya isu keselamatan MURID
Peralatan yang tidak mencukupi dan uzur Kekurangan tempat yang sesuai untuk aktiviti yang bersesuaian KEMUDAHAN Tiada pemantauan dan penyeliaan kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum Tiada perancangan dan perangkaan pencegahan risiko yang baik dan berkesan PENTADBIR
KESIMPULAN Sistem pengurusan sekolah mestilah dipergiat dengan aktif agar risiko yang melibatkan murid dapat dikawal dengan baik. Amalan pengurusan risiko yang baik dan berkualiti merupakan nadi utama kepada pihak pengurusan dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif di sekolah Setiap polisi yang dipatuhi dan diamalkan dapat mendisiplin semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Q & A 1. Proses mengumpulkan maklumat dan menganalisis segala risiko yang terdapat dalam sesuatu aktiviti bagi meminimumkan risiko yang tidak diingini berlaku terhadap manusia dan alam sekitar Penyataan di atas menerangkan sebuah definisi tentang? A. Risiko B. Pengurusan Risiko C. Pengurusan Keselamatan 2. Senaraikan 3 peranan guru dalam pengurusan risiko? i) ii) ii)
Q & A 3. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Senarai semak, carta alir, temuduga merupakan ………………. mengenalpasti risiko. 4. Sebagai guru, apakah yang akan anda lakukan jika seorang murid tercedera semasa bermain bola sepak di padang sekolah mengikut prosedur kemalangan? 5. Semua pelajar dilindungi melalui Skim Takaful Kemalangan Berkelompok di mana polisi ini terhad dari segi jumlah pampasan. Apakah cadangan yang boleh anda usulkan bagi memastikan setiap pelajar mendapat manfaat yang sewajarnya sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan aktiviti kokurikulum?
THANK YOU FOR LISTENING!