The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68371584, 2021-08-19 09:40:20

ALATAN PERTOLONGAN PERIBADI

ALATAN PERTOLONGAN PERIBADI

Alatan Pertolongan Cemas (BSMM)

Nama: ALISSA IREENA SOFEA BINTI ZAHARI
Kelas: 3 Cemara
Sekolah: SMK BANDAR SRI DAMANSARA (2)

Apakah peti pertolongan cemas?

▪ Peti pertolongan cemas ialah peti yang lengkap mengandungi
ubat-ubatan serta peralatan perubatan asas yang boleh dibeli di
farmasi. Peti ini patut diletakkan di tempat yang kering dan selamat
serta jauh dari kanak-kanak.

▪ Setiap ubat yang ada perlu dilabel dengan jelas, jenis dan
kegunaannya. Kandungan tarikh luputnya juga perlu diperiksa
setiap 6 bulan sekali. Setiap rumah perlu ada peti pertolongan cemas
ini. Begitu juga premis-premis lain seperti sekolah, kilang, hotel dan
kawasan rekreasi.

▪ Ia juga patut disediakan di dalam kenderaan terutama sekali
pengangkutan awam seperti bas, feri, kapal terbang dan sebagainya.

Antara senarai peralatan asas yang perlu ada
ialah:

Kain anduh (Triangular bandage)

▪ Terdapat pelbagai fungsi untuk alat ini dan dalam perbentangan berikut saya
akan menceritakan 3 fungsi utama sahaja.
▪ Sebagai anduh ketika patah tulang selangka. Membalut luka atau membalut
kawasan lebam. Boleh juga digunakan sebagai mask pelitup hidung dan
mulut.
▪ Seseorang yang patah tulang tangan akan merasakan tidak selesa dan sakit
untuk membiarkan tangannya tergantung begitu sahaja.
▪ Ini kerana tulang yang patah itu akan bergesel di antara satu sama lain dan
menyebabkan sakit di bahagian tersebut.
▪ Cara untuk menstabilkan kawasan patah itu adalah dengan menggunakan
anduh ini. Ikatkan ia di leher dan gantung tangan pesakit di dalam anduh

Ini adalah cara-cara untuk membuat balutan anduh besar:

1. Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
cedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh
dipinkan atau dilipat ke behagian dalam supaya nampak lebih kemas.

Plaster

▪ Plaster ini merupakan barangan asas yang semua peti
pertolongan cemas perlu ada. Ia boleh digunakkan untuk
menutup luka-luka kecil yang tidak mengalami pendarahan
yang teruk.
▪ Selalunya, luka kecil ini tidak terlalu kotor. Oleh itu, tidak
perlu mencuci luka terebut menggunakan antiseptic seperti
iodin ataupun perlu meletakkan acri avine pada luka itu.
▪ Jika ia kotor sebagai contoh luka yang dimasuki habuk, batu
atau tanah, anda boleh mencucinya dahulu menggunakan
iodin.

Pembalut (Bandage)

Jika seseorang itu jatuh dan terhasilnya bengkak di
kawasan tersebut, beberapa perkara perlu dilakukan
untuk mengelakkan bengkak itu semakin membesar dan
teruk.
Salah satunya adalah dengan memberi tekanan pada
bahagian yang bengkak. Ini akan mengelakkan
pendarahan yang lebih banyak di bawah kulit dan
menyebabkan bengkak tidak terlalu besar.
Oleh itu, gunakan bandage ini untuk membalut kawasan
bengkak itu. Ikatkan secara sederahan ketat untuk
mengelakkan penjalanan darah terganggu.

Cara-cara untuk menggunakannya:
1. Balut pergelangan tangan, membalut akan memberikan tekanan.
Tekanan ini membantu dalam mengurangkan pembengkakan, rasa
sakit, serta menyediakan kestabilan yang diperlukan untuk
membatasi pergerakan sehingga menambah kecederaan.

2. Mulai membalut dari kawasan tangan. Buat balutan pertama di
seputar jari tepat di bawah kepalan dan tutupi ia dengan telapak
tangan.
3. Balik arah. Setelah mencapai siku, lanjutkan membalik secara
terbalik dengan mengarah ke tangan. Anda mungkin memerlukan
lebih dari satu plaster elastis.

4. Longgarkan posisi pembalut. Dengan menggunakan kain
atau alat bantu lain, longgarkan hujungnya pada bahagian
pembalut yang stabil di sepanjang kawasan lengan bahagian
bawah.

Gauze

• Kain kasar atau ‘gauze’ ini selalunya digunakan
untuk menutupi luka yang besar. Ia juga boleh
digunakan untuk membersihkan luka yang kotor.

Kapas (Cotton)

▪ Kapas pula selalunya digunakan untuk membersihkan luka. Jika
luka tersebut tidak terlalu kotor bermaksud tidak mempunyai
benda yang asing seperti tanah, kaca, batu dan sebagainya. Luka
tersebut boleh dibasuh dengan air biasa dan kapas boleh digunakan
bagi membersihkan di kawasan tersebut.
▪ Jika luka itu kotor, gunakan air yang bersih untuk membersihkan
kotoran terlebih dahulu. Kemudian sapu dengan larutan antiseptik
menggunakan kapas untuk membunuh kuman di bahagian
tersebut.

Providone Iodine

▪ Ia merupakan larutan yang berwarna kuning.
Larutan ini mengandungi unsur iodin antiseptik
yang berfungsi untuk membunuh kuman di
kawasan luka.
▪ Jika kawasan luka itu besar dan kotor, gunakan
larutan ini untuk membersihkan luka tersebut.

Krim pemanas

▪ Krim pemanas ini selalunya digunakan untuk
merawat pada sakit otot dan juga kekejangan
otot.
▪ Seseorang yang sakit otot dan tidak
mempunyai luka pada bahagian tersebut, maka
boleh menggunakan krim ini untuk
mengurangkan sakit di bahagian tersebut.

Gunting

▪ Gunting ini adalah penting untuk memotong gauze,
pembalut dan sebagainya. Oleh itu, jangan lupa
untuk meletakkannya di dalam peti pertolongan
cemas.

Ubat-ubatan
▪ Sebarang ubat-ubatan adalah dilarang untuk diletakkan di dalam peti pertolongan

cemas dengan mengikut garis panduan penyediaan peti pertolongan cemas.
▪ Ia seeloknya diletakkan di dalam bekas yang berasingan dengan peti pertolongan

cemas ini.

Kesimpulannya
Peti pertolongan cemas merupakan salah satu kotak yang penting serta memerlukan
komitmen bagi seseorang itu untuk menjaganya.
Jika ada kekurangan perkakasan di dalam peti itu hendaklah segera mengisikan
semula supaya orang ramai boleh menggunakannya.


Click to View FlipBook Version