The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by idaruyanie1466, 2021-06-18 06:09:31

Charles Vyner Brooke

Charles Vyner Brooke

Tokoh Sejarah
Charles Vyner Brooke

By : Idaruyanie Bt Mohd Aszeri

Pemerintahan : 24 Mei 1917 – 1 Julai 1946

Didahului oleh : Sir Charles Anthoni

Johnson-Brooke

Diikuti oleh : Monarki terhapus

Charles Arden-Clarke

Kerajaan Sarawak

Keputeraan : 30 September 1874

Kemangkatan : 9 Mei 1963 (umur 88)

London, England

Pemakaman : Gereja St Leonard,

Sheepstor dekat

Dartmoor

Kerabat : Raja Putih Sarawak

Ayahanda : Sir Charles Johnson-

Brooke

Bonda : Margaret Alice Lili de Windt

Baginda diputerakan kepada Rajah Charles
dan Rani Margaret di London. Baginda

meluangkan masa muda baginda di sana
mendapat pendidikan di Clevedon,

Winchester College dan Magdalene College,
Cambridge.

Vyner memasuki pemerintahan awam
Sarawak sebagai adikung ayahandanya dari
1897 hingga 1898. Dari sana, beliau dianikkan
pangkat sebagai pegawai daerah Simanggang
(1898–1901), Residen Mukah dan Oya (1902–

1903)serta Divisyen Ketiga (1903–1904)
Baginda turut terlibat sebagai Presiden Majlis

Mahkamah Negeri (Law Courts) 1904–1911
serta Naib Presiden Majlis-Majlis Agung dan

Am Sarawak dari 1904 hingga 1911.

@iderr._

Beliau ditugaskan sebagai Leftenan Kedua
3rd County of London Yeomanry

(Sharpshooters) pada 12 Mei 1911 sebelum
meletakkan jawatan dalam Artist's Rifles
pada 21 Mei 1913. Beliau semasa Perang Dunia
Pertamaberkhidmat secara sulit (incognito)

sebagai rating dalam unit senjata
antipesawat tentera laut, dan sebagai
pemasang di sebuah kilang pesawat
Shoreditch, London Timur. Beliau dikurniakan
gelaran baharu oleh Raja George V pada 22

Jun 1911.

Di England jugalah baginda berkenalan rapat
dengan Sylvia Brett, anak bangsawan Lord
Esher, mereka berkahwin pada 21 Februari

1911. Kedua-dua mereka kemudiannya
kembali ke Sarawak bersama-sama

dengannya.

Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak,
Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan
sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei

1917. Perkembangan Sarawak semasa
pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak

menjadi antara maju kerana pengeluaran getah
dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke

memodenkan institusi-institusi di Sarawak
termasuklah perkhidmatan awamnya.

Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada
antara dasar tersebut seperti pengharaman

mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian
Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25

Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-
sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana

dia berada di situ sehinggalah tamatnya
peperangan. Brooke kembali ke Sarawak pada 15

April 1946 dan kembali menjadi raja kerajaan
tersebut.

@iderr._

Vyner menyerahkan Sarawak kepada
kerajaan British sebagai suatu jajahan
makhota iaitu Tanah Jajahan Mahkota

Sarawak pada 1 Julai 1946.

Rajah Muda Anthony yang menjadi pengganti
pilihan rakyat Sarawak turut melepaskan

tuntunan takhta yang berbaki dari pewarisan
mamandanya kepada pihak Jajahan Mahkota
tahun 1951, Anthony berpindah kemudian ke
New Zealand menghabiskan sisa hidupnya di

sana.

Vyner meninggal di No. 13, Albion Street,
Bayswater, W2 London pada 9 Mei 1963,

empat bulan sebelum kemasukan
Sarawak dalam Persekutuan Malaysia

pada 16 September tahun sama

@iderr._

@iderr._


Click to View FlipBook Version