The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 404-9-syakir, 2022-10-20 05:56:34

Buku Program Perkhemahan UB IPGKBM

Buku Program (2)

Kampus Bahasa Melayu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

TARIKH: 25 - 28 OKTOBER 2022
TEMPAT : KEM TERATAK RIVERVIEW,

BERNAM JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN



Isi Kandungan 1

Ucapan Pengarah

Ucapan K.U Kokorikulum 2

Ucapan Penyelaras UB 3

Ucapan Penghulu Perkhemahan 4

Matlamat dan Objektif Perkhemahan 5

Peraturan Perkhemahan 6

Tentatif Perkhemahan 7

Ahli Jawatan Kuasa 8

Senarai Ahli 11

Secangkir kata




Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua siswa
guru PISMP Ambilan Jun 2021 yang telah melaksanakan Perkhemahan
Unit Beruniform 2022 sebagai sebahagian dari kursus yang ditawarkan
semasa semester 4 jaitu MPU3062 Unit Beruniform

Program seumpama in memberikan peluang kepada siswa guru untuk
memaksimumkan potensi sedia ada mereka dalam pelbagai kemahiran
seperti kepimpinan, kepengenglolaan dan pengurusan.

Saya mengharapkan program sebegini mampu mengayakan
pengalaman, pengetahuan dan kemahiran kepada siswa pendidik dalam
mengendalikan sesuatu program yang besar dan melibatkan banyak
pihak. Program ini memerlukan penggunaaan Kemahiran Berfikiran Aras
Tinggi (KBAT) terutama elemen komunikasi yang baik.

Akhir kata, adalah diharapkan agar semua siswa guru dapat bekerjasama
di antara satu sama lain dalam melaksanakan aktiviti dan tugs semasa
Perkhemahan Unit Beruniform diadakan.
Sekian, terima kasih.

Pn. Hajah Nor Asilah binti Osman,
Pengarah, IPG Kampus Bahasa Melayu

Sekalung Ucapan




Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita telah
selamat menghabiskan perkhemahan unit beruniform kali ini dengan jayanya. Saya ingin
berterima kasih kepada penyelaras unit beruniform Dr. Amir Hamzah kerana membantu
dalam menjayakan perkhemahan unit beruniform ini. Seterusnya, saya mewakili semua
peserta ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan jurulatih
kerana telah bertungkus lumus bagi menjayakan program kita pada kali ini. Tidak lupa
kepada ahli jawatankuasa perkhemahan unit beruniform yang berusaha tanpa mengira
penat lelah sehinggalah ke hari ini. Tanpa kerjasama dari kita semua, tidak mungkin
perkhemahan ini dapat berjalan dengan lancar.
Hadirin sekalian,

Banyak yang telah kita lalui selama empat hari berada di sini. Banyak pengalaman suka,
duka, pahit dan manis telah kita lalui bersama di sini. Di sini, kekuatan fizikal dan mental
kita diuji. Ini adalah kerana untuk menjadi seorang guru yang hebat, mental dan fizikal
kita perlulah kuat. Melalui kerjasama antara semua pihak berkenaan, kami dapat melatih
para guru pelatih IPGKBM bagi meningkatkan kemahiran latihan kepimpinan khususnya
bidang pengurusan kokurikulum. Di samping itu, perkhemahan ini juga diharap dapat
mengetengahkan idea, kaedah dan pengalaman kejayaan dan kecemerlangan dalam
pengurusan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Justeru itu,
matlamat penganjuran perkhemahan unit beruniform ini bukan sahaja bertujuan untuk
melaksanakan pentaksiran berterusan bagi kursus unit beruniform malah
membangunkan pemimpin kokurikulum sekolah terbilang bagi melahirkan murid yang
holistik. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan
tahniah kepada semua peserta perkhemahan unit beruniform batch G 2022 kerana telah
menghabiskan program perkhemahan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya ingin
berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

Encik Roslan bin Khalid
Ketua Unit Kokurikulum.

Secebis Bicara




Bismillahirohmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kerana kita telah berjaya mengadakan
Program Perkhemahan Unit Beruniform bagi kumpulan PISMP Ambilan Jun
2021 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
pelaksana yang telah bertungkus lumus dalamurusan dan pelaksanaan
perkhemahan ini berjalan lancar. Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan
antara siswa guru dan pensyarah dari Unit Kokurikulum sangat
membanggakan Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua.

Perkhemahan unit beruniform Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu (IPGKBM) diadakan di Kem Teratak Riverview, Bernam Jaya,
Selangor berlangsung pada 25, 26, 27 dan 28 Oktober 2022. Perkhemahan
kali in melibatkan seramai 163 orang siswa guru PISMP ambilan Jun 2021

Antra objektif utama perkhemahan unit beruniform ini diadakan adalah untuk
melatih siswa guru supaya berdikari dan bersedia dalam menjadi bakal guru
yang berkemahiran serta mampu mengurus organisasi unit beruniform di
sekolah kelak. Selain itu, para siswa guru mampu mempamerkan kemahiran
ass dalam aktiviti semasa perkhemahan unit beruniform secara individu dan
kumpulan. Dalam pada itu, nilai-nilai muni dan semangat muafakat dapat
dipupuk antra ahli dalam kumpulan. Oleh yang demikian, say berharap agar
objektif-objektif perkhemahan in dapat dicapai sepanjang perkhemahan in
berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang
demi manfaat para siswa guru sekalian.

Sekian, terima kasih.

Dr. Amir Hamzah bin Aman
Penyelaras Unit Beruniform.

Setulis Budi




Bismillahirohmanirrohim. Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izinnya dapat kita
bersama-sama berada dalam majlis penutup kem perkhemahan Unit Beruniform
Peringkat IPG Kampus Bahasa Melayu. Sebagai wakil komanden, saya Abdul Wafi
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kesemua 165
orang rakan guru yang terdiri daripada mahasiswa/wi berjiwa kental daripada
pelajar semester 4, batch G. Secara jujurnya, setelah melihat dan mengikuti sendiri
kem perkhemahan Unit Beruniform yang dijalankan di sini, saya kagum dengan
ketabahan dan kegigihan semua rakan guru menjalani ujian yang dijalankan.
Syabas semua!

Selama 4 hari para bakal guru berkampung di tapak kem perkhemahan Unit
Beruniform ini, mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan yang mendatang,
aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal dan mental, pasti kita semua
memperoleh 1001 ilmu dan pengalaman baru yang amat berguna untuk diri kita
bagi mempersiapkan dan memperkukuhkan jati diri sebagai seorang bakal guru
yang hebat.

Program kem perkhemahan Unit Beruniform Peringkat IPG Kampus Bahasa
Melayu ini adalah satu program khas dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang program ini berlangsung sudah semestinya dapat mengukuhkan lagi
keperibadian, intelektual, mental dan jasmani para insan bakal guru kelak. Inshaa
Allah.

Sekian, terima kasih.

Abdul Wafi bin Bukhari
Penghulu Perkhemahan

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERKHEMAHAN

MATLAMAT
Antara matlamat program ini adalah seperti berikut:

1.Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari
serta berkongsi pengalaman bersama-sama rakan dan
jurulatih.

2.Mengaplikasi teori-teori yang telah dipelajari bersama-sama
unit masing-masing di dalam hutan.

3.Membina keyakinan diri pelajar apabila berhadapan
dengan situasi mencabar.

4.Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktiviti
yang berfaedah.

5. Menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan.
6.Menanam sifat ingin berdikari dalam kahidupan seharian

dan berfikiran matang.

OBJEKTIF
Pada akhir program ini para peserta akan dapat:

1.Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha
Esa.

2.Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan atau
kumpulan masing-masing.

3.Membina sekurang-kurangnya satu jenis perangkap haiwan
di dalam hutan.

4.Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci kasut
sendiri dan mengurus diri sendiri.

5.Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle
tracking, night walk dan merentas halangan.

PERATURAN PERKHEMAHAN

1.Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri.
2.Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan semasa menyertai

perkhemahan.
3.Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan. Sebarang

permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan dilayan.
4.Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali

dengan kelulusan kem komandan atau guru bertugas.
5.Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan

sebagai senjata adalah dilarang.
6.Barangan berharga yang dibawa adalah tanggungjawab sendiri.
7.Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan-kawasan larangan yang

ditandakan atau ditetapkan, termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai
bertugas dan kawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.
8.Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari
semasa ke semasa, khususnya semasa melaksanakan aktiviti-aktiviti sepanjang
perkhemahan.
9.Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
10.Semua peserta perlu sensitif dan peka kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.
11.Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada
waktu yang ditetapkan oleh kem komandan.
12.Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing, selepas jam
12.00 tengah malam.
13.Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak memakai selipar semasa aktiviti sedang
dijalankan.
14.Kebersihan kawasan perkhemahan dan kawasan sekitarnya adalah tanggungjawab
bersama.
15.Peserta perkhemahan perlulah sentiasa memastikan tandas dan kawasan sekitarnya
berada dalam keadaan yang bersih.
16.Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa jika difikirkan perlu.

Tentatif Perkhemahan

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN DAN AHLI UNIT BERUNIFORM



SENARAI AHLI JAWATANKUASA





SENARAI AHLI UNIT BERUNIFORM

Pengakap

Kadet Remaja Sekolah

Bulan Sabit Merah Malaysia

Galeri Unit Beruniform

Penghargaan & Terima Kasih

Jawatankuasa Perkhemahan mengucapkan
setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada;




Puan Hajah Nor Asilah binti Osman
(Penaung)

Dr. Nirwana binti Mohd Rashid
(Penasihat 1)

Encik Roslan bin Khalid
(Penasihat 2)

Dr. Amir Hamzah bin Aman
(Penyelaras)

Serta
Para pesnyarah, ahli jawatankuasa perkehemahan dan

semua pihak yang terlibat secara langsung
ataupun tidak langsung dalam menjayakan

perkhemahan ini


Click to View FlipBook Version