The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurizzatiadila2, 2022-04-15 00:34:23

BMMB1144-KESANTUNAN BERBAHASA

BMMB1144-KESANTUNAN BERBAHASA

BMMB1144

PENGGUNAAN BAHASA KURANG
SANTUN YANG DILONTARKAN OLEH

MASYARAKAT TERUTAMANYA DI
MEDIA SOSIAL.

NAMA:NUR IZZATI ADILA BINTI ZIZULLEADI
KELAS:F2F

TN.JANURI BIN AIYUB

KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan
kehalusan dalam menggunakan bahas ketika

berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.Dalam komunikasi secara lisan
mahupun bertulis terdapat tiga jenis peraturan

penggunaan bahasa, iaitu peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan
peraturan pragmatik.Dari segi konteks penggunaan komunikasi pula,mempunyai dua
suasana dan urusan iaitu rasmi dan tidak rasmi.Peraturan penggunaan bahasa lebih

dititikberatkan
dalam suasana dan urusan rasmi, tetapi dalam hal yang bersangkutan dengan
kesantunan berbahasa, konteks rasmi dan tidak rasmi sama penting.Kesantunan

verbal ialah bentuk bahasa yang sopan, santun dan bertatasusila
melalui kata-kata atau ujaran. Bentuk kesantunan ini boleh diteliti melalui
penggunaan kata-kata dalam komunikasi seperti ungkapan, sistem sapaan, sistem

panggilan, dan rujukan hormat yang digunakan dalam keluarga dan
komuniti.Kesantunan bukan verbal pula melibatkan bahasa badan seperti tangan,

mata, mulut,
mimik wajah, kedudukan tubuh dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Bkeekrireadamiantuksaapea'settpsrihyrkdaakaiaasnnarnkgtamtuagkksnoaaioelanantmsanynuyneevaa'nmtemi'n.rdHdogebainanaknsyljluaeeidtrndbitada'iienaklmkalgeakumephrspnaaaaisunndnitnsiguat,tjutuets.mnekmarakndantaunupnsaiat

Dalam komuniti,kesantunan verbal yang ditunjukkan
melalui kata-kata panggilan atau sapaan yang

dipengaruhi oleh faktor usia,pangkat,status,dan
kedudukan sosial seseorang itu dalam masyarakat
Jadi,melalui komen ini, tiada kesantunan verbal dalam
kemasyarakatan kerana memanggil seseorang dengan
panggilan 'monyet' .Monyet merupakan haiwan dan kita
tidak boleh memanggil seseorang dengan perkataan
seperti itu.Panggilan seperti ini menyebabkan orang itu

terasa hati dan bersifat kurang ajar.

CARA MENANGANI ISU KESANTUNAN BERBAHASA

Cara untuk menangani isu kesantunan seperti penggunaan perkataan yang kurang santun iaitu 'monyet' ialah
melalui media massa.Media massa harus menerapkan nilai-nilai murni seperti dalam internet,televisyen dan

banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada masa sekarang.Untuk
merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama dalam menjayakan program ini dan

sentiasa berjuang untuk kedaulatan negara.



Seperti yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang popular dalam kalangan masyarakat di
negara kita.Oleh itu,pihak syarikat televisyen haruslah sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasa dan
kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen.Jika pihak media massa tidak bekerjasama

dalam mengatasi masalah ini maka sukar untuk mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada
masyarakat.Oleh itu, pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi
menyelesaikan masalah ini.

Terdapat komen yang diberikan pada gambar di sebelah ini
menggunakan perkataan yang tidak sopan kerana mempunyai

istilah 'natang',bodoh'.Istilah-istilah ini merupakan bahasa
kasar,kesat dan lucah.Menurut Kamus Dewan Edisi

Keempat,bahasa kesat ialah bahasa kasar yang digunakan untuk
percakapan atau tulisan yang menyakitkan hati orang lain apabila
mendengar atau membacanya.Bahasa kasar merupakan bahasa

yang dituturkan tidak mengikut tatatertib dalam berbahasa.



Selain itu,penutur yang menggunakan kata-kata kesat seperti ini
telah melampaui strategi asas kesantunan berbahasa iaitu dalam
konteks kesantunan berbahasa,strategi kesantunan merupakan

cara untuk memupuk amalan kesantunan berbahasa dalam
komunikasi kemasyarakatan sama ada lisan mahupun

bertulis.Menurut Leech (1993:126-127) yang diambil dalam
jurnal mengatakan bahawa dalam bertutur mestilah

memperhatikan kesantunan kerana kesantunan tidak boleh
dianggap remeh.Berdasarkan komen dalam gambar di sebelah
ini,penutur telah memandang remeh aspek kesantunan kerana

menggunakan perkataan-perkataan kesat.

CARA MENANGANI

Pihak sekolah merupakan peranan penting dalam meningkatkan amalan budi bahasa di
negara kita. Kelab bimbingan dan kaunseling di sekolah boleh memberi nasihat kepada
pelajar untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan

sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.Dengan cara ini,masyarakat akan terdidik
daripada zaman sekolah lagi untuk mengamalkan budi bahasa yang baik dan berbudi

pekerti yang tinggi dalam berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.



Guru perlulah memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai
murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai
kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal
insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.Jadi,masalah penggunaan bahasa kurang
santun jika dapat dibendung daripada awal mungkin perkataan kesat dalam media sosial dapat

dielakkan.

Perkataan 'betina' dan 'biawak' seperti dalam gambar di
sebelah menunjukkan penggunaan bahasa yang tidak

santun kerana perkataan seperti ini menunjukkan
penghinaan terhadap martabat kaum wanita.Gelaran
'betina' akan menghiris perasaan wanita.Jika gelaran

tersebut diberikan kepada ibu,isteri,kakak dan adik
perempuan kita,sudah pasti akan mengundang kemarahan

atas penghinaan seperti ini.



Seterusnya,menurut Asmah Haji Omar,terdapat dua
kategori kesantunan iaitu

Kesantunan Asas dan Kesantunan
Berkendala.Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada

yang wujud dalam diri seseorang berdasarkan didikan
sejak awal lagi manakala kesantunan berkendala pula ialah

usaha yang dilakukan semasa berkomunikasi dengan
memikirkan beberapa kendala.Individu ini tidak

mempunyai kesantunan asas kerana dengan sewenang-
wenangnya individu ini memanggil wanita dengan

perkataan 'betina'.Jika individu ini mempunyai kesantunan
asas,dia tidak akan berani untuk menggunakan perkataan

seperti itu kerana tidak terbiasa daripada kecil lagi.

CARA MENANGANI

Semua pihak harus memainkan peranan termasuk badan-badan bukan
kerajaan (NGO).Nilai-nilai murni seperti setia kawan,bersatu dan tidak
mempunyai prasangka atau prejudis mestilah menjadi sesuatu yang
sinonim dengan rakyat Malaysia.Semua pihak perlu mempunyai sifat
kesatuan dalam masyarakat supaya kesejahteraan dalam berkomunikasi

dapat dijaga dan dimantapkan dengan baik.



Kita harus mempunyai sifat saling hormat-menghormati antara satu sama
lain dan bersikap toleransi di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan
agama.Apabila kita saling menghormati antara satu sama lain,maruah diri
dan maruah negara kita akan terjamin.Sebagai contoh,perkataan 'betina'
sangat menunjukkan penghinaan terhadap wanita.Masyarakat yang saling

menghormati tidak akan menyatakan penghinaan seperti itu.

Komen di sebelah menunjukkan bahasa yang tidak sopan
kerana istilah 'lahanat' yang digunakan untuk individu

tersebut berada dalam golongan bahasa kasar,kesat dan
lucah.Menurut Megat Al Imran Yasin (2020),menyatakan
bahawa kata-kata kesat,makian dan cercaan ini menjadi rutin

harian sebahagian masyarakat Malaysia sehingga
mempengaruhi generasi muda untuk merasakannya sebagai

sesuatu yang normal dalam kehidupan harian.Oleh
itu,seperti yang kita dapat lihat,ramai masyarakat sekarang
suka menyatakan perkataan-perkataan kesat terutamanya

dalam medan media sosial.



Selain itu,Asmah Haji Omar telah mengemukakan peraturan
sosiolinguistik iaitu kajian mengenai hubungan antara bahasa
dan masyarakat dan cara orang menggunakan bahasa dalam

situasi sosial yang berbeza.Individu ini tidak mematuhi
peraturan sosiolinguistik kerana individu tersebut

menggunakan perkataan kesat seperti 'lahanat' kepada Dato
Seri Najib Razak.Walaupun Dato Seri Najib Razak merupakan

bekas perdana menteri kita,tetapi beliau juga mempunyai
status .

CARA MENANGANI

Pihak berkuasa perlu berhenti mendakwa warga Malaysia hanya disebabkan
kritikan atau kenyataan yang dianggap 'menghina'. Kerajaan perlu segera

menyemak semula undang-undang untuk memenuhi piawaian antarabangsa
untuk kebebasan bersuara seperti istilah 'lahanat' yang digunakan untuk
seseorang yang mempunyai pangkat.



Pihak kerajaan secara khususnya harus berusaha untuk menghukum para
individu yang antaranya mengkritik pentadbiran bekas Perdana Menteri Najib
Razak, mengulas mengenai skandal rasuah besar-besaran yang melibatkan

syarikat milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), atau
membuat komen di media sosial yang dianggap "menghina" kepada
Najib.Oleh itu,penggunaan bahasa yang kurang santuh]n seperti perkataan
'lahanat' tidak elok dipanggil kepada seseorang yang mempunyai pangkat.

SUMBER RUJUKAN

-Dewan Bahasa Dan Pustaka.(2014).Kamus Dewan Edisi
Keempat.Melaka:Percetakan Surya Sdn. Bhd.



-Henny Isnaini Hartini, Hasnah Faizah AR dan Charlina, (2016). Kesantunan
Berbahasa Dalam Komentar Caption Instagram.Diambil daripada:

https://media.neliti.com/media/publications/199075-kesantunan-berbahasa-dalam-
komentar-capt.pdf



-Khairuddin Mohamad,.(2017).Kesantunan Masyarakat Malaysia.Selangor Darul
Ehsan:Herald Printers Sdn. Bhd.



-Megat Al Imran Yasin,(2020). Komen Jelik Bertebaran.Diambil daripada:
https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/09/623734/komen-jelik-bertebaran


Click to View FlipBook Version