The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

USUL DAN CADANGAN PIBG 2023 SKSTM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salmie93, 2023-06-23 07:21:06

USUL DAN CADANGAN PIBG 2023

USUL DAN CADANGAN PIBG 2023 SKSTM

USUL / CADANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK ST. MONICA 2023 1


USUL/CADANGAN 1 EN. SOFFIAN SABRI (AISYAH AMANDA - 1 DAISI) Keselamatan murid-murid yang melintas “zebra crossing” di pintu pagar utama diberikan perhatian sewajarnya. Cadangan : Membina “bumper”/ bonggol agar kenderaan perlahan. 2


USUL/CADANGAN 2 HO SHUK MAN (ACACIA CHOK WEN JIAN- 1 DAISI) Momohon agar PIBG Sk St.Monica mengeluarkan surat atau cadangan kepada pihak JKR atau pihak yang sepatutya untuk menaiktaraf keluasan jalanraya (dari jalan besar ke sekolah) supaya boleh mengurangkan kesesakan lalulintas semasa mengambil murid. 3


USUL/CADANGAN 3 PN. NURUL SHARMIMI BINTI SHA’ARI (MARIAM RAIQA - 1 ORKID) 1. Memperkasakan kooperasi ; PIBG perlu menyalurkan sumbangan agar pihak kooperasi dapat menempah lebih awal baju sukan/PJPK agar murid tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan baju sukan. (ready stock) 2. Terima kasih atas komitmen warga pentadbir dan pendidik sekolah. Sambutan Hari Guru perlu dianjurkan dan gerak kerja perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi menghargai jasa guru. 4


USUL/CADANGAN 4 PN AIMMI MUNIRAH BINTI FARID ANWAR (MUHAMMAD SYAZWI ABRAHAM - 1 ORKID) 1. Isu buli dalam rakan sebaya dalam kelas atau sebaliknya. 2. Kecurian atau kehilangan barang sekolah murid. (pensil, pemadam,pembaris dan lain-lain). 5


USUL/CADANGAN 5 PN. MARGARET ANG (BENEDICT - 1 ORKID) Lantai dewan terbuka perlu disapu, mop atau dibasuh sekurangnya seminggu sekali atau lebih. 6


USUL/CADANGAN 6 PN. FATIMAH BINTI SULONG (FAIZZ BIN HASNIZAM – 2 DAISI) Memohon pertimbangan agar subjek matapelajaran harian dikurangkan, atas sebab murid terlalu banyak membawa buku dan menjadikan beg murid terlalu berat untuk diangkat. 7


USUL/CADANGAN 7 PN. SALHA ALBAN (AREYA TASNEEM– 2 DAISI) Kawasan menunggu yang beratap di tempat letak kereta perlu dijadikan kawasan larangan merokok. Mencadang agar diletakkan tanda “dilarang merokok” / “no smoking” di kawasan berkenaan. 8


USUL/CADANGAN 8 EN. MUHAMMAD BIN ARAS (MU’MIN RAFI – 2 DAISI) Semoga ibubapa dapat memberi kerjasama untuk parkir kereta ketika mengambil anak dan bukan “drive-thru” bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 9


USUL/CADANGAN 9 EN. TONEY JOHN (TRISTEY VIANEY – 2 MAWAR ) Mohon agar kipas siling dan dinding di ruang menunggu dan kantin yang telah rosak dan tidak berfungsi diselenggara kerana pada waktu tengahari tempat tersebut sangat panas. 10


USUL/CADANGAN 10 EN. VIKNESWARAN (ESTER QUENZIE – 2 MAWAR ) Buat yang terbaik untuk kebajikan anak-anak dan sekolah. 11


USUL/CADANGAN 11 EN. MOHD SIDDIQ (NURUL HUDA – 2 ORKID) Mencadangkan pemakaian vest untuk Pengawas Pusat Sumber kerana dapat ; - Meningkatkan keyakinan diri pelajar - Menjadikan murid lebih bersemangat bertugas. - Nampak lebih kemas dan cantik 12


USUL/CADANGAN 12 PN. HALIZAH BINTI ZAHARI (NUR FATHIAH QHAIRAH – 3 DAISI) “Drive thru pick-up” tidak relevan. 13


USUL/CADANGAN 13 EN. MUHAMMAD BIN ARAS (MIQEL RAISHA – 3 DAISI) 1. Mengutip sumbangan untuk kebersihan dan kecerian tandas. 2. Menambah baik program NILAM. Murid diberi kebenaran untuk mengisi buku nilam setiap hari. 14


USUL/CADANGAN 14 EN. MOHD SIDDIQ (NURUL SYAHAMAH – 4 MAWAR) Mencadangkan agar pihak sekolah dapat mengaspal jalan susur keluar ke kiri seperti dalam lampiran. Ini adalah untuk memudahkan kepada ibubapa yang selesai menghantar anak ke sekolah dan akan mengambil jalan keluar di kiri. Didapati ada sedikit kesulitan untuk keluar terus kerana kenderaan di sebelah kanan akan mengambil ruang jalan di kiri. 15


LAMPIRAN USUL/CADANGAN 14 16


USUL/CADANGAN 15 PN. EARRANIZA CHE AZIZ (MUHAMMAD ZAHIRUL FAREEZ – 4 ORKID) 1. Perluaskan tempat meletak kenderaan. 2. Kurangkan membawa banyak buku dimana guru perlu memaklumkan buku apa yang perlu dibawa dan diguna. 3. Guru-guru perlu memaklumkan apa yang murid belajar dan jika ada kerja sekolah tolong maklumkan di grup kerana risau murid sering mengatakan tiada kerja sekolah. 17


USUL/CADANGAN 16 PN. SALHA ALBAN (AHMAD TAZEEM – 5 DAISI) 1. Mencadangkan agar buku teks di muat naik di dalam smart TV supaya murid tidak perlu membawa beg yang berat. Buku teks boleh ditinggalkan dirumah untuk ulangkaji dan membuat kerja sekolah. 2. Murid-murid mahu lebih banyak eksperimen dibuat dalam subjek Sains. 18


USUL/CADANGAN 17 PN. NORASHITTAH ABDUL LAMIT (NURFIRZANAH – 6 DAISI) Kertas ujian hendaklah dikembalikan kepada murid agar ibu bapa tahu prestasi anak-anak. 19


USUL/CADANGAN 18 PN. JURAIDAH ABDULLAH (NUR FARISHA BAHYA – 6 MAWAR) Mencadangkan agar pihak sekolah memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk mendaftar secara manual bagi kemasukan anak ke darjah satu. 20


USUL/CADANGAN 19 EN. MOHAMMAD FALAH HELMY (DHIYA AINUL MARDHIAH – 2 MAWAR) PN. NOR SHAZLINA BINTI MOHD SHUKOR (NOR SHAHIRAH-3 IRIS) PN. HALIZAH BINTI ZAHARI (NUR FATHIAH QHAIRAH – 3 DAISI) 1. Harga makanan di kantin perlu dipantau atau dikaji semula di peringkat sekolah rendah kerana tidak semua pelajar dari keluarga berkemampuan. 2. Menurunkan harga makanan dan minuman kepada harga minimum. 3. Mencadang agar diwujudkan “Menu Rahmah”. 4. Kuantiti dan kualiti makanan murid perlu ditambahbaik. 21


USUL/CADANGAN 20 EN. MOHD ISHAK BIN AB. JALIL (ARWAN DARWISY- 2 DAISI) EN. NORMAMIN (AZKA NAUFAL – 2 DAISI) PN. EXCYLLA (ZAC JAYDEN - 3 DAISI) PN. SUARIANI BINTI SUPRI (NUR HARIANI FIRZANA – 3 DAISI) PN. AIMMI MUNIRAH BINTI FARID ANWAR (MUHAMMAD SYAZWI ABRAHAM – 1 ORKID ) Memohon agar pihak sekolah menyediakan rak/loker/kotak di dalam kelas untuk setiap murid agar murid dapat menyimpan buku, bagi menyelesaikan isu keberatan beg sekolah. 22


Pergi ke pantai di waktu petang, Sambil berbual memakan kacang, Usul cadangan selesai dibentang, Semoga menjadi seperti dirancang. -TamatTerima kasih 23


Click to View FlipBook Version