MAKTAB RENDAH SAINS MARA Tel : 03-60643907/3944
KUALA KUBU BHARU, Faks : 03-60643949
KM 8, JALAN AMPANG PECAH, Laman Web : www.mara.gov.my
44000 KUALA KUBU BHARU,
Ruj. Tuan :
SELANGOR DARUL EHSAN. Ruj. Kami : MRSM/KKB/PP/600/10 ( )
Tarikh : 17 Jun 2020
Ibu bapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 5 25 Syawal 1441H
MRSM Kuala Kubu Bharu
Tuan,
PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN MRSM KUALA KUBU BHARU
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Merujuk kepada memo daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA (PBPM)
bertarikh 11 Jun 2020 bahawa pelajar Tingkatan 5 akan kembali semula ke maktab pada 28 Jun 2020
(Ahad) dan kelas formal akan berlangsung pada 29 Jun 2020.
3. Berikut adalah tentatif kehadiran pelajar Tingkatan 5 pada 28 Jun 2020.
9.00 pagi – 4.00 petang : Pendaftaran pelajar (Dewan Selera)
5.00 petang : Pemeriksaan Bilik Pelajar oleh Guru Asrama
8.00 malam : Taklimat / SOP Pelajar di Asrama oleh Ketua Guru Asrama
(Dewan Selera)
4. Peraturan dan keperluan pelajar semasa memasuki semula sesi persekolahan adalah seperti di
Lampiran 2 dan Borang Deklarasi Saringan Penyakit Covid-19 di Lampiran 1. Sebarang pertanyaan
boleh hubungi Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Encik Faizal Bin Hamid di talian 03-6064 3907.
Kerjasama daripada pihak tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
HAZLINA BINTI JAAFAR
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu
‘Amanah Rakyat’
MAKTAB RENDAH SAINS MARA Tel : 03-60643907/3944
KUALA KUBU BHARU, Faks : 03-60643949
KM 8, JALAN AMPANG PECAH, Laman Web : www.mara.gov.my
44000 KUALA KUBU BHARU,
Ruj. Tuan :
SELANGOR DARUL EHSAN. Ruj. Kami : MRSM/KKB/PP/600/10 ( )
Tarikh : 17 Jun 2020
Ibu bapa/Penjaga
Pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 : 25 Syawal 1441H
MRSM Kuala Kubu Bharu
Tuan,
JADUAL PENGGILIRAN PENGAMBILAN BARANG PELAJAR DI ASRAMA
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Merujuk kepada memo daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA (PBPM) bertarikh 11
Jun 2020 bahawa pelajar Tingkatan 1 hingga 4 adalah dibenarkan untuk mengambil barangan peribadi di
asrama pada 6 – 9 Julai 2020 dari jam 9.00 pagi – 4.00 petang.
3. Pihak maktab telah menetapkan jadual bagi ibu bapa/pelajar yang ingin mengambil barangan peribadi
mengikut ketetapan seperti berikut:
Masa 6 Julai 7 Julai 8 Julai 9 Julai Catatan
9.00 - 10.00 pagi 1A 2A 3A 4A Hanya 15 kenderaan
10.00 - 11.00 pagi 1B 2B 3B 4B dibenarkan masuk bagi satu
1C 2C 3C 4C masa. Pelajar dibenarkan
11.00 - 12.00 tgh 1D 2D 3D 4D untuk mengambil barang di
12.00 - 1.00 tgh 1E 2E 3E 4E asrama dan kelas.
2.00 – 3.00 ptg
3.00 – 4.00 ptg
4. Disertakan juga Garis Panduan Kehadiran Pelajar dan Ibu bapa ke MRSM. Sebarang pertanyaan boleh
hubungi Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar, Encik Faizal Bin Hamid di talian 03-6064 3907.
Kerjasama daripada pihak tuan puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
“LUAR BANDAR SEJAHTERA”
Saya yang menjalankan amanah,
HAZLINA BINTI JAAFAR
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA
Kuala Kubu Bharu
‘Amanah Rakyat’
LAMPIRAN 2 (UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5 SAHAJA)
ARAHAN AM
1. Semua warga maktab termasuk pelawat dinasihatkan untuk mengelakkan 3C (Crowded Places, Confined
Spaces & Closed Conversation)
2. Mengamalkan 3W (Wash, Wear & Warn) setiap hari.
3. Mengamalkan Penjarakan Sosial, Pemakaian Pelitup Muka, Membasuh Tangan Dengan Sabun /
Penggunaan Pensanitasi Tangan.
4. Tidak berkongsi alatan, pakaian dan makanan.
KEPERLUAN TAMBAHAN PELAJAR SEMASA BERADA DI ASRAMA
1. Face Mask (Pelitup Muka)
2. Hand Sanitizer
3. Sejadah / Telekung sendiri
KEHADIRAN PELAJAR PADA 28 JUN 2020
1. Kenderaan hendaklah berhenti di pos pengawal dan mengisi QR Code. Pelajar serta ibu bapa/penjaga
akan diambil suhu badan oleh Pengawal Keselamatan dan guru asrama bertugas semasa di Pos Pengawal.
Menghantar borang Deklarasi Saringan Penyakit Covid-19 (Individu yang menghantar pelajar).
2. Ibu bapa/Penjaga dikehendaki menghantar pelajar sahaja (drop sahaja) dan tidak dibenarkan berada di
dalam kawasan asrama. Setiap kenderaan akan diberikan 1 kad dan hanya 15 kenderaan dibenarkan
masuk pada satu masa dan tidak melebihi 30 minit bagi setiap keluarga.
3. Seorang waris sahaja dibenarkan menghantar pelajar.
4. Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama
5. Pelajar serta ibu bapa/Penjaga wajib memakai Face Mask semasa menghantar pelajar.
6. Sekiranya pelajar/ibu bapa bergejala awal atau demam yang melebihi 37.5˚ C, anda dinasihati untuk
menghubungi pihak pengurusan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan berada di maktab.
7. Sila laporkan kepada maktab sekiranya pelajar/ibu bapa/penjaga/waris pernah melawat mana-mana
negara/negeri/individu rapat yang bergejala dalam tempoh 2 minggu terakhir.
8. Pelajar akan mendaftar di Dewan Selera dari jam 9.00 sehingga jam 4.00 petang, Pelajar perlu
membersihkan dan mengemas bilik dan pemeriksaan asrama akan diadakah pada jam 5.00 petang oleh
guru asrama bertugas.
9. Taklimat oleh Ketua Guru Asrama akan diadakan pada jam 8.00 malam.
10. Pastikan pelajar telah membawa bersama peralatan pembersihan dan kelengkapan asrama secukupnya.
Pelajar tidak dibenarkan keluar bandar (outing) selepas mendaftar.
11. Arahan – arahan lain akan diberikan semasa taklimat bersama Ketua Guru Asrama/Guru Asrama.
GARIS PANDUAN KEHADIRAN PELAJAR DAN IBUBAPA
JADUAL PENGGILIRAN PENGAMBILAN BARANG PERIBADI PELAJAR
PADA 6 – 9 JULAI 2020
1. Kenderaan hendaklah berhenti di pos pengawal dan mengisi QR Code. Pelajar serta ibu
bapa/penjaga akan diambil suhu badan oleh Pengawal Keselamatan dan guru asrama bertugas
semasa di Pos Pengawal. Menghantar borang Deklarasi Saringan Penyakit Covid-19 (Individu
yang menghantar pelajar).
2. Ibu bapa/Penjaga dikehendaki menghantar pelajar sahaja (drop sahaja) dan tidak dibenarkan
berada di dalam kawasan asrama. Setiap kenderaan akan diberikan 1 kad dan hanya 15 kenderaan
dibenarkan masuk pada satu masa dan tidak melebihi 30 minit bagi setiap keluarga.
3. Seorang waris sahaja dibenarkan menghantar pelajar.
4. Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke kawasan asrama.
5. Pelajar serta Ibu bapa/Penjaga wajib memakai Face Mask semasa menghantar pelajar.
6. Sekiranya pelajar/ibubapa bergejala awal atau demam yang melebihi 37.5˚ C, anda dinasihati
untuk menghubungi pihak pengurusan terlebih dahulu dan tidak dibenarkan berada di maktab.
7. Sila laporkan kepada maktab sekiranya pelajar/ibu bapa/penjaga/waris pernah melawat mana-
mana negara/negeri/individu rapat yang bergejala dalam tempoh 2 minggu terakhir.
LAMPIRAN 1
BORANG DEKLARASI SARINGAN PENYAKIT COVID-19
(Diisi oleh pelajar dan individu yang menghantar pelajar)
Nama : ________________________________________________
No. Kad Pengenalan : _________________________
MRSM : Kuala Kubu Bharu, Selangor
No. Maktab : _________________________
Nama Ibu/Bapa/Penjaga/Waris : ____________________________________
No. Telefon Ibu/Bapa/Penjaga/Waris : ____________________________________
Risiko dalam masa 14 hari (Tandakan ✔) Ya Tidak
1 Adakah anda/keluarga baru balik dari melawat luar negara dalam masa 14
hari? Nyatakan negara yang dilawati :
2 Adakah anda/keluarga menyertai Ijtimak Tabligh @ mana-mana
perhimpunan dalam masa 14 hari?
3 Adakah anda/keluarga ada KONTAK RAPAT dengan individu
DISAHKAN positif Covid-19?
a. Adakah keluarga serumah atau ahli tabligh dari kumpulan kecil,
disahkan positif Covid-19?
b. Berada bersama dalam bilik yang TERTUTUP yang
menggunakan penghawa dingin lebih dari 2 jam?
c. Bekerja/bersemuka dalam RUANG TERTUTUP yang sama, dalam
jarak kurang dari 1 METER melebihi 15 MINIT?
d. Menaiki kenderaan yang sama (melebihi 2 jam) dalam jarak 2
kerusi (2 meter) dari individu positif Covid-19?
SIMPTOM YA TIDAK BORANG PENGESAHAN INI HANYALAH
Demam UNTUK PEMERIKSAAN SIMPTOM-
SIMPTOM ATAU YANG BERGEJALA
Batuk BAGI WABAK COVID-19 SAHAJA.
Sakit tekak BORANG INI BUKAN UNTUK
PEMERIKSAAN MENGESAHKAN
Selsema PELAJAR MEMPUNYAI COVID-19
Sesak nafas ATAUPUN TIDAK.
Lain-lain PELAJAR INI DISAHKAN SIHAT
Nyatakan : DAN
Suhu badan Tarikh : LAYAK BELAJAR/TIDAK LAYAK
BELAJAR
Half c orner
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT
AKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM
SEMUA AKTIVITI SUKAN DAN KOKURIKULUM SECARA BERSEMUKA TIDAK
DILAKSANAKAN SEHINGGA KE SUATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN.
RIADAH
WAKTU RIADAH DI MRSM KUALA KUBU BHARU DIPERUNTUKKAN DARI JAM 5.00
PETANG SEHINGGA JAM 6.00 PETANG.
RIADAH DI MRSM KUALA KUBU BHARU HANYA MEMBENARKAN PELAJAR-PELAJAR
UNTUK ‘JOGGING’DAN BERMAIN TENIS INDIVIDU SAHAJA DENGAN MENGIKUTI DAN
MEMATUHI SOP YANG TELAH DITETAPKAN.
KOPERASI
KOPERASI HANYA BOLEH MENERIMA 5 ORANG PELANGGAN SAHAJA PADA SATU-SATU
MASA.
JUALAN TINGKAP AKAN DIMAKSIMAKAN BAGI PASCA PKP INI NANTI.
DOBI
PERKHIDMATAN DOBI – TIADA BAYARAN YANG AKAN DIKENAKAN (DALAM TEMPOH
PKP) KEPADA PELAJAR DARI BULAN MAC, APRIL MEI DAN JUN.
KUTIPAN DOBI MULAI JULAI UNTUK PELAJAR TING. 5 SAHAJA.
PENGHANTARAN DOBI PARA PELAJAR ADALAH 1 PELAJAR 1 BALDI DAN TIDAK BOLEH
MASUK KE PREMIS DOBI.
BALDI PERLU/AKAN DILETAKKAN DI LUAR PREMIS DOBI.
KAFE
PELANGGAN TIDAK DIBENARKAN MAKAN DI KAFE. HANYA KHIDMAT BUNGKUS
MAKANAN SAHAJA SAMA ADA UNTUK GURU/STAF/PELAJAR.
KAUNTER KAFE AKAN DIPERBANYAKKAN MENGIKUT SITUASI UNTUK MENGELAKKAN
PELANGGAN BERATUR PANJANG DAN UNTUK MENJAGA SOP PENULARAN WABAK
COVID-19.
KESEMUA KAUNTER BOLEH MENERIMA BAYARAN
S.O.P JOGGING
PASTIKAN LARIAN DIBUAT DALAM BENTUK PUSINGAN ARAH JAM /
‘CLOCKWISE DIRECTION’ DAN MENGIKUT PELAN LALUAN SEPERTI
YANG TELAH DITETAPKAN.
PASTIKAN PEMATUHAN PENJARAKKAN SOSIAL.
PASTIKAN PEMAKAIAN FACE MASK SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI.
PASTIKAN LANGKAH-LANGKAH KEBERSIHAN SEBELUM, SEMASA DAN
SELEPAS AKTIVITI DIPATUHI.
DILARANG MELUDAH SEMBARANGAN/MERATA-RATA.
PASTIKAN MEMATUHI PROSEDUR DAN ARAHAN YANG DITETAPKAN
SEPANJANG MASA.
PASTIKAN PENGURANGAN INTERAKSI SOSIAL SEBELUM, SEMASA DAN
SELEPAS AKTIVITI.
DILARANG BERKONGSI PERALATAN SEPERTI BOTOL AIR MINUMAN,
MAKANAN, PAKAIAN, TUALA MUKA DAN PERALATAN PERIBADI.
INFOGRAFIK
PERGERAKAN PELAJAR
MRSM
KUALA KUBU BHARU